CHAPTER 3 - My cousin spoil my dream...

Love At The First Sight

 

Aku pergi ke sebuah taman dan terlihat Ren duduk di salah sebuah bangku batu yang terdapat di situ. Aku perlahan menghampirinya. Dia yang menyedari kehadiranku, segera berdiri dan memandangku sambil tersenyum. 'Gosh! His smiling killing me...' Senyumannya yang menawan itu sesungguhnya boleh meredakan hati yang sedang marah. 
 
"Lambatnya awak. Saya tunggu lama, tahu?" Ren merengek sambil bermain-main dengan jari-jemariku. Bibirnya yang comel itu dimuncungkan tanda merajuk. Aku semakin tidak tertahan lalu aku mengucupnya dengan penuh ghairah tetapi dengan perlahan dan lembut supaya tidak menyakitinya. Dia tidak melawan seperti dia merelakannya. Matanya yang ayu, ditutup rapat untuk menghayati ciuman ini.
 
Aku meleraikan ciuman dan menekup mukanya. Aku memandangnya dengan senyuman. "Maaf saya lambat..." ucapku ringkas.
 
Tiba-tiba aku merasa tubuhku sakit seperti dihempap sesuatu. Aku segera membuka mataku dan terlihat Min Hyun berdiri di sisi katilku dengan tangannya memegang bantal. 'Dari mana dia belajar bangunkan orang dari tidur dengan bantal? Aduh! Sakitnya belakang aku!' Aku memandang Min Hyun dengan pandangan tajam, namun dia tidak mengendahkannya.
 
"Cepatlah siap! Kalau kau lambat, aku tinggal. Kesian Aron aku tu, sebab kena tunggu lama." seloroh Min Hyun sambil menolakku masuk ke bilik air. Aku mengerling ke arahnya dengan marah. 'Oh, dah ada 'boyfriend', sepupu ni dah tak dilayan, la? Apa punya sepupu...' ngomelku.
 
"Cepat, JR!! Kitorang tunggu kau kat bawah!" teriak Min Hyun sebelum beredar dari bilik JR.
 
"Lambat lagi, ke?" soal Aron sebaik sahaja Min Hyun menghampirinya.
 
"Why,babe? Tired of waiting? We can go first if you want." balas Min Hyun dengan suara yang lembut sambil memaut lengan Aron.
 
"No. Just asking. I can wait." Ucap Aron lalu mencium leher Min Hyun.
 
"Ah, that's tickles! Cut it off!" Min Hyun memukul manja lengan Aron.
 
"You're so cute and charming! I'm glad to have you as my boyfriend. I love you, Hyunnie ah..." Aron mengucup bibir Min Hyun dan Min Hyun membalasnya.
 
Aku selesai bersiap untuk ke sekolah. Beg sekolahku dicapai lalu aku segera menuruni tangga menuju ke ruang tamu. Aku hairan kerana Min Hyun dan Aron tiada di situ. Tak guna! Tentu diorang dah tinggalkan aku. Kemudian aku terpandang Min Hyun dan Aron sedang tidur sambil duduk di sofa. Aku tersenyum. 'Tentu penat tunggu aku. Kesian diorang'. Aku segera menggerakkan mereka dan kami mula berjalan menuju ke sekolah.
 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
gikwangwifue
#1
Chapter 4: sweet and cute :3
KJNYeol
#2
Chapter 4: yah Jren Sweet :_)