Roti Canai

Biskut Mencari Marrie
Please Subscribe to read the full chapter

 

Hampir seminggu Yuna menumpang di rumah Tasya a.k.a Taeyeon. Ikutkan hatinya memang dia tak nak pulang lansung ke rumah. Dia perlu mencari ketenangan. Dia juga berulang alik dari tempat kerjanya ke rumah Tasya. Sedikit pun dia tidak terfikir untuk singgah di rumahnya.

 

 

Ikutkan hati memang dia segan untuk menumpang dirumah sunbaenya tapi dia tiada pilihan lain. Kalau Mia tinggal di rumahnya sendiri mesti dia tidak segan untuk  menumpang di rumah kembarnya itu. Tapi, Mia tinggal dirumah keluarganya.

 

 

Malam ini Yuna bangun menunaikan solat istikarah, disusuli denga solat hajat. Dia rasa rasa sangat berdosa kerana melawan kata ommanya. Yuna berdoa sambil menangis. Berdoa membuatkan dirinya sedikit tenang. Dia lupa sekejap tentang masalahnya.

 

 

Aku kena hadapi semua ni dengan tenang. Aku tak boleh tunjuk yang aku ni lemah ! Ya Allah…..Jika dia benar untukku, maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan untukku, maka damaikan lah hatinya dengan hatiku.

 

 

“morning unnie !!” sapa Yuna ketika Tasya sedang bersarapan. Yuna belum bersiap lagi. Dia hanya memakai t-shirt dan legging.

 

 

“morning..! macam nak pergi  aerobic aje.” Kata tasya. Yuna mengambil tempat disebelah Tasya. Mujur baekhyun takde, kalau tak ingat dia berani nak pakai legging aje. Simpang wehh..

 

 

“ahahaha…aerobic apanya. Unnie…orang ingat hari ni orang nak balik rumah lah…dah lama sangat orang menumpang kasih kat sini. Beras unnie kat dapur tu pun macam dah nak habis…nanti orang ganti balik kay?” yuna menayangkan muka sedihnya. Mulutnya dimuncung sedikit.

 

 

“haishhh..apa yang kau merepek ni….beras nak habis? Biar aje habis pun…dah dua bulan kitorang tak beli beras sejak unnie pregnant ni.” Tasya memegang perutnya. Kandunganya yang berusia 4 bulan adalah lambang kasih sayangnya dan Baekhyun. Tasya tersenyum sendiri.

 

 

“unnie…nasib Baekhyun oppa pergi kursus seminggu kan? Kalau tak tau lah orang nak menumpang kat mana…” roti bakar jem strawberry disua kemulut.

 

 

“ishh..datang aje..kalau Baekhyun tu tak pergi kursus pun bukan dia lekat sangat dekat rumah. Pantang ada masa mesti pergi melepak dengan kengkawan dia. Tak pun dia busy dengan kes kat mahkamah tu.”

 

 

“ermmm taknak lah orang..nanti unnie takde privasilah centu.” Tasya mencapai  senduk nasi lemak yang terhidang atas meja itu dan mengetuk kepala Yuna. Duk buat macam tak biasa pulak dengan aku.

 

Yuna memegang kepalanya. Unnie dia ni lately ni bukan bole nak usik sangat. Sensitive memanjang. Pembawakan budak kot..

 

 

“unnie tak jamah pun nasi lemak tu…tak sedap erk?” kata Yuna mula menyeduk nasi lemak ke pingganya.

 

 

“tak ade selera lah..makan sikit asyik nak muntah aje. Tekak ni rasa loya macam mana entah..kalau ada manga muda  ni  memang power lah…” =,=

 

 

“orang mengandung memang banyak songeh erk? Haishh sabar ajelah baekhyun oppa kan…..hahahaha” usik Yuna lagi.

 

 

 

“dah…dah tak payah nak gelak kat unnie sangat. Makan cepat sikit…jap lagi Baekhyun dah nak balik.” Dengan selamba Tasya berkata. Susu yang masih berbaki di minum.

 

 

 

“bwo??? Pukul  berapa dia sampai? “ terus nasi lemak yang masih berbaki itu disumbat kedalam mulutnya. Tak sempat nak kunyah 44 kali. Entah2 dua kali pun tak sampai.

 

 

“tadi dia baru call unnie. Haish makan tu cuba elok-elok sikit. Macam Somalia tak makan setahun unnie tengok.” Yuna bersendawa dengan kuat bila nasi lemaknya dapat dikunyah dalam masa kurang dari 3 minit. Bole masuk dalam world book of record. Daebak!!

 

“pukul 3 nanti baru dia sampai lah…sekarang baru pukul 10.30..” tasya tertawa kerana dapat troll Yuna. Yuna menarik muka. Pinggan yang sudah licin berkilat itu dibawa ke dapur.

 

 

Akibat rasa tekanan yang  amat sangat Darwisy kembali dengan aktiviti lamannya. Dia dating bersama Kai. Selain Baekhyun yang banyak berkongsi masalah nya kai juga orang kedua Yang Darwisy paling percaya.

 

 

Suasana didalam Paradise Pub sangat bingit. Lelaki dan perempuan terkinja-kinja menari macam beruk dalam Zoo Negara. Tiada lansung batasan antara lelaki dan perempuan. Betapa rendahnya nilai maruah seorang wanita zaman sekarang.

 

 

Air kencing syaitan bersusun didalam rak dari pelbagai jenis rasa, warna dan rasa. Ada yang sesetah antara mereka sudah hilang pertimbangan.berjalan terhuyung hayang. Kewarasn akal dikaburi dengan kenikmatan dunia.  Manusia yang bertuhankan nafsu.

 

 

Astagfirullahalazim……

Kembalilah kepada Allah…

 

 

“woi !!! apasal tetiba ajak aku datang tempat setan ni? Bukan kau dah pangkah ke tempat camni?” kata Kai dalam nada yang tinggi. Music yang dipasang sangat kuat.

 

 

“Aku stress benggong !!” jerit Darwisy sambil menunggang sebotol air kencing syaitan. Kai tidak pula menghalang.

 

 

“ini bukan caranya lah bodoh ! “ tempik Kai. Kemudian seorang perempuan y datang menghampiri yang hot-hot taik ayam tu.

 

 

Yeoja itu mula menggoda Kai. Kai menepis yeoja itu dan menghalau yeoja itu. Taste dia bukan yeoja kelab malam. Mungkin kalau nak buat isteri pun dia akan cari yang bertutup litup. Baru sejuk mata memandang.

 

 

“habis kau nak suruh aku buat apa ha? Bunuh dia tu?” Darwisy mula hilang kewarasan. Air syaitan itu mula menguasainya.

 

 

“bukan macam tu lah…bincang elok-elok dengan dia tu. Aku tak suka tengok kau macam ni. Chill man…” nasihat kai. Walaupun tak noleh pakai.

 

 

“haah-hhhh….chill? hahaha….ada …pulak yang kisah pasal aku….”

 

 

 

“mungkin dia jodoh kau….” Ujar kai perlahan.

 

 

 

“jodoh?? Huh….hahaha…damn it ! jodoh apa? Ha!” Darwisy bangun mencekik kolar baju kai. Tak padan dengan pendek.

 

 

“woiii apa main pegang-pegang ni…” Kai pula naik hangin. Tapi dia tahu Darwisy dipengaruhi alcohol.

 

 

“s-ssssory….” Darwisy kembali duduk. Mabuk semacam aje

 

 

“dah jom aku hantar kau balik ! dah macam kanak-kanak kekurangan kasih sayang aje aku tengok.” Kai menarik lengan menyuruh Darwisy bangun. Darwisy menggelengkan kepalanya. Kepalanya terasa berat pulak.

 

 

 

“ishhh…jom lah…kalau kau ringan tak kalot ! woii bangun cepat !” Kai menarik tangan Darwish dan memapahnya.

 

 

 

“hantar aku balik condo aku…ni kunci….”  Habis sahaja dia berkata begitu Darwisy pengsan. Makin berat bebanan kai.

 

 

 

Majlis pertunangan.

 

 

Yuna memakai serba putih. Kali ini bajunya ditaja oleh bakal emak mertuanya , P.S kim. Rombongan meminang hanya datang dengan tiga buah kereta. Mereka hanya mengadakanya secara kecil-kecilan. Ini permintaan Yuna sendiri.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Nursyuhada
one more hapdet....weeeeeeeee

Comments

You must be logged in to comment
AuziSalsabila #1
Chapter 12: Your story is the best...
AQFXQX
#2
Chapter 23: Nak nangis bace part luhan..xsempat nk islamkan mak bapak dye..
Saya ship Sarah and Luhan.. Tao? Hmmm..tunggu watak len..hehe..
Memandai jew nk tambah watak dlm ff orang../tampar muke sendiri/
AQFXQX
#3
Chapter 22: Cite author-nim mmg daebak! Keep update! ^^
AQFXQX
#4
Chapter 20: Kejam sungguh Darwisy nie..sian yuna.. '-'
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 22: daebak!!! hahah hehehehehehhek!!! keep update!!!
Minions287 #6
Chapter 21: Dgn luhan la . sesuai skit
RayhanAdni #7
Chapter 21: REPUT TULANG LUHAN ,SARAH.
K AKU TAK HABISKAN CERITA AKU GAK!
TGGU PUASA. KAHKAHKAH
Farah30
#8
Chapter 21: Nk ngn luhan,sesuai..heheh ..mne2 je la,smue sesuai..!
Najlaa #9
Chapter 21: nak sarah ngn luhan ! mcm comel jep,keke..luhan pun nakal2 gitu plus manly? eh,manly ke?keke..
sukalah ada watak luhan n donghae.. thumb up authornim ^_^
choco_chim
#10
Chapter 21: sarah dgn luhan..comel ape~hihih