Final (Malay Ver.)

Miracle in December

Lay dan Suho merupakan kawan baik semenjak kecil, manakala Yeon Jae pula kekasih Suho ketika mereka berada di sekolah menengah, Semenjak kecil Suho menghidap penyakit yang hanya di ketahui Keluarga Suho dan Lay Sahaja. Suho tidak mahu memberitahu tentang penyakitnya ke Yeon Jae

Hari ini Suho berjanji ingin keluar dating, memandangkan penyakitnya menyerang jadi terpaksa di batalkan, Yeon Jae yakin sebenarnya Suho dan Lay ada menyembunyikan sesuatu darinya, dia ingin tahu tapi tidak tahu tahu bagaimana nak bertanya dan pada siapa dia mahu bertanya

Selepas temu janji mereka di batalkan Yeon Jae mengurung dirinya di dalam bilik, kerana dia brasa sedih

“kenapa oppa batalkan? Hurm… susah betul nak keluar dengan Suho oppa…” rungut Yeon Jae

Sekarang bulan December ramai yang gembira tidak terkecuali Suho tapi di sebabkan penyakit yang di hadapinya membuat dia tidak dapat menyambut hari natal seperti sebelumnya

Ketika ini keadaan Suho sangat kretikal, tapi mereka mahu bagaimana, sudah kehendal Suho begitu, semua terdiam apabila penyakit Suho datang semula, agak lama menunggu akhinya keluar seseorang dari bilik Suho yang merawat Suho

“keadaannya semakin teruk jika berterusan begini, harapan untuk dia sembuh juga semakin tipis…” ujar Doktor yang merawat Suho

“kami mahu buat macam mana lagi doktor? Sudah keputusan Suho begini…” jawab Tuan Kim lirih

“baiklah, jika tidak ada apa-apa lagi, saya mina diri untuk pulang dahulu…” ujar doktor itu sebelum pergi dari situ

Tuan Kim dan Puan Kim masuk ke dalam bilik Suho, manakala Lay menghantar doktor itu sehingga ke pintu

Setelah tiga jam pingsan, akhinya Suho sedar, lalu dia bangun dan mendiamkan diri, sama seperti Lay, Tuan Kim dan Puan Kim sedang berehat di bilik mereka

“Suho!!kau tak boleh macam ni…..” ujar Lay lemah

“tolong aku tak nak cakap pasal itu…” jawab Suho tanpa memandang Lay

“kau nak keadaan macam ni berteruskan? Kenapa kau ni degil sangat?” marah Lay tidak dapat menahan dengan kedegilan Suho

“Lay!! Tolong faham keadaan aku....” ucap Suho memohon

“tak akan kau nak terus dalam keadaan macam ini? Kau tak sayang mak dan ayah kau? Yeon Jae?”

“tolong jangan kaitan Yeon Jae dalam masalah ini, aku tak nak dia terluka nanti.....”

“apa? Terluka? Kau sedar tak? Yang kau bukan buat dia terluka malah dia merana, kau tak sayangkan Yeon Jae? Tolonglah, ikut pembedahan itu..” pujuk Lay mengalirkan air mata

“aku tak nak! Maksudnya Tak Nak!....” marah Suho

“kenapa kau ikutkan sangat perasaan?” amuk Lay

“kalau aku jalani pembedahan pun aku akan tetap mati!! Kau faham tak? MATI!!”

“sekurang-kurangnya kita mencuba!! Kau tak akan mati, doktor sendiri cakap kau masih ada harapan...”

“kau balik la... aku nak berehat....” ujar Suho penat beradu mulut

Lay keluar dari bilik Suho kemudian dia berguman sendiri “aku akan beritahu Yeon Jae tentang ini, aku harap dengan cara ini kau dapat jalani pembedahan itu, maafkan aku....”

Selepas berkata begitu Lay terus pulang ke rumahnya dan merehatkan diri

Keesokkannya Suho tidak hadir ke sekolah, Lay tahu kenapa Suho tidak hadir, Yeon jae hairan tak selalunya Suho oppa tidak hadir sekolah, ketika rehat Yeon Jae ternampak Lay duduk berseorangan di bawah pokok di mana Suho dan Lay rehat di situ

“oppa!!” panggil yeon Jae, namun tiada balasan dari Lay, dia mencuba sekali lagi

“Oppa!!” panggil Yeon Jae lagi sekali sambil mengerakkan badan Lay

“Eh! Yeon Jae, buat apa dekat sini? Kenapa tak masuk kelas lagi?” tanya Lay kelam kabut

“oppa ni kenapa? Sekarangkan waktu rehat..” jawab Yeon jae mencari seseorang

Lay hanya senyum, dia perasan Yeon jae seperti mencari seseorang, dan seseorang yang di maksudkan Lay tahu juga

“Suho dia tak datang hari ini, dia ada masalah sikit..” jawab Lay cuba menenangkan Yeon jae seperti risau, Yeon Jae mengangguk lemah

Setelah agak lama mendiamkan diri, Lay cuba bertanya “Yeon Jae, oppa nak tanya sesuatu?”

“erm.. wae?” memandang Lay

Memandang Yeon Jae “Yeon Jae sayangkan Suho tak?”

Yeon Jae berkerut dahi “kenapa oppa tanya macam itu?” soal Yeon jae risau

“Yeon Jae!” panggil Lay serius

“sudah tentu la Yeon Jae sayangkan Suho oppa, Suho oopakan kekasih Yeon jae...” jawab yeon Jae semangat

“kalau satu hari nanti, Suho tinggalkan Yeon jae, apa yang Yeon Jae buat?”

Yeon Jae terkejut “apa maksud oppa?” tanya Yeon Jae risau

“tak oppa Cuma maksudkan kalau, okey? Kalau..”

“kalau Suho oppa minta itu, Yeon jae turutkan sahaja, asalkan Suho oppa bahagia..” jawab Yeon Jae dengan senyum paksa, Lay mengangguk

Sebenarnya Suho ingin pergi ke sekolah tetapi di larang oleh ibu bapanya, kerana keadaannya sekamin teruk, tidak dapat meninggalkan dia sebentar

“ma, Suho nak pergi sekolah..” ujarnya

“Suho, dengar cakap omma baik-baik, semalam doktor beritahu mama yang kamu tidak boleh ke sekolah mulai dari sekarang, kerana keadaan kam semakin buru. Kalau kamu nak pergi sekolah ja—“ ucapan Puan Kim di potong oleh Suho

“omma! Suho tetapi tak nak! Walau macam mana pun Suho tetap tak nak!”

“suho tak sayang omma? Kenapa Suho nak tinggalkan omma?” tanya Puan Kim dalam tangisan

“ma, Suho jalani atau tak pembedahan itu, tetapi ma, tetap Suho akan mati..” ujar Suho mengalirkan air mata tidak dapat di tahan

Selepas tamat waktu persekolahan seperti biasa Lay akan pergi ke rumah Suho bersama kerja sekolah, ketika dia naik tangg ke bilik Suho, Lay lihat ibu Suho Puan Kim seperti menangis, mukanya merah, rasanya Lay boleh agak kenapa, kemudian Lay teringat Yeon Jae dan memanggil ibu Suho Puan Kim

“Ajumma!!” panggil Lay

Puan Kim terasa seperti Lay memanggilnya lalu dia memandang Lay “kenapa Lay?” tanya puan Kim dengan suara serak

“saya ada benda nak cakap sikit dengan ajumma...” terang lay

Puan Kim seperti ingin tahu “apa benda?” sahut Puan Kim

“boleh kita cakap dekat tempat lain? Di sini saya rasa kurang selesa..” ujar Lay sambil mempamerkan senyum paksa, Puan Kim mengangguk

“biklah, ikut ajumma...” ujar Puan Kim sebelum pergi dari situ diikuti Lay dari belakang

Sampai di taman belakang rumah “ada apa yang ingin kamuk katakan?” tanya Puan Kim

“saya tak tahu cara ini berhasil atau tidak, tapi sekurang-kurangnya kita mencuba....” terang Lay, membuat Puan Kim hairan

Maksud kamu?

Begini, Ajumma tahukan yang Suho ada menjalin hubungan dengan seseorang?

Puan kim memgangguk dan berkata lalu?

Suho tidak membenarkan saya memberitahu tentang penyakit Suho dekat kekasihnya, jadi saya bercadang ingin membawa kekasih Suho ke sini, supaya dia dapat memujuk Suho agak jalani pembedahan itu

Tapi kamu tahukan yang Suho tidak suka?

Saya tahu, saya yakin dengan cara ini Suho akan jalani pembedahan itu

Baiklah kalau itu membantu, ajumma sudah tidak tahu macam mana nak pujuk agar jalani pembedahan itu

Lay tidak dapat menjawab, dia hanya mampu senyum menyakinkan agar rancangan ini berhasil

Keesokkan Lay mengajak Yeon Jae berjumpa di atap sekolah

“ada apa? Oppa nak jumpa saya?” tanya Yeon Jae

“oppa nak Yeon jae dengar baik-baik apa yang oppa nak katakan.....” ujar Lay melihat Yeon Jae, Yeon mengangguk kecil “

“suho menghidap penyakit lemah jantung, jadi sekarang keadaan dia di paras tiga dan sekarang ini dia tidak mahu menjalani pembedahan....” terang Lay membuat Yeon Jae terkejut, kemudian dia jatuh terduduk dan menangis “jadi oppa minta bantuan Yeon Jae untuk memujuk Suho, supaya jalani pembedahan itu...” sambung Lay menahan air mata hampir menngalir di pipinya

Setelah lima belas minit mereka mendiam, Yeon Jae sudah berhenti menangis “baiklah, Yeon Jae akan membantu.....” jawab Yeon Jae

Setelah tamat waktu persekolahan Lay dan Yeon Jae pergi ke rumah Suho, sampai di rumah Suho mereka berdua di sambut baik oleh ibu bapa Suho, Tuan Kim dan Puan Kim, sepertinya kehadiran YeonJae di rumah itu seperti sangat di perlukan

“ajumma harap kamu dapat memujuk Suho, untuk jalani pembedahan itu...” ucap Puan Kim ketika mereka menaikki tangga menuju ke bilik Suho

“saya akan cuba ajumma...” jawab Yeon jae tenang

Yeon Jae masuk ke dalam bilik Suho, namun Suho tidak memandangnya sepertinya Suho sedang mengelamun sehingga Yeon Jae duduk di kerusi di sebelah katilnya

“Oppa!” panggil yeon Jae lembut

Suho membeku, dia berfikir “itu Yeon Jae? Tak kan la, aku tak bagitahu dia pun.....” fikirnya kemudian dia memandang ke sumber suara itu dan Suho kaku “Ye... on...Jae....?” panggil Suho sangkut-sangkut

“oppa! Panggilnya lagi

“kenapa Yeonnie datang sini? Yeonnie datang dengan siapa?” tanya Suho hairan

“Yeonnie datang nak melawat oppa? Tak boleh?” ajuk Yeon Jae pura-pura merajuk, Suho tersenyum kecil

“boleh, maafkan oppa okey?” ujar Suho mencubit pipi Yeon jae

Yeon Jae tidak menjawab dia hanya mampu senyum”oppa” panggil Yeon jae lembut

“wae?” jawab Suho memandang Yeon Jae

“oppa sebenarnya sakit apa?” tanyanya buat muka tak bersalah

Suho terdiam tidak tahu nak kata apa, dia patut cakap pekara yang sebenarnya atau menipu Yeon Jae, hati dan fikirkannya serabut sekarang

"Oppa!! Yeon Jae nak cakap sesuatu dengan oppa....." ujar Yeon Jae setelah lama mendiamkan diri

"Waeyo?" tanya Suho

"oppa.. tolong jalani pembedahan itu... " terang Yeon Jae

"jadi Yeon Jae datang sini cuma meminta oppa jalani pembedahan itu? oppa tak nak!!" marah Suho

Yeon Jae terkejut "oppa jangan macam ni... Yeon Jae memohan sangat.." pujuk Yeon Jae

"oppa tak nak!!" Suho tetap dengan keputusannya

"oppa tak sayang Yeon Jae kan? ooa jahat!!" marah Yeon Jae

"Yeon Jae tolong keluar, oppa nak rehat..." ujar Suho tiba-tiba

"Yeon Jae tak nak!! kenapa oppa degil sangat? tak boleh ke? ikut saja kemahuan omma dan app oppa?" marah Yeon Jae tidak berpuas hati

Dari luar Lay dengar seperti Yeon Jae dan Suho bertengkar, jika di biarkan keadaan bertambah buruk

"Suho!!" panggil Lay "tolong la, ini demi kebaikkan kau juga... kau tak nak pergi sekolah? kau kata kau nak menjadi seorang yang kuat....." sambung Lay lagi

Yeon Jae memohon sangat-sangat, jalani pembedahan itu!!" rayunya

"kalau aku jalani pun, aku tetap akan mati!!" ujar Suho menekan perkataan Mati

"Tak!! percayalah.... kau tak akan mati... kau ingat apa doktor Lee pernah cakap? dia kata kau ada 40 % harapan untuk hidup...."

Suho terdiam mendengar apa yang Lay katakan

"baiklah, aku setuju jalani pembedahan itu...." ujar Suho sambil senyum

Mendengar jawapan Suho betul-betul membuat Yeon Jae dan Lay gembira, lalu Lay keluar dari bilik Suho ingin memberitahu Tuan Kim dan Puan Kim

Yeon Jae terus meluluh dan memeluk Suho dan berkata "terima kasih oppa". Suho tidak menjawab, dia hanya mengangguk

Hari ini merupakan hari pembedahan Suho, jadi semua sedang menunggu keputusan, doktor mengatakan pembedahan itu mengambil masa 3 jam

Setelah menunggu tiga jam akhirnya doctor Lee keluar juga dari bilik bembedahan dengan raut wajah sukar di tafsirkn

“macam mana keadaan anak saya?” tanya Puan Kim risau, lalu Yeon Jae memeluk Puan Kim dan berkata “ajumma bersabarlah..”

“kami masih belum mendapat keputusannya, buat masa ini keadaan Suho masih dalam kritikal….” Terang doktor Lee

“Suho-ya…. Maafkan umma… ini semua salah umma..” tangir puan Kim, Yeon jae erat memeluk Puan Kim menenangkannya, manakal Tuan Kim tidak dapat membuat apa-apa

“Aboeji, Ajumma, jangan macam ini, pasti Suho akan sedih melihat kalian begini, saya yakin Suho kuat dia pasti dapa tempuh I keadaan kritikalnya, percayalah!..” pujuk Lay menyakinkan ibu bapa Suho

“jika tidak ada apa-apa saya minta diri dahulu, sebentar lagi jururawat akan membawa Suho ke wad..” ujar Doktor Lee sebelum berlalu dari situ, Lay dan Tuan Kim mengangguk, manakala Puan Kim masih menangis di pankuan Yeon Jae

Lay, Yeon Jae bersama Puan Kim dan Tuan Kim masuk ke dalam bilik Suho, melihat keadaan Suho yang tidak bermaya betul-betul membuat hati semua hancur

“Oppa! Oppa kena kuat! Jangan tinggalkan kami semua..” ujar Yeon Jae memberi Suho semangat

//Another Side//

Suho pelahan lahan membuka mata membiasakan mata dengan cahaya sekeliling, apabila dia sedar sepenuhnya dia hairan kenapa dia sihat dan kenapa tempat itu putih semua

“aku kat mana? Kenapa semuanya putih? Apa yang berlaku dekat aku?” ujarnya pada diri sendiri, kemudian dia terdengar suara Yeon Jae

“Oppa! Oppa kena kuat! Jangan tinggalkan kami semua..” ujar Yeon Jae memberi Suho semangat

“oppa tak tahu, oppa sudah cakap pembedahan ini tak akan berjalan dengan lancar, lihat seperti yang oppa katakan...” ujarnya ntah pada siapa

Suho terdengar pula Lay berkata “Suho-ya, kau kena kuat demi oang yang kau sayang, ingatlah janjji yang kau pernah buat!”

Setelah mendengar apa yang Lay katakan Suho terdiam, kemudian muncul seseorang sepertinya namun berbaju putih dan bersih

“Suho-ya! Dengarkan apa yang kau inginkan? Kau ingin membahagiakan ibu bapa kau?” tanyanya Suho mengangguk, kemudian muncul seorang lagi kini rupanya sedikit bengis, dan ada tanduk di atas kepalanya

“jangan dengarkan apa yang dia katakan, bukan ke kau ingin mati? Inilah masanya....” ujarnya membuat Suho terpegaruh sedikit

“Suho-ya, jangan dengarnya, jika tidak buruk akibatnya, fikirkanlah tentang orang yang kau sayangi, jangan menghancurkan hati mereka...” ujar yang berwajah seperti malaikat

Suho tertekan sedikit lalu dia memejamkan mata dan memikirkan yang mana dia harus ikut, sebelum kedua-dua itu hilang, berwajah Malaikat berkata

“di depan itu ada dua pintu, ikut yang mana kau rasakan betul, fikirkanlah baik-baik” dan hilang kedua-duanya

Dia memikirkan mana yang dia mahu “kalau aku hidup pun pasti akan menyusahkan mereka, tapi jika aku meninggalkan mereka pasti mereka akan merasa kecewa, mana satu harus aku pilih? Argh!!”

Suho tertekan, dia membuka matanya dan melihat kedua dua pintu, kiri atau kanan, kanan atau kiri, dia sudah membuat keputusan akan memilih pintu kiri dengan ragu dia berjalan menujuk ke pintu kiri

Sampai di depan pintu kiri Suho masih ragu dengan keputusannya

//Another Side//

Lay melihat detak jantung Suho semakin rendah dan rendah, membuat dia risau lalu dia memanggil doktor, tak lama selepas itu doktor datang bersama jururawat dan juga peralatan yang perlu di gunakan

“Suho-ya!! Jangan buat omma bagini, omma sayangkan Suho, jangan tinggallkan omma dan appa!” tangis Puan Kim tidak dapat di bendungkan lagi, ketika itu semua dalam keadaan cemas

Doktor dan jururawat yang merawat Suho menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya, semua orang down melihat detak jantung Suho berhenti, bertambah sedih semua terkejut lalu meluluh ke arah katil Suho dan memeluknya

“Oppa! Jebal!! Oppa jangan pergi!! Oppa!!!” raung Yeon Jae, Lay tidak dapat berkata apa

“Yeon jae, bersabarlah..” pujuk lay menenangkan Yeon Jae turut merasa kehilangan

Puan Kim sama seperti Yeon Jae manakala Tuan Kim menangis dalam diam

//Another Side//

Suho masih berdiri di depan pintu kiri, dia rasa hatinya sesak, akit seperti di tusuk beribu jarum, dia masih ragu di depan pintu kiri, Suho tidak yakin lalu dia brundur dua langkah memandang kedua dua pintu lalau dia pergi pula ke pintu kanan, ntah kenapa di pintu kanan dia merasa kehagatan dan tanpa berfikir panjang Suho membuka pintu kanan dan melangkah masuk

Tiba-tiba detang jantung Suho bergerak seperti biasa, semua terkejut apa yang berlaku termasuk doktor dan juga jururawat yang berada di dalam bilik itu, tanpa melengahkan masa doktor dan jururawat mejalankan kerja mereka seperti biasa

Lay, Yeon Jae dan juga ibu bapa Suho berasa gembira walalupun tidak sepenuhkan kerana tiba-tiba Suho sedar dari matinya

Setelah merawat Suho doktor Lee pergi ke arah kami berkumpul

“saya tidak pernah melihat keajaiban seperti ini, sungguh saya terkejut , Sudah berjaya mendapi keadaan kritilkannya, sekarang keadaannya stabil mungkin besok dia sudah boleh sedar..” ujar doktor lee selepas itu dia meminta diri

“Terima kasih Oppa! Terima kasih kerana meneruskan hidup demi kami semua...” ujar Yeon jae lalu memeluk Suho,Puan Kim dan Tuan Kim hanya mamput tersenyum kegembiraaan yang tidak terkata, sama seperti Lay

Keesokkannya setelah Suho sedar semua orang begitu gembira tidak terkata, Suho berasa bersalah kerana tidak mempercayai orang yang menyanginya

“omma, appa, Suho minta maaf, membuat omma dan appa susah hati....” ujar Suho tersenyum paksa

Puan Kim dan Tuan Kim memeluk Suho “Gwhencaha.. omma dan appa sayang sangat Suho...” ujar Puan Kim, Suho membalas pelukkan ibu dan bapanya

Setelah itu Suho memandang Lay “sorry, aku buat kau tension.. terima kasih kerana selama ini kau memberi perhatian dekat aku.... kau memang kawan sejati...” ujar Suhosambil senyum, Lay membalas “itulah namanya kawan sejati..” semua ketawa kegembiraaan

“Inilah namanya miracle in December...” ujar Tuan Kim


END

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lolexotics #1
Chapter 3: thanks and for the best story yet <3
kyuana0324 #2
I love the name :) kyuana0324 just like mine. ^^
galaxyfanfan_wifue
#3
Chapter 1: Hiks.. ㅜ.ㅜ