002 : Kembar?

Open Scar
Please Subscribe to read the full chapter

Jennie mencampakkan kasut sekolahnya. Dibiarkan tidak tersusun, dia masuk ke dalam. Dijeling kilas ommanya yang sedang menonton televisyen. Dia berlalu tanpa memberi salam.


"Jennie-ah?" Panggil ommanya. Dia mengalih ke arah Jennie.


"Apa?" Sedikit kasar Jennie membalas.


"Bagaimana di sekolah? Semua okey?"


Jennie memandang ommanya dengan tajam. "Okey?" Tersinisnya. Kemudian, dia ketawa. "Okey? Omma, jangan tanya soalan yang sama lagi sebab saya akan beri jawapan yang sama. SAYA TAK PERNAH OKEY!"


Jennie terus mendaki tangga. Kakinya sengaja menghentak dengan kuat menandakan perasaan kemarahannya. Puan Kim hanya terdiam. Dia menyambung semula menonton televisyen.


Pintu biliknya dihempas kuat. Jennie melabuhkan tubuhnya di atas katil setelah mencampak beg sekolahnya. Matanya terpejam. Dia sedang memikirkan sesuatu.


'Apa gunanya aku pergi sekolah tadi! Omma, appa langsung tak kesah tentang aku.'


Jennie bangun. Dia menarik pintu almari dan mencampak semua pakaian ke lantai. Dia melepaskan geram dengan mencampak semua barang miliknya iaitu buku-buku sekolah, bantal, selimut dan sebagainya. Penuh berselerak barang-barang di lantai.


"Lihat? Omma tak tegur aku! Dia langsung tak naik atas. Omma apa gunanya lahirkan aku! Lebih baik aku mati! Tak payah lahirkan aku lagi bagus!" Jennie mengambil pasu bunga lalu memecahkan cermin di dinding.


Tangan mengenggam kaca pasu bunga yang telah dipecah. Darah mula kelihatan di tangan kanannya.


"Jennie-ah..."


Tersentak Jennie. Dia mengalih ke suara itu. "Siapa kau?" Soalnya.


"Kenapa cederakan diri kau? Kau cuba nak bunuh diri?"


Mata melirik ke tangan kanan yang berdarah itu. "Bagaimana kau tahu? Siapa kau? Keluarlah!"


Suasana menjadi sunyi. Jantung Jennie mula berdebar-debar. "Omma ke yang bercakap tu?"


Suasana menjadi sunyi lagi. Jennie menoleh ke kiri ke kanan. "Tak mungkin! Aku tak salah dengar! Aku bukan gila! Ommmmaaaa!!!!"


Kaki Jennie bergerak keluar dari bilik dengan ketakutan. Dia menjerit memanggil omma semasa turun tangga. Namun, malang tidak berbau dia terjatuh berguling-guling di tangga.


Kepalanya sakit menghentak lantai. Jennie tidak mendengar apa-apa bunyi ketika omma sedang berlari menuju ke arahnya. Sebelum matanya terpejam, dia ternampak seseorang yang mirip dengannya, sedang berdiri memerhati ke arah Jennie.

 


●○●○●○●○●○●○●○●○●○●

 


Jennie terbangun. Berasa pelik kerana tidak rasa sakit daripada seluruh badannya. "Pelik? Bukankah aku jatuh tangga tadi?" Tersedar dirinya berada di hospital.


Jennie mengalih ke arah ommanya yang sedang menyentuh lembut tangannya. Dahi Jennie mula berkerut. Segera dia bangun berdiri di belakang ommanya.


"Aku belum sedar lagi?" Jennie terkejut melihat 'Jennie' yang masih belum sedar. "Omma?" Dia cuba menyentuh bahu Puan Kim namun tidak berjaya.


"Aku perlu sedar sekarang! Aku mahu berjumpa omma aku. Ternyata omma aku masih menyayangi aku," Jennie baring semula di atas katil dan cuba melelapkan matanya.


Selepas beberapa minit kemudian, dia tidak berjaya. Dia menghela nafas panjang. Cuba dengan sekali lagi namun usahanya sia-sia sahaja.


"Cukuplah tu, Jennie. Kau tak boleh disebabkan aku!"


Jennie mengalih ke arah suara itu. 'Jennie yang lain' memandang ke arahnya sambil memeluk tubuh. Berdiri tidak jauh darinya, dia mula melangkah.


"Siapa kau? Kenapa aku ada tiga?!" Jennie terduduk di lantai. Dia memeluk lututnya. Kepala terbenam ke bawah.


"Jennie-ah, kenapa kau takut dengan aku? Kau memang Jennie yang betul," jawab perempuan itu.


"Tapi siapa kau dan perempuan kat katil tu?" Soal Jennie. Kepalanya masih terbenam.


"Kau... masih belum sedar sebenarnya. Kau ada dalam mimpi. Sebab tu aku dapat berjumpa dengan kau." Perempuan itu mengusap lembut rambut Jennie.


Jennie mendongak, melihat perempuan di hadapannya. Memang mirip dengannya. Baju sama. Muka sama. Rambut sama. Semuanya sama.


"Jadi, kau nak apa sebenarnya dari aku? Kenapa kau tak nak lepaskan aku? Aku nak sedar!" Kata Jennie.


Perempuan itu duduk bersila dengan sopan. "Aku nak jumpa dengan kau. Aku nak tanya kenapa kau nak bunuh diri? Kau tahu tak, bila kau cederakan diri kau, aku pun terluka juga. Maksudnya..." Bibirnya mendekati di telinga Jennie.


"Aku ada di tubuh kau. Aku tahu apa perasaan, pergerakan semua apa yang kau buat," tersenyum sinis perempuan itu.


Jennie menolak perempuan itu ke tepi. Dia bingkas bangun. "Mimpi mengarut. Jangan tipu! Ini cuma mimpi. Buat apa aku nak percaya? Hahahaha," tergelak Jennie.


Perempuan itu turut bangun, memeluk tubuhnya lagi. "Kau tak ada kawan kan?" Jennie terus terdiam. Perempuan itu menyambung lagi. "Kau selalu dibuli. Kau selalu ponteng sekolah. Kau selalu diabaikan oleh omm

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ah-Ree
Chapter 4 dari 'Open Scar' sudah update! Terima kasih kepada semua yang membaca, subscribed. Jgn lupa tinggalkan komen sekali ya! ^^

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 4: eiii scary nya Jenny ...serammmm
takut semua org tgk
btw nice update authornim!
yeocookie
22 streak #2
Chapter 4: Jenny ni makin lama makin melampau laaa...
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 3: walaupun cara Jenny tu cam salah..tapi sorang bully dh xde..(tzuyu ni gedik..ish geramnya)..hmm xkanlah Jenny nak bunuh semua nya..btw thanks for the update ya! keep updating ! hwaitingg
yeocookie
22 streak #4
Chapter 2: Hrp jenny bole tolong jennie kalo dia kena buli lagi. Tk sbr nk baca next chapter! :D
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 2: Wargh! Jennie ada dua! ship ship..chanyeol and jennie hahaha..ni kerja Jenny la ni, parah betul kalau ada org kawal diri kita XD
Hopefully Tzuyu tak buat pape yg teruk la kat Jennie tu..hmm tk penat ke buli org ishhh
Nice update author! Keep updating...hwaiting!!
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 1: ishh..geramnya..rasa nk tumbuk2 je muka Mina ngan Tzuyu ni..hrmm kesian kat Jennie! btw,nice update <3
nanadjiyongie_01
#7
waaa..nak bacaaaaa..update ye author! hwaiting!!