Five

Aku Hanya Ada Kau

‘’Entahlah. Kenapa ? Aku nak kemas-kemas rumah baru aku kot,’’

‘’Oo, kalau macam tu, tak pelah. Aku ingat nak ajak kau lepak-lepak kat sini. Kau kan baru lagi kat sini,’’

Taehyung hanya mengangguk. Semasa pulang, Taehyung terus pulang ke rumah barunya. Beberapa orang junior perempuan asyik mengerling memandangnya. Taehyung hanya teruskan langkahnya seperti biasa. Hyemi yang masih di dalam kelasnya tidak menyedari bahawa semua pelajar telah pulang ke rumah. Dia terasa getaran telefonnya di dalam koceknya. Dalam keadaan mamai, dia mengangkat telefon. Selepas menjawap panggilan itu, Hyemi terus tergesa-gesa pulang ke rumahnya.

 

‘’Appa ! Woah, jinjja daebak ! Joah !’’ Hyemi memeluk appanya.

‘’Hyemi pergilah berkemas dulu. Nanti kita pergi bersama-sama ambil omma kamu dan terus ke Tokyo,’’ Kepala Hyemi digosoknnya.

‘’MWO ?’’

‘’Huh? Hyemi pergilah naik bilik, berkemas dulu. Kita pergilah nanti,’’ Appanya menolak Hyemi naik ke dalam biliknya. Hyemi berpusing, ‘’Appa, sebenarnya, Hyemi tak boleh pergi. Hyemi lupa Hyemi ada exam. Appa pun janganlah pergi, nanti siapa nak teman Hyemi ?’’ Hyemi menunjukkan muka sedih bercampur comelnnya itu.

Hyemi cuba memujuk appanya supaya tidak pergi. Dia sudah bosan melihat muka wanita itu. ‘’Hyemi-ahh, appa dah beli 3 tiket nie. Membazir la,’’

‘’Alaa, appa pergilah honeymoon lagi sekali dengan omma. Hyemi tak ikut,’’Hyemi menyerahkan kembali tiket itu kepada appanya.

‘’Ha, good idea ! Appa boleh honeymoon lagi sekali kan ? Pandai anak appa nie,’’

Belum sempat appanya hendak memeluknya, Hyemi terus naik ke dalam biliknya.

‘’Hyemi-ahh. Appa dah nak pergi nie. Take care ye, sayang,’’ Kedengaran suara appanya dari bawah.

‘’Appa, have a good journey,’’ Dia sudah malas turun dan berteriak dari atas.

 

‘’Taehyung-ahh, kawan kamu ada datang ni,’’ Teriakan ommanya memaksanya keluar dari biliknya. Dua orang lelaki berdiri di luar rumahnya. ‘Ohh, kamu. Masuklah,’’ Ketiga-tiga mereka masuk ke dalam bilik Taehyung.

‘’Hyung, eottoke ? Best tak tinggal kat sini ?’’

‘’Bolehlah, Kookie. Hyung pun baru lagi kat sini,’’

‘’Habis tu, lagu baru kita macam mana ? Eh, ada orang tahu tak yang kau nie idol dari grup BTS ?’’

‘’Takde lah, Jimin. Diorang tak perasan aku. Bagus juga aku tukar warna rambut ni jadi warna hitam balik,’’

 

 

Hyemi melihat jam di tangannya. Pukul 5:00 petang. Selalunya pada waktu begini, dia akan selalu lepak dengan Hanna. Cikgu cakap dia dah pindah. Entah-entah, cikgu tipu aku kot. Baik aku pergi rumah Hanna kejap

Hyemi terus bersiap dan melangkah keluar. Dia menuju ke rumah Hanna dan dia melihat apa yang diharapkannya. Pintu rumah Hanna terbuka ! Yes, Hanna ada kat rumah !

Dia terus masuk ke dalam umah Hanna seperti biasa yang dilakukannya. Ibu bapa Hanna juga tidak menganggap Hyemi sebagai orang luar sebelum ini. Dia terus menuju ke bilik Hanna.

‘’Hanna ! Rindunya aku kat kau…………………’’ Hyemi yang terlalu excited membuka pintu bilik Hanna terkesima melihat ada tiga orang lelaki di dalam bilik Hanna. Dan salah seorangnya Kim taehyung ! Mereka bertiga juga terkejut melihat seorang gadis membuka pintu bilik secara tiba-tiba ! Taehyung yang baru menyedari gadis itu ialah Hyemi terus menolak kedua rakannya itu memasuki bilik mandi.

‘’Hyemi, apa yang awak… kau buat nie ?’’ Dia berjalan mendekatiHyemi. ‘’Bukan. Aku yang patut tanya kau. Kau.. Kenapa kau… ,’’

‘’Taehyung-ahh, siapa tu ? Omma dengar suara perempuan. Kawan kamukah ?’’ Taehyung terus berlari  menarik tangan Hyemi keluar dan membawa Hyemi ke padang di hadapan rumahnya.

‘’Kau nie dah kenapa ? Tu rumah Hanna ! Tu bilik Hanna ! Apa yang kau dah buat pada Hanna ?’’ Jerit Hyemi.

‘’Hyemi, saya tak..aku tak buat apa-apa pada Hanna. Aku tak kenal pun siapa Hanna,’’ Taehyung cuba tenangkan Hyemi.

‘’Habis tu, kenapa kau ada dalam bilik dia ??!!’’

‘’Aku baru pindah sini. Aku tak tahu pun yang…’’

‘’Ha… Alamak ! Aku lupa yang kau baru pindah. Alamak, sorry ~’’ Hyemi  menutup mukanya menahan rasa malunya. ‘’Taehyung, aku balik dululah ye. Bye. Sorry, aku ganggu.’’ Hyemi terus melangkah pulang ke rumahnya manakala Taehyung menuju ke rumahnya.

‘’Siapa tu ? Girlfriend kau ke ?’’ Jimin yang sudah berada di ruang tamu bertanya kepadanya yang baru masuk.

‘’Yelah tu, kalau tak takkan sampai sanggup tolak kita, kan ?’’ Jungkook menambah.

‘’Takde. Kau nie kan, dia tu budak sekelas aku. Hyemi. Kalau dia kenal korang berdua macam mana ? Aisshh ,’’ Taehyung mengangkat tangannya untuk memukul Jungkook. Jungkook dan Jimin hanya tersenyum sesama sendiri.

Langkah Hyemi terhenti di hadapan rumahnya. Aku rasa tadi aku dah tutup pintu dan lampu sebelum aku keluar tadi.

Hyemi teruskan langkahnya ke dalam rumah. Dia melihat ada seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang asyik menonton televisyen di ruang tamunya namun tidak diketahui siapa kerana mereka membelakanginya. Dia cuba berdehem namun tidak didengari. Dia berdehem sekali lagi dengan lebih kuat. Perempuan tersebut berpaling.

‘’Hyemi, awak dah pulang,’’ Minki menghadiahi Hyemi sebuah senyuman. ‘’Mwo ? Apa yang korang buat di sini ?’’ hyemi terus berdiri di hadapan televisyen tanpa memperdulikan Minki.

‘’Mak ayah kau pergi Tokyo kan ?’’ Sehun bertanya. Hyemi hanya mengangguk. ‘’Kenapa kau tak ikut ?’’

‘’M.A.L.A.S !’’  Dia mengeja.

‘’Bodoh. Sebab tu aku dengan Minki ada kat sini. Kena jaga kau, kena tinggal dengan kau sampai diorang balik. Faham,  cik Hwang Hyemi ? ‘’ Sehun terus berdiri mendekati Hyemi. Hyemi terus berlari masuk ke dalam biliknya.

‘’Mwo ?? Arhhh !!!! ‘’

Hyemi terus mendail nombor telefon appanya. ‘’Appa, eodiseo ?’’
‘’Hyemi sayang, kenapa nie ?’’ Suara wanita yang dibencinya menjawap telefon itu. Hyemi terus menutup telefonnya.


 

I’m struggling now TnT

I had to focus on my studies first for a month because exam just around the corner

Gonna be hiatus a month but keep on read, subscribe, comment and upvote, okay ?

Annyeong ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JustMangrishFic
'Aku Hanya Ada Kau' Dah lama teringin nak buat Malay fanfic. And i wanna be a novelist like Nurasyyi Rashid :D

Comments

You must be logged in to comment
baekhyung9295 #1
Chapter 8: Chapter 9 : eodi seo ?!! Palli datang sini xD update soonTT..TT
kaiyeol567
#2
Chapter 7: Update soon
nisa_kpopgirlfan
#3
Chapter 7: Keep calm okay.
Tapi Taehyung punye scene macam kurengg jerr....
Mark_Neymar #4
Wooaaa!!! Best nyaa fanfics awak. Saya dah subscribe fanfics awak. Nanti awak subscribe laa fanfics saya pulak. Thanks :)
fthahbhrdn
#5
VVVVVVVVVVVVVVVVVVVV!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! omjaaaayyyy~~~ buat cerita ni best best plus daebaaakk!!!! first time bace fanfic malay kat sini,, ahaha :)
Taeryfai
#6