장미 2/3.

ROSE 장미

Hope your heart is relieved after leaving me
Just forget me and live on
Those tears will all dry up
As day by day passes

I can bear it in some way
I can stand it in some way

13 ogos 2012-Daegu High School

"Jangan dekat dengan dia lagi!" Sehun menyentap kolar bajuku setelah aku enggan mengikuti arahannya untuk meninggalkan Haru. "She is mine!" sambungnya lagi. "No, she's not!" teriakku dengan marah, tak pernah aku melantangkan suara sebegitu rupa terhadap orang lain. 

Dia melepaskan kolar bajuku, mengusutkan rambutnya, dan merenung aku dengan tajam. Walau apa pun yang terjadi, aku tak akan lepaskan Haru. "Kau tak sedar ke selama ni dia main-main je dengan kau?" 

"..siapa yang nak dekat orang yang macam kau?"

Aku terkedu.

"Maksud kau apa? Jangan nak berteka-teki lagi!" balasku, cuba berlagak tenang walaupun diri sedang membara. Dia ketawa sinis, dan mula berjalan mengelilingi aku. "Kesian..dia tak bagi tahu kau ke?"

Aku memutuskan untuk berdiam diri dan mendengar dengan lebih lanjut. Apa yang dirahsiakan oleh Haru kepada aku?

"Kau masih berdegil tak nak tinggalkan dia, nampaknya aku tak ada pilihan lain selain berterus-terang aje. Sebenarnya Haru cuma berpura-pura suka dekat kau."

"..Kau tak rasa pelik ke, kenapa Haru macam menjauhkan diri daripada kau sejak akhir-akhir ni? atau, dia tak pernah jumpa kau dekat 'tempat biasa' korang tu?"ujar Sehun dengan muka puas.

Aku tak dapat berbuat apa-apa selain mendengar dengan teliti, jadi apa yang Haru cakap sebelum ni semuanya tipu? Semuanya lakonan semata-mata?

"Brace yourself man, kami cabar dia untuk jadikan kau, Kim Jongin si budak pelik yang suka berseorangan ni, boyfriend dia untuk dua minggu. Tapi dia tak sanggup nak putuskan kau sebab kesian, kau dah tergila sangat d—"

Satu tumbukan padu mengenai wajah Oh Sehun, aku sudah tak dapat mengawal kemarahan, dia sudah melampaui batas. "Aku akan tanya dia sendiri, terima kasih sebab bagi tahu." hanya itu sahaja yang mampu ku kata. 

Aku berjalan keluar daripada bangunan sekolah meredah hujan yang renyai-renyai, walaupun sejuk atau basah , tiada apa yang dapat menghalang aku daripada berjumpa dengan Park Haru yang tak menghadirkan diri ke sekolah sejak kebelakangan ini.

Aku mahu mendengar semua daripada mulutnya sendiri.

--

Aku mengetuk pintu rumah yang bersaiz sederhana itu, kali ini sudah masuk kali ke-3 aku mengetuk pintu rumah Haru tapi tiada jawapan. Aku begitu terdesak untuk mengetahui cerita yang sebenar, boleh jadi Sehun hanya membuat-buat cerita tentang Haru. 

Ah! Esok masih ada, aku masih boleh menghubunginya.

Langkahku terhenti apabila melihat kelibat Haru dan Kris yang baru keluar dari perut kereta. Aku menghampiri mereka berdua, Kris menyedari kehadiran ku dan hanya membuat muka kosong. Manakala Haru, dalam keadaan yang kelam kabut. "Mind to explain?" soalku, cuba mengawal kemarahan yang bila-bila sahaja boleh meledak.

"Maksud awak apa?" tanya Haru dengan bingung. "Jangan buat-buat tak tahu. Ada benda ke yang awak rahsiakan selama ni daripada saya?" 

"I'm going inside.." kata Kris sebelum masuk ke dalam rumah Haru. 

"Saya tak faham..kenapa awak macam ni?" soal Haru lagi sebelum menghampiriku, dia mengenggam tanganku. "..Sorry sebab akhir-akhir ni saya sibuk sangat—"

Aku merentap tanganku daripada genggamannya, "Sibuk dengan Kris? Sampai boleh masuk rumah?!" teriakku, aku sudah cukup sabar dengan sikap Haru yang suka memandang ringan terhadap perasaan orang lain.

Aku kesal kerana dia lah orang yang aku pilih untuk menjadi yang terakhir, tapi layak ke dia?

"What are you talking about?!" balasnya. Aku tak pernah perasan yang di lehernya penuh dengan kesan lebam, "What is that?" soalku, sambil menunjuk ke arah leher Haru. "Nothing!" dia menutup lehernya menggunakan skarf merah miliknya. 

"Just tell me the truth." 

"Tak ada benda yang nak dicakapkan." 

"I know everything..." gumamku sebelum menghampiri Haru, aku membuka ikatan jam yang dihadiahkan oleh Haru pada bulan Julai yang lalu. "With this..our relationship is over." aku meletakkan jam itu di atas permukaan kereta milik Kris dan berlalu pergi dengan perasaan yang kecewa.

Apa yang aku lihat pada hari ini telah cukup membuktikan yang kata-kata Sehun adalah benar.

Mungkin betul, aku hanyalah budak pelik.

Yang membosankan.

21 Mei 2013-Senior Year

"Hyung..Mika noona dekat bawah. Bangun lah!" jerit satu suara yang aku pasti milik Jindae. "Biarlah dia.." gumamku dalam tidur, Mika ni mengacau lah!

"Kejap lagi sekolah la, ingat ni cuti lagi ke?!" bebel Jindae sambil menarik selimutku. Aku mengeluh dan bangun, "Bagi lima minit." aku berjalan menuju ke bilik air dan menyiapkan diri untuk ke sekolah. 

Hidupku kembali normal selepas ketiadaan Haru. Dia pun nampak nya gembira dengan kehidupan dia yang dulu, bertukar-tukar pasangan seperti selalu. Aku pulak? Bukan Kim Jongin yang dulu, dengan bantuan Jindae, aku dapat mengubah diriku kepada orang yang lebih menarik? Heh, itu lah yang Jindae cakap. Aku dapat ramai kawan, rupanya senang aje. Cuma aku yang malu tak bertempat dan tak ada confidence.

Setelah menyiapkan diri, aku turun ke bawah untuk sarapan. Mika sudah pun duduk di meja makan, "Morning!" kata Mika dengan gembira. Aku mengangguk dan terus menikmati sarapan yang telah dibuat omma.

"Jongin oppa.." 

"Hmm?" 

"Tak ingat ke hari ni hari apa?" soal Mika sambil mengelip-ngelipkan mata. "Hm..hari apa?" 

Dia menghentak meja, lalu memuncungkan mulut. "Hari ni birthday Mika! Sampai hati oppa lupa!"

"Hari ni berapa hari bulan?" 

"Oppa!!" rengeknya sebelum menyilangkan tangan, "..hari ni 21 mei. Hmp." 

"Terlupa, mian..balik sekolah ni oppa belanja makan." jawabku, aku begitu janggal memanggil diriku sebagai 'oppa', Mika terlalu kebudak-budakkan bagiku, dia akan merajuk dan kadang-kadang mempebesarkan hal yang kecil. Aku menyalahkan diri sendiri kerana menerima dia sebagai girlfriend aku.

Kejap..21 Mei? Seperti ada benda yang aku terlupa, tapi apa? apa yang ada pada 21 mei?

"Okay! Lepas tu, belikan Mika jam yang Mika nak hari tu. Boleh kan?" 

Jam..21 Mei..jam..

Hari ni hari jadi Haru yang ke-18 tahun.

"OPPA! YOU ARE NOT LISTENING!!"

--

Perjalanan ke sekolah bersama Mika begitu sengsara, dia terlalu manja, argh aku rasa macam nak lari. Boleh dikatakan setiap hari keadaanku begini, apa boleh buat, salah aku jugak. "Bye oppa!" Mika pergi bersama Jindae, kebetulan mereka adalah kawan baik dan satu kelas. 

Oh ya, ada aku beritahu yang aku sekarang adalah ketua editor sekolah? Bermakna aku harus bekerja sama dengan Haru, kerana dia memegang jawatan sebagai photographer. Tiada masalah antara kami cuma Haru memilih untuk berdiam diri, dia akan mengikut semua yang aku kata tanpa bantahan, tapi jarang sekali aku mendengar suaranya. 

Aku berjalan masuk ke dalam bilik editor, aku terlihat Lay yang sedang duduk di atas kerusi malas bersama majalah di tangan nya. Luhan sedang bermain video game, manakala Haru..entah kemana. "Morning boss.." usik Lay, aku hanya tersenyum. 

"Kertas yang aku bagi semalam dah siap ke?"

"Dah.." kedua-duanya menjawab serentak.

"Gambar?" 

Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain, "Tanya lah Haru!" balas Luhan. Kalau Haru ada, tak kan lah aku tanya diorang! Sheesh. "Dia tak ada tinggalkan apa-apa ke?"

"Tak ada," balas Lay. 

"Dah lah datang lambat." Luhan menyambung.

Aku mengangguk, lalu keluar daripada bilik itu. Tugasan ni aku kena hantar hari ni jugak, kenapa dia tak ada? Aku cuba mencarinya di tempat biasa, tapi terjumpa pula dengan Sehun dan Kris. Aku mencarinya di kantin, juga tak ada. Tapi ada satu tempat yang aku belum cari..

Aku dengan pantas berjalan ke tempat yang aku sudah lama tak menjejakkan kaki, kerana apabila aku melihat atau teringat kan tempat itu, hati aku sakit; segala memori aku dan Haru akan bermain-main di layar minda. Seperti wayang, wayang yang memaparkan kisah sedih, heh. Tempat itu juga menemukan aku dengan dia.

Aku melihat-lihat keadaan sekeliling, masih sama macam dulu. Pihak sekolah tak ada rasa prihatin langsung nak bangunkan tempat ni. Telingaku menangkap satu bunyi yang tak asing lagi bagiku. 

"Jongin.." panggil satu suara. Aku menoleh ke belakang, Haru bersama kamera di tangan kiri, dan satu fail di tangan yang sebelah lagi. Dia menghulurkan fail itu ke tanganku. "Sorry..lambat."

Haru kelihatan letih dan bermuka pucat, bibirnya kering, dirinya tak terurus. "Okay," balasku. Kami berdua kehilangan kata-kata, hanya bunyi ranting, dan angin yang mengibarkan dedaun pokok. Aku lantas teringat yang hari ni adalah hari jadi dia, "Uh..Happy birthday."

Dia mengukir senyuman, lalu mengangguk. Telefon bimbitku berbunyi menandakan satu pesanan masuk. Aku dengan pantas membacanya.

From: Lu Han
Aigoo, cikgu Lee dah tanya pasal projek tu [=~=]" dia membebel ni! Ppali!!

"Ah okay lah..aku nak pergi, cikgu dah bising. Bye Haru!"

Belum sempat aku melangkah pergi, lenganku ditarik dan dia memeluk aku. Hatiku berdegup laju apabila dia berbuat begitu, dengan serta merta perasaan lama kembali datang, perasaan benci. Dia memeluk aku dengan erat seperti tidak mahu melepaskan aku, aku meleraikan pelukan itu, dan merenung ke dalam anak matanya yang sehitam arang itu. Dia seperti mahu memberitahu aku sesuatu, matanya jelas menggambarkan kesedihan.

"Bye.." gumamnya sebelum berundur, mata tak lepas dari memandangku. Aku hanya berdiri di situ memerhati dia pergi. Entah kenapa aku rasa sesuatu yang berharga telah diambil daripadaku.

Aku mengaku yang aku masih menyayangi dia. Tak pernah sedikitpun perasaan itu pudar  dalam diri aku.


I guess the more you know about love, you only become worse.
When you get to know love, your heart aches.
Love is a sickness.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hyemipark
#1
Chapter 3: Huwaaa sedih gileee duhh ~T_T~ btw Terbaikk giloss ff ni Good job Author - nim
parkyura98
#2
Chapter 3: wah! citer ni berjaya membuatkan saya mengalirkan air mata kesedihan, cerita mmg terlalu-lalu sedih, sye tak tau nk comment ape, cuma...sye boleh ckp..DAEBAK! :')
KoJhinhun #3
Chapter 3: Satu upvote untuk author-nim
azure_bliss
#4
Chapter 3: Crite nih best and touching, sedih. /sobs/
/claps/
Deserves an upvote! c:
--miszlav
#5
Chapter 3: sedeeeeeeeyhhhh... TTTTT.TTTTT
knp? why! why? they supposed to be together...
anyway, citer ni memey terbaaaeekkk!
ashmahlee
#6
Chapter 3: 소뎋 !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
DiamondSakura
#7
Chapter 3: sedihnya..dahlah aku dengar lagu sedih masa baca chapter last ni~~ T^T T^T T^T kesian haru..
inspiritsinfinite
#8
Chapter 3: sedihnyaa! btw daebak!