CHAPTER 2 - Our First Kiss...

Love At The First Sight

 

Waktu kelas Bahasa Inggeris, kami diminta ke perpustakaan. Sedang semua pelajar sibuk mentelaah, aku pula sibuk menghayati Ren yang duduk di kerusi di hadapanku. Dia begitu asyik membaca buku tanpa menyedari aku sedang memandangnya. Bibirnya yang comel itu amat menarik perhatianku. Aku begitu ingin 'merasai'nya. Jantungku berdebar. Aku tergoda olehnya. Aku tertanya-tanya, siapakah gerangan 'first kissnya'? 
 
Loceng yang menandakan waktu pulang telah berbunyi dan semua pelajar segera pulang meninggalkan aku dan Ren."Kau tak balik lagi, ke?" soalku tatkala melihat dia begitu tenang menyimpan peralatan sekolahnya. Dia memandangku lalu tersenyum. "Saya pustakawan dan hari ini tugas saya 'stayback'." balasnya dengan suara yang lembut. Aku terkesima. Dia bukan sahaja cantik, malah suaranya juga sangat merdu. Jantungku berdebar. Aku begitu tertarik dengannya, lebih dari sebelumnya.
 
'Jadi maknanya, dia la pasangan aku untuk minggu ini. So, sepanjang minggu ini, aku akan berdua-duaan dengannya...Wah! Aku begitu teruja...' 
 
"Awak pula, kenapa tak balik lagi?" soalnya kepadaku dan lamunanku terhenti. "Uh? Oh, sayapun 'stayback' juga. Minggu ini giliran saya." balasku ringkas. Dia mengangguk lalu beredar ke sebalik rak-rak buku.
 
Selesai  mengemas dan menyusun buku-buku di rak, aku duduk di kaunter pertanyaan menunggu para pelajar yang ingin meminjam atau memulangkan buku semula. Malangnya, masih tiada sesiapa lagi. Beberapa minit kemudian, aku menggeliat menandakan kebosananku yang terlampau. "Kalau berbual, agaknya taklah bosan sangat." ngomelku sendirian sambil mataku meliar mencari kelibat  Ren yang hilang entah ke mana.
 
Ren selesai mengemas dan menyusun buku-buku di rak yang paling hujung. Dia kemudiannya mengambil sebuah buku dan duduk bersandar di rak tersebut. Ren sebenarnya cuba mengelak daripada JR. "Nampaknya minggu ini, sepanjang minggu ini, aku kena berdua-duaan dengan dialah. Aduh jantungku..." Ren mengurut-urut dadanya supaya tenang.
 
Ren  sebenarnya telah jatuh hati terhadap JR sejak pertama kali dia melangkah masuk ke kelas itu. Dia takut meluahkan perasaannya kerana pada sangkaannya, JR bukanlah gay sepertinya.
 
Sedang Ren mengelamun, JR menemuinya di sebalik rak itu. "Kat sini rupanya kau. Aku ingat kau dah lari balik." gurau JR lalu duduk di sebelah Ren. Ren memandang JR dan JR tersenyum kepadanya. 'Aigoo...senyumannya...aku tergoda...' Ren segera mengalihkan mukanya ke arah lain kerana dia tidak mahu JR melihat rupanya yang kemerah-merahan seperti strawberi segar di Cameron Highland.
 
JR merenung Ren.'Comelnya dia dengan muka merah macam ni! Kenapa agaknya? Adakah dia juga menyukai aku seperti aku menyukainya?' Aku tertanya-tanya.
 
JR ingin mengucup leher Ren apabila Ren tiba-tiba beralih ke arahnya dan menyebabkan bibir mereka bertembung. Dan kali ini, kedua-dua mereka kemerah-merahan. Mereka segera meleraikan ciuman yang tidak disengajakan itu.JR segera berdiri dan memandang Ren yang masih kaku di lantai sambil jari-jemarinya meraba-raba bibirnya.
 
Jam dinding berbunyi menandakan tugas mereka pada hari itu telah tamat. Ren segera mengambil beg galasnya dan segera beredar meniggalkan JR yang terlopong melihat tindakannya yang tergesa-gesa itu.'Dia marahkan aku, ke? Please don't...I love him...' ngomel JR.
 
Malam itu, JR dan Ren masing-masing tidak boleh melelapkan mata memikirkan kejadian di perpustakaan tadi. "My first kiss...he's stole it...argh!" teriak Ren sambil menekup mukanya di bantal. Namun, Ren sebenarnya gembira kerana 'first kiss'nya dimiliki oleh orang yang sepatutnya. Dia terlelap dengan senyuman terukir di bibirnya. "Ren my first kiss...i'll make him mined...i'll never let him go..." ucap JR sebelum terlelap dengan senyuman terukir di bibirnya juga.
 

 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
gikwangwifue
#1
Chapter 4: sweet and cute :3
KJNYeol
#2
Chapter 4: yah Jren Sweet :_)