X Ray

Don't look at your back.

" Perut kau sakit lagi? " yerim tegur aku selepas aku asyik pegang perut yang sakit. Aku cuma mengangguk sebab tak boleh bercakap. Perut aku seolah olah dicarik carik.

" Baik kau pergi jumpa doktor, hyeongkon. Mana tau penyakit berbahaya "

Bila fikir balik, mungkin betul. Disebabkan hari dah lewat malam dan hospital mestilah dah tutup, aku duduk kat rumah macam biasa. Entah macam mana aku selalu muntah darah. Ibubapa semuanya dah risau jadi aku pergi ke hospital esok pagi.

" Lebih baik kamu pergi buat pemeriksaan pada doktor pakar, buat x ray. Saya tak dapat pasti penyakit apa sebab kita tak boleh tengok dengan mata kasar. Tapi apa yang saya pelik, ada bunyi aneh daripada steteskop yang saya dengar, datang dari perut kamu "

 

Aku tak faham apa yang doktor tu cuba bagitau. Jadi aku buat pemeriksaan x ray. 

Dan aku tergamam, sebab gambar x ray menunjukkan ada makhluk dalam perut aku sedang memakan anggota dalaman aku. Aku tak pasti tu apa tapi bentuk dia seperti bayi, tetapi cuma kepala tanpa badan. 

Dan aku tak boleh buat apa apa untuk keluarkan makhluk tu selain biarkan dia makan anggota dalaman aku. Sebab semasa pembedahan dilakukan, diorang tak jumpa apa apa dalam perut aku selain beberapa batang gigi. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
xenodochial
trimas untuk semua yang masih percayakan saya untuk update walau lambat ;--;

Comments

You must be logged in to comment
kpopgirl2494 #1
Chapter 10: This is super scary... please update soon. T_T
ai_matoexo
#2
Chapter 10: srmlh yg ni~ >_< help me Luhan, Himchan!!
ai_matoexo
#3
Chapter 9: seram nk maen game dh..
StalkingYifan
#4
Chapter 10: sye x berani nak tido sesorg lg dah .... >_<
*nyorok blkg kris*
lovin21 #5
Chapter 10: Seram la cerita 'sleep with who?'..... Memandang kan saya bekas plajar sek asrama, memang slalu dgr cerita macam tu... Hahaa..
parkeunae #6
Chapter 10: Very creepy btw, keep updating =D
DiamondSakura
#7
Chapter 10: x-ray tu menakutkan seh! >< haish..update soon..best gila..
syazaafiqah #8
Chapter 10: Seramlah citer awakk.
matoki_96
#9
Chapter 10: Menyesal bce malam2 . Hehe . Btw best sgt (y)