XOXO Baby Mrs. Oh Yoonmi!

XOXO Baby Mr. Oh!

Never ignore the person who loves you, cares for you & misses you..

Because one day, You might wake up from your sleep and realized that, You lost the moon while counting the stars..

 

Mulai hari itu, Sehun adalah orang yang selalu menghantar dan menjemput Yoonmi di Sekolah, sepanjang dua minggu ketiadaan ibu bapa Yoonmi di Korea. Dan mulai dari detik itu juga lah Yoonmi berkira yang dia pasti akan lebih rapat dengan Sehun namun jangkaannya tetap meleset.

“Hun..Esok perlawanan akhir kan?”, tanya Yoonmi setelah turun dari motosikal milik Sehun. Sehun masih berdiam dan tidak memperdulikan pertanyaan Yoonmi sebaliknya dia masih mencuba membukakan topi kaledar yang dipakai Yoonmi itu. Macam hari-hari biasa, Sehun pasti akan menghantarnya dan menjemputnya balik dari sekolah.

Sehun mengangguk membalas ucapan Yoonmi. Nah, setelah terbuka topi kaledar itu, baru lah dia membalas, itu pun cuma dengan anggukkan.

 

“Boleh tak saya nak datang tengok awak main?”, tanya Yoonmi lagi. Matanya dah bersinar-sinar, merayu sangat untuk Sehun izinkan. Tapi...

 

“Kau kan baru je nak sihat.. Tengok tangan tu? Berbalut lagi.. Tak payah datang lah..”

 

 

“Tapi..” Yoonmi dah mula muncungkan mulutnya. Masam je muka bila dia tak diizinkan pergi tengok perlawanan itu.

 

“Ahh tak payah nak buat muka macam tu, buruk aku tengok”, cepat-cepat Sehun meremas poni rambut Yoonmi. Biar rambutnya kusut, Hahaha.. Sumpah sebenarnya Yoonmi comel sangat dimata Sehun. Cuma Sehun saja tak pernah nak mengaku.

 

“Yah! Jadi boleh lah saya pergi?” 100% muka Yoonmi berubah ceria, dah Sehun cakap muka tadi buruk.. -_-

 

 

 “Suka hati kau lah..”

 

 

 

 


 

Sehun dan satu Team bola keranjang bersorak girang selepas dinobatkan sebagai pemenang perlawanan akhir bola keranjang itu. Masing-masing mengukir senyuman diwajah mereka. Ini adalah satu kebanggaan bagi sekolah.

Team XOXO Daebak!

 

“Hey Sehun, Yoonmi tak datang ke?”, Tanya Luhan sambil menuang air coca-cola ke dalam gelas milik Sehun. Disebabkan mereka menang perlawanan, Team XOXO sempat membuat parti kecil untuk meraikan kemenangan mereka bersama.

 

“Entah..” sahut Sehun lalu meneguk air bergas itu dalam sekali teguk. Oneshot! Ahhh~ Desahnya lega.

 

“Kau kenapa kejam sangat dengan dia hah? Yoonmi tu gadis yang baik.. Dia cantik pulak tuh.. Ermm, Tapi, Yura cantik lagi lah... bagi aku.. Aip! Jangan pernah ada hati dengan Yura tau? Dia aku punya!” sempat pula Luhan memberikan amaran pada Sehun. Sehun cuma tersenyum kecil dan menggeleng. Memang tak lah dia nak suka dekat Yura. Yura jauh sangat dari kriteria gadis idamannya.

 

 

“Aku..” teragak-agak Sehun berkata.

 

“Kenapa? Jangan sebut kau suka Yura...”

 

“Eish! Bukan Yura lah, ni pasal Yoonmi! Aku rimas sebenarnya dengan dia.. Iye lah, hari-hari datang cuba nak rapat-rapat dengan aku, Kau tak rasa ke yang dia cuba mencari perhatian?” Sehun meluahkan segalanya pada Luhan. Well, walaupun ucapannya ini sebenarnya bukan dari hatinya..

Sehun cuma tak nak mengaku pada Luhan yang dia juga turut ada perasaan lebih pada Yoonmi. Memang! Egonya terlalu tinggi untuk mengaku.

 

 

“Dia suka kau lah tu..” sambung Luhan pula. Sedar tak sedar, Sehun perlahan-lahan tersenyum.

 

“Memang, yang tu aku tahu..Tapi, siap bagi makanan semua, silap hari bulan, dia jampi apa-apa dalam makanan aku, aku yang angau kat dia... hahahah,” gurau Sehun sarkastik.

 

Pecah tawa Sehun ketika itu. Sedap sangat dia bercakap tanpa sedikit pun dia tahu ada mata yang melihatnya, ada telinga yang mendengarnya. Iya, Yoonmi mendengar dan melihat sendiri apa yang Sehun katakan kepadanya.

 

Bagai ditusuk belati tajam, air mata Yoonmi dah mula laju mengalir ke pipinya. Sakit. Sakit sangat apa yang dia rasakan sekarang.

 

 

Yoonmi segera berlari jauh dari situ, kalau boleh dia nak pergi jauh dari segala-galanya. Hatinya sakit. Sakit dan hancur berkecai. Tadi niatnya ingin menyapa Sehun dan memberikan ucapan tahniah diatas kemenangan Team bola keranjang mereka, tapi setelah apa yang dia dengar dari mulut Sehun sendiri, dia terus pergi. Berlari laju tanpa memperdulikan apa pun.

Jadi Sehun? Aku cuma itu bagi Sehun, seorang gadis yang merimaskan? Tergedik-gedik dan minta perhatian? Sanggup dia fikir yang aku ada niat nak jampi dia? Sedangkan hati aku? Hati aku tulus mencintainya... Arghh Oh Sehun, You’re too much!

 

 

Yoonmi berlari laju sehingga tidak sedar kakinya melangkah jauh ke Tasik Hangang. Yoonmi kecewa. Kecewa dengan perangai Sehun.

“Oh Sehun!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Neo pabbo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”, Jerit Yoonmi sekuatnya lalu dia terduduk dan menangis. Tubuhnya dipeluk erat. Yoonmi menangis semahunya.

 

 

“Gwenchana Lee Yoonmi, menangislah sepuasnya.. Kau akan lebih baik selepas ini..” Perlahan-lahan Yoonmi tanamkan dalam dirinya bahawa dia 100% salah memilih lelaki seperti Oh Sehun sebagai lelaki yang dicintainya selepas Appa.

 

Aku janji, mula dari detik ini, aku takkan kacau dia lagi.. Oh Sehun, kau adalah kenangan yang patut aku lupakan seumur hidup.

Kau patut aku lupakan. Selamat tinggal..

 

 

 

Sedangkan Sehun yang masih tidak tahu Yoonmi sudah mendengar perbicaraannya dengan Luhan masih rancak bergelak tawa.

“Ye lah, mana tahu kalau dia ‘mandrem’ aku? Tak pasal je aku pulak yang angau kat dia.. Hahaha..” belum sudah lagi dia ketawa.

“Aish! Kesitu pulak dia.. Aku rasa Yoonmi ikhlas dengan kau..” potong Luhan dengan raut wajah serius. Luhan mahu meyakinkan Sehun, segala tanggapannya tadi kepada Yoonmi, semuanya salah. Yoonmi baik. Dia gadis yang baik untuk Sehun. Luhan yakin dengan hal itu.

 

Sehun tiba-tiba diam, perlahan dia mengangguk..

“Aku tahu Yoonmi ikhlas, saje je tadi aku cakap macam tu.. Hahahha..”

 

 

“Jahat kau kan? Berani cakap belakang je, Kalau dia dengar tadi, padan muka!”

 

“Dia takkan dengar lahhh.. Dia tak de kat sini punnn..” Yakin je Sehun cakap, dia tak tahu Yoonmi dah dengar semua ucapannya sebentar tadi. Hurm, mulai detik ni, baru Sehun akan tahu, langit tu tinggi ke rendah.. -_-

 


 

 

Hari ini seperti biasanya Sehun ingin menjemput Yoonmi ke sekolah. Dia mengaku, hari ni dia terlewat sedikit. Selalunya dia akan suruh Yoonmi menunggunya tepat pada pukul 7 pagi, tapi disebabkan mereka meraikan parti kecil semalam bersama team XOXO, Sehun agak kesiangan di pagi hari.

Jam menunjukkan tepat pukul 7:20 minit pagi.

 

Sehun terjenguk-jenguk mencari kelibat Yoonmi. Aneh, dia tak nampak langsung dimana Yoonmi berada.

“Baru lewat 20 minit.. Takkan dia naik bas kot”, teka Sehun lagi. Sehun menunggu Yoonmi dihadapan rumah gadis itu selama 10 minit. Dan anehnya, memang Yoonmi tak keluar-keluar dari situ, Sehun mula membuat andaian sendiri. Mungkin Yoonmi dah pergi awal. Hurm.. Tak pe lah..

 

Sehun segera memulas pemegang motor, masuk gear dan menunggang laju motosikalnya ke sekolah.

 

 

Seusai Sehun memarkirkan motosikalnya di tempat yang disediakan dia segera memperkemaskan rambutnya dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam koridor sekolah. Dia berhenti seketika, matanya ternampak sosok tubuh yang dikenalinya sedang sibuk mengambil buku dari locker.

 

“Lee Yoonmi!”, panggilnya dari jauh. Dia ingin berkongsi kegembiraannya semalam kerana team XOXO memenangi perlawanan akhir itu. Mungkin kerana Yoonmi tidak mendengarkan suaranya, Yoonmi terus berlalu pergi ke kelas tanpa sedikit pun memperdulikan ucapanya.

 

“Yakk Lee Yoonmi!,” panggil Sehun lagi tapi tetap hasilnya sama. Yoonmi tidak memperdulikannya lagi.

 

 

 


 

 

Hari ini, seharian suntuk Sehun tak senang duduk. Entah.. Dia rasakan ada sesuatu yang kosong pada dirinya.
Tiada sapaan selamat pagi dan yang paling penting, tiada senyuman dari Yoonmi. Argh! Hal itu buat Sehun serabut.

 

“Luhan, kau pergi ajak Yura dengan Yoonmi makan semeja dengan kita.. Hari ni aku belanja..” arah Sehun lalu pergi memesan makanan sedangkan Luhan tersenyum gembira apabila diberi tugas untuk mengajak Yura makan. Huwee! Kalau disuruh buat apa pun yang berkaitan dengan Yura, tanpa disuruh pun Luhan tetap buat dengan rela hati.

 

Sehun kembali ke meja dengan membawa satu dulang penuh berisi makanan. Dia sengaja memesan banyak makanan untuk Yoonmi dan Yura. Tapi sumpah hatinya sentap, sekembalinya dia ke meja itu, dia lihat cuma Yura dan Luhan yang ada. Mereka tertawa kecil dan rancak berbual.Mata Sehun lincah mencari Yoonmi, tapi nihil. Perlahan-lahan senyuman Sehun kian pudar.

 

“Mana Yoonmi?”, tanya Sehun terus terang sambil meletakkan dulang itu kasar.

 

“Yoonmi cakap, dia tak nak makan.. dia ada kat library kot... Huwaa!! Lamb steak! Daebak!”, sambut Yura girang, sekali lagi diingatkan Yura memang suka makan. -.-

Sehun dan mula tak senang hati. Dia tahu pasti ada sesuatu yang tak kena. Yoonmi seakan-akan... mahu mengelak darinya?

YOONMI?! MENGELAK? Aish, biar betul ni?!

 

 

“Korang berdua makan lah.. aku takde selera..” sambung Sehun lalu melangkah pergi. Sehun bingung. Kenapa Yoonmi berubah secara tiba-tiba? Apa salahnya?

 

 

 

Keesokkan harinya....

 

Yoonmi dan Yura sedang enak menjamah spagetti yang Yoonmi bawa ke sekolah. Tiba-tiba, Sehun datang dan melabuhkan punggung disampingnya.

“Ini untuk aku kan? Rasa sikit..” Sehun bersikap dingin dan terus merampas bekal makanan Yoonmi, Yoonmi tergamam ketika dia melihat Sehun tak rasa teragak-agak terus menjamah spagetti itu.

 

Seketika hati Yoonmi terdetik, dia bahagia, akhirnya Sehun menjamah juga makanan dari hasil air tangannya, kerana sebelum ini, dia pernah juga mahu memberikan bekal yang dia buat untuk Sehun, tapi tidak sekalipun Sehun terima.

 

DEGG! Hati Yoonmi berdetak laju ketika dia melihat Sehun dihadapannya. Dia tahu dia harus pergi, jika tidak... mungkin peristiwa lalu akan berulang lagi. Dia tak mahu menyimpan rasa untuk lelaki itu lagi, dia dah serik.

 

Yoonmi segera mengemas barang-barangnya dan terus berdiri.

“Yura, aku pergi dulu..” sahutnya membuatkan Yura dan Sehun sentap. Sudu yang dipegangnya pun jatuh kembali kedalam bekas makanan milik Yoonmi.

 

“Hey! Tapi aku belum habis makan lagi..” sambung Sehun gelabah setelah nampak Yoonmi tergesa-gesa mahu pergi.

 

 

 

“Makan  je lah.. Simpan terus bekas tu eh.. buat koleksi.. bye!”, ucap Yoonmi lalu terus berlalu pergi.

 

 

 

Kini Sehun tahu, memang sahlah Yoonmi menjauh darinya. Yoonmi cepat-cepat mahu pergi kalau dia ada disisinya dan Yoonmi sengaja mengelak untuk makan semeja dengannya. Tapi kenapa?! Kenapa Lee Yoonmi, kenapa? Batin Sehun menjerit.

 

 

 

 


 

Kini sudah tepat seminggu Yoonmi bersikap dingin pada Sehun. Dah macam bertukar personaliti je mereka berdua, makin lama, Sehun makin mesra kepada Yoonmi dan Yura, tapi lain pula dengan Yoonmi, makin lama.. Dia makin menjauh. Hal ini cukup membuatkan Sehun bingung.

 

Sehingga satu hari Sehun dah tak tahan dengan perangai Yoonmi, kenapa gadis itu berubah 100%? Mana Yoonmi yang dulu? Yoonmi yang selalu tersenyum manis? Yoonmi yang sangat mesra.. Mana? Tanpa sedar Sehun merindui gadis itu. Dia mahu Yoonmi yang dulu. Yoonmi yang sentiasa disisinya. Baru dia sedar, dia perlukan gadis itu disisinya.

 

Kebetulan ketika Sehun keluar dari kelas, dia bertembung Yoonmi. Kedua-dua mereka menatap lama tanpa sebarang kata. Beberapa detik selepas itu, Yoonmi segera angkat kaki dari situ, dia sempat meninggalkan jelingan tajam pada Sehun. Sehun bingung. Sumpah Sehun bingung. Dia tak tahu apa yang membuatkan gadis ini berubah.

Dia harus cari tahu. Dia harus!

 

 

Sehun mengejar Yoonmi dari belakang, laju je kaki Yoonmi melangkah menuruni anak tangga, begitu jugalah dengan Sehun. Akhirnya pada anak tangga sebelum akhir, Sehun sempat mengapai tangan Yoonmi. Menariknya dan sekaligus menghentikan langkahnya.

 

 

 

“Lee Yoonmi, We need to talk..” tutur Sehun sambil merenung Yoonmi dalam.

 

 

Yoonmi berkeras tidak mahu, dia segera merentap tangannya untuk segera dilepaskan.

“Apa lagi yang nak kita bincangkan?! Sudahlah Oh Sehun... Saya letih!”, luah Yoonmi dengan matanya yang mula berair.

 

 

“Awak menjauh dari saya?”, tanya Sehun lembut. Heh! Sejak bila ber-awak-saya? Dulu bukan kau-aku ke? -.-

 

“Lepaskan Sehun, sakit!” ronta Yoonmi setelah dia rasakan Sehun makin mencengkam pergelangan tangannya erat, tiada sedikit niat pun Sehun ingin melepaskannya.

“Jawab Yoonmi! Awak menjauh dari saya ke?”, perlahan-lahan cengkaman itu dilonggarkan.

 

“Ye! Memang saya menjauh dari awak!”

 

 

“Tapi kenapa?!”,

 

“Kenapa? Awak tanya kenapa?! Awak yang tahu sendiri jawapannya Oh Sehun.. Saya dengar semuanya! Perbualan awak dengan Luhan pada malam kemenangan tu, dan semua kata-kata awak saya dah dengar...” luah Yoonmi sambil menangis.

Sehun terdiam seketika. Mulutnya terbuka sedikit..  Dia tahu dia salah, dia tahu dia dah keterlaluan.. Dia tak sangka gurauannya pada malam itu dah membuatkan semuanya jadi seperti ini. Sekarang dia menyesal.

 

“Awak dah tahu kan? Tak pe lah Sehun, lepas ni saya janji... Saya takkan kacau awak lagi..” Yoonmi melangkah pergi.

 

Sekali lagi tangan Yoonmi ditarik kuat, “Yoonmi dengar dulu,” sambung Sehun laju. Dia gelabah. Dia tak mahu Yoonmi melayaninya seperti ini. Dia terseksa! Sungguh dia terseksa..

 

“Apa?!” nada suara Yoonmi dah mula tinggi sekilas Sehun menariknya berpaling terus menatap wajah masing-masing.

 

Dalam kiraan detik 1 2 3
CHU~

Kini bibir mereka sudah pun menyatu. Sehun memegang wajah Yoonmi, mencium bibir gadis itu dalam. Mata Yoonmi bulat dan tak henti-henti berkelip, sedangkan Sehun sudah menutup matanya rapat, menikmati setiap inci bibir ceri milik Yoonmi itu.

Bagaikan menghantar telepati, batin Sehun berbicara...

 

“Lee Yoonmi, dapatkah kau dengar ucapan hatiku? Aku cintakan kau Lee Yoonmi.. Aku cintakan kau.. Aku mahu Yoonmi yang dulu.. Kembali lah pada aku Yoonmi.. Jebal..”

 

Sehun mula menitiskan air mata. Dia mahu Yoonmi tahu dia ikhlas dalam pertuturanya ini. Hal malam itu? Sumpah dia menyesal. Kenapa saja dia tak mengaku lebih awal. Kenapa dia harus letakkan ego nya ditempat yang lebih tinggi berbanding hatinya. Sungguh Sehun terasa sangat bodoh ketika ini.

 

Yoonmi segera menolak dan memukul dada Sehun kasar. Dia memaksa untuk Sehun melepaskannya. Setelah Sehun menarik bibirnya menjauh dari bibir Yoonmi, gadis itu terus melayangkan sebuah tamparan kearah wajahnya.

 

PANGGG!

 

 

“Saya benci awak Oh Sehun!”

 


 

“Omo Papa! Mama benci papa?”, tanya Sera bimbang. Sehun cuba mengenangkan peristiwa itu, kalau di ingatkan kembali, itu adalah peristiwa terbodoh yang berlaku dalam hidupnya. Dia taknak perkara seperti itu berulang.

 

“Ye Sera, Mama benci sangat pada Papa..” balas Sehun pula.

 

 

“Omo! Papa, jom lah kita balik rumah... Biar Sera pujuk mama.. Sera akan suruh mama jangan benci papa lagi.. jom la papa.. kita balik!! Cepat papa.. cepat!!”, kelam kabut Sera menarik-narik kecil lengan baju Sehun. Hujung matanya sudah mula berair.

 

“Hey, rileks lah Sera.. Cerita belum habis lah sayang..” Tergelak kecil Sehun melihat wajah Sera ketika itu. Aih, macam dia faham je apa yang Sehun ceritakan dari tadi.

 

“Tapi.. tapi....”

 

“Nak papa cerita tak?”,

 

“Nak!” laju je Sera menjawab pertanyaan Sehun. Dia nak tahu lagi.

“Okey, kalau macam tu, duduk diam diam.. Papa nak cerita ni..”

 

“Kejap!”,

 

“Hmm?”

 

“Mama tampar papa tu.. sakit tak?”, tanya Sera dengan muka tak bersalah, cukup membuatkan Sehun tergelak kecil. Aigoo, comel betul anak papa ni! Ucapnya sambil mencuit sedikit hidung Sera. Kalau ditanyakan sakit atau tidak? Sehun cuma boleh menjawab, Bila Yoonmi dah cakap yang dia bencikan Sehun, tiada apa yang lebih sakit dari kata-kata itu termasuklah tamparan.

Tamparan adalah perkara kecil, Sakitnya tak dapat dibandingkan dengan hancurnya hati Yoonmi ketika itu.

 

Sehun menerima tamparan itu kerana dia tahu, Yoonmi lebih terluka dengan kata-kata bodohnya malam itu.

 

 


 

 

Selepas Yoonmi meluahkan bahawa dia benci Sehun, dia segera berlalu pergi meninggalkan Sehun yang masih kaku dek tamparan kuat dari Yoonmi..

Sehun kaku diatas tangga itu, perlahan-lahan dirinya bersandar pada dinding. Matanya terhenti memandang bawah, merenung kembali kata-kata yang dia pernah lontarkan untuk menyakiti hati gadis itu.

 

“Mianhae Lee Yoonmi..” Cuma itu yang Sehun dapat katakan sekarang ini. Tiada kata lain selain, maaf..

 

 

 

 


 

Kini, Dua minggu sudahpun berlalu.. Hubungan Sehun dan Yoonmi masih tergantung bergitu sahaja. Yoonmi makin hari makin menjauh, sedangkan Sehun pula dah kehabisan cara memujuk hati gadis itu.

 

Luhan dan Yura juga tahu permasalahan mereka. Sebagai rakan, mereka berdua memainkan peranan penting dalam merapatkan kembali hubungan Yoonmi dan Sehun.

Sehun dah ceritakan semuanya pada Luhan dan Yura, kini.. Cuma Sehun mahukan waktu yang tepat untuk berbicara kembali pada Yoonmi.

Dia perlukan Yoonmi. Sekarang dia sedar! Yoonmi gadis terpenting dalam hidupnya.

 

 

Dua minggu menjalani hari-hari yang terasa kosong tanpa Yoonmi. Sehun dah tak sanggup!

 

“Tu lah kau, dulu lagi aku dah cakap.. sekarang? Menyesal tak sudah kan?!” lanjut Luhan sedikit marah dengan Sehun. Memang sejak dulu lagi Luhan dan nasihatkan Sehun jangan terlalu kejam melayan Yoonmi, Nah sekarang? Siapa yang sakit? Tanggung lah sendiri ye Oh Sehun.

“Yahh yahh! Jangan lah ungkit! Aku tahu aku bodoh masa tu..”

 

“Rileks dulu bro, aku rasa Yoonmi masih boleh terima kau.. Lepas ni, baik kau berterus terang pada dia..” sambung Luhan lagi. Dia memang sekali-sekala mengutuk Sehun secara terang-terangan, tapi tak lupa jugak, dia pun ada setiap kali Sehun memerlukan.

 

“Hmm..”

 

“Alah! Jangan lah moody macam ni! apa kata lepas kelas petang nanti kita lepak kat mall kejap.. Main bowling ke.. Release stress kau tu..” cadang Luhan sambil memeluk bahu Sehun erat.

 

“Ye lah, ye lah.. pukul berapa?”, jawab Sehun malas.

 

 

“Pukul 3, kau jangan lambat pulak..”

 

 

 

“Okey!”

 

 


 

Sehun duduk dibangku berhampiran satu kedai jam tangan sementara menunggu Luhan.

 

 

“Aish Jinjja! Bukan main lagi tadi dia suruh aku datang awal bagai... Padahal dia lagi lambat.. erghh!” dengus Sehun lalu menyedut laju bubble tea yang berada ditangannya itu. Boleh lah buat hilang dahaga sementara tunggu Luhan.

 

Tiba-tiba mata Sehun tertangkap satu sosok tubuh yang dikenalinya melangkah keluar dari kedai Jam tangan itu. Sehun bagaikan tak percaya apa yang dia lihat ketika ini. Mulutnya terbuka sedikit menunjukkan yang dia betul-betul terkejut.

Yoonmi melangkah keluar dari situ sambil berpaut mesra pada lengan seorang lelaki. Ulang. LELAKI

 

“Lee Yoonmi?”, ucapnya perlahan. Sehun terkejut, bubble tea yang dipegangnya hampir terjatuh kalau Luhan tak datang menyambutnya.

“Oihh Oh Sehun! Kau kenapa ni? Terkejut semacam je..” tanya Luhan selepas menyambut bubble tea milik Sehun itu.

 

“Lee Yoonmi..”

 

“Hah?! Yoonmi? M-Mana?”, Kelam kabut mata Luhan liar mencari Yoonmi, tapi pelik. Tak nampak Yoonmi pun...

 

Sehun laju berkata, “Tadi dia ada..”

 

 

“Sehun, Aku rasa kau betul-betul dah kronik...”

 

 

“A-Aku nampak Yoonmi dengan lelaki.. dia siap peluk lengan lelaki tu!”,

 

“Hah?! Kau biar betul!!”, Terkejut Luhan mendengar kata-kata Sehun itu. Setahunya.. Opps! Setahu semua orang, Yoonmi cuma sukakan Oh Sehun. Mana mungkin dia ada lelaki lain. Luhan betul-betul tak percaya sehinggalah realiti kini berada dihadapan matanya.

Yoonmi sedang tertawa mendengarkan jenaka dari Kris, sepupunya dari China. Kris tiba di Korea tengah hari tadi dan setelah Yoonmi menjemputnya di lapangan terbang. Kris cepat-cepat mengajak sepupu kesayangannya itu berbeli belah. Shopping? Well, memang tak lah Yoonmi nak tolak.

Yoonmi memang rapat dengan Kris sejak mereka masih kecil, Kris juga menganggap Yoonmi tak ubah seperti adik kandungnya sendiri. So, jangan cemburu lah kalau tengok hubungan mereka berdua yang mesra tak hengat tu. xD

 

Sedang dia tertawa mesra bersama Kris, langkahnya terus berhenti apabila dia melihat Sehun dan Luhan dihadapannya.

“Hun....” ucapnya perlahan, reflek dia menyebut nama Sehun.

Sehun yang tak tahu apa-apa mengenai hal ini mula fikir yang bukan-bukan. Dia fikir Yoonmi dah ada lelaki lain yang dapat mengantikan dirinya. Tapi satu hal yang membuatkan dia marah.. Kenapa Yoonmi boleh menjumpai penganti dirinya secepat ini?!

 

“Siapa lelaki ni?”, tanya Sehun marah. Dia pun tak tahu kenapa tapi hatinya betul-betul panas bila nampak Yoonmi memeluk erat lengan Kris. Luhan dah memang tak nak masuk campur, sebaiknya dia diam dan sedia untuk menyaksikan ‘drama menarik’ sebentar saja lagi.

Kris tersenyum mesra. Tangannya dihulurkan kearah Sehun. “Aku Kris.. Teman lelaki Yoonmi..” sambung Kris sambil mengukir senyuman penuh makna. Dia tahu segalanya.. Yoonmi dah ceritakan semuanya pada dia. Sengaja sekarang dia mahu menduga Sehun, mana tahu dengan taktik ini, Sehun akan mengungkapkan perasaannya pada Yoonmi? Who knows ^^

Teman lelaki. Berlegar-legar perkataan itu diminda Sehun. 100% membuatkan dirinya jatuh kedalam gaung yang dalam.

 

“Jadi Yoonmi?”, Sehun dah mula gusar. Sedikitpun wajahnya tidak terlihat gembira.

Adakah aku terlambat? Bisik hatinya sendiri.

Yoonmi betul-betul tak sampai hati melihat perubahan raut wajah Sehun. Yura juga dah cerita banyak pasal Sehun padanya. Sejak Yoonmi berkeras menjauh dari Sehun, lelaki itu berubah drastik. Dia dah tak sedingin dulu.

Jujur hati Yoonmi sakit waktu dia dengar ucapan Sehun sebelum semua ini berlaku, tapi.. setiap orang berhak mendapatkan peluang kedua kan? Iya kan?

Yoonmi rasa......... Ini saat yang tepat untuk Sehun diberikan peluang kedua untuk betulkan segala kesilapan lalunya.

 

“Aigoo Oppa! Sudah lah..” Yoonmi tiba-tiba menarik huluran tangan Kris pada Sehun.

Terkejut ketiga-tiga lelaki itu. Yoonmi sempat juga melonggarkan pelukannya pada lengan Kris dan melangkah maju mendekati Sehun.

Yoonmi cepat-cepat meraih tangan Sehun membuatkan Sehun terkejut dan mendongakkan kepalanya yang asalnya tadi tertunduk selepas mendapat tahu Kris adalah teman lelaki Yoonmi. Tadi, Sehun sempat patah hati.

 

“Hun... Pedulikan apa kata Kris tadi, dia sengaja je cakap macam tu.. Kris ni sepupu saya..”

 

“Yoonmi-ah..” merah padam muka Sehun. Ini pertama kalinya Yoonmi bersikap manis kepadanya sejak gadis itu berubah menjadi pemarah 3 minggu yang lalu.

 

 

“Saya nak kita berbincang..” Ucap Yoonmi sambil terus menarik tangan Sehun pergi jauh dari situ. Mereka berdua perlu tempat untuk bersendiri..

 

“Oppa, Yoonmi balik sendiri nanti.. Oppa jangan risau.. Na kalkhe..” jerit Yoonmi dari jauh lalu melambai-lambai kearah Kris. Kris membalas lambaian sepupunya itu sambil mengangguk kecil tanda faham. Luhan yang melihat situasi itu mula menyunggingkan senyuman penuh makna.

 

 

“Bye Sehun!!! Ahakhak.. Yura patut tahu ni! xD” sambung Luhan sambil terkikih kecil.

 

 

 


 

 

“Saya bagi awak 10 minit.. Cakap apa yang awak nak cakap pada saya..”

 

“Lee Yoonmi..” ucap Sehun perlahan, Tangan Yoonmi digenggamnya erat.

 

“9 minit 30 saat left..” Yoonmi berkeras menarik kembali tangannya dari dalam genggaman Sehun.

 

“Saya minta maaf.. Saya menyesal! Sungguh saya takde sedikit niat pun nak buat awak kecil hati.. Saya bodoh sebab letak ego di tempatnya tinggi.. Saya buta sebab dari dulu tak nampak awak... Saya menyesal Yoonmi, saya menyesal.. Setelah semua ni terjadi, baru lah saya sedar.. Saya tak boleh hidup tanpa awak...” ucap Sehun sambil menundukkan sedikit kepalanya. Dia dah menangis pun. Dia takut Yoonmi tak yakin dengan ketulusan hatinya.

 

 

 

“Awak tak nak cakap kat semua orang ke yang saya dah jampi awak.. Tengok awak sekarang ni, dah tak terurus..Entah-entah betul-betul dah angau pada saya..” perli Yoonmi. Yoonmi mengungkit kembali semua apa yang Sehun ucapkan padanya dulu.

 

 

“Yoonmi, janganlah cakap macam tu.. Saya menyesal.. Ye, saya mengaku! saya memang dah angau kan awak.. Satu hari je, saya tak nampak awak.. Jantung saya ni, dah macam terhenti.. Percayalah, Saya--” Sehun sekali lagi memegang tangan Yoonmi erat.

 

“Awak apa?”,

 

 

Sehun merenung mata Yoonmi dalam sebelum berkata “Saya cintakan awak Lee Yoonmi..”

 

 

Yoonmi tergelak kecil mendengar hal itu.

“Cih, Cinta konon.. Apa yang awak boleh jamin? Dan kenapa saya kena percaya cakap awak tu?”,

 

“Yoonmi, dengar baik-baik.. Awak boleh pegang janji saya ni, Saya janji dengan awak... Saya takkan biarkan awak tersakiti lagi... Saya jugak berjanji, awak adalah satu-satunya gadis yang pernah bertakhta dihati saya..Tiada gadis lain,” ucap Sehun sambil mengucup jari jemari milik Yoonmi penuh kasih. Sedikit air matanya mengalir membasahi tangan Yoonmi tanda keikhlasan dalam diri seorang lelaki.

 

Yoonmi dah tak ada apa-apa yang harus dia katakan. Dia tersentuh, Air mata bahagianya juga mengalir setelah Sehun mendongakkan wajahnya dan mengucup keningnya pula.

 

 

 

 

“Yoonmi, Saya ikhlas... lepas tamat pengajian kita ni... Mahu tak awak jadi isteri saya?”

 

 

 


 

 

Yura dan Luhan tak habis-habis menyakat Yoonmi dengan Sehun kat Sekolah, ye lah! Dah macam breaking news pulak bila kedua-dua orang ni dah declare yang mereka berdua dah officially a couple.

“Woohooo~ Yoonmi dengan Sehun datang sekolah berpegangan tangan tuh!!!”, Sibuk je suara Luhan menyakat. Merah padam muka Yoonmi menahan malu, sedangkan Sehun pula cuma tersenyum nakal.

 

“Oh Yoonmi, nanti rehat kita makan sekali ya?” ucap Sehun tiba-tiba. Dia sengaja menekan perkataan ‘Oh’ di hadapan nama Yoonmi memberi tanda bahawa Yoonmi adalah miliknya bukan orang lain.

Luhan dan Yura yang turut mendengarkan ucapan Sehun juga turut tersengeh. Mereka sengaja mahu kenakan Yoonmi, sebab serius muka Yoonmi bila malu comel sangat, tu yang buat Sehun tak henti-henti nak buat Yoonmi blushing xD

 

 

 

“Yah Oh Sehun! Lee Yoonmi lah.. Lee Yoonmi! Bukan Oh Yoonmi..”

 

“Hakhak.. Arraseo.. nae sarang Oh Yoonmi!”, Nakal je Sehun melontarkan kata-katanya lalu dia terus berlari meninggalkan Yoonmi disitu. Dia tahu, sah Yoonmi akan mencubit lengannya sebab dia nakal sangat. Aish! Tak habis-habis lah nak buat drama comel dia tu..
>.<

 

“Yakk!!” jerit Yoonmi lalu mengejarnya dari belakang.

 

“Waaaa! Oh Yoonmi marah~ Takutnyerrrr....” ejek Sehun sambil berlari menyelusuri koridor, dan tak lupa juga Yoonmi pun masih berlari mengejarnya, kedua-duanya tak ubah macam perangai budak-budak.

Tapi satu yang pasti, Oh Sehun kini bukan lagi lelaki yang dingin, dan Lee Yoonmi? Bukan lagi gadis yang mencintai Sehun sendiri melainkan Sehun juga mencintainya. Mereka saling mencintai sehinggalah kini..... dan pasti! Untuk selamanya.

 

 

 


 

“Wahh! Daebak lah Papa! Uncle Kris pun ada dalam cerita ni? Uncle Luhan dengan Aunty Yura pun..” tanya Sera teruja. Ye lah, semua papanya dah cerita. So, sekarang Sera dah tahu kenapa papanya cakap perangainya sebijik tak ubah macam perangai mamanya. Hakhak.. Setelah mendengar cerita ini, Sera rasa dia patut kacau Jongin lagi, biar lama-lama nanti Jongin sendiri yang jatuh hati padanya. Ahaks!

 

“Ha’ah, Uncle Kris mengaku pulak dia boipren mama.. Gelabah papa masa tu..” Bukannya nak berhenti, malah Sehun cerita lebih banyak. Sera pula tak pernah tak berminat mahu dengar cerita. Selalu je dia yang paksa papanya untuk bercerita, dan kalau ada Yoonmi, memang tak lah Sehun nak cerita. Sebab tu lah, Sehun bawa Sera ke taman.

 

Jauh sikit dari Yoonmi. Kkk~

 

 

 

Jam dah menunjukkan tepat pukul 12 tengah hari, senorok sangat bercerita, Sehun tak sedar dah sampai waktu makan tengahari.

“Sera-ah, Jom balik.. Mama mesti dah tunggu kita kat rumah tu...” ajak Sehun lalu mengapai tangan kecil milik Sera dan mengiringinya ke kereta mereka.

“Jom!!!”,

 

Yoonmi yang sedang ralit memotong sayur di dapur tak sedar langsung yang Sehun dan Sera dah pulang.

“Sera, Papa kira 1 sampai 3, kita sama-sama terkejutkan mama tau..” bisik Sehun pada puteri kecilnya itu, sempat juga Sehun memberikan isyarat supaya Sera tak buat bising. Sera laju je mengangguk. Memang dia selalu pakat macam-macam dengan papa dia. Perangai Sera yang tak mudah mengaku kalah sebijik menurun dari Yoonmi sedangkan perangai nakalnya saling tak tumpah perangai papanya, Oh Sehun.

 

“1...2....3! Whoah!!!”, Dua beranak itu sama-sama mengejutkan Yoonmi dari belakang.

 

“Ahhh!”, terjerit kecil Yoonmi, bukan sebab dia terkejut, tapi dia dah terpotong sedikit jarinya akibat dari terkejut tadi.
Sehun panik. Asalnya dia cuma ingin bergurau, tapi setelah melihat jari Yoonmi mengeluarkan cecair merah pekat, Sehun jadi tak tentu arah..

“Sayang! Jap, abang ambilkan first aid!!”, gelabah Sehun berlari mendapatkan peti first aid dibilik mereka.

 

 

 

 

“Tahan sikit tau..”

 

“A-aaaahh.. Abang, sakit..” sambung Yoonmi sambil berkerut kerut dahi menahan sakit. Sehun yang melihat jari Yoonmi yang terhiris itu mula menitiskan air mata. Eh? Pelik.. Bukan dia yang luka pun. -_-

Sera yang melihat jari kecil mamanya dibalut dengan plaster luka pun mula menangis.

 

 

“Hey, Apa abang ni... Sera pun? Laa, kenapa yang menangis ni? Mama okey lah.. sakit sikit je ni..” pujuk Yoonmi sambil menghapuskan air mata Sehun dan memeluk Sera erat.

 

“Mama.. Sera mintak maaf..”

 

“Abang pun sayang.. Abang minta maaf.. Sayang terluka sebab abang..”

 

 

“Sera, Sera tak salah sayang...” ucap Yoonmi sambil memeluk dan mengusap-usap lembut belakang badan Sera.

“Abang, Luka ni sikit je, Yoonmi tak salahkan abang pun.. Dah lah, tak payah menangis.. lunch kita dah siap.. Jom kita makan..” ucap Yoonmi lagi.

 

 

“Jom!!” sahut dua beranak itu semangat, tadi menangis.. pastu? Aih! Macam-macam....

 

Hari ni, Yoonmi buatkan spagetti untuk santapan tengahari mereka bertiga. Sera duduk dikerusi disamping mamanya sedangkan Sehun duduk bertentangan dari mereka berdua. Sedang enak mereka menjamah, Yoonmi mula membuka pertanyaan.

“Tadi, lambat korang berdua balik.. Sera, bagitahu mama, papa bawak Sera pergi mana, hmm?”, tanya Yoonmi ingin tahu.

 

“Papa bawak Sera makan ais krim..”

 

 

 

“Pastu Papa bawak Sera pergi taman...”

 

 

 

“Pastu Papa cerita....”

 

“Ehem Oh Sera! Ada sos kat pipi tu..” potong Sehun laju, lalu mengelap pipi Sera yang penuh dengan sisa sos. Hampir je Sera buka rahsia, Kalau lah Yoonmi tahu, maunya Sehun dicincang hidup-hidup. -_-

 

 

“Gomawo papa..”

 

 

Yoonmi dah rasa ada je yang tak kena. Sera cakap apa? Kenapa Sehun cepat-cepat potong percakapan Sera tadi.. Hurm! This must be something~

“Papa cerita apa Sera?”, tanya Yoonmi ingin tahu. Sesekali dia memberikan renungan tajam pada Sehun.

 

 

“Papa cerita pasal Mama.. papa cakap..mama suka sangat kat papa, papa cerita pasal Uncle Luhan dengan Aunty Yura.. pastu uncle Kris mengaku jadi boipren mama.. pastu mama pernah tampar papa.. Mama cakap mama benci papa..” terus terang Sera beritahu Yoonmi dengan muka tak bersalahnya. Banyak betul ‘pastu’ dia. Budak-budak, almaklum lah... xD

Merah padam muka Yoonmi bila dengar puterinya cakap macam tu. Aish! Oh Sehun!!!

 

 

 

”Yak Oh Sehun!!! Kenapa cerita semua tu pada Sera..” bulat mata Yoonmi merenung Sehun tajam. Jelas sangat dia nak marah.

 

“Hmm..Sebab perangai Sera sebijik macam sayang, abang tak tahan nak cerita semuanya pada Sera..”

 

 

“Tapi Sera kan kecil lagi..” balas Yoonmi lembut.

 

 

“Taklah mama, Sera dah besar.. Sera nak jadi macam mama lah, Sera nak kacau Jongin sampai dia suka Sera.. hikhik.. boleh kan mama? Buing buing~” lanjut Sera sambil mengeluarkan segala macam aegyonya untuk melembutkan hati Yoonmi.

 

 

“Aigoo Kyeopta!”, sorak Sehun lalu mencubit lembut pipi mulus Sera. Kemudian, sama-sama mereka ketawa.

Sehun pun tak henti-henti buat aegyo sama macam Sera. Aigoo, siapa yang umur 5 tahun ni? -_-

 

 

 

“See?! Oh Sehun!!!!” Jerit Yoonmi frustasi. Aih, bapak dengan anak sama je.....

 

 

 

“Ye sayang, Abang tahu sayang sayang sangat kat abang, tapi tak payah lah jerit-jerit okey? Saranghae Oh Yoonmi~” bisik Sehun lalu mencium bibir Yoonmi sekilas.

 

 

“Yakk! Depan anak ni!”, sambung Yoonmi tak puas hati. Kok ya pun, takkan lah nak kiss depan Sera. Budak tu baru umur 5 tahun. Dah la Sera pergi ke sekolah pada umur 5 tahun. Memang pandai sangat lah IQ budak tu xD Sebab tu lah Yoonmi tak nak dedahkan apa-apa padanya tapi... dah nasib lah, Sera dapat papa yang Open-minded macam Sehun -.- Hurm..

 

“I dont care...Aip! Abang dah cakap ‘Saranghae’ tadi, sayang kena balas apa??” paksa Sehun lalu mengangkat sedikit keningnya.

 

 

“Eish, Nado! XOXO Baby Mr Oh!”

 

 

“Yehet! I love you the most Mrs. Oh...”

.

.

.

The End.

 

cr to : A story behind the song


 

Author's note :

Yehet Ohorat! Bertemu kita lagi yer ^^ Okey, so cena? Suka fanfic ni? Well, ada yang cakap The Unwanted Marriage tu hot.. Okey, kali ni dah tak hot kan? Cuma, Oh Yehet nakal sangat!! Eheheh~  Jangan lupa Vote, Comment & Subscribe tau...

 

ohoho!

a/n : Lupa nak bagitau, Jongin muncul sebagai kanak-kanak berusia 6 Tahun, dia cameo je, so takde dialog~ Sorry Kai stan..

Pai pai~ Pyyong!

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LovelyIna
Dengan lafaz bismillah, Post! XOXO Baby Mr. Oh! COMPLETE! 25/2/2014 - 1:33AM

Comments

You must be logged in to comment
kimchinana #1
Chapter 4: Omgeeeee ni dah tak tahu kali ke berepa saya baca ff awak. Best sangat sangat sampai tak jemu pun baca banyak kali. Btw, saya pun tak faham knp saya asyik nangis je bila ada moment sehun & sera ni. May be sbb saya rindu ayah saya kat rumah *sobs sobs*. Tp seriously saya takkan baca ff ni kalau semester baru start sbb mcm nak gilaa tunggu cuti sem hahahahahahahahaha ok saya dah merapu. Anyway, congrats for this lovely fanfic author-nim *throw heart*
Chanlu_kaihun
#2
Chapter 5: Dae to the bak!!!! Like it!! Cute nye sera. Sweetnya~~~bak
Ayla_Qistina
#3
Chapter 1: srsly.. cerita ni.. awal2 tu la mcm realiti hidup sya.. huhu.. the next thing? tak tau lg.. hahaha.. yeah, sya minat dia, but then dia nmpk okay, tp bila dkt org lain ckp tu ini macam2.. rasa mcm nk giveup dkt dia, but then teringat cerita ni. hahaha.. tu pasal baca balik.. how i hope he's like sehun
kimsoorin14
#4
Chapter 4: Daebak citer unnie.... nk tanya sikit blh x??? Unnie dh kahwin ke???
LuckyGirl97 #5
Chapter 3: so cute sera...
xoxo_bluesher #6
Chapter 3: Hahaha....kiyowo....sera comel. Sehun lagi comel....DAEBAK ahh...!!!!
bittersweet4u
#7
Chapter 3: hahahaha.. Mati2 ingt si sehun nk citer cara mcm mne dia buat ( ? ) dkt sera.. Kalau dia citer jgk.. Konfem lju sy tutup ff ni..
Oh otakku terlalu suci untuk itu~ x3
bittersweet4u
#8
Chapter 2: omo.. How sweet..
Sweet gila kalah gula2 xD
bittersweet4u
#9
Chapter 1: perggghhh.. Best gila citer ni.
Rasa nk menangis sbb best sgt.. Huhu T^T
walaupun sy x suka sehun ( dlm exo manusia yg plg sy x suka adalah maknae line. Dont ask me why )
tpi bila bce cite ni.. Rse mcm dh ter jatuh cinta pulak dkt sehun.. Omogosh.. Jgn la hati
b2utyxoxo #10
Chapter 1: Best sangat cerita ni... dah berkali-kali baca... tapi tak boring-boring pun... sebab sweet + cute sangat cerita ni...