One

Aku Hanya Ada Kau

'Kim Ha-na dan Hwang Hye-mi berjalan beriringan ke kantin sekolah mereka. Hari itu adalah hari terakhir Ha-na bersekolah di situ, kerana petang ini Hana sekeluarga akan berpindah ke Tokyo. Ayah Hana ditukarkan tempat kerjanya ke sana. Tapi, dia masih lagi belum memberitahu kawan baiknya itu, si Hyemi. 

''Hana, boleh tak kita jalan cepat sikit? Aku dah lapar sangat ni,'' Rungut Hyemi sambil menarik tangan Hana. Hana kini dalam dilema, ''Patutkah aku beritahu Hyemi sekarang?'' Dia memandang sungul wajah Hyemi yang sedang beria-ia menolak beberapa orang pelajar lain untuk membeli makanan. 

''Tidak! Aku tak mahu dia tahu. Dia pasti akan menangis nanti. Aku tak mahu lihat dia menangis'' Keluh Hana sendirian. 

'' Kim Ha-Na ! '' Hyemi menjerit memanggilnya. ''Kau nak beli ke tak nie ? ''
''Tak apalah, aku tak ada selera,'' Bohong Hana.

''Eleh, tak ada selera bagai la kau ni. Betul ni ?'' Tanya Hyemi. Hana mengangguk perlahan.

Selesai makan di kantin, mereka naik ke atas bumbung sekolah mereka, tempat mereka selalu lepak. Dulu pelajar lain pun ada sama, tapi Hyemi melarang mereka. Kata Hyemi, bumbung adalah tempatnya. Kalau ada yang degil, kena bulilah budak tu nanti.

''Hyemi, kalau aku tak datang sekolah esok macam mana ?'' Tanya Hana.

''Hana, kalau kau tak datang sekolah esok, aku pun cutilah,'' Gelak Hyemi diikuti dengan Hana. Namun gelaknya itu hanya palsu. Dia tahu, Hyemi pasti akan marah kepadanya nanti. 

''Jomlah masuk kelas Hyemi, kita selalu masuk kelas lambat,''
''Apa ? Kau nie, demam ke ?'' Dia meletakkan tangannya ke atas dahi Hana. ''Tiba-tiba sahaja ajak aku masuk kelas awal. Lepak la dulu,'' Hyemi cuba meraih perhatian Hana namun Hana pantas menarik tangannya untuk masuk ke kelas.

''Okay, kita masuk kelas sekarang. Lepaskan tangan aku ni,'' 

Mereka berjalan beriringan untuk masuk ke kelas.

 

Keesokkan paginya

''Oppa ! Oppa ! '' Jerit Hyemi. Dia terus memanggil lelaki itu. ''Oppa, don't leave me alone. Take me with you, oppa'' Dia mulai menangis. 

''Hwang Hye-mi !'' Suara yang begitu familiar menyeru namanya. Dia memejam matanya serapat yang mungkin.''Hwang Hye-mi, buka mata kamu !''

Hyemi membuka sebelah matanya dan.... ''Omma?''
Ommanya berada di hadapan matanya sekarang. '' Bangun !'' Suara tepikan omma tirinya itu bagai halilintar. 

'BAAAM'

Bunyi pintu biliknya dihempas dengan kuat. ''Aduhai, rosak mimpi aku dengan Mr Right aku. Mak cik ni kalau tak kecoh pagi-pagi memang tak sah !'' Bebel Hyemi. Dia terus bangun dan kemaskan tempat tidurnya. Sebelum masuk ke bilik air, dia sempat menghantar SMS kepada Hana.

'Hana, kau g sklh x arini ?''

Hampir 10 minit membersihkan diri, dia memakai uniform sekolahnya dan mengambil beg sekolahnya. Telefonnya diperiksa. Aikk ? Tak ada kredit ke minah ni ? Ke tak bangun tidur lagi ? Namun dia tetap meneruskan langkahnya ke sekolah.

Sampai di sekolah, dia masih lagi kehairanan. Tempat duduk Hana di sebelahnya masih lagi kosong. Kebiasaanya, Hana sampai dulu. Eh, bukan ! Memang selama ini Hana yang sampai dulu. 
Dah kenapa minah ni, aku text pun tak reti nak reply?
Hyemi segera menelefon Hana. Tapi, orang lain yang angkat.... 

Sorry, the number you have dialed is not in service. Please try again.

Not in service pulak. Kau pergi ke mana ni ? Berani kau tinggalkan aku sesorang ??!! Siaplah kau nanti, Hana !!

Hyemi terus masuk ke kelas dan belajar seperti biasa. Namun, fokusnya selalu melayang ke angkasa lepas. 
Hampir tujuh jam di sekolah, dia pulang ke rumah seperti biasa. Hyemi bercadang untuk pergi ke rumah Hana pada esok hari kerana esok adalah hari cuti mingguan. Bolehlah lepak lama sikit. 

Sepanjang perjalanan ke sekolah, dia memikirkan tentang omma tirinya itu, Ri-kyung. Semasa umurnya lima tahun, Ri-kyung omma selalu bermain dengannya, menyuapkan makanan kepadanya, dan membawanya berjalan-jalan. Tetapi semua itu sebelum Ri-kyung omma berkahwin dengan appanya. Selepas mereka berkahwin, senyuman Ri-kyung omma hanya dilihat semasa appanya pulang kerja. Itu pun palsu. 

''Omma, Hyemi dah pulang,'' Hyemi membuka pintu rumahnya. Walaupun dia tidak menyukai Ri-kyung omma, dia tetap menghormati wanita itu. Dia terus melangkah naik ke tingkat atas. Sampai di biliknya, terus Hyemi berbaring dan mendail nombor telefon Hana. Namun, masih lagi seperti tadi. 

''Hyemi !'' Ri-kyung omma membuka pintu biliknya. ''Cepat kemas barang-barang kamu dan bersiap. Omma bagi kamu setengah jam untuk bersiap,'' Arahnya dengan tegas.

''Kita hendak pergi ke mana ?'' Soal Hyemi. 

''Ikut saja arahan omma, cepat,'' Ri-kyung omma terus menutup pintu. Hyemi yang tadinya berbaring terus bangun dan melangkah ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi, dia terus memakai bajut-shirt kegemarannya, WOLF 88. Dia memasukkan beberapa helai pakaiannya ke dalam sebuah beg dan turun ke bawah.

''Omma, Hyemi dah siap,'' Hyemi menunggu di ruang tamu. Ri-kyung omma keluar dari biliknya sambil membawa sebuah beg bajunya dan lelakkanya di hadapan Hyemi. ''Bawa beg omma masuk ke dalam bonet kereta,'' Ujarnya terus keluar rumah untuk menghidupkan kereta. 

''Omma ni, selalu suruh aku,'' Namun, dituruti juga arahan itu. 

''Omma, uri eodiseyeo ?'' Tanya Hyemi.
''Balik kampung omma, appa kamu dah tahu. Dia pun dalam perjalanan ke sana.'' Jawap Ri-kyung omma.

''Kenapa ?'' Tanyanya lagi
''Sepupu kamu, Sehun dan Ren dah balik Korea.'' Ri-kyung omma terus menjawap dengan nada yang mendatar.

''Sehun dan Ren ? Hyemi tak pernah dengar pun nama mereka,'' Tanya Hyemi lagi.
''Mestilah, sebelum ini mereka berdua tinggal di luar negara. Mereka dihantar belajar ke sana. Sekarang mereka dah pulang, pilihlah satu,'' 

''Pilihlah satu ? Nak pilih apa ?'' Hyemi kehairanan. Namun tidak dinyatakan persoalannya itu. Dia terus meraba kocek seluar jeans yang dipakainya. ''Alamak, telefon aku !'' Hyemi tertinggalkan telefon bimbitnya di atas katil. Dia terluba untuk mengambilnya semasa hendak keluar tadi. Hendak beritahu ommanya supaya berpatah balik ? Tak mungkin dia akan layan aku ! Getus hatinya. Dia terus melayan lagu 2NE1 - Do You Love Me yang disiarkan di radio sambil menahan laparnya kerana tidak sempat makan tengah hari tadi.

''Omma, Hyemi lapar,'' Perlahan suaranya mengharapkan Ri-kyung omma akan berhenti di mana-mana restoran.

''Tahanlah, dah nak sampai ni,'' 

''Dah nak sampai konon, macam aku tak tahu lagi tiga jam nak sampai !'

 


 

Hi dear readers, do you enjoy reading the first chapter of this?

Macam mana? Okay tak ? 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JustMangrishFic
'Aku Hanya Ada Kau' Dah lama teringin nak buat Malay fanfic. And i wanna be a novelist like Nurasyyi Rashid :D

Comments

You must be logged in to comment
baekhyung9295 #1
Chapter 8: Chapter 9 : eodi seo ?!! Palli datang sini xD update soonTT..TT
kaiyeol567
#2
Chapter 7: Update soon
nisa_kpopgirlfan
#3
Chapter 7: Keep calm okay.
Tapi Taehyung punye scene macam kurengg jerr....
Mark_Neymar #4
Wooaaa!!! Best nyaa fanfics awak. Saya dah subscribe fanfics awak. Nanti awak subscribe laa fanfics saya pulak. Thanks :)
fthahbhrdn
#5
VVVVVVVVVVVVVVVVVVVV!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! omjaaaayyyy~~~ buat cerita ni best best plus daebaaakk!!!! first time bace fanfic malay kat sini,, ahaha :)
Taeryfai
#6