0 0 2
Alongside Hades | B.BAEKHYUNDUBB
DUBB
DUBB
Jantung Areum daripada tadi berdegup kencang. Bayangan Jongin yang terbaring tidak bernyawa masih bermain di kotak fikirannya.
Apa yang telah dia lakukan- Areum rasa semakin sesak nafasnya. Dia telah meninggalkan Jongin di situ- untuk mati!
Tiada sesiapa yang sedar apa yang telah terjadi.
Kalau ada orang sedar pun, pasti Areum menjadi suspek utama.
Suspek. . . Pandangan Areum berpindah kepada Baekhyun pula. Baekhyun yang sedang duduk di sebelahnya dengan wajah tenang.
Baekhyun memandang Areum apabila menyedari pandangan mata Areum kepadanya. "Areum, kenapa?" Tangan Areum diraih untuk digenggam tetapi dengan pantas Areum menarik semula tangannya daripada Baekhyun.
Baekhyun sedikit sebanyak terasa dengan perbuatan Areum. Selama ini, Areum sahajalah yang melayannya seperti orang biasa. Tetapi. . .
Areum yang bagai menyedari bahawa dia telah menyakiti perasaan Baekhyun, akhirnya menangis jua. Lengan Baekhyun dipaut dan wajahnya dibenamkan ke lengan Baekhyun.
"Areum. . " dia berhenti seketika, "Areum takut, Baekhyun."
Dengan lembut Baekhyun memeluk tubuh Areum yang terasa seperti sedang mengigil. Belakang badan wanita yang amat disayanginya itu diusap penuh kasih.
Pemandu teksi yang dari tadi menjadi pendengar setia memandang kearah pasangan itu melalui review mirror. Namun hampir-hampir luluh jantungnya apabila pandangannya bertemu pandangan tajam Baekhyun.
Dia b
Comments