SLOT 5

Today, Tomorrow & Forever~ I Love You~

 

Mirai sedang membantu adiknya mengemas setelah seharian sibuk membuka gerai. Ternyata gerai adiknya mendapat sambutan.

Di saat Mirai sedang sibuk mengemas, tiba-tiba matanya terpandang sekujur tubuh yang sangat dikenalinya berlari melintasi gerai itu.

Mirai meneliti wajah pemilik tubuh itu. Sah! Itu Ryosuke!

Jejaka itu kelihatan cemas. Wajahnya penuh dengan kebimbangan.

Mirai menjadi hairan.

Mirai dapat merasakan sesuatu dan tanpa berlengah Mirai mengekori langkah Ryosuke.

Ryosuke langsung tidak menyedari yang dia sedang diekori Mirai. Fikirannya hanya asyik memikirkan Nana. Dia begitu risau sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada Nana.

 

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Air mata Nana deras mengalir di pipinya. Seluruh badannya menggeletar ketakutan.

Kazuki menoleh kearah si gadis. Tangan dan kaki si gadis di ikat. Mulut si gadis disumbat dengan sapu tangan agar si gadis tidak dapat berkata-kata.

Kazuki tersenyum sinis dan mendekati si gadis. Pisau yang dipegangnya dimain-main begitu saja.

“Awak cantik~ baik~ periang~” kata Kazuki sambil mengusap lembut pipi si gadis.

“Tapi, bodoh!” sambungnya lagi. Nada suaranya bercampur marah.

Lantas Kazuki berdiri. “Awak tahu tak betapa sakitnya hati saya bila lihat awak dengan lelaki tak guna tu?! Awak tahu tak yang saya sangat mencintai awak! Awak berbeza dengan orang lain.”

Dia mendekati Nana semula. “Selama ni, tiada siapa yang hendak bercakap dengan saya. Mereka semua takutkan saya. Heh! Tapi awak tak. Awak malah bercakap dengan saya. Saya telah jatuh cinta pada awak sejak itu.”

Barulah Nana ingat semula. Lelaki ini adalah lelaki yang dijumpainya di kedai DVD hari itu.

Air matanya semakin laju mengalir. Dia tidak berniat pun untuk menimbulkan salah faham terhadap lelaki itu. Itu adalah kebiasaannya menegur semua orang tidak kira walau bagaimanapun personality mereka.

Nana berasa sangat menyesal. Sekiranya dia tahu semua ini berlaku, Nana tidak akan sesekali pun menegur lelaki ini pada hari itu.

“Kita berdua menyukai filem misteri. Itu persamaan kita dan itu tandanya kita serasi! Tapi kenapa awak pilih lelaki tak guna tu?! Adakah sebab dia kaya? Adakah sebab dia anak pemilik syarikat terbesar di Jepun?!” gertak Kazuki.

Nana tunduk sambil menggeleng. Tidak mampu dia untuk menatap mata yang penuh dengan api kemarahan itu.

“Habis tu apa?” soal Kazuki lagi. Suaranya semakin meninggi. “Saya sayangkan awak. Awak tahu tak?” sambungnya lagi.

Nana semakin tunduk. Tangisannya semakin menjadi.

Ryosuke~~ Panggil Nana dalam hatinya.

“Nana!”

Pantas Kazuki dan Nana menoleh kearah suara tersebut.

Bulat mata Nana apabila melihat Ryosuke. Kazuki tersenyum lalu bangun dan menghadap Ryosuke.

Ryosuke tercungap-cungap kepenatan.

“Lepaskan Nana~” katanya dan berkira-kira ingin maju.

Namun langkahnya terhenti apabila Kazuki mengajukan pisau yang dipegangnya kepada Nana.

“Cubalah maju, kalau awak nak kekasih hati awak ni, mati!” kata Kazuki dengan suara yang keras.

“Awak memang tak guna~” kata Ryosuke.

Nana semakin ketakutan. Dia menggelengkan kepalanya.

“Apa yang awak cuba lakukan ni? Lepaskan Nana!” jerkah Ryosuke.

“Boleh~ Tapi bukan dengan cara yang mudah~”

Tanpa dijangka Kazuki terus menikam perut Nana dengan pisau yang dipegangnya.

Betapa terkejutnya Ryosuke melihat kelakuan Kazuki.

Begitu juga dengan Nana. Dia tidak menyangka yang semua ini akan berlaku kepadanya. Penyesalannya semakin menebal.

Mirai yang turut melihat kejadiantersebut berasa seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya saat itu.

Kazuki membuka sapu tangan yang mengikat mulut Nana.

“Awak… dah jadi milik saya~” kata lelaki itu bersama air matanya. Air mata kegembiraan.

Nana tidak mampu berkata apa-apa lagi. Keasakitan yang dirasakannya bukan kepalang lagi. Darah semakin banyak mengalir keluar dari perutnya. Bajunya yang berwarna putih bertukar menjadi merah.

Ryosuke berlari menuju kearah Nana dan menarik leher baju Kazuki membuatkan lelaki itu menghadapnya.

Dengan sepantas kilat, penumbuk Ryosuke hinggap di pipi Kazuki.

Lelaki itu terhumban ke lantai.

Ryosuke menarik semula leher baju Kazuki dan menumbuk muka lelaki itu berkali-kali.

Saat itu, Mirai datang mendekati Nana dan membuka ikatan tangan dan kaki Nana.

“Mi~Mirai… Ryo~” kata-kata Nana tersekat.

“Syhhh~ Jangan cakap apa-apa. Saya call ambulance sekarang~ Bertahanlah~” Terketar-ketar tangan Mirai mendail nombor hospital yang berdekatan.

Tidak puas dengan tumbukan. Ryosuke ternampak pisau yang Kazuki gunakan untuk menikam Nana~ Dan tanpa berfikir panjang, Ryosuke terus mencapai pisau itu dan menikam dada Kazuki berkali-kali.

Ryosuke melepaskan semua geram dan kemarahannya di situ.

Darah terpercik di merata tempat. Ryosuke bermandian dengan darah.

“Ryosuke!!” jerit Mirai. Betapa terkejutnya dia apabila melihat tindakan Ryosuke.

Lelaki itu ternyata sudah tidak bernyawa lagi. Bukan satu dua tikaman yang Ryosuke berikan kepadanya~

Ryosuke sedar dari kegilaannya. Dia melihat kepada mayat di hadapannya.

Setimpallah dengan apa yang dia lakukan kepada Nana~ fikir Ryosuke.

Perlahan-lahan Ryosuke meletakkan pisau yang dipegangnya di tepi lelaki tersebut. Lantas dia bangun dan berjalan menuju kearah Nana.

Ryosuke meletakkan Nana dipangkuannya. Gadis itu kelihatan sangat terseksa menahan kesakitan yang dialamninya.

Air mata Ryosuke mengalir laju melihat keadaan kekasihnya itu.

“Nana…” Suara Ryosuke berbisik ke telingan Nana.

Nana membuka matanya sedikit. Senyuman diukir apabila wajah jejaka itu ditatapnya.

“Ryo~” panggil Nana sambil tangannya menggapai pipi Ryosuke.

Ryosuke menggengam tangan Nana.

Mirai melemparkan pandangannya kearah lain. Tidak sanggup dia melihat semua yang berlaku ini.

Tragis~ Sangat tragis~

“Jangan tinggalkan saya~ Tolonglah~” rayu Ryosuke.

Nana tersenyum. “Saya… takkan tinggalkan… a..awak~” suara Nana timbul tenggelam.

“Saya…. Akan se…selalu berada di… dalam hati.. a..awak~” sambung Nana sambil meletakkan tangannya didada Ryosuke.

Tangisan Ryosuke tidak dapat ditahan lagi. Terus dia memeluk gadis itu seerat-eratnya.

Hangat~ Sangat hangat~ kata Nana dalam hatinya dan saat itu matanya turut tertutup.

Ryosuke menyedari yang Nana sudah tidak bergerak lagi. Nafasnya juga sudah tidak kedengaran.

“Nana?” panggil Ryosuke sambil menatap wajah kekasihnya itu.

Namun tiada jawapan daripada Nana.

“Nana?! Nana! Jangan tinggalkan saya! Nana, awak dah janji! Nana~” kata Ryosuke sambil menggoncang tubuh Nana.

Tiada apa yang mampu Mirai lakukan saat itu. Dia juga bingung dengan apa yang berlaku.

Tangisan Ryosuke semakin kuat. Semua kenangan bersama Nana bermain di minda Ryosuke.

Ryosuke kembali mendakap erat tubuh kaku Nana. Jelas sekali yang dia tidak dapat menerima pemergian Nana~

Ketika itu, bunyi siren polis dan juga ambulance kedengaran dari luar… . . ..

 

 

 

````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````TAMAT`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
apsj4ever #1
This seems nice, I'll be waiting for you to update it ^^