Bonus : Special Chapter

XOXO Baby Mr. Oh!

 

Bonus bonus!! Special Chapter ^^ XOXO Baby Mr. Oh! 6 votes | 53 subscribers | 2363 views | 25 comments

Neomu Kamsahamnida yeorobeun <3 Jeongmal Saranghaeyo..


 

Sera berlari kecil menaiki anak tangga sambil mengheret patung Rilakkuma kesayangannya (hadiah dari Uncle Kris) ke bilik Papa dan Mama-nya setelah Yoonmi sempat menyuruh puteri kecilnya untuk membangunkan Sehun dibilik. Hmm, pagi mereka takkan pernah sunyi dengan adanya Sera.

 

Pintu bilik itu dikuak. Senyuman lebar pun terukir dibibirnya, Sera memang tunggu rutin hariannya ni, hihihi.. Rutin harian Sera adalah lompat atas katil Papa dengan Mama dia. Haa! Patung Rilakkuma pun dah ditinggalnya ke tepi, lalu dia sedaya upaya memanjat sisi katil, paham la okey? Budak lima tahun macam Sera tu, tinggi dia pun tak sampai paras pinggang Sehun -.-

Setelah Sera berada diatas katil, apa tunggu lagi? LOMPAT!! *Jumping hey jumping hey.. everybody*

 

“Papa.. ireona! Papa...Papa..” ucap Sera sambil melompat girang dengan mulut kecilnya masih tak henti-henti menyanyi-nyanyi lagu Bar bar bar dari Crayon Pop.

 

Sehun bukannya tidur pun, sengaja dia nak tengok, macam mana Sera nak bangunkannya. Setiap hari cara Sera membangunkannya dari tidur berbeza-beza tau ^^ Ini yang membuatkan Sehun makin sayang pada keluarga kecilnya itu. Tambah-tambah pulak dengan telatah Sera, Aih.. Kalau ikutkan hati, mahu je Sehun remas-remas pipi Sera jadi Onigiri.. HAHAH.. xD

 

“Papa...” panggil Sera lembut. Mungkin dia dah letih main lompat-lompat tadi, Sera terus duduk diatas perut Sehun lalu menggerak-gerakkan badan Papa-nya itu.

 

 

“Ireona Papa..” pujuk Sera lagi. Macam-macam aegyo yang dia dah buat, tapi Sehun tetap berkeras tak nak bangun.

Sera dah mula buat pipi kembung, lalu tangannya dilipat kemas memeluk tubuh, Ciee~ Sera merajuk dengan papa ke? xD

 

Disebabkan tak tahan dengan kecomelan Sera, perlahan-lahan bibir Sehun menyunggingkan senyuman. Dengan kedua belah matanya masih tertutup, Sehun memuncungkan sedikit bibirnya “Poppo?”

Mengharapkan bibir kecil itu akan menempel dibibirnya, tapi.....

 

 

“Ishh.. tak nak lah! Papa buchukkkk..ahaks!” balas Sera sambil mengekeh.

100% Wajahnya berubah, konon tadi merajuk... Wuu~

 

 

“Mwoya? Ish, nak kena ni....” Cepat-cepat Sehun bangun lalu tangannya terus mengelitik pinggang dan perut Sera.

“Ahahahha.. Papa.. tak nak.. ampun..hihi.. ahah..” Sera tertawa geli dengan tingkah papa-nya itu, sedaya upaya dia minta papa-nya untuk berhenti, tapi ingat Sehun nak peduli? Makin ligat dia gelitik adalah....

 

Yoonmi melangkah masuk kedalam bilik itu lalu menggelengkan kepalanya melihat tingkah suami dan anaknya itu. Tak habis-habis dengan perangai nakal mereka berdua. Hahah.. Tapi Yoonmi dah biasa, rasanya tak lengkap pulak kalau satu hari tak dengar Sera ketawa sebab kena usik dengan Sehun. Hmm, tanpa sedar Yoonmi tersenyum sendiri. Okey, mula lah dia nak perli..

 

“Yahh! anak dengan bapak, sama je.. Abang, tadi saya suruh Sera kejutkan awak, alih-alih Sera yang kena buli sekarang ni... Dah.. dah, sarapan dah siap.. Abang bangun, pergi mandi.. Saya nak kemas dulu tempat tidur ni..” Omel Yoonmi sekaligus menghentikan aktiviti Sehun yang sedang ligat mengelitik pinggang kecil Sera. Air mata Sera keluar sebab menahan rasa geli. Cepat-cepat Sehun usap lalu mendukung Sera dan menuju kearah Yoonmi.

 

“Sayang, Poppo?” Bibir Sehun dimuncungkan sedikit berharap Yoonmi akan menciumnya, tapi..

“Nah.. Poppo Rillakuma ni! Eww, abang tak mandi, ada hati nak cium orang.. Tak nak lah!,”
See? Sebijik perangai Sera tadi. Dengan bibir Yoonmi muncung sedepa, dengan tangannya dilipat kemas memeluk tubuh, lalu Yoonmi berpaling kearah lain tanpa memperdulikan Sehun, dan dia terus sambung mengemas.

 

 

“Ishh.. Abang dah selalu sangat dah poppo si Pinkeu Pinkeu tu masa zaman muda-muda dulu.. Sekali sekala, nak jugak poppo Ayang...” Sehun mencebik. Yoonmi apa lagi? Malas nak layan, baik dia sambung mengemas.. Lama-lama Sehun jemu lah tu, aish laki aku tu, tak sedar ke diri tu? Anak dah ada sorang, tapi perangai dia.. Ish ish, dah boleh jadi geng dengan Sera. -.- Omel Yoonmi dalam hati.

 

Sehun sentap selepas kata-katanya tidak diendahkan langsung oleh Yoonmi, aish! Takkan nak bermanja pun tak boleh kot? -,-Sejak dua menjak ni, Yoonmi dah makin garang lah T^T Sobs.. Keluh Sehun sendiri.

 

 


 

Author’s POV

 

Yoonmi berbaring lemah diatas katil empuk miliknya setelah selesai melakukan kerja rumah. Peluh yang menitis disekanya perlahan dari mengalir jatuh di dahinya.

 

“Ahh, entah kenapa sejak dua menjak ni, aku macam tak sedap badan lah...letih memanjang.. Badan lenguh pulak tu.. Hurmm” tuturnya sendiri lalu tangannya liar menjalar ke bahu, mengurut sedikit bahunya untuk menghilangkan rasa lenguh.

Hari ni hari Ahad, Means? Weekend! Tapi kenapa rumah mereka macam sunyi je? Haa! Meh nak cerita..

 

Hari ni Sehun ada urusan dengan klien untuk Projek besar Syarikat Oh, jadi pagi-pagi lagi selepas sarapan, Sehun dah bertolak ke Pejabat. Sera? Hah, budak tu dah ‘menjelajah ke Lala land’. (Pinjam ayat author fixi_baby. Credit to her) Sebaik sahaja kejutkan Sehun tadi, Sera pulak yang sambung tidur, sekarang tinggallah Yoonmi sendiri dibiliknya.

 

PANGGGG

Suara satu objek terhempas mengejutkan Yoonmi, Dia segera berlari ke bilik Sera kerana bunyi yang kuat itu datangnya dari bilik puteri kecilnya itu.

 

“Oh Sera!” jerit Yoonmi apabila melihat Sera yang sedang menangis apabila jari kecilnya itu mula berlumuran darah. Balang kaca dari atas almari itu sudah pecah berkecai, serpihan kaca pun bertaburan di merata-rata tempat.

 

“M..mama..sobs..” tangis Sera.

 

 

Yoonmi segera berlari mendapatkan Sera. Jari kecil itu dipegang dan diusap. Yoonmi segera mencapai peti first aid dan membalut luka yang dihadapi Sera. Air mata gadis itu masih mengalir. Bukan sebab dia sakit, tapi Sera takut dimarahi oleh Mama-nya.

 

“Macam mana boleh jadi macam ni Sera? Nasib baik luka sikit je, kalau parah? Macam mana?! Sera tak sayang Mama ke? Kenapa Sera degil sangat ni!!”, sayu suara Yoonmi bertanya mula berubah rentak. Dia sedikit meninggikan suara diakhir katanya. Bukan nada marah, tapi nada seorang ibu yang sangat risaukan anaknya.

 

“Sera mintak maaf Mama..” Gadis kecil itu terus memeluk Yoonmi erat lalu menangis.

Yoonmi sedar, dia tak patut tinggikan suara pada Sera, tapi.. Entah kenapa, emosinya sejak kebelakangan ini sangat tidak teratur.

 

 

Yoonmi membalas pelukan Sera ketat dan mengusap lembut belakang badan Sera, memujuknya untuk tidak menangis lagi. “Tak pe sayang, yang penting Sera dah tak apa-apa.. Mama pun mintak maaf dah tinggikan suara pada Sera tadi...” balas Yoonmi pula. Dahi Sera dikucup lembut tanda kasih.

 

“Mama?”

 

“Ye sayang?”

 

“Apa ada dalam balang tu? Sera nampak banyak sangat kertas dalam tu..” pertanyaan Sera membuat Yoonmi tersentak. Balang? Ya, Itu balang yang dia gunakan untuk meluahkan segala isi hatinya yang dia pendamkan sepanjang dia menyimpan perasaan kepada suaminya Oh Sehun.

Dah lama Yoonmi tak ternampak balang itu setelah dia memberikan balang itu kepada Yura. (a/n : Selepas Yoonmi terasa hati dengan Sehun pada chapter 2, dia ingin membuang segala kenangan berkaitan Sehun.. Jadi balang ini, dia berikan kepada Yura, atas alasan.. Dia dah tak tahu mengingati Sehun lagi)

Tapi tak sangka pula, balang ini berada disini... Di dalam bilik Sera..

 

“Macam mana balang ni boleh ada dalam bilik Sera, sayang?” Yoonmi bertanya. Pelukan Sera dilonggarkannya laju dan Yoonmi terus mendekati serpihan-serpihan kaca dari balang yang pecah itu. Kertas-kertas yang bertaburan dikutipnya satu persatu.

 

“Sera jangan datang sini sayang! Bahaya!” Sempat juga dia memberikan arahan supaya Sera tidak mengikutinya. Dia taknak Sera cedera lagi. Hal ini pun belum diketahui Sehun, kalau lah suaminya tahu apa yang terjadi pada Sera tadi... Maunya Sehun protes, kang semua barang kaca tidak boleh ‘wujud’ dalam rumah mereka, sebab takut jadi kes macam ni lah.. -.-

“Papa yang letak atas almari tu, Papa cakap.. itu balang Mama..”

 

Otak Yoonmi ligat berfikir, Takkanlah Yura pulangkan balang ini pada Sehun? Tapi bila?

‘Ahh.. Jadi Hun.. Awak.. dah baca...’ guman Yoonmi perlahan. Cukup perlahan sehingga ucapannya tidak dapat didengar oleh Sera.

“Mama.. mama cakap apa? Mama, apa ada dalam balang tu?”, tanya Sera ingin tahu. Tapi Yoonmi langsung tidak mengendahkannya.

 

 

Bukannya menjawab pertanyaan Sera, Yoonmi malah kembali diulit kenangan lalu..


 

10 Tahun yang lalu..

 

 

“Saya bagi awak 10 minit.. Cakap apa yang awak nak cakap pada saya..”

 

“Lee Yoonmi..” ucap Sehun perlahan, Tangan Yoonmi digenggamnya erat.

 

“9 minit 30 saat left..” Yoonmi berkeras menarik kembali tangannya dari dalam genggaman Sehun.

 

“Saya minta maaf.. Saya menyesal! Sungguh saya takde sedikit niat pun nak buat awak kecil hati.. Saya bodoh sebab letak ego di tempatnya tinggi.. Saya buta sebab dari dulu tak nampak awak... Saya menyesal Yoonmi, saya menyesal.. Setelah semua ni terjadi, baru lah saya sedar.. Saya tak boleh hidup tanpa awak...” ucap Sehun sambil menundukkan sedikit kepalanya. Dia dah menangis pun. Dia takut Yoonmi tak yakin dengan ketulusan hatinya.

 

“Awak tak nak cakap kat semua orang ke yang saya dah jampi awak.. Tengok awak sekarang ni, dah tak terurus..Entah-entah betul-betul dah angau pada saya..” perli Yoonmi. Yoonmi mengungkit kembali semua apa yang Sehun ucapkan padanya dulu.

 

“Yoonmi, janganlah cakap macam tu.. Saya menyesal.. Ye, saya mengaku! saya memang dah angau kan awak.. Satu hari je, saya tak nampak awak.. Jantung saya ni, dah macam terhenti.. Percayalah, Saya--” Sehun sekali lagi memegang tangan Yoonmi erat.

 

“Awak apa?”,

 

 

Sehun merenung mata Yoonmi dalam sebelum berkata “Saya cintakan awak Lee Yoonmi..”

 

 

Yoonmi tergelak kecil mendengar hal itu.

“Cih, Cinta konon.. Apa yang awak boleh jamin? Dan kenapa saya kena percaya cakap awak tu?”,

 

“Yoonmi, dengar baik-baik.. Awak boleh pegang janji saya ni, Saya janji dengan awak... Saya takkan biarkan awak tersakiti lagi... Saya jugak berjanji, awak adalah satu-satunya gadis yang pernah bertakhta dihati saya..Tiada gadis lain,” ucap Sehun sambil mengucup jari jemari milik Yoonmi penuh kasih. Sedikit air matanya mengalir membasahi tangan Yoonmi tanda keikhlasan dalam diri seorang lelaki.

Yoonmi dah tak ada apa-apa yang harus dia katakan. Dia tersentuh, Air mata bahagianya juga mengalir setelah Sehun mendongakkan wajahnya dan mengucup keningnya pula.

 

 

 

 

“Yoonmi, Saya ikhlas... lepas tamat pengajian kita ni... Mahu tak awak jadi isteri saya?” tanya Sehun lagi.

Yoonmi dalam dilema. Nak terima? Atau tolak?! Sobs. Air mata yang mengalir dipipi Yoonmi segera dihapusnya. Tangannya juga ditarik kuat untuk lepas dari tangan Sehun.

Dia masih berkeras tidak mahu menerima Sehun.

 

Mata Sehun bulat tanda terkejut dengan reaksi yang diberikan Yoonmi. “Yoonmi-ah... waeire?” tanyanya lembut.

“Mianhae.. Tak semudah itu Oh Sehun...”

 

“Yoonmi-ah, jebal... Saya ikhlas, saya rindukan awak yang dulu Yoonmi..” Sehun sedaya upaya meyakinkan Yoonmi, tangannya mencengkam erat bahu Yoonmi tanda dia mahu Yoonmi tahu, yang dia tak main-main dengan kata-katanya. Dia ikhlas sayangkan Yoonmi.

“Yoonmi yang dulu dah mati!” bentak Yoonmi lagi. Tangan Sehun ditepis kasar.

 

“Yoonmi, apa yang saya boleh buat untuk awak terima saya kembali? Saya janji, saya akan berubah.. Saya takkan sakiti awak lagi.. Saya..” Belum sempat Sehun menyudahkan katanya, Yoonmi terlebih dahulu memotong kata-kata itu.

 

“Oh Sehun, Cukup! Tak guna awak menabur janji lagi.. Sekarang ikut saya...”

Yoonmi melangkah pergi lalu meninggalkan Sehun dibelakangnya, Sehun yang masih clueless, cuma boleh mengikuti kemana Yoonmi mahu membawanya pergi.

Kaki mereka laju mendekati Sungai Hangang.

 

“Kita dah sampai...” Tiba-tiba Yoonmi bersuara.

“Kenapa awak bawa saya ke sini?” Sehun tertanya-tanya. Tapi Yoonmi masih berdiam. Anak matanya tidak henti-henti memerhati permandangan Sungai Hangang dengan pandangan mata yang sayu.

 

“Dua minggu yang lalu, saya ada membuang ‘kunci hati’ saya disini...” Yoonmi memula bicara.

 

“Kunci hati?”

 

 

“Ye, Saya dah kunci hati saya dengan mangga besi yang kuat supaya tiada lelaki pun yang boleh masuk kedalam hati saya lagi, termasuklah awak Oh Sehun..”

 

“Jadi sekarang? Takkan lah awak nak suruh saya...”

 

“Yups! Baguslah kalau awak dah tahu.. Saya nak suruh awak terjun dan cari kunci tu.. Kalau awak dapat, Tahniah! Annyeong..” sahut Yoonmi lalu melangkah pergi, Dia yakin yang Sehun tidak akan berani terjun ke situ. Tapi kurang dari tiga langkah Yoonmi menapak,

 

SPLASHHH

Sehun dah melompat terjun kedalam Sungai itu.

Yoonmi terkejut. Dia tak sangka Sehun betul-betul sanggup berbuat sebegitu.

 

“Yakk Oh Sehun!!!!!!!!!” Yoonmi panik. Bayang Sehun tidak pun kelihatan setelah dia terjun ke dalam Sungai itu tadi.

“Oh Sehun! Yakk, neo pabboya! Cepat naik.. Oh Sehun!!” Jerit Yoonmi lagi. Dia dah mula panik.

 

Masih tiada tindak balas oleh Sehun. Hati Yoonmi mula menangis, dia takut apa-apa terjadi pada Sehun, dan semua yang dituturkan olehnya tadi, semuanya tipu. Dia cuma mahu menduga Sehun, tapi dia tak sangka Sehun senekad itu.

 

 

“Oh Sehun! Pasal kunci tu, semuanya tipu! Cepat lah naik.. Hun...” lirih Yoonmi lemah. Dia dah mahu menangis.

 

Yoonmi tak tahu harus berbuat apa, kalau Sehun betul-betul terjun dan lemas macam mana? Lee Yoonmi kau bodoh! Marah Yoonmi pada dirinya sendiri.

“Hun.. Takpe! Saya akan terjun untuk selamatkan awak, bertahan sekejap Hun..” Kalau Sehun boleh senekad itu, kenapa dia tidak?! Yoonmi segera membuka kasut yang dipakai olehnya dan bersedia untuk lompat ke dalam sungai itu tapi tiba-tiba pinggangnya dipeluk kemas dari belakang.

Yoonmi sentap.

 

 

“Saya tahu itu semua tipu.. Saya buat ini sebab saya nak buktikan yang saya betul-betul sayangkan awak Yoonmi..” Tutur Sehun perlahan sambil dirinya masih dibiarkan menempel dibelakang Yoonmi. Dia memeluk Yoonmi erat. Bagaikan tak mahu melepaskan gadis itu lagi.

 

“Hun.. awak basah ni.. Jom kita balik, nanti awak sakit..” Nada bicara Yoonmi pun berubah lembut. Dari sudut lain, dia sangat lega kerana tahu Sehun selamat. Dia tak kisah lagi dengan egonya. Sekarang dia mengaku! Dia tak pernah berhenti mencintai lelaki yang bernama Oh Sehun, Cuma selama ini? Dia tersakiti dengan kata-kata Sehun dan menyebabkan dia berubah menjadi seorang gadis yang ego dan keras hati. Semuanya kerana Oh Sehun.

 

“Biarlah, biar saya sakit.. Biar saya mati sekalipun... saya sanggup..” Sehun mengeratkan lagi pelukannya pada Yoonmi. Pipinya dibiarkan menempel dipipi Yoonmi. Dan mulai dari detik ini, Sehun berjanji tidak akan menutupi segala perasaannya pada gadis itu. Biarlah semua orang tahu, Lee Yoonmi adalah milik Oh Sehun, dan Oh Sehun selamanya kepunyaan Lee Yoonmi.

Yoonmi melepaskan diri dari pelukan Sehun dan mengubah posisi untuk mengadap wajah lelaki itu. Mata Yoonmi sudah pun berkaca-kaca mendengar kata-kata Sehun sebentar tadi.


“Awak... jangan cakap macam tu, saya mintak maaf..” tutur Yoonmi sayu. Lalu dia segera mendekati Sehun dan menempelkan bibirnya diatas bibir Sehun sekilas.

CHU~

 

Dan Yoonmi menarik balik bibirnya. Pipinya merah menahan malu, sedangkan Sehun masih kaku selepas apa yang terjadi seketika tadi.

“Yoonmi-ah.. awak cium saya?” Sehun masih tak percaya.

Perlahan-lahan Yoonmi mengangguk. “Itu hadiah untuk awak sebab awak berjaya pecahkan mangga untuk masuk ke hati saya semula..”

“Maksudnya? A-awak terima saya???”

 

“Ehem.. nde.. Tapi awak masih dalam tempoh percubaan.. Kalau awak buat saya sakit hati lagi, saya takkan maafkan awak!” Sengaja Yoonmi tunjuk sikap keras kepala. Ehem! Play hard to get? Kan best tu! xD

 

“Nde, ageshimida!” Sehun tersenyum lebar sambil mendepakan tangannya besar, mengharapkan Yoonmi untuk memeluknya.

 

“Wae?” Tanya Yoonmi bingung.

“Peluklah.. Kita kan dah officially a couple?”

 

 

“Eii! Perasan.. Tak nak!!” Yoonmi segera melangkah pergi dah mengendahkan Sehun. Tapi Sehun ada beribu cara untuk menarik perhatian gadis itu. Dia tiba-tiba menjerit kuat.

“Yeorobeun!!!!!!! Lee Yoonmi dan Oh Sehun kini sudah bergelar pasangan kekasih!!!!!!”

 

 

“Yak Oh Sehun..” marah Yoonmi perlahan. Dia sedaya upaya menahan malu daripada pandangan orang awam yang berada di kawasan Sungai itu.

“Lee Yoonmi kekasih Oh Sehun!!!” sekali lagi Sehun menjerit dan diakhiri dengan sengeh.

 

 

“Yak, Jom balik! Sekali lagi awak bising kat sini, kita putus!”

 

“Omo! Yoonmi-ah andwae!!....” Kelam kabut Sehun apabila mendengar perkataan ‘putus’

“Taknak kan? Dah, Jom balik!” Yoonmi sekali lagi mengatur langkah untuk pergi tapi tiba-tiba dia dengar suara Sehun menjerit.

 

“LEE YOONMI!! SUDIKAH AWAK JADI OH YOONMI SAYA??”,

 

“Oh Sehun! Aish Jinjja?!” Protes Yoonmi lagi. Dia betul-betul dan malu dengan tingkah Sehun itu. Kali apa pulak? Melamar? Aish, malas nak layan!

 

 

 

 

“Terima! Terima! Terima!!” Entah sejak bila ada penonton mini drama sekaligus penyokong lamaran Sehun dalam babak ni? Aish.. Yoonmi tak henti-henti protes.

 

“SELAGI AWAK TAK TERIMA, SAYA TAKKAN DIAM!!!” Jerit Sehun lagi.

“Arra.. arra.. Saya terima, puas hati?! Aish..”

 

Sengeh Sehun lebar setelah mendengar kata-kata itu dari mulut Yoonmi, dia segera berlari lalu memeluk Yoonmi erat.

“Saya tahu awak akan setuju.. Terima kasih sayang......”

 

 

 

END FLASHBACK

 


 

“Sayang? Sera? Abang dah balik ni... Tengok siapa yang datang ni?? Ada Uncle Luhan dengan Aunty Yura...” Laung Sehun dari pintu. Sera cepat-cepat berlari menuruni anak tangga sambil menangis.

 

“Papa papa papa... sobs..” panggilnya lirih lalu menarik lengan baju papanya kuat.

“Sera, kenapa ni sayang?” Sehun dah mula panik. Wajah Luhan dilihatnya sekilas. Masing-masing tak tahu kenapa Sera menangis. Iye lah, budak Sera ni ceria kuasa 7000, kalau dia dah menangis tu, mesti ada hal yang tak kena. Hati Sehun mula gusar.

 

“Mama.. Mama.. pelik.. dah lama Sera cuba cakap dengan Mama tapi Mama tak menyahut.. Lepas tu, tadi Mama tidur atas lantai.. Sera cuba kejutkan, tapi Mama tak bangun...” Tercungap-cungap Sera nak cerita. Dah la dia tengah menangis.. Dah la dia baru je berlari turun dari tangga. -.-

“Hah?! Yoonmi apa?!” Yura terkejut mendengar kata-kata Sera.

 

“Betul Aunty Yura, Mama tidur atas lantai.. tak bangun-bangun... Sera takut..” tubuh Yura dipeluk kemas oleh Sera.

 

“Seriusly Sehun, aku tak sedap hati bro..” Luhan pula menambah.

 

 

“Dari cara Sera cakap ni.. Entah-entah Yoonmi pengsan.. Omo! Jom kita pergi tengok!!” Sahut Yura lagi. Yura segera memimpin tangan kecil Sera untuk menaiki anak tangga. Erm, bukan dia tak nak dukung Sera macam selalu. Tapi sekarang, perut dia dah boyot sikit. Mana lah Mak buyung macam Yura tu nak larat angkat Sera? -.- Hurm, nak jalan pun dah tak larat.

 

Sehun segera berlari ke atas untuk melihat keadaan Yoonmi. Sesampainya di hadapan pintu, Sehun tersentak.

Dia melihat Yoonmi terbaring dilantai dan kawasan sekelilingnya ada serpihan-sepirhan kaca dari balang lama milik Yoonmi yang pecah.

“Sayang!!!” jerit Sehun lalu memangku kepala Yoonmi diatas ribanya. Memang betul cakap Yura, Yoonmi pengsan.. Tapi kenapa?!

“Sayang bangun sayang? Abang kat sini...” Pipi Yoonmi ditepuk lembut.

Setelah beberapa minit berlalu, Luhan, Yura dan Sera pun tiba di muka pintu.

“Mama!”, Jerit Sera lalu berlari mendekati Yoonmi yang sedang ada dipangkuan Sehun.

“Hati-hati sayang, banyak kaca...”

 

“Sehun, apa yang dah jadi ni?” tanya Luhan panik.

“Aku tak tahu... Sekarang kita kena bawak Yoonmi pergi hospital dulu..”

 

“Arra..”

 


 

Oh Centre Hospital, Seoul.

 

 

Setelah beberapa minit Yoonmi diperiksa, Seorang jururawat segera keluar ke bahagian menunggu untuk memanggil Sehun  masuk.

Sera dah lama tertidur diatas pangkuan Luhan setelah menangis tak henti-henti tadi. Sera memang anti dengan hospital. Dia takut jarum.. Tapi bila nampak Mama dia ditolak atas stroller tanpa sedarkan diri, lagi teruk lah Sera menangis.

 

Sedaya upaya Uncle Luhan dan Papa-nya pujuk supaya Sera berhenti menangis, tapi langsung tidak diendahkan olehnya..

“Nurse, boleh kami ikut?” Tanya Luhan dan Yura serentak.

 

Jururawat itu tersenyum lalu mengangguk.

Kini, keempat-empat mereka melangkah masuk keruangan Doktor Song itu.

“Sayang dah sedar?” Sehun terus mendapatkan Yoonmi dan membantunya duduk dari perbaringan.

“Abang, mintak maaf.. Yoonmi dah buat abang panik tadi.. Sera mana?” tanya Yoonmi lemah.

 

“Sera ada kat sini, dengan kiteorang...” sahut Yura sambil tersenyum. Yoonmi segera mendepakan tangannya luas untuk dipeluk Yura. Aigoo, lama rasanya bestie berdua ni tak bertemu. Almaklum lah, dua-dua dah ada kerjaya dan keluarga masing-masing.

 

“Nasib baik aku tak ter’beranak’ tau tengok kau pengsan tadi Yoonmi.. Takut aku!” Yura meluahkan rasa.

“Kau ni.. dalam keadaan macam ni pun sempat bergurau kan? Apa lah... Kau sihat?” tanya Yoonmi lemah.

 

“Aku sihat.. makin gemuk ni.. Hahah..”

Tiba-tiba perbicaraan mereka dipotong oleh satu suara berdehem.. “Ehem!”

“Ahh, mian Doktor Song.. kami dah buat sketsa jejak kasih pulak kat sini..” sambung Sehun bergurau.

“Anhiyo, Gwenchana..”

 

 

“Doktor, Kenapa Yoonmi pengsan tadi?” Sambung Yura tak sabar nak tahu.

“Ahh, normal lah.. Puan Yoonmi mengalami tekanan darah rendah.. Orang mengandung kan memang macam tu..” balas Doktor Song 'slamber'...

“MWO?!” Terkejut Ikan paus diorang semua.

 

“Eh, Kenapa terkejut ni? Puan Yoonmi kan dah mengandung 2 bulan..” tambah Doktor Song lagi.

“Jinjja? Sayang??” Lirik Sehun pada Yoonmi. Tapi, Bukan Sehun saja yang terkejut, Yoonmi pun. Dia langsung tak tahu yang dia dah ‘berisi’ lagi.

“Yoonmi tak tahu langsung abang..” balasnya panik.

 

“Ohh, kalau macam tu.. Tahniah Encik Oh, isteri awak mengandung..”

 

“Aww!! Chukkaehaeyo Yoonmi, Sehun...” laung pasangan Luhan dan Yura girang. Sekali sekala Sera yang tertidur dibahu Luhan pun sudah mengeliat kecil dek bisingnya suara mereka.

“Sera-ah, Kamu nak dapat adik!” bisik Luhan ditepi telinga Sera. Aih, ni Sera belum tahu ni... sah happy gila bila dia tahu dia nak dapat adik.. Memang dah lama Sera tanya Papa dengan Mama dia, bila nak bagi Sera adik baru? Dah la buat muka inosen tahap 7000. Aih... Sera sera...

 

“Kamsahamnida doktor Song”

“Gomawoyo chingu...”

 


 

Malam pun menjelang, Luhan dan Yura dah pulang kerumah mereka setelah seharian buat bising kat rumah Yoonmi dengan Sehun. Maklumlah, best friend ni lama tak bersua.. Memang macam-macam lah yang nak diceritakan. Ditambah pulak Sera yang nakal pun ada untuk buat suasana lagi meriah. Okey. Memang gempak dan riuh lah rumah dorang petang tadi.

Dan petang itu jugalah, pecah rahsia yang Sehun simpan hampir 10 tahun dari Yoonmi mengenai balang kaca miliknya itu. Menurut Yura, dia memberikan balang itu kepada Sehun sebaik sahaja Yoonmi berubah menjauhi Sehun 10 tahun yang lalu selepas kejadian dimalam kemenangan Team Bola kerajang sekolah mereka. Sehun, Luhan dan Yura berkumpul disatu tempat untuk membaca segala yang ditulis Yoonmi dari kertas yang tersimpan didalam balang kaca itu. Setelah membaca segala isi hati Yoonmi sejak dari mula dia menyukai Sehun, sehingga lah dia sedih dengan sikap Sehun padanya, membuatkan Sehun menyedari tentang perasaan sebenarnya terhadap Yoonmi. Dia tak sangka Yoonmi menyukainya sebegitu sekali.

Dia berasa kejam ketika menyakiti hati Yoonmi ketika itu.

Memang patut bila Yoonmi rasa susah nak menerima hatinya kembali. Yoonmi dah banyak sangat tersakiti..
Hal itu betul-betul buat Sehun menyesal.

Kalau boleh diputarkan waktu, Sehun janji.. Dia tidak akan menyakiti hati gadis itu lagi.

 

Yoonmi tak pernah minta apa-apa.. Dia cuma mahu melihat Sehun bahagia, oleh itu dia sanggup menjauh andai Sehun tidak selesa jika Yoonmi tetap disisinya.

 

 

‘A girl that asked for nothing is deserved everything’

 

 

“Mama..” Sera tiba-tiba memeluk pinggang Yoonmi erat. Yoonmi dah bebaring lemah diatas katil. Dia rasa badannya lesu sangat. Tapi, demi Sera.. terpaksalah dia melayan.

“Sera letih yer? Nak tidur?” tanya Yoonmi sambil mengusap-usap belakang badan Sera.

Tapi Sera membalas pertanyaan Yoonmi dengan menggeleng.

“Uncle Luhan cakap Sera nak dapat adik.. Betul ke Mama?” tanya Sera tak sabar.

 

“Hmm.. Betul sayang..”

 

 

“Yehet!!! Sera nak dapat adik..” Girang suara anak perempuannya itu mengekek tanda seronok. Tiba-tiba Sehun melangkah masuk ke bilik mereka setelah selesai mengemas ruang tamu mereka tadi.

 

“Aigoo, anak Papa ni buat apa kat sini? Kenapa tak tidur kat bilik Sera lagi?” tanya Sehun sambil memakai pijama miliknya, bersedia untuk tidur.

“Sera nak tidur sini lah Papa..”

“Eh, mana boleh!” sambung Sehun laju.

“Apa abang ni! Biarlah anak nak tidur sini..”

 

 

Sera seronok bila Papa dia kena marah dengan Mama. Hihihi! Mama Jjang!!!

“Bluekk! Mama pun bagi Sera tidur sini..”

 

“Ish... Takde privasi lah kalau macam ni..” gumam Sehun perlahan. Tapi cukup didengari oleh Yoonmi.

“Apa dia abang???” tanya Yoonmi pula.

 

“Eh, takde lah... Jom tidur... Sera, meh peluk Papa..” Sehun segera memeluk Sera ketat sehingga Sera sempat memukul-mukul kecil dada Sehun tanda merenggek untuk dilepaskan.

“Abang! Nak bunuh anak ke?!” marah Yoonmi setelah ternampak Sera dah tercunggap-cunggap dek pelukan Sehun.

“Aish sayang ni, abang bergurau manja je lah...”

 

“Papa.. papa...”

 

“Yer sayang?” sambut Sehun lagi, dia dah mengantuk, tapi dah Sera bertanya.. layankan je lahh....

“Macam mana eh, Papa dengan Mama ‘buat’ adik?” tanya Sera dengan muka tak bersalah.

 

Tersedak Sehun mendengar pertanyaan Sera itu. Yoonmi dah mula tergelak dengan reaksi Sehun.

“Haa! Tu lah abang.. ‘Open’ sangat dengan anak.. Kang dia dah tanya tu.. Haa, jawab! Jangan tak jawab...” Yoonmi sengaja kenakan suaminya itu. Biar! Kita tengok apa yang Sehun nak cakap xD

 

“Err.. er.. Papa nak tidur dulu.. Kroihhh Krooihhhh..” Sehun terus menutup mata dan pura-pura berdengkur, mengelat dari ditanya macam-macam oleh Sera.

“Alaaaaaa.. Papa! Ireona!!!” Sera menggoyang-goyangkan badan Sehun, menyuruhnya bangun.

 

“Aigooo,. Sera betul-betul nak tahu?”, tanya Sehun tiba-tiba. Bercahaya muka Sera tanda teruja. Dia segera mengangguk. Papa is the best! Papa selalu cerita pada Sera.. Sayang Papa!!

“Okey dengar baik-baik, Mula-mula kita tutup lampu.............”

KLLEKKK! Lampu bilik ditutup.

 

 

“Abang, awak jangan nak buat hal...” suara Yoonmi dah mula gusar dengan tindakan Sehun. Takkan serius kot laki aku ni? Nak cerita benda-benda macam ni kat Sera?? Biar betul.

“Lepas tu.......................” Sehun sengaja tak habiskan kata-katanya lalu berpura-pura untuk menerkam Yoonmi. Relfek dari hal itu, Yoonmi pun menjerit.

“Abang!! Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....”

 

 

Sehun membuat muka serius. “Lepas tu kita tidur.... Selamat Malam semua..”

“Ala! Papa!!!” protes Sera merajuk. Sehun terus tidur tanpa memperdulikan Sera. Haahahah, Sera kecik lagi lah sayang, nanti besar, Sera akan tahu sendiri... bisik Sehun dalam hati lalu mengucup lembut dahi Sera dan memeluk Sera bak plushie Pinkeu pinkeu miliknya.

 

“Oh Yoonmi sayang, selamat malam cinta...” Yoonmi pun dipeluknya erat. (a/n : Kiranya satu katil, tiga orang.. Sera ditengah Sehun dan Yoonmi.)

 

 


 

Mentari pagi mula menerjah jendela kamar mereka. Menampar-nampar halus wajah tiga beranak itu dek cahaya mentari yang kian menerangi kamar. Sehun adalah orang pertama yang bangun pada pagi itu. Indah rasanya, pagi ditemani dua malaikat yang hadir sebagai penyeri hidupnya.

Wajah Yoonmi ditatapnya lama, lalu perlahan-lahan bibirnya menempel diatas bibir ceri milik Yoonmi.

 

Reflek tindakkan itu, Yoonmi mengeliat sedikit dari posisi tidurnya.

“Ahh.. Abang dah bangun?” tanya Yoonmi masih dalam nada lemah.

 

“Dah, sayang macam mana? Ada sakit kat mana-mana tak?” tanya Sehun prihatin dengan keadaan isterinya itu. Tambahan pula, Yoonmi kan sedang berbadan dua.

 

“Letih sikit la Abang.. Pening..” Yoonmi mengeliat kecil.

 

“Sayang...Terima kasih tau....”

“Untuk?”

 

“Untuk segalanya.. Sebab sayang sudi berkorban dan sakit-sakit demi zuriat kita..” Tangan Yoonmi dipegang Sehun erat. Sesekali dikucupnya lembut.

“Sama-sama Abang... Yoonmi sayang Abang..” luah Yoonmi pula.

 

 

“Nado.. Saranghae Oh Yoonmi, Saranghae Oh Sera, dan tak lupa jugak.. Saranghae baby..” Sehun akhiri kata-katanya dengan mencium perut rata Yoonmi penuh kasih.

Dia bersyukur jalan hidupnya sebegini. Dulu, dia yang jual mahal bila Yoonmi tergila-gilakan dia... Tapi sekarang? Bagaikan ditimpa karma oleh perbuatannya pada Yoonmi. Dia adalah orang yang takkan boleh hidup tanpa Yoonmi.

 

Dia tak tahu apa yang akan jadi kalau Yoonmi tiada disisinya...

 

Yoonmi-ah, Terima kasih sebab terima Abang...

Abang sayang Yoonmi sangat-sangat.

Till death do us apart.

.

.

.

The End.

 

Keseluruhan XOXO Baby Mr. Oh! : 51 pages | 12, 982 words.


 

Author's note: Neomu Kamsahamnida yeorobeun... sebab korang semua lah Author ada ilham menulis ni.. Walaupun sibuk, tapi bila nampak komen yang korang tinggalkan, jadi terus bersemangat. Sebab tu lah wujudnya special chapter ni ^^

 

Sila tinggalkan 'kasih sayang' anda berupa komen diruangan bawah ye? Jangan lupa VOTE tau...

Annyeong! Jumpa lagi di fanfic Author-nim yang lain..... 

Adios. Ppyong.

Bonus :

A/N: Author dah taip chapter ni dah lama sangat, tapi tak siap-siap sebab sibuk dengan program universiti.. Last-last Author tengok EXO FIRTS BOX ada scene ni! Ingat tak diawal scene, Author ada cerita pasal Sera heret patung Rillakkuma (hadiah dari Uncle Kris)? Haa!! Kebetulan yang sweet kan?

Seriusly itu, semua kebetulan xD TAK TIPU Oo.. Jangan lupa komen bye~


Last but not least, XOXO Baby Mr. Oh! kini sudah menutup tirai... Terima kasih kepada semua pembaca, pengevote, peng'subscribe' & pengomen.

Author sayang anda semua

 

XOXO,

LovelyIna.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LovelyIna
Dengan lafaz bismillah, Post! XOXO Baby Mr. Oh! COMPLETE! 25/2/2014 - 1:33AM

Comments

You must be logged in to comment
kimchinana #1
Chapter 4: Omgeeeee ni dah tak tahu kali ke berepa saya baca ff awak. Best sangat sangat sampai tak jemu pun baca banyak kali. Btw, saya pun tak faham knp saya asyik nangis je bila ada moment sehun & sera ni. May be sbb saya rindu ayah saya kat rumah *sobs sobs*. Tp seriously saya takkan baca ff ni kalau semester baru start sbb mcm nak gilaa tunggu cuti sem hahahahahahahahaha ok saya dah merapu. Anyway, congrats for this lovely fanfic author-nim *throw heart*
Chanlu_kaihun
#2
Chapter 5: Dae to the bak!!!! Like it!! Cute nye sera. Sweetnya~~~bak
Ayla_Qistina
#3
Chapter 1: srsly.. cerita ni.. awal2 tu la mcm realiti hidup sya.. huhu.. the next thing? tak tau lg.. hahaha.. yeah, sya minat dia, but then dia nmpk okay, tp bila dkt org lain ckp tu ini macam2.. rasa mcm nk giveup dkt dia, but then teringat cerita ni. hahaha.. tu pasal baca balik.. how i hope he's like sehun
kimsoorin14
#4
Chapter 4: Daebak citer unnie.... nk tanya sikit blh x??? Unnie dh kahwin ke???
LuckyGirl97 #5
Chapter 3: so cute sera...
xoxo_bluesher #6
Chapter 3: Hahaha....kiyowo....sera comel. Sehun lagi comel....DAEBAK ahh...!!!!
bittersweet4u
#7
Chapter 3: hahahaha.. Mati2 ingt si sehun nk citer cara mcm mne dia buat ( ? ) dkt sera.. Kalau dia citer jgk.. Konfem lju sy tutup ff ni..
Oh otakku terlalu suci untuk itu~ x3
bittersweet4u
#8
Chapter 2: omo.. How sweet..
Sweet gila kalah gula2 xD
bittersweet4u
#9
Chapter 1: perggghhh.. Best gila citer ni.
Rasa nk menangis sbb best sgt.. Huhu T^T
walaupun sy x suka sehun ( dlm exo manusia yg plg sy x suka adalah maknae line. Dont ask me why )
tpi bila bce cite ni.. Rse mcm dh ter jatuh cinta pulak dkt sehun.. Omogosh.. Jgn la hati
b2utyxoxo #10
Chapter 1: Best sangat cerita ni... dah berkali-kali baca... tapi tak boring-boring pun... sebab sweet + cute sangat cerita ni...