Epilog

Alongside Hades | B.BAEKHYUN
Please Subscribe to read the full chapter

Pada malam itu, seperti biasa, Baekhyun berada di bilik air di tingkat bawah. Kepalanya disandarkan di hujung bathtub sambil matanya merenung kosong ceiling bilik air itu. 

 

 

 

Bunyi amarah Jongin yang samar-samar bergema di seluruh ruang bilik air. Baekhyun mengetap bibirnya dengan rapat. Perasaan marah yang telah lama disimpan semakin membuak-buak. 

 

 

 

Ingin sahaja dia membawa Areum keluar daripada rumah agam itu dan jauh daripada Kim Jongin. Namun, bahagiakah Areum bersamanya nanti?

 

 

 

Sudahlah dia tidak memiliki apa-apa. . 

 

 

 

Apatah lagi Baekhyun tidak pasti sama ada dia dapat hidup seperti manusia-manusia biasa. 

 

 

 

Dengan kasar, Baekhyun menumbuk permukaan air di dalam bathtub itu. Dia berasa benar-benar tidak berguna. Areum. . Baekhyun tidak pasti sama ada dia benar-benar layak bersama wanita itu. 

 

 

 

BANG!

 

 

 

Bunyi tembakkan yang bergema di dalam bilik air itu membuatkan lamunan Baekhyun terhenti. Matanya membulat dan jantungnya rancak memainkan rentak tersendiri. 

 

 

 

Rasa bimbang mulai menghimpit raganya apabila seluruh suasana rumah agam itu bertukar senyap. Selalunya, beberapa minit selepas mereka bertengkar sudah pasti Areum akan turun berjumpanya.

 

 

 

Baekhyun cuba menenangkan perasaannya dan bercadang untuk menunggu Areum sahaja. Namun fikirannya tidak lekang daripada membayangkan perkara-perkara buruk yang telah berlaku kepada Areum.

 

 

 

Selepas 5 minit menunggu, Areum masih tidak lagi turun untuk berjumpa dengannya. Baekhyun bergegas dan memakai semula pakaiannya. 

 

 

 

Rancangan Baekhyun adalah untuk menyelinap ke tingkat atas untuk memastikan tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku kepada Areum.

 

 

 

Hampir-hampir sahaja Baekhyun tertangkap semasa menaiki tangga rumah agam itu.

 

 

 

Jongin yang masih berpakaian kemeja kerjanya dengan selamba turun daripada tingkat dua lalu berjalan kearah dapur. Baekhyun dengan pantas mengambil peluang ini untuk berjumpa dengan Areum.

 

 

 

Kedua-dua tangan Baekhyun jatuh longlai di sisinya semasa kakinya dijejak masuk ke dalam bilik utama rumah agam itu. Pandangan mata Baekhyun memandang kearah tompokkan darah yang terdapat pada dinding bilik itu. 

 

 

 

Tidak! Hatinya menjerit. Tidak mungkin-

 

 

 

Ternyata sekali jangkaannya benar semasa pandangan mata Baekhyun jatuh kepada sekujur tubuh yang terbaring tidak bernyawa di atas lantai bilik itu. 

 

 

 

Baekhyun jatuh terduduk di sisi badan Areum. "A-Areum," tangan Baekhyun mengangkat kepala Areum agar dekat dengannya lalu Baekhyun meletakkannya ke atas pangkuannya.

 

 

 

"Areum please," esak Baekhyun sambil berkali-kali mengusap kedua-dua pipi Areum. "Tolong jangan tinggalkan Baekhyun" .

 

 

 

Namun tidak seperti kebiasaannya, tiada jawapan yang keluar dari bibir Areum yang kuat berceloteh itu. 

 

 

 

Baekhyun merasakan gravity yang selama ini melekapkannya di muka bumi ini bagaikan telah hilang dan dia merasakan dirinya sedang jatuh ke dalam kegelapan. 

 

 

 

Seluruh dunianya bagaikan hancur apabila dia memeluk tubuh Areum yang tidak bernyawa. Dan perasaan itu digantikan pula dengan rasa marah apabila melihat kesan-kesan lebam di tubuh Areum.

 

 

 

Semasa pandangannya jatuh ke dada Areum yang masih berbekas dengan kesan tembakkan yang dilepaskan oleh Jongin, Baekhyun bingkas bangun. 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
There will be an epilogue posted on Monday :)

Comments

You must be logged in to comment
sya_chocolate
#1
Chapter 7: Wuuu nice plot twist. I love it too when actually there is quite a hint about it like Baekhyun ability to see the dead. If only we can know more about Baekhyun like how do he live if he can't digest human food? Ok with blood but really if it is the case that mean Jongin was the one that providing blood to Baekhyun and god gosh we dont want to know how he able to provide Baekhyun's 'meals'.
There is so many things I want to know like how long Jongin had capture Baekhyun? Why did Jongin even keep Baekhyun? How did even Jongin know about Baekhyun's ability?
But then again... it is not that necessary to know as it didn't hinder much the plot from progressing, but still Im so curious hahah^^
Anyway! I like this short fic~
mizzfiona_ #2
Chapter 7: Plot twist dye mmg win laa.keep it up :)
Seasony
#3
Chapter 3: Banyak benda yang curious!! So jongin 'bela' baekhyun kat rumah tu ke sebelum ni? Ahhhh curiousss! Palli next chapter!!! >. < fighting author <3