SLOT 2

Today, Tomorrow & Forever~ I Love You~

 

Dari jauh, dia memerhatikan segalanya.

Kamera ditangan tidak pernah dilepaskan. Bila saja dia ada peluang untuk menangkap gambar si gadis, cepat-cepat dia mengangkat kameranya.

Mengekori si gadis kerana mencintainya. Ingin dia mendekati si gadis namun perasaan takut menyelubungi dirinya.

Siapalah yang sudi menerima dirinya sebagai kawan.

Dia yang meminati cerita-cerita seram, yang sangat taksub dengan perkara yang berkaitan mayat dan kegelapan.

Bukan setakat orang lain, si gadis yang disukai juga pasti tidak sudi menerima si pelik macam dirinya untuk digelarkan sebagai kawan.

Begitulah nasib Kazuki. Sejak dulu lagi semua orang berpandangan negative terhadapanya hanya kerana dia meminati benda-benda yang pelik.

Tetapi Kazuki tidak pedulikan semua itu. Dia sudah biasa dengan perkara sebegitu.

Disisihkan~ Diketepikan~

Semua itu adalah perkara biasa baginya.

Namun, kemunculan si gadis yang dijumpainya pada hari itu telah mencairkan hatinya.

“Saya juga meminati cerita-cerita misteri seperti ini~” kata si gadis sambil menghulurkan DVD yang dipegangnya kepada Kazuki.

Kazuki yang malu-malu menyambut DVD itu dari tangan si gadis.

“Awak juga?” tanya si gadis.

Kazuki tidak mampu untuk berkata-kata. Dia berasa sangat malu dan segan. Hanya anggukan menjadi jawapan kepada si gadis.

Si gadis tersenyum mesra. “Tak apalah. Awak belilah DVD ni. Saya akan cari di kedai lain~” kata si gadis lagi.

Si gadis langsung tidak menunjukkan reaksi pelik seperti yang ditunjukkan oleh orang lain.

Si gadis malah tersenyum dan berbual mesra dengannya.

Saat itu, Kazuki merasakan sesuatu dalam dirinya. Dia … telah jatuh cinta kepada si gadis.

Dan sejak dari itu, si gadis selalu diekorinya.

Dimana si gadis tinggal, biografi si gadis, bila tarikh lahir si gadis,,,, semua di siasatnya.

Tetapi, ada satu hal tentang si gadis yang tidak disukai oleh Kazuki iaitu si gadis telah pun mempunyai kekasih hati.

Ternyata kekasih hati si gadis jauh lebih baik berbanding dirinya.

Kazuki berasa sangat marah dan geram apabila melihat si gadis berdua-duaan bersama kekasih hatinya.

Mereka begitu mesra. Berpegangan tangan dan berketawa riang.

Kazuki membayangkan dirinya berada di tempat kekasih hati si gadis. Alangkah indahnya dunia dirasakannya.

Kazuki kembali memandang si gadis. Serta-merta kemarahan menyelubungi dirinya  apabila melihat si gadis sedang berpelukan dengan kekasihnya.

Kedua penumbuk digenggamnya.

Saat itu, minit itu, Kazuki bertekad untuk menjadikan si gadis miliknya. Kazuki sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cinta si gadis.

Tiada siapa boleh memiliki si gadis selain dirinya.

Biarpun kekasih hati si gadis sendiri~

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
apsj4ever #1
This seems nice, I'll be waiting for you to update it ^^