SLOT 3

Today, Tomorrow & Forever~ I Love You~

 

Sebulan telah berlalu~

“Ini bunga yang awak tempah kelmarin~” kata Mirai sambil menghulurkan sejambak bunga kepada Nana.

“Terima kasih, Mirai~” kata Nana.

“Eyy~ Ini pelik ni. Kenapa awak pula yang nak bagi bunga kepada Ryosuke?” tanya Mirai. Terdapat nada mengusik di situ.

Nana hanya ketawa.

“Ryo tak pernah sekalipun beri bunga kepada saya. Katanya, kalau cinta tak semestinya harus bagi bunga~” jawab Nana.

Mirai tersenyum. “Dulu, dia selalu beri saya bunga~” katanya.

“Yakah? Dia ni peliklah~” kata Nana pula. Langsung tiada kesangsian pada wajahnya.

Tiada apa yang perlu disangsikan lagi. Ryosuke telah menjelaskan segalanya tentang hubungannya dengan Mirai dan juga seseorang yang bernama Kyuu pada suatu masa dulu.

Nana percaya kepada Ryosuke yang jejaka itu tidak akan sesekali mengkhianati cinta mereka.

“Oh,ya! Jangan lupa datang ke gerai ramen saya. Akan buka sampai pukul 2 pagi~” kata Mirai.

“Gerai ramen? Awak buka gerai ramen?” tanya Nana seolah-olah tidak percaya.

“Taklah. Saya hanya membantu adik saya. Ia terletak di tepi jalan menuju ke apartment Ryosuke~” terang Mirai.

“Yakah? Ok. Nanti kami singgah~” kata Nana.

Mirai hanya tersenyum girang.

“Baiklah~ Segalanya dah sedia. Saya pergi dulu.” Kata Nana kepada Mirai sambil berlalu pergi.

“Hati-hati~” jerit Mirai kepada Nana sambil melambaikan tangannya.

Mirai tersenyum. “Baguslah~ Akhirnya Ryosuke dapat juga berjumpa dengan gadis yang boleh membahagiakannya~” kata Mirai sendiri.

 

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Entah kali keberapa sudah Ryosuke melihat kearah jam tangannya. Kegelisahan menyelubungi dirinya.

Keseronokan untuk bergembira di taman permainan fun-fair sudah tiada lagi. 

Sekejap dia berdiri, sekejap dia kembali duduk. Tidak lama begitu dia berdiri semula dan berjalan mundar-mandir melihat sekeliling sekiranya kelibat si dia yang ditunggu muncul.

“Aishh~ Dah lewat setengah jam. Nana tak pernah lewat sebegini.” Kata Ryosuke sendiri.

Hatinya mulai tidak tenteram. Mindanya mula berfikiran yang bukan-bukan.

Digapai semula telefon bimbitnya dan nombor Nana didail lagi entah untuk kali yang keberapa.

Berbunyi tetapi tidak di sambut.

“Aishh~!” Ryosuke mulai naik geram.

Sejak pagi tadi, hatinya dihantui perasaan risau menjadikan dirinya tidak tenteram. Entah kenapa dia berasa sebegitu. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Ketika itu, seseorang menepuk bahunya dari arah belakang.

“Aish~ Nana! Awak ke…” Ryosuke tidak jadi meneruskan kata-katanya. Perasaan marah diganti dengan perasaan terkejut apabila melihat sejambak bunga ketika dia menoleh ke belakang.

“Selamat hari jadi~” ucap Nana sambil menghulurkan jambangan bunga yang dipegangnya.

“Nana, awak tau tak…”

“Ya~ Maafkan saya. Saya janji takkan buat lagi,ok?” Nana memotong kata-kata Ryosuke. “Apa yang penting sekarang, hari ini adalah hari jadi awak~”

Ryosuke mengeluh. Nana perasan yang jejaka itu langsung tidak gembira dengan kejutan yang diberikannya.

Jambangan bunga itu adalah untuk Ryosuke sempena hari jadinya pada hari itu. Nana sengaja membuatkan Ryosuke ternanti-nanti kerana dia ingin berikan kejutan kepada kekasihnya itu.

 Tetapi semuanya tidak berjalan seperti yang Nana rancangkan. Ryosuke kelihatan sangat marah kerana dia lambat datang.

Ada sesuatu yang tidak kena pada Ryosuke~ Bisik hati Nana.

“Saya risau. Saya sangat risau awak lambat datang tadi, tahu tak? Awak…. jangan main-main dengan saya, boleh tak?” Nada suara Ryosuke sedikit meninggi.

Nana terkejut melihat reaksi Ryosuke. Dahinya berkerut kehairanan.

“Ryo, kenapa ni? Kenapa awak marah-marah ni?” tanya Nana.

Ryosuke menarik nafas panjang. Dia cuba menenangkan dirinya.

Kenapa dia marah? Dia sendiri pun tidak tahu. Semuanya disebabkan oleh perasaan risau dan gelisah yang menyelubungi dirinya.

Dan yang menghairankan, perasaan risau dan gelisah itu adalah terhadap Nana.

Kenapa Nana? Tanya Ryosuke dalam hatinya.

“Ryo, awak ok tak ni?” tanya Nana yang bimbang melihat keadaan Ryosuke.

“Maaf~ Saya terlalu mengikut perasaan tadi~” kata Ryosuke perlahan.

Nana menggeleng. “Saya sepatutnya minta maaf sebab buat awak risau~ Lepas ni saya janji saya takkan main-main lagi dengan awak~”

Ryosuke menoleh kepada Nana. Mata mereka bertentangan. Agak lama~

Dan tiba-tiba Ryosuke ketawa menjadikan Nana semakin kehairanan.

Apakah yang berlaku ni? Soal Nana dalam hatinya.

“Itu balasan sebab awak permainkan saya tadi~” kata Ryosuke sambil memandang Nana.

“A..apa??” Terkebil-kebil mata Nana.

“Macam-mana lakonan saya? Ok tak?” soal Ryosuke.

Sengaja dia berkelakuan begitu. Sekiranya dia menceritakan kepada Nana tentang apa yang dirasakannya saat itu, tentu gadis itu turut risau. Ryosuke tidak mahu menyusahkan Nana dan sebab itulah dia berpura-pura yang dia sedang berlakon untuk mempermainkan Nana.

“Awak ingat, awak sorang saja yang boleh main-main dengan saya?” kata Ryosuke sambil mencubit pipi Nana.

“Ryo~! Awak buat saya takut jak~” kata Nana. “Haish! Saya betul-betul risau tau~” sambungnya lagi.

Ryosuke tersengih.

“Mari~ Tiba masa untuk bergembira~” kata Ryosuke sambil menarik tangan Nana.

“Hari ni hari jadi saya, jadi, biar saya tentukan apa permainan kita akan main hari ni~” kata Ryosuke lagi.

“Not roller-coster~” kata Nana perlahan.

“Saya tahu! Kita naik roller-coster!”

“Ryo~!!”

Ryosuke hanya ketawa melihat gelagat Nana yang takut untuk menaiki roller-coster.

Tanpa disedari perlakuan mereka berdua di perhatikan oleh seseorang dari jauh.

Seseorang yang akan membuatkan kisah cinta mereka berdua menjadi satu tragedy.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
apsj4ever #1
This seems nice, I'll be waiting for you to update it ^^