Do You Still Remember?

My Love Is Like A Black Rose
                Hari ini salji turun namun lelaki itu masih berdiri di situ. Memakai Hoodie dan berseluar hitam. Dia hanya memerhatikan aku dari jauh. Bibirnya mengukirkan sebuah senyuman kemudian dia datang padaku. " Bogoshipo~ Saya rasa saya dah cinta dekat awak lah . . jadi yeoja chingu saya?" kata Zelo padaku. Aku terkejut dengan kata-katanya namun aku tidak memberikan sebarang respon. "Humm, okay diam tanda setuju . . terima kasih sebab jadi girlfriend saya," kata Zelo sambil tersenyum. "Mulai sekarang saya panggil awak chagi-ya," katanya padaku. Dia kemudiannya meletakkan jarinya telunjuk kanannya pada tingkap kaca yang memisahkan aku dan dia. Dia kemudiannya menulis perkataan Zelo, membuat bentuk hati dan Chagi-ya. Dia kemudiannya mencium tingkap kaca itu. Aku terkejut dengan tindakannya. Betulkah dia benar-benar mencintai aku? Adakah dia hanya permainkan aku? Adakah aku sedang bermimpi? Atau sekadar permainan ilusi? Tak tahu kah aku siapa? Semua persoalan bermain di mindaku. " Esok appa pergi Amerika . . Zelo bosan . . esok kita date nak?" kata Zelo dengan wajah ceria. Aku tak tahu bagaimana nak respon sebab aku masih terkejut. Kalau berkawan pun orang dah panggil gila . . apatah lagi couple. " Okay! Set! Esok chagi pakai baju cantik-cantik macam selalu tau! Zelo sarang Chagi," kata Zelo sambil membuat flying kiss padaku. Dia kemudiannya pergi dari situ.
 
 
                 Matahari sudah terbit dan ramai orang lalu-lalang di lorong ini. Mujurlah hari ini tidak ada salji yang turun. Indah dan menyegarkan. Aku dipakaikan dengan dress  berwarna putih. Rambutku disisipkan dengan bunga ros pelbagai warna yang amat cantik. Aku berasa gembira kerana dapat memakai baju yang baru. Seperti mereka tahu-tahu sahaja apa yang Zelo katakan semalam. Namun bagiku . . tindakan zelo untuk keluar bersamaku adalah sesuatu yang benar-benar tak masuk akal. Zelo memang manusia yang lain dari yang lain . . agak pelik. "Chagiya!" kata Zelo muncul tiba-tiba ingin memeranjatkan aku. Senyumannya pudar. Zelo tidak bergerak buat seketika dan hanya memandang padaku. "Chagi-ya . . nou. .noumu ye. . ye. .yeppeoda . . Ze. .zelo t. . tak per. .pernah  nam . . nampak orang yang cantik ma. .macam chagi," kata Zelo tergagap-gagap. Mungkin Zelo gemuruh melihat apa yang aku pakai hari ini. Lain dari biasa. Zelo senyum padaku. "Chagi-ya. .  jom," kata Zelo. Dia kemudiannya masuk ke dalam kedai ini dan jumpa dengan majikanku. " Aunty, nak pinjam chagi hari ini," kata Zelo pada majikanku. " Kau dah gila ke? Dia tu patung je . . bukannya manusia!" kata majikanku kepada Zelo. "Bolehlah aunty . . bukannya selalu saya bawak dia keluar," kata Zelo sedih. "Sue, lebih baik kau bagi je. . lagipun aku dah pakaikan baju baru kat patung tu . . mana lah tahu nanti ada orang minat tengok baju dia ke," kata satu suara lain. "Hmm, baiklah . .tapi awak kena bawa dia balik sini sebelum pukul 6 tahu?" kata majikanku kepada Zelo. "Baik aunty. . terima kasih," kata Zelo gembira. Aku terasa pinggangku dipeluk. Aku dibawa turun dari pentas pameran. Zelo memelukku dari belakang."Chagi-ya . . saranghae," bisik Zelo di telingaku. Zelo kemudiannya membawaku keluar dari kedai itu.
 
                 Zelo membawaku di sebuah taman bunga yang indah. " Chagi-ya, bila saya lapang saya selalu pergi sini . . tempat ini mendamaikan . . saya suka . . oh! kejap," kata Zelo kemudiannya tinggalkan aku. Aku hanya melihat permandangan di situ. Memang cantik. Seperti aku pernah datang ke sini sebelum ini. Zelo datang sambil membawa sebotol mainan buih sabun. Dia meniup air sabun itu di sebelah ku dan buih-buih sabun mula membentuk. Cantik sekali. Aku terpesona seketika. Keadaan ini cukup mendamaikan. " Chagi, saya akan tiup belon buih sabun ini bila saya bersama orang yang saya suka je," kata Zelo sambil tersenyum.
 
 
* Aku marah betul dengan Joon. Dia tak bagi aku main buih sabun dia. "Joon, kenapa tak bagi Ha Yi main?" kataku kepada Joon. " Tak boleh . .nanti habis . .  buih sabun ni ada magic . . Joon akan tiup buih sabun ini bila Joon bersama orang yang Joon suka je," kata Joon. Aku mencebik.*
 
 
             Entah kenapa ayat Zelo mengingatkan aku pada Joon. Tiba-tiba ada sebiji bola bergolek ke kaki Zelo. "Uh? Siapa punya bola ni?" kata Zelo sambil memegang bola itu. "Hyung! kat sini!" kata seorang budak lelaki lebih kurang 10 tahun. "Nah," kata Zelo sambil menyerahkan bola itu kepada budak lelaki itu. " Hyung, jomlah main sekali . . tak cukup seorang ni . ." pelawa budak itu. Dia menarik tangan Zelo. Zelo memandang aku. "Chagi-ya, tunggu ye," kata Zelo padaku. "Huh? hyung cakap dengan siapa?" tanya budak itu. " Tu . . yeoja chingu hyung . . comel kan?" kata Zelo sambil tunjuk ke arahku. "Umm, comel . .  macam patung," kata budak itu kelihatan agak pelik. "Jom main . .  nama awak siapa?" tanya Zelo kepada budak itu sambil menuju ke tempat permainan. Mereka semua bermain bola. Aku hanya memerhatikan Zelo. Dia tangkas menjaringkan gol . . sama macam Joon. Setelah beberapa minit, Zelo melambai kepada budak itu dan datang padaku. Budak-budak itu beredar. Zelo membaringkan aku di taman bunga itu.
 
 
             " Chagi-ya, saya tak tahu kenapa . . tapi saya suka sangat main bola," katanya sambil baring di sebelahku. Aku melihat langit yang berwarna jingga dan sedikit keungguan. Cantik . . sudah lama aku tidak melihat permandangan seperti ini. " Chagi-ya . . saya ada satu lagu untuk Chagi . . ehem~ehem~ Satu satu . . saya sayang ibu . . Dua dua . . saya sayang abah . . Tiga tiga . . saya sayang chagi-lah~," kata Zelo sambil tersenyum. Aku terkejut. Lagu tu . . hanya aku dan Joon sahaja yang tahu. " Hmm, chagi . . ingat tak masa pertama kali Zelo jumpa chagi?," tanya Zelo. Aku hanya diam. "Masa tu Zelo masih baru . . banyak yang Zelo tak tahu . . dan Zelo ternampak chagi berdiri di situ . .sangat cantik . . baju kita sama . . appa cakap baju kita masa tu couple shirt. . sejak itu saya mula sayang kat chagi-ya," kata Zelo. Takkan lah Zelo suka kat aku sebab couple shirt je . . Zelo . . sungguh misteri lelaki ini. " Bila Zelo berada dengan Chagi . . Zelo rasa tenang . . macam masa ni berhenti seketika," kata Zelo. "Heehee . . Chagi suka warna apa? Chagi suka bunga apa? Chagi suka pergi mana? Apa Chagi suka buat? Chagi suka kucing tak?" tanya Zelo bertubi-tubi padaku. Namun aku tidak membalasnya. "Kalau Zelo, Zelo suka warna oren sebab warna itu macam warna langit tu . . cantik kan?" kata Zelo sambil menunjukkan ke arah langit. " Zelo suka bunga ros . . macam yang ada di rambut chagi . . bunga ros sangat cantik dan baunya sangat harum . . memang sempurna . . macam chagi," kata Zelo. " Zelo suka pergi perpustakaan sebab kat situ banyak buku . . Zelo suka baca," kata Zelo lagi. " Zelo suka melukis tapi Zelo tak pandai . . semua lukisan yang Zelo lukis nampak cacat . . haha," kata Zelo sambil tergelak kecil. " Zelo sayangkan kucing . . kalau Zelo ada kucing Zelo akan bagi dia nama Garfield . . sebab Zelo nak dia montel macam Garfield," kata Zelo sambil tersenyum. Hentikan! Hentikan semuanya! Warna oren? Bunga Ros? Garfield? semua yang Zelo cakap sama seperti Joon. Adakah Zelo kawan aku yang lama, Joon?
 
               "Zelo, awak sebenarnya Joon?" aku beranikan diri menanya Zelo. Mungkin dia akan takut dengan ku lepas ini. Sebuah patung yang bercakap. Biarlah aku tak kisah lagi. Zelo nampak sangat terkejut. Matanya bundar memerhatikan aku. "Chagi? Chagi cakap kat Zelo ke tadi?" tanya Zelo seolah-olah tidak percaya.
 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hyemipark
#1
Chapter 4: Sedih nye ::>_<:: tapi ending nye best la mmng daebak (*>.<*)
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 4: Best sedih juak masa baca citer ni
JKSkim
#3
Chapter 4: sedihnya cerita ni T.T~~
put_up
#4
Chapter 4: DAE to the BAK!!!! XD <3
AiraAriffin #5
Chapter 4: k, gila cool cerita ni . . . Huff~
So, ha yi tu smpai bila2 je la jd roh dlm rumah tu ek ?
KimYerin
#6
Chapter 4: Daebak~~
cerita menarik!! XD
put_up
#7
Chapter 3: ape jadi kat zelo nanti??? :o
myungstare #8
Chapter 2: huu..sedih nya... kesian zelo org asyik kata dia gila je
put_up
#9
Chapter 2: x tau kenape tapi rase cam nak nangis jer... TT^TT Btw, x sangka betul Ha Yi ni patung :o
put_up
#10
Chapter 1: Ha Yi ni dah mati ker??? O.O