Oh Sera

XOXO Baby Mr. Oh!

 

I miss you, A little too much. A little too often. A little more everyday. I love you. I really do.. - Lee Yoonmi.

 


 

 

Sera cepat-cepat berlari keluar mendapatkan Sehun setelah bunyi loceng berdering menandakan waktu persekolahan sudah pun tamat. Dia berlari sambil menangis teresak-esak. Papanya yang masih belum sedar akan Tuan puteri belahan jantungnya menangis, terus tersenyum lalu mendepakan tangannya untuk didakap Sera. 

 

 

"Papa.. sobs", Sera menekap mukanya dibahu Sehun sambil menangis sendu. Erat lengan baju papanya diremas.

 

 

"Hey, Sera kenapa menangis ni sayang? Tengok papa, cakap dengan papa, siapa yang buat Sera menangis?", Sehun memegang kepala Sera penuh kasih, memujuknya untuk lihat kearah matanya, sedangkan gadis kecil itu terus-terusan tunduk lalu menangis dan menyembabkan wajahnya kembali dibahu papanya itu. Sehun mengusap-usap kepala Sera sebelum puterinya itu menghadap muka kearahnya. Wajah tangis puterinya ditatap lama. Sesekali air mata Sera mengalir, Sehun cepat-cepat menghapuskan air mata itu sebelum jatuh ke bumi.

 

"Jongin.. Jongin jahat dengan Sera, papa... sobs.." Adu Sera sambil mengusap matanya yang sembam selepas habis menangis. Hidungnya pula sudah mula merah.

 

"Jongin? Siapa? Dia buat apa pada anak papa ni? Sera bagitahu papa cepat, siapa Jongin tu.. Tunjukkan pada papa.." Sehun jadi kelam kabut. Dia fikir Sera cuma bergaduh kecil dengan rakan-rakannya, tapi Sehun tak sangka pula Sera menangis kerana seorang namja. Eh, Ini tak boleh jadi ni. Bisik hatinya sendiri. Dia harus cari tahu.

 

"Papa nak jumpa Jongin?", tanya Sera seraya menghapuskan air matanya laju. Hingusnya disedut. Sobs. Dia cepat-cepat menarik tangan Sehun menuju ke arah padang.

 

Sehun mengikuti Sera yang menarik tangannya dan memaksanya berjalan lebih laju.

 

 

Langkah dua beranak itu berhenti dihadapan lapangan bola keranjang. Sekumpulan kanak-kanak lelaki sedang bermain dengan penuh tenaga. Memang mereka semua tidak perduli langsung kehadiran dua beranak itu.

Sehun teringat sesuatu, dulu dia juga seperti itu. Bermain tanpa memperdulikan apa-apa...

 

 

“Papa...”

Lamunan Sehun terhenti seketika ketika dia rasakan tangan kecil Sera menarik-narik hujung bajunya.

 

"Papa.. Itu lah Jongin..." ucap Sera sambil menundingkan jari ke arah kanak-kanak lelaki itu. Jongin yang perasan kewujudan Sera dan Papa nya terus berhenti bermain dan melangkah angkuh kearah mereka.

 

 

 

"Sera-ah, Papa nak berbual kejap dengan Jongin, Sera masuk dalam kereta dulu okey?", Perlahan kepala Sera diusap Sehun.

 

"Tak nak.." Sera dah mula muncungkan bibirnya tanda tak puas hati. Tangannya dilipat kemas sambil matanya tak lepas merenung papanya.

 

"Jangan degil.. Kalau Sera masuk kereta, nanti Papa belikan Ais krim?"

 

"Huwahhhh, jinjja?", bersinar-sinar mata Sera bila terdengar perkataan ais krim. Memang papanya tahu cara mudah nak buat Sera dengar kata. Umpan saja dia dengan ais krim. Haha! Settle.

 

 

 

 

 


 

Sehun segera melangkah masuk ke dalam kereta setelah selesai berbual singkat dengan Jongin. Sera dah mula tak senang duduk. Agaknya apalah yang papa bualkan? Macham je muka tuhh..

“Papa.. Tadi papa berbual apa dengan Jongin?” tanya gadis kecil itu ingin tahu. Sehun cuma mengukir senyuman kecil dibibirnya sambil memakaikan Sera tali pinggang kaledar sebelum teruskan pemanduannya.

                                                                 

 

“Oh Sera..”

 

“Nde papa!” balas Sera laju.

 

“Rupa-rupanya anak papa ni yang kacau Jongin kan? Bukan Jongin yang kacau Sera...” tanya Sehun sambil mencubit kecil hidung mancung puterinya itu. Dia dah sembang dengan Jongin tadi, so dia tahu sebab sebenar kenapa Sera menangis.

 

“Mana ada! Sera cuma..”, Merah padam wajah kecil itu. Segera Sera menunduk malu.

 

 

 

“Aih, anak papa ni kan... Perangai tak ubah macam mama dia..” sambung Sehun sambil ketawa kecil. Sera menangkap sesuatu yang menarik dalam ucapan papanya itu. Dia segera mendongak tinggi kearah wajah papanya.

 

“Sama macam Mama? Papa, papa cerita lah... Cerita lah.. Sera nak tahu..”, tanya Sera tak sabar. Dia cepat-cepat menarik-narik hujung baju Sehun, memaksa papanya itu untuk bercerita. Bersinar je mata dia selepas Sehun setuju mahu menceritakan kisah mereka.

 


 

Sera melompat girang setelah dibeli ais krim kegemarannya. Sehun cuma tersenyum melihat telatah comel Sera. Sesekali dia mengelap hujung bibir gadis itu akibat terkena sisa dari ais krim yang dijamahnya. Mereka berdua memilih untuk duduk berehat sebentar disebuah bangku ditaman. Sedangkan Sera enak menikmati ais krim itu, sambil dipeluk Sehun.

 

 

“Papa.. Perangai Sera sama macam Mama?”, tanya Sera lagi. Sesekali dia berhenti menjilat ais krim itu dan mendongak ke atas, mencari-cari wajah papanya.

 

Sehun cuma mengangguk dan sekelip mata dia sudah kembali diulit kenangan masa lalu.......

 

 


 

10 Tahun yang lalu..

Oh Sehun. 17 Tahun.

 

Oh Sehun! Seorang lelaki yang menjadi idaman bagi semua gadis. Memiliki wajah yang tampan, kulit yang putih dan agak tinggi membuatkan lelaki ini cukup kriteria untuk digelar sempurna.

Namun disebabkan sikap dinginnya, tak ramai gadis yang berani mendekatinya kecuali seorang, Lee Yoonmi. Yups! Kecuali Lee Yoonmi.

 


 

Bunyi loceng kedengaran berdering menandakan waktu persekolahan sudah pun tamat. Yoonmi cepat-cepat mengemas barangnya, tak lupa juga dia terus mengeluarkan sehelai tuala kecil dan sebotol air mineral yang sekarang ada di tangannya.

“Yoonmi, hari ni pun?”, tanya sahabatnya, Kim Yura.

 

 

Yoonmi cuma membalas pertanyaan Yura dengan menggangguk laju.

“Yura, aku dah lambat ni.. Hari ni Sehun ada praktis main bola keranjang, perlawanan akhir hujung minggu ni.. Mesti dia kena berlatih lebih gigih, aku pergi dulu tau, nak hantar air mineral  dengan tuala ni pada dia..” Jelas Yoonmi panjang lebar lalu segera melambai-lambai sahabatnya itu dan dia segera berlari ke arah lapangan bola keranjang.

 

Yura menggeleng kecil dengan sikap Yoonmi, dia pun heran. Yoonmi bukannya teman wanita Sehun pun, tapi kenapa dia yang sibuk-sibuk menguruskan keperluan lelaki dingin tu? Sudahlah Sehun tak pernah melayaninya dengan baik, tapi Yoonmi tetap disisinya. Aih, sampai bila lah Yoonmi nak terus dengan sikap degilnya itu?

 

Yura adalah sahabat baik Yoonmi, dia kenal Yoonmi sejak kedua-duanya masih sekolah rendah, jadi dia tahu sangat perangai Yoonmi. Gadis itu sangat degil, jika A katanya maka A lah yang akan dia buat, begitu juga sebaliknya. Sejak tahun lepas, Yoonmi jadi obses dengan Sehun.. Bukannya tiada lelaki yang cuba mendekatinya, Cuma hati Yoonmi dah terikat dengan nama Oh Sehun.

 

 

 

Entah apa lah yang Yoonmi suka pada lelaki dingin tu.. Hurm..

 


 

“Hun Fighting!!”, jerit Yoonmi setelah dia tiba di lapangan itu. Dia melihat Sehun dan rakan sepasukannya sedang gigih berlatih untuk perlawanan bola keranjang hujung minggu ini. Sentap dengan jeritan Yoonmi, Sehun berhenti seketika. Terus Yoonmi senyum dan melambai-lambai kearah Sehun. Sedangkan Sehun? Dia sedikit pun tak senyum. Nak lambai? Ahh, memang tak lah.

 

 

Dia teruskan melantun bola tanpa memperdulikan Yoonmi.

 

Yoonmi pula? Dia tak pernah rasa apa-apa dengan sikap Sehun padanya, baginya.. Sehun memang mempunyai sikap dingin sedingin ais, tapi.. dia tahu, jauh disudut hati lelaki itu, ada tersimpan satu sifat penyayang.

 

Dia tahu lelaki yang dia jumpa di Karnival tahun lepas adalah lelaki yang sama bertakhta dihatinya sejak dulu lagi. Yup! Yoonmi memang suka kan Sehun sejak pertama kali dia berpindah disekolah ini, Sehun adalah pemain bola keranjang sekolah. Yoonmi memang tahu sikap Sehun yang dingin, tetapi hendak berbuat macam mana lagi? Hatinya sudah terpaut. Satu ketika, Yoonmi pernah terjumpa Sehun di tapak Karnival, itu adalah detik yang paling bermakna dalam hidupnya, detik dimana dia jatuh cinta pada lelaki ini. Sebelum itu jika ditanya, dia akan cakap dia SUKA Sehun, tapi selepas detik itu, Dia akan cakap, dia CINTAkan Sehun.

 

Ketika itu mata Yoonmi ternampak Sehun sedang mengusap air mata seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menangis, setelah Yoonmi lihat betul-betul, rupanya kanak-kanak itu kehilangan ahli keluarganya. Mungkin suasana riuh dan ramai orang membuatkan kanak-kanak itu terpisah dari orang tuanya.

Sehun bukan sahaja menghapuskan air mata kanak-kanak itu, tapi.. Sehun adalah orang yang sedaya upaya menemani gadis kecil itu untuk mencari kembali ahli keluarganya. Dia juga menghibur gadis kecil itu supaya berhenti menangis.Wajah Sehun hangat dan cukup mesra pada ketika itu. Sehun tersenyum manis dihadapan gadis kecil itu. Sumpah! Itu pertama kalinya Yoonmi melihat senyuman Sehun, sejak 5 tahun memerhatinya dari jauh. Sejak dari itu, Hati Yoonmi bagaikan sudah terikat mati pada lelaki itu. Biarlah siapa pun yang berkata buruk tentang sikap Sehun, tapi tidak baginya. Yoonmi lebih mengenal Sehun dari sudut yang berbeza dengan orang lain.

 

 

“Oh Sehun..” panggil Yoonmi teragak-agak ketika melihat Sehun sedang membuka locker pelajar miliknya.

 

Sehun tidak membalas apa-apa pun kecuali terus-terusan merenung Yoonmi dalam dengan wajah poker miliknya.

“Lee Yoonmi? Kelas 5-2?”, teka Sehun pula sambil mengangkat sedikit keningnya. Bulat mata Yoonmi ketika itu. Ini pertama kalinya mereka berdua bersua, macam mana Sehun boleh tahu namanya? O.O

 

 

“Iye? Nde! Saya Lee Yoonmi.. Macam mana awak tahu?”, tanya Yoonmi lagi. Masih dalam nada terkejut.

“Tak penting pun macam mana aku boleh tahu, then? Macam mana pulak kau boleh tahu nama aku?”, Sehun dah malas dengan pertanyaan, dia segera menutupi pintu locker miliknya dan bersedia untuk berlalu pergi meninggalkan Yoonmi.

 

 

 

“C-Chakkaman..” sahut Yoonmi lalu sempat mencapai lengan Sehun. Sentap dengan perbuatan gadis itu, langkah Sehun terhenti seketika. Sehun mengalihkan pandangannya kearah Yoonmi. Dia lihat gadis dihadapannya ini sedang tertunduk kaku. Tangannya masih meraih lengan Sehun, membuatkan Sehun juga kaku dan tidak tahu mahu berbuat apa.

 

“S-S-Saya suka awak..” ucap Yoonmi tergetar. Dia tak tahu mana datangnya kekuatan dalam dirinya. Dia beritahu Sehun akan perasaannya sebenar. 5 Tahun dia memendam rasa, sejak mereka berumur 13 tahun lagi, hati Yoonmi cuma ada Sehun.

 

Yoonmi perlahan-lahan mendonggak kepalanya untuk melihat wajah Sehun yang berada di hadapannya. Seakan jantungnya meletup ketika pandangan mata mereka bertemu. Yoonmi mula tak senang duduk. Merah padam mukanya menahan malu.

Sehun tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia seronok ke? Ataupun Dia tak suka? Well, tiada siapa yang tahu.

 

 

 

“Suka hati kau lah..” sambung Sehun lalu menarik lengannya dari tangan Yoonmi dan melangkah pergi, meninggalkan Yoonmi yang masih kaku tanpa kata-kata.

 

“Suka hati kau lah..” Sekali lagi kata-kata itu bermain diruang legar minda Yoonmi.

 

“Fine! Well, Jual mahal ke cik abang? Cett, Aku akan terus kacau, kacau, & kacau kau! Biar nanti, kau yang jatuh hati pada aku..We’ll see for it Oh Sehun..”, Sejak detik itu, Yoonmi terus-terusan disisi Sehun. Apa sahaja yang Sehun lakukan, pasti akan ada Yoonmi yang menyokongnya dari belakang. See? Sama lah macam hari ni...

 

 

 

Coach memberikan isyarat bagi semua pemain untuk berehat seketika. Kesemua mereka terus mengambil tempat ditepi padang.

Haa! Ini kesempatan besar untuk Yoonmi mendekati Sehun, tanpa berlengah lagi. Gadis itu terus melangkah menuju kearahnya.

 

“Oiit Sehun, tuh... Makwe kau dah datang..” ucap Luhan sambil memuncungkan sedikit mulutnya, dia maksudkan Yoonmi.

“Eish, apa lah kau ni! Dia bukan makwe aku lahh -_-” tutur Sehun sambil menyiku sedikit lengan Luhan. Sahabatnya yang satu itu tak habis-habis mahu menyakat.

 

Yoonmi melabuhkan punggungnya disamping Sehun, sedangkan lelaki itu tidak menunjukkan sebarang reaksi.

 

“Awak, nah air..” Yoonmi menghulurkan sebotol air mineral yang dipegangnya dari tadi.

 

 

Bukannya menyambut botol yang dihulur itu, sebaliknya Sehun mendengus kasar.

“Kan aku dah cakap, jangan datang...” Sehun menjeling tajam ke arah Yoonmi. Cett, bukan gadis tu takut pun, dia dah janji dengan dirinya sendiri. Jika Sehun cakap yang dia rimas dengan perangai Yoonmi, maka gadis itu akan pergi. Tapi kalau selagi tidak? Huweee, Yoonmi tak akan mengaku kalah.

 

 

Yoonmi tersengeh sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

 

“Saya nak datang jugak! Awak, nah air..” Yoonmi berkeras lagi. Terus dia mengubah topik. Dia masih berkeras menghulurkan botol air mineral itu pada Sehun. Hurm, kalau Sehun biarkan, Yoonmi takkan pernah berganjak dari situ, dia memutuskan untuk mengambil je botol air itu. Lagipun kena sangat dengan timing, Dia memang tengah dahaga sekarang ni.

 

Melihat Sehun yang sedang meneguk air mineral itu, dengan lehernya terekspos jelas membuatkan pipi Yoonmi jadi panas.

“Arghh! Handsomenya! Kyaaa!”, jerit batin Yoonmi. Dia segera mencari-cari tuala kecil yang dibawanya tadi untuk diserahkan kepada Sehun, dia tahu kalau dah penat bermain nanti, mesti Sehun akan banyak berpeluh. Yoonmi memang tahu segala kehendaknya. Almaklum lah, sejak Yoonmi terikat hati pada lelaki ini, Dia dah cari tahu semua pasal siapa sebenarnya diri Oh Sehun. Dengan kata lainnya, Lee Yoonmi ni Sasaeng fans Oh Sehun lahh. Kkk~

 

 

“Awak, nak tuala?”,

 

“Kenapa? Jijik tengok aku berpeluh-peluh ni??”, tanya Sehun tak puas hati. Laju je Yoonmi menggeleng. Jijik? Well! Yoonmi nampak Sehun seksi sangat bila berpeluh-peluh macam tu, mana mungkin dia jijik.

 

 

“Tak.. Saya sediakan tuala untuk awak..” lembut je suara Yoonmi membalas kata-kata kasar yang keluar dari mulut Sehun.

Sehun segera berpaling kearah padang, tuala yang dihulurkan Yoonmi terus dicapainya dan dia terus berlalu pergi ke tengah padang, untuk menyambung kembali praktis mereka sebentar tadi.

 

 

 

Terima kasih. Cuma itu yang ingin Yoonmi dengar, tapi..... Hurm, jangan mimpilah Lee Yoonmi! Jangan mimpi..

 

 


 

Malam itu, seperti biasanya setelah mandi Yoonmi sudah siap duduk dimeja tulisnya. Diambilnya sekeping kertas dan sebatang pen.

 

Cinta datang secara tiba-tiba, merantai tangkai hatiku yang kini cuma terukir namamu..
Cinta ini penuh tanda tanya, adakah kau tahu isi hatiku? Adakah kau juga turut merasakannya?

 

Setelah menulis kata-kata itu, kembali Yoonmi melipat kemas kertas itu membentuk bintang kecil. Dia segera mencapai sebuah balang kaca disisi meja tulisnya dan memasukkan bintang itu ke dalam balang kaca tersebut.

“Ahh, Balang ni dah hampir penuh..” tutur Yoonmi sendiri.

Memang balang ini dikhaskan olehnya untuk menulis segala kata-kata yang dia ingin sampaikan pada Sehun. Dengan adanya balang ini, Yoonmi boleh meluahkan apa saja yang terpendam dihatinya.. Dia harap satu hari nanti Sehun akan tahu semua ini dan membaca semua isi hatinya..

 

 

Dia mahu Sehun tahu bertapa tulus hatinya mencintai lelaki itu.

 

 


 

Seperti biasa pada waktu rehat, Yura menarik tangan Yoonmi laju menuju kearah kantin. Kalau bab-bab makan, serah je pada dia. Yura memang makhluk tuhan yang paling kuat makan tercantik se-universe. Kekadang heran jugak Yoonmi dengan sahabat baiknya yang satu ni, makan banyak tapi badan maintain macam super model. Aih! Patutlah Luhan suka dia.. Opps! Tak tahu ke readers? Yura ni ada secret admirer tau.. Kkk~

Luhan pernah tertangkap Yoonmi, ketika Yoonmi melangkah masuk ke dalam kelas dikala tiada sesiapa disitu. Yoomni lihat ada seorang lelaki memakai mask muka dan curi-curi meletakkan sebungkus coklat dibawah meja milik Yura. Yoonmi tergamam sekejap apabila mata mereka bertemu.

 

Dia kenal sangat, lelaki tu Luhan. Kawan baik Sehun.

Cepat-cepat Luhan membuat isyarat supaya Yoonmi tak bising.

“Shh.. Tolong simpan rahsia ek, Lee Yoonmi..” ucapnya lalu memberikan wink nakalnya pada Yoonmi. Mujur saja Yoonmi suka Sehun, kalau tidak.. Sumpah Yoonmi dah cair.. XD

 

*Dah tahu kan? Orang itu adalah Abe lulu terchenta~~ Wuu..*

 

Yura mengangkat dulang yang penuh dengan makanan kearah meja yang dari awal tadi Yoonmi dah ‘cop’ untuk mereka berdua.

 

“Wahh, banyak gila makanan..Siapa nak makan ni?” ucap Yoonmi terkejut. Dua orang je pun nak makan, tapi kalau nampak apa yang atas dulang yang Yura bawak tu, dah macam empat orang yang nak makan. -.-

“Kalau kau taknak makan, bagi aku!”, Yura sentap dengan ucapan Yoonmi, baginya biarlah dia nak makan, bukan mintak duit orang pun -_- erghh.

 

“Aku tak cakap pun tak nak -.-“” balas Yoonmi laju.

 

“Dah tu? Jom Makan!”, sambung Yura lalu menjamah makanan itu, happy betul dia kalau sampai pada bab makan.

 

Tiba-tiba..

“Ehem! Ada awek lah... Boleh kami join?”, kedengaran suara Luhan. Yoonmi dan Yura pun melihat kearah suara itu. Yoonmi senyum tak henti lepas nampak Sehun disamping Luhan. Pelik betul dengan persahabatan mereka berdua ni, Luhan ramah sungguh, sedangkan Sehun? Ergh! Kalau orang tak kenal Sehun, semua orang pasti akan mengata dia sombong. Well? Poker face all the time kottt.

 

“Boleh je!”, sahut Yura membuatkan senyum Luhan dah kembang setaman. Luhan cepat-cepat mengambil tempat disamping Yura. Weyh, dia suka Yura kot... Takkan lah dia nak duduk sebelah Yoonmi pulak kan..

 

“Weyh Sehun, duduk lah..” Luhan tarik sedikit tangan Sehun, memberikan dia isyarat untuk duduk disebelah Yoonmi.

 

“Awak, duduklah..” kali ni Yoonmi pula yang panggil.

 

“Aku tak nak lah.. Jumpa kau kat kelas nanti Luhan..” sambung Sehun lalu terus melangkah pergi meninggalkan mereka bertiga disitu.

 

 

“Cihh, sombong gila laki tu..” Yura dah mula tak puas hati bila ternampak reaksi Yoonmi terus berubah muram. Sehun tu buta agaknya, apa yang kurang pada diri Yoonmi? Huh! Yura mendengus kasar.

 

“Sorry sebab Sehun layan korang macam tu..” ucap Luhan meminta maaf bagi pihak Sehun. Yoonmi memang dah muram. Makanannya pun dah tak dijamah. Memang betul, kekadang Yoonmi rasa down sangat. Mungkin betul lah, Sehun betul-betul tak suka padanya..

 

 

“Yoonmi, makanlah.. muram je muka tu..” Luhan menegur Yoonmi apabila dia rasakan aura gloomy dari diri Yoonmi. Yoonmi cuma menguis-guis sedikit makanan dalam pinggannya. Bukannya dijamah, malah dia main-main je dengan makanan tu.

 

 

“Betul Yoonmi, tak yah pedulikan si Sehun tu..” tambah Yura lalu menguyah bebola cheese yang dia beli tadi.

 

 

Yoonmi terus pura-pura tergelak.

“Ahah, Aigoo.. bukan pasal Sehun lah aku muram ni..” Dia cepat-cepat mengubah topik.

 

Luhan dengan Yura sama-sama tunggu apa yang Yoonmi nak cakap, pelik! Dorang betul-betul ingat Yoonmi muram pasal Sehun.

 

“Aku fikir je.. Esok Eomma dengan Appa aku nak pergi luar negeri, means tak de orang nak hantar aku ke sekolah..” Jelas Yoonmi ringkas. Luhan dan Yura sama-sama mengangguk laju. Masing-masing cuba memikirkan jalan penyelesaian bagi masalah Yoonmi itu.

 

 

 

“Apa kata, Aku datang jemput kau okey?” tanya Yura tiba-tiba. Cuma itu jalan penyelesaian yang dapat dia fikirkan setakat ini.

 

“Tak payah lah Yura, Arah rumah kita kan lain-lain..Menyusahkan kau je..” Yoonmi menolak ajakkan Yura itu. Baginya, mungkin akan menyusahkan Yura kerana rumah mereka berdua memang dari arah yang berbeza.

 

 

 

 

“Rumah Yoonmi dekat area XXX, hah! Paling dekat dengan rumah Sehun.. nanti aku slow talk dengan dia, kalau dia boleh.. Nanti Yoonmi boleh datang sekali dengan dia..” Tiba-tiba Luhan mencelah dan memberikan idea itu. Sentap Yoonmi dengar. What?! Pergi dengan Sehun?

 

Kalau tanya, sah lah dia mahu. Tapi Sehun? Hurm..

 

 

 

“Eh, tak payah lah Luhan.. Yoonmi ada motosikal skuter, Yoonmi datang sekolah naik skuter tu je lahh..” sekali lagi Yoonmi menolak. Dia bersyukur betul dapat kawan-kawan yang baik macam Yura dan Luhan. Sanggup mereka berdua memikirkan penyelesaian bagi masalahnya. Terima kasih Tuhan kerana kau kurniakan sahabat yang baik kepadaku. Batin Yoonmi memanjatkan rasa syukur.

 

 

“Betul ni?”, tanya Luhan lagi.

 

 

“Betul..” Sahut Yoonmi sambil tersenyum yakin.

 


 

 

Yura dah mula gelabah, bayang Yoonmi belum pun dia nampak. Hari ni Yoonmi akan kesekolah sendiri, bukan dengan papanya. Entah kenapa hati Yura risau.

“Eisttt, dah hampir waktu pertama ni.. mana Yoonmi?! Takkan lah belum sampai..” rungut gadis itu lagi.

 

Yura tak senang duduk terus dia ke kelas sebelah, ke kelas Luhan & Sehun, Kelas 5-1 sedangkan Yura dan Yoonmi di kelas 5-2.

 

“Luhan..” panggil Yura lembut, lalu segera melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi dihadapan meja kedua lelaki itu.

 

Luhan terus tersenyum, Eh.. Apa mimpi Yura datang padanya pagi-pagi ni.. Huwaa! Best day ever!

 

 

 

“Nde, Yura-ahh.. Wae?”, Luhan bertanya laju ketika menangkap raut wajah Yura yang tak setenang selalu. Sedangkan Sehun disampingnya cuma menatap wajah Yura dengan poker face miliknya.

 

“Yoonmi belum datang.. Tadi pagi Yura sempat call dia, dia cakap dia dah on the way ke sini.. Tapi sampai sekarang bayang dia pun tak nampak..” jelas Yura sambil mengekspresikan wajah gundahnya.

 

 

Luhan dah mula gelabah, bulat mata dia mendengarkan kata-kata Yura.

“Selalunya kalau area XXX, kurang 20 minit dah sampai..” Tiba-tiba Sehun mencelah. Aik? Sejak bila pulak dia berminat nak mencelah ni? xD

 

 

“Habis tu mana Yoonmi?! Ahh.. risau lah kat dia.. Kalau kira betul-betul, dah 40 minit dah dia lewat..” balas Yura. Kali ini dia dah hampir menangis. Dia betul-betul rasa tak sedap hati, kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia ajak Luhan dan Sehun keluar untuk mencari Yoonmi.

 

 

“Awak ada call tak?”, sekali lagi Luhan bertanya. Dia pun risau, lagipun mereka tahu hari ni Yoonmi ke sekolah sendiri, bukan dengan papanya. Hal itu, yang membuatkan mereka semua risau.

 

“Dah.. Telefon dia terus tak aktif.. Saya risau lah Luhan..” sambung Yura lagi.

 

 

 

“Jom kita pergi tunggu kat depan pagar nak?”, Cadang Luhan setelah tak sanggup melihat wajah bimbang milik Yura lagi. Masih ada 10 minit sebelum kelas bermula, mungkin masih cukup masa untuk mencari Yoonmi.

 

 

 

 

“Jom!”, sahut Yura laju. Lalu cepat-cepat menarik tangan Luhan untuk keluar dari kelas itu.

 

Sebelum Luhan melangkah pergi, dia sempat mengajak Sehun keluar bersama. “Sehun, jom ikut sekali..”

“Ye lah.. Ye lah..” Reaksi Sehun dari luar nampak je macam malas, padahal dalam hatinya? Dia juga risaukan Yoonmi. Peristiwa pagi tadi berlegar dimindanya. Dia memang ada ternampak Yoonmi keluar dari rumah pagi tadi ketika dalam perjalanan dia ke sekolah, jadi dia fikir Yoonmi tidak akan apa-apa jika sendiri. Tapi bila Yura dah cakap macam tu, Sehun jadi gundah.

Tanpa dia sedari, dia risaukan Yoonmi.

 

 

 

Belum sempat mereka melangkah keluar, Yura ternampak satu sosok tubuh yang sangat dia kenali sedang berjalan terjengket-jengket, sambil tangan sebelah kanannya memeluk erat tangan sebelah kirinya dibiarkan lurus. Sisi skirt dan uniform sekolahnya pun dah terkoyak, ada darah pada uniformnya itu. Wajah Yoonmi berkerut-kerut menahan sakit. Yura terkejut melihat hal itu lalu menjerit.

 

 

“Lee Yoonmi!”, Yura terus berlari mendapatkan sahabatnya itu. Luhan dan Sehun pun tak kurang cemas, mereka juga sama-sama berlari ke arah Yoonmi.

 

 

“Arghhh! J-Jangan pegang kuat-kuat Yura..” Yoonmi sedaya upaya berkata setelah Yura menyentuh lengannya.

 

“Yah, Apa dah jadi ni?”, Yura bertanya laju.

 

 

 

“Gwenchana? Awak berdarah..” sambung Luhan sambil melihat ada darah yang mengalir di lengan Yoonmi.

 

 

 

Yoonmi merenung Sehun dalam, dia mahu mendengar apakah yang akan dikatakan oleh Sehun, tapi lelaki itu lebih memilih untuk diam membuatkan hati Yoonmi kembali muram.

 

 

“Gwenchana.. Kemalangan kecil je ni..” Sedaya upaya Yoonmi membalas pertanyaan mereka sambil tersenyum, dia memaksa dirinya untuk senyum. Yoonmi tak mahu mereka risau akan keadaanya.

 

“Kau kemalangan?!”, terjerit kecil Yura. Matanya bulat tanda terkejut.

Yoonmi membalas pertanyaan Yura dengan anggukan.

 

 

“Serius tak ni? Kau berdarah semua.. Dengan uniform koyak.. Yoonmi kenapa kau datang, meh kita hantar dia ke bilik sakit..” Kelam kabut Yura berkata. Jelas sangat dia risau akan keadaan Yoonmi. Kalau ikutkan hati, Mahu saja dia marah Yoonmi, dah sakit pun ada hati nak masuk kelas -.-

 

 

 

“Aku okey, sikit je ni...” sedaya upaya Yoonmi menutupi rasa sakitnya dan sengaja dia melangkah untuk menunjukkan dia okey. Tapi.. “Argh!”, erangnya apabila tiba-tiba nyilu menyerang kakinya. Dia berhenti melangkah dan tertunduk sakit. Hujung matanya sudah mula berair, tapi dia masih berkeras untuk berjalan.

 

 

 

“Eishh! Dah lah, jangan degil!”, ucap Sehun tiba-tiba, dia terus mengangkat Yoonmi, tangan Yoonmi dibiarkan berpaut pada bahunya. Dia tahu Yoonmi sukar untuk berjalan sendiri. Lebih baik dia saja yang mengangkatnya ke bilik sakit. Kalau dipaksakan, mungkin keadaan Yoonmi lebih parah. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengangkat Yoonmi dan dibawa ke bilik sakit.

 

“Ahh..” terjerit kecil Yoonmi ketika itu. Dia terkejut. Sehun mengangkatnya?

Bukan Yoonmi seorang je yang terkejut dengan tingkah Sehun tu, Luhan dan Yura pun. Bulat mata mereka berdua menyaksikan drama romantik Sehun dengan Yoonmi itu.

 

 

 

Yoonmi memeluk leher Sehun erat untuk berpaut lebih selesa. Bibirnya tak henti menyunggingkan senyuman. Sesekali dia tertawa kecil. Sumpah, baginya ini bagaikan mimpi jadi kenyataan. Yoonmi harap sangat masa dapat dihentikan. Biarkan dia selamanya begini.. Dia dah cukup bahagia.

Sesampainya mereka ke bilik Sakit, Sehun terus berhenti melangkah. Dia perasan sepanjang perjalanan tadi Yoonmi tak habis-habis merenung wajahnya dalam.

 

 

“Hun...” panggil Yoonmi lembut, setelah dia perasan Sehun sudah berdiri kaku.

 

 

“Neo pabboeji?”, Sehun mengumam perlahan.

 

“Iye? Wae??”, Yoonmi masih lagi tidak berpijak dibumi yang nyata. Dia masih didunianya tersendiri. Dia begitu gembira, sakit-sakitnya tadi dah mula tak dirasakan olehnya lagi.. Entah kenapa bila dia nampak Sehun, semua sakitnya seakan akan perlahan-lahan pergi dari dirinya.

 

 

“Sakit pun sengeh-sengeh.. Dah la, Kau tak nak turun ke? Tak pun, nak aku lepaskan kau sekarang ni?”, tanya Sehun dingin.

 

 

DEGG! Sekelip mata Yoonmi sedar yang dirinya dah ada di dalam bilik sakit.

 

 

“Ohh! Mian..” merah padam wajah Yoonmi menahan malu. Dia segera melonggarkan pelukan dileher Sehun. Dan Sehun pun perlahan-lahan menurunkannya diatas katil bilik sakit itu.

 


 

Petugas bilik sakit itu menyuruh Yura, Sehun dan Luhan untuk pergi ke Kelas, bimbang cikgu akan marah jika mereka tidak masuk ke kelas, boleh jadi mereka bertiga dianggap pelajar ponteng.

 

“Yura, Luhan, Hun.. Awak bertiga balik lah kelas, saya okey kat sini..” Yoonmi berkata perlahan sambil tangannya dibalut oleh petugas bilik sakit itu.

 

“Kalau macam tu, kami masuk kelas dulu lah ea~~”, sambung Yura lega. Tadinya Yura risau sangat dengan keadaan Yoonmi tapi kalau dia dah cakap okey. Yura pun dah tak risau lagi.

 

Luhan cuma menggangguk dan membukakan pintu bilik layaknya seorang gentlemen, untuk Yura keluar dari situ.

 

Mereka tak perasan satu hal. Sehun belum pun menunjukkan gaya mahu keluar dari bilik itu.

 

Setelah selesai petugas itu merawat kecederaan Yoonmi, dia berlalu pergi meninggalkan mereka berdua sendirian disitu.

 

“Lee Yoonmi..”

 

 

 

“Eh? Hun.. Awak belum balik ke kelas? Nanti cikgu marah lah..” Tadi semasa Yoonmi dirawat oleh petugas itu, dia memandang kearah lain, jadi dia tidak tahu Sehun masih disini. Yoonmi dah mula risau, takut nanti Sehun dianggap ponteng sebab dia tidak masuk ke kelas, Sedangkan Sehun sedikit pun tak menunjukkan reaksi yang dia akan pergi, semakin dia mendekat adalah.

 

Sehun melabuhkan punggungnya diatas katil bilik sakit itu dengan wajahnya yang serius. Yoonmi tergerak kebelakang sedikit, dia takut melihat wajah Sehun sekarang ni. Ditambah pula, mereka sekarang cuma berdua, tiada orang lain selain mereka di dalam bilik ini.

 

“Balik nanti aku hantar,” Tuturnya dingin.

 

 

 

“Hah?!”, Terkejut Yoonmi mendengar kata-kata itu.

 

 

“Dan, Hari-hari seterusnya... Tunggu aku depan rumah, pukul 7 pagi.. Aku datang jemput..” sekali lagi Sehun berkata.

 

“Hah?!”

Yoonmi memang kehabisan kata-kata, bukan apa, dia tak sangka Sehun sendiri yang akan menawarkan tawaran itu kepadanya.

 

 

 

“Dari tadi ‘Hah!...hah!’ Kau pekak eh?”, tanya Sehun sarkastik.

 

 

 

“Err.. Tapi, Hun...”

 

 

 

 

 

 

“Titik! Aku tak nak dengar apa-apa.” Lanjut Sehun lalu bergerak keluar dari bilik sakit itu untuk kembali ke kelasnya.

 

 

“S-SEHUN CAKAP APA TADI? DIA NAK JEMPUT AKU? DAN HANTAR AKU BALIK? A-A-AKU TAK MIMPIKAN? KYAAAA!!”

.

.

.

TO BE CONTINUED...


 

Hai hai~ I'm back with a new fanfic, khas untuk contest A Story Behind The Song ^^ credit to them 

Once again, This story is TWOSHOT.. Nantikan next chappie yer..

Keep VOTING if you love this story.. Gomawo

Comment and subscribe ne? ^^

Saranghun~~

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LovelyIna
Dengan lafaz bismillah, Post! XOXO Baby Mr. Oh! COMPLETE! 25/2/2014 - 1:33AM

Comments

You must be logged in to comment
kimchinana #1
Chapter 4: Omgeeeee ni dah tak tahu kali ke berepa saya baca ff awak. Best sangat sangat sampai tak jemu pun baca banyak kali. Btw, saya pun tak faham knp saya asyik nangis je bila ada moment sehun & sera ni. May be sbb saya rindu ayah saya kat rumah *sobs sobs*. Tp seriously saya takkan baca ff ni kalau semester baru start sbb mcm nak gilaa tunggu cuti sem hahahahahahahahaha ok saya dah merapu. Anyway, congrats for this lovely fanfic author-nim *throw heart*
Chanlu_kaihun
#2
Chapter 5: Dae to the bak!!!! Like it!! Cute nye sera. Sweetnya~~~bak
Ayla_Qistina
#3
Chapter 1: srsly.. cerita ni.. awal2 tu la mcm realiti hidup sya.. huhu.. the next thing? tak tau lg.. hahaha.. yeah, sya minat dia, but then dia nmpk okay, tp bila dkt org lain ckp tu ini macam2.. rasa mcm nk giveup dkt dia, but then teringat cerita ni. hahaha.. tu pasal baca balik.. how i hope he's like sehun
kimsoorin14
#4
Chapter 4: Daebak citer unnie.... nk tanya sikit blh x??? Unnie dh kahwin ke???
LuckyGirl97 #5
Chapter 3: so cute sera...
xoxo_bluesher #6
Chapter 3: Hahaha....kiyowo....sera comel. Sehun lagi comel....DAEBAK ahh...!!!!
bittersweet4u
#7
Chapter 3: hahahaha.. Mati2 ingt si sehun nk citer cara mcm mne dia buat ( ? ) dkt sera.. Kalau dia citer jgk.. Konfem lju sy tutup ff ni..
Oh otakku terlalu suci untuk itu~ x3
bittersweet4u
#8
Chapter 2: omo.. How sweet..
Sweet gila kalah gula2 xD
bittersweet4u
#9
Chapter 1: perggghhh.. Best gila citer ni.
Rasa nk menangis sbb best sgt.. Huhu T^T
walaupun sy x suka sehun ( dlm exo manusia yg plg sy x suka adalah maknae line. Dont ask me why )
tpi bila bce cite ni.. Rse mcm dh ter jatuh cinta pulak dkt sehun.. Omogosh.. Jgn la hati
b2utyxoxo #10
Chapter 1: Best sangat cerita ni... dah berkali-kali baca... tapi tak boring-boring pun... sebab sweet + cute sangat cerita ni...