001 : Kembali Ke Sekolah

Open Scar
Please Subscribe to read the full chapter

Penggera berdering di bilik tidur Jennie. Dia terjaga daripada tidur. Tangannya meraba di sebelahnya. Telefon bimbit dicapai dan dikerling sekilas. Pintu biliknya diketuk sebanyak tiga kali.


"Ya, omma! Saya sudah bangun!" Jawab Jennie. Seketika kemudian daun pintu dibuka. Ibunya melihat Jennie yang masih terbaring. "Omma masih tak percaya dengan saya kah?" Jennie bangun dengan malas.


"Bukan omma tak percaya dengan awak. Awak dah banyak kali buat salah. Omma kena betul-betul tengok Jennie," balasnya Puan Kim. Tangannya memeluk tubuh. Pandangan sedikit tajam ke arah Jennie.


Jennie mengeluh. Sudah banyak kali dia ditangkap oleh omma dan appanya serta cikgu kerana ponteng sekolah. Ada sebabnya kerana dia tidak mahu hadir ke sekolah.


Buli. Jennie memandang dirinya di cermin. Dia mengangkat sedikit bajunya sehingga menampakkan perutnya. Masih ada kesan luka yang dipukul oleh Mina di sekolah dengan menggunakan tali pinggang.


'Bila aku boleh dapat hidup aman seperti orang lain? Kenapa mereka suka buli aku? Kenapa?' Getus hati Jennie.

 

Kerusi di sebelah tempat duduk Jennie ditarik untuk duduk. "Hey, Kim Jennie!" Buku latihan Matematik kepunyaan Jennie dirampas. Ketika itu, Jennie sedang membuat kerja.


"Mina, aku tengah buat kerja!" Jennie cuba mengambil semula bukunya.


"Tak boleh!" Mina menjelirkan lidahnya. Dia segera bangun dari tempat duduk dan berlari sambil membawa buku Jennie.


"Jangan! Kembalikan semula buku aku!" Jerit Jennie. Mina berlari sehingga di tempat koridor. "Mina! Mina!" Panggil Jennie.


Mina berhenti dan mengalih ke arah Jennie. Dia tersenyum sinis sambil menunjukkan buku Jennie dengan membuat gaya comel.


"Mina! Jangan- ...ah!" Jennie terjatuh sadung.


Beberapa orang pelajar berada di hampiran Jennie, tertawa jahat melihat Jennie. "Itulah! Lain kali kalau nak jalan itu, gunalah mata tu dengan baik-baik!" Sampuk salah seorang daripada mereka.


"Sakitnya lutut aku..." bisik Jennie seorang diri. Tiba-tiba dia terasa skirt bahagian punggungnya seperti basah.


"Jennie-ah, kau kencing eh?" Tzuyu menutup hidungnya seakan-akan berbau busuk. Tangannya memegang botol air berisi jus oren.


"Hahahahahahaha!!!"


"Sampai hati kau buat begini!" Kata Jennie.


Tangannya menutup telinga manakala matanya terpejam rapat. Jennie cuba untuk tidak mendengar kata-kata mereka. Semakin dia cuba menghindari, semakin kuat bunyi tertawa mereka.

 

"BERHENTILAH!" Jerit Jennie.


Dia tersedar bahawa dia kini sedang bersarapan di hadapan omma dan appanya. Puan Kim dan Tuan Kim memandangnya dengan terkejut.


Lembut tangan Puan Kim menyentuh bahu Jennie. "Jennie, kenapa ini? Tiba-tiba je menjerit waktu pagi-pagi ni? Makanan pun tak sentuh lagi."


Roti bakar diletakkan di tangan Jennie. "Makan cepat!" Arah Puan Kim.


Kepala Jennie tertunduk. Beberapa saat kemudian, dia mendongak. "Omma, appa. Boleh tak saya..."


"TAK BOLEH!" Tuan Kim terus memotong kata-kata Jennie.


Puan Kim terkaget. "Yeoboo, Jennie belum habis cakap lagi."


"Untuk Jennie, semuanya tak boleh. Appa tahu kau akan minta yang bukan-bukan," ujar Tuan Kim.


Puan Kim tidak sempat berkata apa-apa apabila Tuan Kim bangun. Dia datang ke arah Puan Kim dan Jennie lalu menghadiahkan mereka ciuman di pipi.


"Saya pergi kerja dahulu. Saya ada meeting hari ini. Tak boleh lewat sampai," kata Tuan Kim sebelum keluar untuk bekerja.


"Cepat makan, Jennie. Nanti omma cuba tanyakan pada appa. Jennie nak tanya apa kat appa?" Soal Puan Kim.


"Omma, saya nak berhenti sekolah. Saya tak mahu sekolah. Saya trauma," terang Jennie. Puan Kim terdiam. Kepalanya tergeleng-geleng. "Omma, saya dibuli. Kenapa omma tak nak percaya cakap saya?" Sambungnya lagi.


"Maafkan saya, Jennie. Jennie dah banyak kecewakan omma dan appa. Perkara ni omma tak boleh nak bantu. Omma tahu yang Jennie tipu sebab tak nak pergi sekolah lagi.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ah-Ree
Chapter 4 dari 'Open Scar' sudah update! Terima kasih kepada semua yang membaca, subscribed. Jgn lupa tinggalkan komen sekali ya! ^^

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 4: eiii scary nya Jenny ...serammmm
takut semua org tgk
btw nice update authornim!
yeocookie
22 streak #2
Chapter 4: Jenny ni makin lama makin melampau laaa...
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 3: walaupun cara Jenny tu cam salah..tapi sorang bully dh xde..(tzuyu ni gedik..ish geramnya)..hmm xkanlah Jenny nak bunuh semua nya..btw thanks for the update ya! keep updating ! hwaitingg
yeocookie
22 streak #4
Chapter 2: Hrp jenny bole tolong jennie kalo dia kena buli lagi. Tk sbr nk baca next chapter! :D
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 2: Wargh! Jennie ada dua! ship ship..chanyeol and jennie hahaha..ni kerja Jenny la ni, parah betul kalau ada org kawal diri kita XD
Hopefully Tzuyu tak buat pape yg teruk la kat Jennie tu..hmm tk penat ke buli org ishhh
Nice update author! Keep updating...hwaiting!!
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 1: ishh..geramnya..rasa nk tumbuk2 je muka Mina ngan Tzuyu ni..hrmm kesian kat Jennie! btw,nice update <3
nanadjiyongie_01
#7
waaa..nak bacaaaaa..update ye author! hwaiting!!