Let Me Kill Him

My Love Is Like A Black Rose
                     "Umm, ini awakkah Joon?" tanyaku lagi. "Tak lah chagi . . Saya Zelo . . Siapa Joon?" tanya Zelo padaku. "Kawan baik saya dulu," kata aku perlahan. "Chagi sukakan Joon?" tanya Zelo. Aku hanya terdiam. "Chagi . . jawablah pertanyaan Zelo ni!" kata Zelo memandang tepat ke bola mataku. "Kenapa Zelo suka saya?" tanya aku kepada Zelo mengelak dari menjawab soalannya. "Kan Zelo dah cakap . . Chagi satu-satunya perempuan yang menarik perhatian Zelo . .Zelo pun tak tahu kenapa . . tapi Zelo suka sangat bila bersama Chagi . . Chagi-lah segalanya untuk Zelo," kata Zelo sambil mencium pipi aku. Perempuan? Dia anggap aku seorang perempuan? dan . .  bukannya patung. "Jangan sukakan Joon okay? Chagi, sayanglah kat Zelo . . sebab Zelo sayangkan Chagi sangat-sangat," kata Zelo bernada sedih.
 
 
                    *"Kau tahu kenapa aku bunuh mak kau? Huh?" tanya lelaki itu kepadaku."Kenapa?!!Kenapa?!" bentakku geram. "Sebab aku saayaang sangat dekat mak kau . . Kau tahu . . dia SEGALANYA bagi aku . . tapi dia bodoh . . dia pilih lelaki sial itu daripada kahwin dengan aku . . bapa kau . . bapa kau ambil segalanya dari aku . . dia dasar perampas kau tahu?" kata lelaki itu sinis. "Kenapa kau kejam sangat?!" kataku kepadanya. "Kejam? Kenapa? Kau sayang dengan keluarga kau ke? Hehh"kata lelaki itu datang padaku. Lelaki itu memegang daguku dan melihat tepat ke arah mataku. "Sayang? Apa yang kau dapat dari sayang? Kau pernah terfikir kenapa orang yang kau sayang tinggalkan kau? Semuanya sebab kau! Sayang tak pernah wujud . . hanya obsesi yang ada. . sebab bila kau sayangkan seseorang . . dia akan pergi," kata lelaki itu padaku.*
 
 
                      Eomma, Appa . . . Joon . . aku sayang sangat kat mereka . . tapi semuanya pergi meninggalkan aku . . aku takut Zelo juga akan meninggalkan aku. " Lepas ni jangan jumpa saya lagi . . jangan cintakan saya lagi . . Zelo tak kenal lagi siapa saya sebenarnya," kataku dingin kepada Zelo. "Andwae! Jangan tinggalkan Zelo," kata Zelo. Aku hanya berdiam. "Lahh, sini rupanya.. dah, jom balik," kata satu suara yang aku kenal dari masa laluku. Suara dari orang yang aku cari selama ini. " Appa, ni yeoja chingu Zelo . . comelkan?" kata Zelo kepada orang itu. "Nae, comel sangat," katanya sambil melihat ke arahku. Dia tersenyum. Sah! Memang dia.. dia yang membunuh appa aku dulu. "Dah, jom balik hari dah senja ni," kata lelaki itu.
 
 
                     Zelo meletakkan aku kembali ke tempat asalku di dalam kedai itu. " Okay auntie~ Zelo balik dulu," kata Zelo. Dia berdiri di hadapan tingkap kaca menghadap aku. " Chagi-ya . . Zelo nak Chagi tahu yang Zelo betul-betul sayangkan Chagi . . Zelo hanya ada Chagi dan appa di dunia ni," kata Zelo sebelum berjalan pulang. Aku tak tahu hendak buat bagaimana lagi. Semangatku berkobar-kobar. Aku dah temui pembunuh keluarga aku. Aku mahu membalas dendam. Tapi aku sayangkan Zelo sebab dia persis Joon. Joon di manakah kau sekarang? Aku ingin berjumpa dengan Joon lagi. Aku rindukan Joon. Aku perlu tuntut bela kematian keluargaku.
 
 
X             X            X
Beberapa hari kemudian
 
                     Bola mataku melirik ke arah Zelo. Dia nampak terkejut dan takut. "WAAEE??!" jerit Zelo ke arahku. " Zelo-ah . . mianhae . . Ha Yi buat ni sebab Ha Yi nak tuntut bela kematian keluarga Ha Yi . . dia kejam . . Zelo kena jauhkan diri dari binatang ni," kataku dingin. Zelo menggelengkan kepalanya. Dia mengundurkan diri ke belakang perlahan-lahan. Muka dia nampak sedih sangat. Zelo keluar dari bilik ini. Aku melihat tanganku. Berlumuran darah si pembunuh ini. Appa Zelo telah mati di tangan aku. Orang yang menjadi penyebab kematian papa, mama dan aku. Sekarang aku berasa sangat lega. Aku keluar dari jasad patung ini. Telah lama aku merasuki jasad patung ini semata-mata untuk mencari si pembunuh ini. Sekarang semuanya telah selesai. Aku kembali ke rumahku di atas bukit itu. Rumah di mana ramai orang kata berhantu. Namun ada satu sahaja yang masih aku tunggu. Kepulangan Joon. Aku lalu di ruang tamuku yang telah lama terbiar. Barang-barang aku masih ada di situ. Aku menuju ke makmal papa. Aku melihat kertas-kertas kerja appa yang berselerak di bawah lantai. Ada satu kertas yang menarik perhatianku lalu aku membacanya.
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hyemipark
#1
Chapter 4: Sedih nye ::>_<:: tapi ending nye best la mmng daebak (*>.<*)
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 4: Best sedih juak masa baca citer ni
JKSkim
#3
Chapter 4: sedihnya cerita ni T.T~~
put_up
#4
Chapter 4: DAE to the BAK!!!! XD <3
AiraAriffin #5
Chapter 4: k, gila cool cerita ni . . . Huff~
So, ha yi tu smpai bila2 je la jd roh dlm rumah tu ek ?
KimYerin
#6
Chapter 4: Daebak~~
cerita menarik!! XD
put_up
#7
Chapter 3: ape jadi kat zelo nanti??? :o
myungstare #8
Chapter 2: huu..sedih nya... kesian zelo org asyik kata dia gila je
put_up
#9
Chapter 2: x tau kenape tapi rase cam nak nangis jer... TT^TT Btw, x sangka betul Ha Yi ni patung :o
put_up
#10
Chapter 1: Ha Yi ni dah mati ker??? O.O