Nice To Meet You Stranger!

My Love Is Like A Black Rose
                Aku nampak lelaki yang sama lagi hari ini. Seperti biasa, dia akan berdiri di hadapanku sambil tersenyum. Kedua-dua belah tapak tangannya diletakkan di tingkap kaca yang memisahkan aku dan dia. Dalam ramai-ramai manusia yang lalu di hadapan kedai ini, hanya dia yang perasan kewujudanku di sini. Selalunya dia hanya memerhatikan aku dan kadang-kala bercakap denganku. Aku setia mendengar. Orang kata dia gila sebab cakap dengan aku. Tetapi. .  . dia tak pernah pedulikan kata orang dan terus anggap aku macam kawan. Namanya Zelo.
 
                 " Saya gembira dapat jumpa awak lagi hari ini," kata Zelo sambil bibirnya mengukirkan senyuman. " Awak tahu . . awaklah satu-satunya kawan yang saya ada," katanya perlahan. " Oh! awak pakai baju lain hari ini . . noumu yeppeo. . . warna baju awak dan baju saya sama," katanya sambil tergelak kecil. Aku memakai baju biru dan dia juga memakai baju biru cuma coraknya saja yang lain. "SS.. Saya balik dulu appa saya dah panggil," katanya denga nada yang agak cemas sebelum pergi meninggalkan aku. Zelo tinggal dengan appa dia. Dia selalu ceritakan yang appa dia seorang yang baik. Zelo tak pernah cerita pun pasal eomma dia atau adik beradiknya yang lain. Nampaknya, Zelo ada appa yang masih boleh berikan kasih sayang padanya . . bukan macam aku. Tragedi malam itu menghantui diriku.
 
* " Eomma .. kenapa eomma tinggalkan Ha Yi? Ha Yi sayangkan eomma sangat . . jangan tinggalkan Ha Yi . .  Ha Yi takut. . .," kataku teresak-esak di hadapan pusara mama ku. Eomma meninggal masa aku 5 tahun. Aku selalu rapat dengan eomma, appa dan anak tunggal jiranku yang aku panggil Joon.
 
     Kami tinggal di kawasan yang terpencil jadi kami tak ada banyak jiran. " Tak pe lah . . . Joon kan ada," pujuk Joon sambil memeluk diriku. Sejak kematian eomma, appa jarang bercakap denganku. Appa selalu berjumpa dengan Joon tapi dia selalu mengelak bila nampak aku. Bila aku tanya Joon dia hanya tersenyum. Appa selalu menghabiskan masa di makmalnya. Oleh itu, aku semakin rapat dengan Joon. Kami selalu bermain bersama dan menghabiskan kebanyakan masa kami bersama. Aku datang ke rumahnya dan dia selalu sambut aku dengan senyuman.
 
     Joon menjadi kawan baik aku sehinggalah . . . " Maaf, Joon kena ikut appa Joon ke Seoul," kata Joon sedih. Itulah kali terakhir aku melihat wajah Joon. Selepas Joon pindah ke Seoul, sikap appa berubah.Dia selalu berasa takut dan badannya terketar-ketar.
 
     " Sembunyi . .Jangan bagi plan tu . . Jangan bagi plan tu," mulut appa terkumat kamit menyebutkan perkataan yang sama. Appa dah berubah. Dia banyak habiskan masanya sendirian. Kadang-kadang aku tegur appa tapi appa marah padaku. Aku sering dipukul appa sejak Joon pergi.  Appa dah tak sayang aku lagikah? Sehinggalah pada malam itu, aku terdengar bunyi bising dari makmal appa. Aku turun untuk melihat apa yang berlaku.
 
     " Bagi . . atau aku tembak kau," kata seorang lelaki sambil mengacukan sepucuk pistol ke arah appa. " TAK! INI MILIK AKU! KAU TAK ADA HAK! PERGI!!" bentak appa. Aku mula rasa takut. BBANGG!! Lelaki itu menembak appa. Appa tak bergerak lagi.  Banyak darah keluar dari badan appa. Dia merampas kertas2 yang berada di tangan appa. Aku menangis dan cuba memberhentikannya.
 
     " Tak boleh ambil . .  ni appa punya . . jangan ambil," kataku kepada lelaki itu. " HEI BUDAK! JANGAN MENYEBOKLAH!," kata lelaki itu sambil menolakku. Lelaki itu tersenyum sinis. " Hei budak . . kau tahu . . tinggal kau sorang je yang belum aku bunuh . . eomma kau . . appa kau . . semuanya dah mati di tangan aku . . semuanya sebab appa kau! Sekarang dendam aku dah terbalas. . . selamat tinggal budak," kata lelaki itu sambil mengacukan pistolnya ke arahku.*
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hyemipark
#1
Chapter 4: Sedih nye ::>_<:: tapi ending nye best la mmng daebak (*>.<*)
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 4: Best sedih juak masa baca citer ni
JKSkim
#3
Chapter 4: sedihnya cerita ni T.T~~
put_up
#4
Chapter 4: DAE to the BAK!!!! XD <3
AiraAriffin #5
Chapter 4: k, gila cool cerita ni . . . Huff~
So, ha yi tu smpai bila2 je la jd roh dlm rumah tu ek ?
KimYerin
#6
Chapter 4: Daebak~~
cerita menarik!! XD
put_up
#7
Chapter 3: ape jadi kat zelo nanti??? :o
myungstare #8
Chapter 2: huu..sedih nya... kesian zelo org asyik kata dia gila je
put_up
#9
Chapter 2: x tau kenape tapi rase cam nak nangis jer... TT^TT Btw, x sangka betul Ha Yi ni patung :o
put_up
#10
Chapter 1: Ha Yi ni dah mati ker??? O.O