FINAL

Love At The First Sight

 

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pembelajaran akan bermula. Tapi kelas kami tiada cikgu yang masuk kerana cikgu semuanya bermesyuarat. Aku menghela nafas lega kerana kami tidak perlu belajar hari ini. Kemudian mataku terpandang tempat duduk Ren yang masih kosong. Di mana dia? Takkanlah dia merajuk sebab kejadian semalam? Mesti dia fikir aku jenis lelaki yang suka ambil kesempatan. Aku mengeluh.
 
"Kau kenapa, JR? Gelisah jer aku tengok." tegur Min Hyun yang duduk di sebelahku.
 
"Aku rasa tak sedap hatilah. Aku nak tandas sekejap." Aku segera beredar, tapi bukan untuk ke tandas, aku ingin mencari Ren. Aku dapat rasakan yang dia ada di kawasan sekolah, tapi kenapa dia tak masuk ke kelas? Adakah dia cuba mengelak dari aku?
 
Aku terus berjalan sehingga aku tiba di satu tempat yang cukup sunyi. Aku tidak tahu di mana harus ku cari Ren. Jadi, aku duduk di bawah sepohon pokok yang rendang. Di mana Ren? Kenapa hati aku gelisah setiap kali fikir pasal dia? Ada sesuatu yang buruk berlaku pada dia, ke? Aku menampar dahiku kerana berfikiran negatif. Stop it, JR! Kau macam berharap Ren dalam kesusahan pula. Aku memarahi diriku.
 
Beberapa minit kemudian, aku terdengar suara orang meminta tolong. Aku segera mencari arah datangnya suara itu. Hatiku mulai berdebar. Suara itu seperti aku kenali. Suara itu membawaku ke belukar belakang sekolah yang tidak jauh dari tempatku duduk tadi. "Tolong!" kedengaran satu suara yang lemah meminta tolong dari dalam belukar itu. Aku bergegas masuk ke situ. Aku terkejut melihat sekumpulan budak lelaki sedang mengepung Ren yang terbaring di atas tanah dengan bajunya yang tidak terurus. 
 
"JR..." ucap Ren dengan lemahnya sewaktu dia terpandang aku.
 
"Tak guna!!!" Aku membelasah sekumpulan budak lelaki itu tanpa belas kasihan. Oleh kerana aku pemegang black-belt, mereka bukan tandinganku. Mereka kemudiannya segera melarikan diri dalam keadaan yang tidak bermaya. "Padan muka korang!!! You guys deserve it!!" teriakku ke arah mereka. Aku merasa puas.
 
Aku segera menghampiri Ren yang masih terbaring dengan keadaannya yang separuh bogel. Hatiku hancur! Rasanya kalau perkara ini berlaku di luar kawasan sekolah, dah tentu seorang demi seorang dari mereka akan ku 'habiskan'. Aku membetulkan pakaian Ren lalu mendukungnya keluar dari situ. Dia memaut leherku dan mukanya dibenam ke dadaku. Dia mulai menangis.
 
"Did they ra..." Aku tidak dapat menghabiskan ayatku tatkala melihat dia yang kelihatan trauma. Dan pertanyaan ku ini mungkin akan menyebabkan dia makin trauma.
 
Tanpa mempedulikan peraturan sekolah, aku segera membawa Ren menuju ke rumahku. Aku meletakkannya di katilku, dan aku duduk di kerusi di sebelah katilku. Aku merenungnya. Rupanya yang 'angelic' itu, sememangnya membuatkan ramai orang 'menginginkannya'...termasuk aku.
 
"What happen?" soalku.
 
Tiba-tiba satu tamparan hinggap di mukaku. Ya, Ren menamparku. Tapi kenapa? Aku memandangnya dengan penuh tanda tanya. Dia melempar sekeping kertas yang telah renyuk kepadaku. Aku terkejut membaca isi kandungan kertas itu. Ia menyatakan bahawa aku ingin bertemu Ren di tempat yang aku jumpa dia tadi.
 
"Aku tak hantar nota,ni. Malahan aku tunggu kau di kelas." jelasku.
 
Ren menundukkan kepalanya. Dan aku terlihat air jernih mengalir di pipinya. Dia menangis...dan aku mulai rasa bersalah. "Mian..." ucapku. Sanggup mereka guna namaku untuk berjumpa Ren. Tapi, aku dengan dia bukannya rapat. Kenapa dia berani ke tempat itu, kalaupun aku yang ajak? Mungkin akupun boleh berada di tempat diorang tadi, dan melakukan 'itu' padanya.
 
"Kalaupun aku hantar nota macam tu kat kau, kau tak sepatutnya ke tempat sunyi macam tu sendirian. Kau tak takut kalau akupun ada niat macam diorang, tu?" soalku.
 
Ren memandangku, "Dengan awak, saya rela..." balas Ren, dan aku tercengang. Sememangnya bukan itu jawapan yang aku harapkan.
 
     Tiba-tiba, Ren mendakapku seeratnya. "I love you, JR..." bisiknya ke telingaku. Aku terkesima. "Saya dah lama sukakan awak, sejak pertama kali saya jejakkan kaki ke dalam kelas awak." Ren memandangku sambil tersenyum. Lalu dia mengucupku. Dia segera meleraikan ciuman dan tertawa apabila dia melihat rupaku yang kemerah-merahan.
 
Itu menjelaskan sebab dia berani bersendirian denganku. "Maaf..." ucapnya. Aku keliru. 'Maaf? Adakah pengakuannya tadi sekadar mengujiku?' fikirku. "What do you mean by sorry?" soalku.
 
"Saya cuma luahkan perasaan saya tanpa fikir perasaan awak. Awak mungkin tak sukakan saya. Saya tak paksa kalau awak tak suka saya." balas Ren.
 
Aku memeluknya seeratnya. "I love you too! For the first time I saw you, my heart beating so fast." Aku memandangnya. "You've stole my heart, babe..." Akhirnya, aku meluahkan juga perasaanku padanya.
 
Senyuman terukir di bibirnya. Aku terpaku...ia begitu cantik..."Would you be my boyfriend?" pintaku. Ren mengangguk lalu mengucupku.
 
'At the moment, I feel like I'm the lucky guy in the world.' 
 
Saranghae, Rennie ah...
 
~TAMAT~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
gikwangwifue
#1
Chapter 4: sweet and cute :3
KJNYeol
#2
Chapter 4: yah Jren Sweet :_)