004 : Jennie Yang 'Baru'

Open Scar
Please Subscribe to read the full chapter

Jenny terbangun. Kini, dia berada di alam 'mimpi'. Jennie berpeluk tubuh sambil matanya memandang ke Jenny.


Jenny tersenyum. "Jennie-ssi! Tengok lah apa yang aku dah buat pada kau! Aku dah berjaya hapuskan Si Tzuyu!" Tertawanya.


Jennie tetap begitu. Dia berasa marah terhadap tindakan Jenny di sekolah tadi. Jenny berhenti apabila dia perasan yang Jennie berkelakuan begitu.


"Kenapa? Kau tak suka?" Soal Jennie dengan nada perlahan.


Jennie menghela nafas. "Kau punya cara nak hilangkan rasa sedih aku sangat lah salah. Kau sedar tak? Kau menghilangkan nyawa orang sesuka hati! Kau tak berhak pun buat macam tu!"


Kata-katanya itu membuatkan Jenny terdiam. Dia menarik muka masam. "Habis tu, kau nak aku buat apa? Dera dia?"


Jennie mengalih ke arah lain. Dia sendiri pun tidak tahu. Jenny berjalan menghampiri Jennie. Sebaik sahaja dia menghampiri Jennie, lengan gadis itu disentuh lembut. Tangannya sebelah pula mengelus pipi Jennie tetapi pantas ditepis.


"Kau marah aku ke?" Soal Jenny.


"Aku sangat kecewa dengan kau. Walaupun mereka selalu buli aku, kau tak patut buat macam tu. Tak ada cara lain ke yang kau boleh buat selain membunuh nyawa dia?" Luah Jennie berserta tangisan.


Belum Jennie sempat bersuara, Jennie berbicara lagi. "Jenny-ah, cukup sampai di sini sahaja. Biar aku hidup sendiri tanpa menyusahkan kau. Sekarang kau boleh berehat di tempat kau dulu." Tangan dihulurkan. "Keluarkan aku dari mimpi ni!"


Perasaan marah, benci dan kecewa mula menjalar di dalam hati Jenny. Panas hatinya melihat tangan Jennie.


"Tidak!" Jenny memandang Jennie yang mengangkat kening itu. "Tugasan aku belum selesai lagi. Aku tak boleh keluar macam tu je." Jenny mula beredar.


"Tunggu sebentar!" Lengan Jenny dicengkam kuat oleh Jennie. "Apa maksud kau?!"


Apabila Jenny menoleh, mata itu tajam memandang ke arahnya. "Kau... takkan keluar dari alam 'mimpi' ni selagi aku belum selesaikan tugasan ni." Jenny terus menolak tubuh Jennie dengan sekuat tenaga.


"Arghhh!!" Jennie mengerang kesakitan setelah tubuhnya terlanggar meja. Lalu, dia memandang Jennie terkejut. "Sampai hati..."


Jenny menelan air liur. "Maafkan aku, Jennie! Aku buat ni untuk kebaikan kau..."


"At least bagitahu aku macam kau boleh kawal aku waktu kau berada di alam 'mimpi'.."


"Aku tak nak bagitahu!" Jerit Jenny.


"Jenny-ssi..." Jennie menghampiri Jenny sebelum ditolak kasar sehingga terbaring tubuhnya di atas lantai.


Jenny menyentuh tubuh belakang yang terasa sakit. "Jangan sampai aku bunuh diri dan nyawa kau sekali hilang."


Jennie menangis tanpa henti. Jenny pun pergi meninggalkan dirinya tanpa menoleh.

 

 

●○●○●○●○●○●○●○●○●○●

 

 

Berita kematian Tzuyu itu diterima dengan penuh kesedihan oleh keluarga Tzuyu dan sahabat-sahabatnya. Upacara kematian Tzuyu sedang dilangsungkan di rumah pengembumian.


Setelah memberikan penghormatan terakhir, Jenny yang masih dalam tubuh Jennie itu kemudian menyapa keluarga Tzuyu sambil mengucapkan takziah.  Mereka tidak menitiskan airmata lagi tetapi kesedihan masih jelas dimata mereka. 


'Jennie-ssi, aku dah datang upacara kematian Tzuyu. Kau nak aku tunggu kat sini lama sikit ke?' Tanya Jenny dalam hati. Jennie hanya diam. Mungkin dia masih marah dengan tindakan Jenny ini.


Mina turut memberikan penghormatan terakhir pada arwah Tzuyu dan mendoakan kebaikan untuk arwah Tzuyu yang sudah tenang. Mina tidak dapat menahan tangisnya lagi. Dia membiarkan air matanya mengalir di pipi.


Jenny masih berdiri tidak jauh dari sana. Dia terdiam memperhatikan Mina yang sedang menangis bersama keluarga Tzuyu.


“Jennie-ssi?” tegur Chanyeol bernada lembut. Bahu Jenny disentuh lembut. Jenny tersentak. Dia mendongak ke wajah Chanyeol di belakangnya.


"Kau okey tak?" Soal Chanyeol. Jenny mengangguk lemah seakan dia terpaksa menerima kenyataan ini.


“Kau dah makan belum?” tanya lagi Chanyeol prihatin. Kepala Jenny menggeleng. "Jom! Aku bawa kau pergi makan dulu. Nanti kau boleh datang sini lagi," pelawa Chanyeol.


Jenny mengangguk tanda setuju. Dia pun mengekori Chanyeol dari belakang. Tanpa sedar bibir Jenny mengukir senyuman. Mereka berdua pun menuju ke ruang makan yang telah disediakan di rumah pengebumian.


Jenny sedikit mengeluh. Dia terfikir hendak mengembalikan Jennie ke tubuhnya semula. Sudah tentu Jennie ingin memberi penghormatan terakhir kepada arwah Tzuyu. Namun, dia bimbang akan Jennie jika dia memberitahu tentang pembunuhan yang dibuat olehnya.


'Kenapa aku terfikir tentang hal ni? Sudah tentu Jennie tahu. Dia boleh tahu aku teng

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ah-Ree
Chapter 4 dari 'Open Scar' sudah update! Terima kasih kepada semua yang membaca, subscribed. Jgn lupa tinggalkan komen sekali ya! ^^

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 4: eiii scary nya Jenny ...serammmm
takut semua org tgk
btw nice update authornim!
yeocookie
22 streak #2
Chapter 4: Jenny ni makin lama makin melampau laaa...
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 3: walaupun cara Jenny tu cam salah..tapi sorang bully dh xde..(tzuyu ni gedik..ish geramnya)..hmm xkanlah Jenny nak bunuh semua nya..btw thanks for the update ya! keep updating ! hwaitingg
yeocookie
22 streak #4
Chapter 2: Hrp jenny bole tolong jennie kalo dia kena buli lagi. Tk sbr nk baca next chapter! :D
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 2: Wargh! Jennie ada dua! ship ship..chanyeol and jennie hahaha..ni kerja Jenny la ni, parah betul kalau ada org kawal diri kita XD
Hopefully Tzuyu tak buat pape yg teruk la kat Jennie tu..hmm tk penat ke buli org ishhh
Nice update author! Keep updating...hwaiting!!
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 1: ishh..geramnya..rasa nk tumbuk2 je muka Mina ngan Tzuyu ni..hrmm kesian kat Jennie! btw,nice update <3
nanadjiyongie_01
#7
waaa..nak bacaaaaa..update ye author! hwaiting!!