Chapter 5
Hey You, Saranghaeyo!Kelihatan Da Hyun sedang duduk bersendirian di bawah pokok yang rendang. Kedengaran sesekali dia merengus.
"Huh...Bosannya!"
Dia melempar batu kecil ke dalam tasik. Dia membaringkan badannya di atas rumput. Beberapa minit kemudian dia memusingkan badannya ke sebelah kanan. Selepas itu sebelah kiri pula. Dia mendengus lagi lalu bergolek - golek di atas rumput.
"Auch!"
Kepala Da Hyun terhantuk di batu. Dia terus bangun terduduk sambil menggosok - gosok kepalanya. tiba - tiba ada seseorang menutup matanya dengan tangan. Da Hyun menjadi panik lalu menjerit.
"Aarghh! Jangan apa - apakan saya! Jebal!"
Kyungsoo ketawa dengan kuat sambil menekan - nekan perutnya.
"Hahaha! Ni saya lah, D.O. Hahaha!"
"D.O - yah! Jug-eul-lae (nak saya bunuh awak ke)?"
"Hahaha..Sanggup ke awak nak bunuh saya? Or awak dah tak sayangkan saya?" Kyungsoo membuat muka sedihnya.
"Siapa yang sayang awak huh? Sekelumit pun tak ada tahu?" balas Da Hyun geram.
"Arasso..Siapalah saya ni kan? Baiklah, saya pergi dulu."
"D.O - yah!"
Da Hyun terus memeluk Kyungsoo dari belakang.
"Arasso, arasso. Saya sayang awak sangat - sangat," luah Da Hyun.
Kyungsoo tersenyum lebar. Dia mencium dahi Da Hyun.
"Da Hyun - ah, saranghaeyo.." kata Kyungsoo dengan nada lembut.
Da Hyun tersipu malu.
"Awak buat apa dekat sini sorang - sorang? Tergolek sana, tergolek sini. Dah buang tabiat ke apa? Mana Yuri? Selalunya korang sentiasa berdua. Dah macam kembar siam je tengok."
'Adoi...Banyaknya soalan!'
"Saja. Saya bosan. Biarlah, jealous la tu!" Da Hyun menjawab satu per satu soalan Kyungsoo
Comments