Two

Aku Hanya Ada Kau

'' Omma, Hyemi lapar,'' Perlahan suaranya mengharapkan Ri-kyung omma akan berhenti di mana-mana restoran. 

''Tahanlah, dah nak sampai ni,,'' 

''Dah nak sampai konon, macamlah aku tak tahu lagi tiga jam nak sampai !''

Hyemi kemudian tertidur semasa memegang perut laparnya. Selepas beberapa jam melayan mimpinya, Ri-kyung omma mengejutkannya. '' Hyemi, bangun, dah tiba. Lepas ni ambil beg omma dalam bonet tu,'' 

Hyemi yang masih mamai membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Dengan mata separuh tertutup, dia membuka bonet dan mengambil kedua-dua beg.. Tapi apalah sangat kudra seorang gadis sepertinya, apabila dia cuba untuk mengangkat dua-dua beg pakaian yang berat itu sekali gus, dia jatuh terjelepok.

'' Aduh! '' Matanya segar melilau, mencari jika ada sesiapa yang ternampaknya jatuh. 
'' Fuhh, bernasib baik tidak ada orang melihat aku jatuh. Malu beb!'' 

'' Tapi saya nampak,'' Apabila Hyemi berpusing, seorang gadis berdiri di belakangnya.

Hyemi segera bangun '' Cantik minah ini, tetapi suara macam jantan,''

Tanpa berfikir panjang, dia terus menegur. 'Kau cantik, tapi sayang suara macam lelaki,'' 

'Hyemi ! Cepatlah ! '' Ri-kyung omma melaung dari dalam rumah. ''Arraseo omma !’’ Hyemi kemudiannya cuba mengangkat lagi kedua-dua beg itu serentak. Nampak macam mustahil tetapi dia memang berjaya mengangkat kedua-duanya serentak !


Selepas makan malam, Hyemi keluar dan bersiar-siar di kawasan rumah itu. ‘Dah lama aku tak datang, banya yang dah berubah,’’ Dia masih lagi teringkat kali terakhir dia berada di rumah itu, dia berusia 12 tahun, tujuh tahun yang lalu.

‘’Hwang Hyemi ?’’

‘’Ya, saya?’’ Hyemi berpusing. ‘’Oh, kau rupanya,’’ Gadis petang tadi. ‘’ Nama aku Hye… Eh, kau dah tahu kan. Nama kau apa ?’’

‘’Minki,’’

‘’Minki ? Macam nama lelaki la,’’ Kemudian dia gelak. ‘’Dahla suara pun macam lelaki, apa la kau nie,’’

‘’Tapi saya memang lelaki,’’ Jawap Minki. ‘’Mwo ???’’Bulat mata Hyemi.
‘’Lelaki? Lelaki kau cakap? Muka punya lawa macam ni lelaki ? Kau ni biar betik. Kelakarlah,’’ Hyemi kemudiannya gelak dengan lebih kuat. Sungguh dia tak menyangka, gadis cantik sudah pandai hendak bergurau sebegitu dengannya pada awal pertemuan mereka.

‘’Betul, saya nak bagitahu sesuatu ni. Tadi omma awak cakap, appa awak tak dapat datang. Pejabat telefon, katanya kecemasan,’’

‘’What ? Oh my God ! Pinjam telefon jap, nak call appa nie,’’ Hyemi kelihatan sedikit gusar.
‘’Tapi omma awak cakap,…’’ Belum sempat Minki menghabiskan kata-katanya, dia sudah ditengking oleh Hyemi. ‘’ Kalau aku nak pinjam, bagi sajalah !’

Namun Minki hanya tersenyum sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Hyemi seorang diri.

‘’Hei, kau nie, mentang-mentanglah cantik ! Sombong ! Aku nak pinjam saja, bukannya nak buat apa. Kedekut !’’

Minki hanya mendengar kata-kata itu sambil tersenyum. ‘’ Awak pun cantik juga, Hyemi. Tapi sayang, agar kasar,’’ Minki terus masuk ke biliknya, yang dikongsi dengan hyungnya, Sehun.

‘’Siapa tu, Ren?’’ Tanya Sehun yang sibuk membaca majalah K-Popnya.

‘’Hwang Hye-mi, anak tiri Aunt Ri-kyung,’’ Jawap Ren. ‘’Oo, yang sama umur dengan kau tu ?’’ Tanya Sehun.

‘’Kitaorang sama umur ke?’’ Minki menggaru-garu kepalanya. Tanda tidak tahu.
‘’Mungkin, tadi hyung dengar omma berbual dengan Aunt Ri-kyung, kau akan bersekolah sama dengannya,’’

''Oh, entahlah hyung,'' Ren terus mengambil MP3 nya dan mendengar lagu kegemarannya, B1A4 - Lonely. 

Hyemi masuk ke dalam biliknya dalam keadaan marah. Dia duduk bersandar pada dinding bilik itu. ‘’ Telefon aku dah lah tertinggal, apa aku nak buat ni? Nak dengar lagu-lagu favourite aku pun tak boleh !’’Hyemi keluar semula dan menuju kea rah bilik Ri-kyung ommanya.Dia bercadang hendak menelefon appanya menggunakan telefon Ri-kyung omma. Dia terus membuka pintu bilik Ri-kyung omma tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Dan apa yang dilihatnya adalah sesuatu yang tak disangka !

Hyemi terus berlari masuk ke dalam biliknya dan menguncinya. Dia masih tak percaya dan masih dalam keadaan terkejut. Air matanya mulai berlinangan, semakin lama semakin deras membasahi pipinya.

‘’Hyemi, buka pintu ini,’ Kedengaran suara Ri-kyung omma memanggilnya dari luar.

Nada suara yang sudah lama tidak digunakan Ri-kyung omma apabila berbicara dengannya. Lembut dan memujuk. ‘’Hyemi, bukalah pintu ini, omma nak cakap dengan Hyemi. Apa yang Hyemi nampak bukan seperti yang Hyemi sangka. Buka pintu ini,’’

Hyemi mengesat air matanya dan membuka pintu. Ri-kyung omma cepat-cepat masuk dan mengunci pintu. ‘’Hyemi, dengar cakap omma. Hyemi sayangkan appa Hyemi, kan ? Hyemi tak mahu lukakan hati appa Hyemi, kan ? Jadi Hyemi dengar cakap omma, omma tak akan buat lagi selepas ini,’’

Ri-kyung omma terus memeluk Hyemi yang masih lagi menangis. Hyemi masih lagi teringat kali pertama menyaksikan Ri-kyung omma berpelukan dan berciuman dengan seorang lelaki di bilik tidur di rumah mereka. Ketika itu Hyemi berusia 11 tahun. Hyemi mengugut untuk memberitahu appanya tentang itu, tetapi dihalang oleh Ri-kyung omma dengan alasan appanya akan jatuh sakit. Hyemi terpaksa rahsiakan kejadian itu.

Kejadian kedua pula, Ri-kyung omma memberi alasan bahawa lelaki itu akan berkahwin tidak lama lagi, jadi dia mengajar lelaki itu tentang perkahwinan. Pada masa itu, Hyemi yang berusia 13 tahun terpaksa merahsiakan peristiwa kecurangan omma tirinya di bilik tidur itu daripada pengetahuan bapanya.

Kejadian yang terakhir, Ri-kyung omma berjanji bahawa dia tidak akan lagi membuat perkara sebegitu. Namun apabila Hyemi menyaksikan sekali lagi kecurangan Ri-kyung omma di atas katil bersama lelaki lain, Hyemi bertekad akan memberitahu appanya.

‘’Hyemi, Hyemi sayang appa Hyemi, kan ? Kali ini yang terakhir, betul. Omma janji,’’

Hyemi meleraikan pelukan itu dan menatap Ri-kyung ommanya. ‘’Omma, kali ini appa mesti tahu. Dah banyak kali Hyemi rahsiakan daripapa appa. Hyemi dah tak sanggup !’’

‘’Hyemi, dengar sini,’’ Ri-kyung omma mulai mengasar. ‘’Kalau Hyemi berani membocorkan rahsia ini, appa dan omma boleh bercerai. Hyemi sanggup tengok appa Hyemi kecewa lagi? Berfikir sebelum bertindak sesuatu yang bodoh, Hyemi!’’ Selepas berkata begitu kepada Hyemi, Ri-kyung omma melangkah keluar dari bilik itu.

Tanpa membuang masa, Hyemi menahan Ri-kyung omma.

‘’Omma, Hyemi tetap akan memberitahu appa yang omma selalu curang ! Hyemi dah tak kisah apa pun yang akan terjadi, appa harus tahu tentang ini !’’

‘’Berani kamu, Hyemi !’’ Sejurus itu, satu tamparan singgah di pipi kiri Hyemi.

 


 

Part yg Ri-kyung omma curang tu, ingat nak buat mature content , tapi ramai subscribers yg 18 tahun ke bawah lagi la haha

Terpaksa la selindungkan sikit perkara-ii sensor tuhh

Anyways, saya sendiri pun tak sabar-ii nak masukkan watak si Taehyung dalam nie.. Harap-ii chapter 3, watak Kim Taehyun dah diwujudkanlah. Kann ? Hihi

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JustMangrishFic
'Aku Hanya Ada Kau' Dah lama teringin nak buat Malay fanfic. And i wanna be a novelist like Nurasyyi Rashid :D

Comments

You must be logged in to comment
baekhyung9295 #1
Chapter 8: Chapter 9 : eodi seo ?!! Palli datang sini xD update soonTT..TT
kaiyeol567
#2
Chapter 7: Update soon
nisa_kpopgirlfan
#3
Chapter 7: Keep calm okay.
Tapi Taehyung punye scene macam kurengg jerr....
Mark_Neymar #4
Wooaaa!!! Best nyaa fanfics awak. Saya dah subscribe fanfics awak. Nanti awak subscribe laa fanfics saya pulak. Thanks :)
fthahbhrdn
#5
VVVVVVVVVVVVVVVVVVVV!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! omjaaaayyyy~~~ buat cerita ni best best plus daebaaakk!!!! first time bace fanfic malay kat sini,, ahaha :)
Taeryfai
#6