SLOT 4

Today, Tomorrow & Forever~ I Love You~

 

“Waa~ Saya sangat seronok hari ini~” jerit Nana sambil menghayunkan tangannya yang menggengam erat tangan Ryosuke.

Ryosuke tersenyum. Dia juga turut berasa gembira. Buat seketika, dia terlupa akan kerisauannya.

Mereka tiba di rumah Nana.

“Kita dah sampai~” kata Ryosuke.

Nana berpaling menghadap Ryosuke.

“Kenapa?” soal Ryosuke kepada Nana.

Nana menggeleng. “Saya hanya nak tengok muka awak lebih lama~”

Ryosuke tersentak.

Kata-kata Nana membuatkan kerisauan Ryosuke kembali bertapak di dalam hatinya. Entah kenapa dia merasakan yang Nana akan pergi meninggalkannya. Dia dapat merasakan yang dia tidak akan dapat bertemu dengan Nana lagi selepas ini.

Genggaman tangan Nana semakin erat. Ryosuke membalas genggaman tangan itu.

Bagai tidak mahu dilepaskan saja tangan kekasihnya itu.

“Ok~ Saya masuk dulu~” kata Nana sambil melepaskan tangan Ryosuke.

Tetapi sepantas kilat Ryosuke menggengam semula tangan Nana.

Gadis itu kembali menghadap Ryosuke. “Kenapa ni?” soalnya kehairanan. Dia dapat merasakan yang Ryosuke tidak ingin melepaskannya pergi saat itu.

Ryosuke tidak mampu menjawab. Perlahan-lahan dia mendekati Nana dan menghadiahkan kekasihnya satu kucupan di dahi.

Nana terkejut dengan tindakan Ryosuke. Lantas jantungnya berdegup pantas.

Itu adalah kali pertama Ryosuke melakukannya sebegitu. Selama ini tidak pernah pula jejaka itu menjadi romantik.

Namun, jauh di sudut hati Nana, dia berasa sangat gembira. Barulah dia merasakan yang mereka adalah pasangan kekasih.

“Selamat malam~” kata Ryosuke separuh bisik kepada Nana.

Nana tersenyum dan mengangguk.

Perlahan-lahan, genggaman tangan dilepaskan.

Sehingga kelibat Nana hilang dari pandangan matanya, barulah Ryosuke berjalan pulang.

Namun kerisauan itu semakin menebal di hati Ryosuke.

Ryosuke semakin berasa pelik terhadap dirinya.

 

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Nana menutup pintu biliknya perlahan. Gadis itu tidak dapat melupakan gelagat Ryosuke terhadap dirinya sebentar tadi.

Kucupan itu sangat bermakna pada dirinya.

Nana tersenyum sendiri. Cintanya terhadap Ryosuke semakin mendalam.

Nana mengunci pintu biliknya dan berjalan menuju kearah meja belajarnya.

Gambarnya dan Ryosuke yang terletak di atas meja digapai dan ditatap. Gambar itu adalah gambar setahun yang lalu di mana mereka berdua baru mulai menjadi pasangan.

Senyuman Nana semakin melebar. Walaupun baru setahun lebih mereka menjadi pasangan kekasih, Ryosuke telah pun meletakkan kepercayaan penuh kepada Nana.

Nana sangat menghargainya dan takkan sesekali mengkhianati kepercayaan itu.

Nana menatap gambar itu lama-lama.

Tiba-tiba….

“Hello, si gadis~” kata seseorang dari arah belakangnya membuatkan Nana terkejut. Gambar yang dipegang jatuh ke lantai.

Nana hendak menoleh untuk melihat siapakah yang berada di belakangnya tetapi orang itu lebih pantas bertindak.

Badan Nana dipeluk dan mulut serta hidungnya ditutup dengan sapu tangan. Nana terhidu bau yang pelik dari sapu tangan tersebut. Membuatkan dia berasa loya.

Nana tidak boleh menjerit. Dia meronta-ronta untuk melepaskan dirinya.

Semakin lama pergerakannya semakin lemah dan akhirnya Nana jatuh pengsan ke lantai.

Orang itu tersenyum sinis sambil membelai lembut rambut Nana.

“Kalau saya tak boleh dapatkan cinta awak~ Dia pun tak boleh~ Tiada siapa yang boleh~” kata orang itu sambil ketawa.

“Awak… milik saya sekarang~” bisiknya di telinga Nana.

 

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Ryosuke memutarkan badannya ke bahagian kiri katil.

Keluhan berat terlepas dari bibir Ryosuke. Fikirannya kusut dan hatinya semakin tidak tenteram.

“Haish~!”

Ryosuke bingkas bangun dan berjalan menuju ke pintu beranda biliknya.

Jam tepat menunjukkan pukul 2 pagi.

Ryosuke tidak tahu mengapa dia sukar untuk melelapkan matanya malam itu. Fikirannya asyik melayang memikirkan Nana.

Deringan telefon mengejutkan Ryosuke.

“Siapa pula yang call pagi-pagi ni?” soal Ryosuke kepada dirinya sendiri.

Lantas Ryosuke melangkah menuju kearah meja kecil yang terletak di tepi katilnya. Telefon bimbitnya terletak di situ.

Nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin telefon bimbit Ryosuke.

Siapa ni? Tanya Ryosuke dalam hatinya.

Debaran jantungnya semakin laju. Entah kenapa Ryosuke terasa berat hati untuk menyambut panggilan telefon tersebut. Hatinya berbelah bagi sama ada hendak menyambut ataupun tidak.

Namun, setelah difikirkan semula, Ryosuke menguatkan dirinya untuk menyambut panggilan tersebut.

“He.. Hello ?” kata Ryosuke.

Senyap~ Tiada suara kedengaran~

“Hello??” tanya Ryosuke lagi.

Kali ini, sayup-sayup kedengaran suara seorang perempuan.

“R..Ryo..Ryosuke~” panggil perempuan itu bersama sedu dan tangisnya.

Alangkah terkejutnya Ryosuke apabila mendengar suara itu. Dia sangat mengenali suara itu.

“Nana! Nana, kenapa ?” soal Ryosuke dengan cemas. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena. Gadis itu sedang menangis.

Mungkin inikah kerisauan yang dirasakan oleh Ryosuke sejak siang tadi. Inikah perkara buruk yang bakal berlaku kepada Nana?

“Ryosuke~ Awak….”

“Awak jangan risau. Dia selamat bersama saya~”

Suara Nana diganti dengan suara seorang lelaki.

“Awak siapa?! Kenapa Nana boleh bersama awak?!” jerkah Ryosuke.

“Kenapa Nana boleh bersama saya?”soal lelaki itu kembali. “Sebab dia cintakan saya. Kami saling mencintai~ Awak tak tahukah?” sambungnya lagi bersama ketawanya.

Sedu Nana semakin kedengaran di hujung talian. Ryosuke menggengam penumbuknya.

“Siapa awak orang tak guna?! Apa yang awak lakukan kepada Nana?!!” kemarahan Ryosuke berada di kemuncaknya.

“Saya … akan jadikan dia milik saya malam ni.” Kata lelaki itu lagi diselangi ketawanya.

Ketawa itu semakin menyakitkan hati Ryosuke. Geramnya Ryosuke bukan kepalang lagi.

“Datang ke gudang lama di hujung Bandar. Saya nak awak tengok sendiri bagaimana saya jadikan gadis ini milik saya~” kata lelaki itu.

“Jangan awak pernah sentuh Nana~ Kalau tidak nahas awak!” ugut Ryosuke.

“Heh! Kita tengok nanti siapa yang akan nahas~ Aku, kau ataupun perempuan ni~” kata lelaki itu lagi.

Lantas dengan itu, panggilan terputus.

Tanpa membuang masa, Ryosuke terus keluar dari apartmentnya menuju ke tempat yang dikatakan oleh lelaki tersebut.

Gudang lama itu tidaklah begitu jauh dari apartment Ryosuke. Dengan berlari saja dia sudah boleh sampai ke tempat tersebut.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
apsj4ever #1
This seems nice, I'll be waiting for you to update it ^^