Final

A Reason
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

Apa yang Chanyeol perlukan ketika ini hanyalah sebuah alasan untuk dia tetap tinggal di sini.

 

Sebuah alasan untuk dia tetap bertahan di sini – meskipun harus sendirian.

 

Namun, kenyataannya dia tidak punya satu pun alasan, atau lebih tepat dia sudah tidak mahu punya apa-apa alasan untuk menahannya daripada pergi. Berat untuknya membuat keputusan meninggalkan tanah airnya, tempat di mana dia membesar dan segala kenangan yang telah terlakar semuanya bermula di sini. Justeru kerana itu dia sudah tidak betah untuk berada di sini lebih lama. Seluruh jiwanya berada di sini dan hal itu membuatkan dia semakin sesak dan terseksa.

 

Semakin dia cuba untuk menjadi kuat, semakin dia merasakan dia lemah.

 

Pakaian-pakaiannya dilipat rapi sebelum dimasukkan ke dalam bagasi besarnya. Hatinya sudah terasa hiba terkenangkan bahawa dia bakal meninggalkan tempat asalnya. Tangannya yang sedari tadi lincah melipat pakaian terhenti seketika apabila pandangannya jatuh pada sekeping gambar yang berada di atas meja kerjanya. Lama dia memerhatikan gambar itu – jelas kelihatan dirinya yang tersenyum manis sambil memandang insan yang berada di sebelahnya. Tanpa dia sedari, mulutnya mula menguntumkan senyuman apabila kotak memorinya mula memutarkan kembali kenangan lama.

 

Jantungnya bergetar seperti dia benar-benar sedang menatap insan yang berada dalam gambar itu. Namun, perasaan itu sepantas kilat hilang dari jiwanya dan diganti dengan kesedihan.

 

 

 

***

 

 

 

Chanyeol memberi fokus sepenuhnya terhadap bait-bait ayat yang tertulis dalam buku rujukannya cuba mencari isi-isi penting yang sesuai dijadikan panduan untuknya memahami beberapa tajuk dalam subjek yang agak dibencinya, Sejarah. Dia bukanlah seorang yang suka membaca namun, subjek ini telah memaksanya untuk membaca dan dia terpaksa melakukan hal itu bagi memastikan dia mendapat keputusan yang cemerlang bagi setiap subjek. Namun, konsentrasinya agak terganggu dengan bunyi dengkuran manusia yang sedang lena di hadapannya.

 

Chanyeol menggelengkan kepalanya apabila matanya dialihkan untuk melihat sahabat baiknya, Byun Baekhyun sedang lena tertidur di hadapannya dengan mulut yang sedikit terbuka. Mereka kini sedang berada di perpusatakaan sekolah. Sudah menjadi rutin mereka berdua untuk singgah ke perpustakaan setelah habis waktu sekolah bagi melakukakan ulangkaji dan menyiapkan kerja sekolah – atau lebih tepatnya hanya Chanyeol sahaja yang melakukan hal itu kerana Baekhyun hanya akan lena sahaja.

 

Byun Baekhyun dan Park Chanyeol sudah boleh diibaratkan seperti belangkas yang sentiasa bersama walau ke mana sahaja. Mereka berdua sudah bersahabat baik sejak kecil lagi memandangkan mereka sama-sama merupakan anak yatim yang dibesarkan di sebuah pusat jagaan. Jika ditanya, mereka sendiri sudah lupa bagaimana mereka boleh menjadi akrab kerana mereka masing-masing terlalu kecil untuk mengingatinya. Apa yang Chanyeol tahu, dia diserahkan kepada Rumah Anak Yatim Harapan pada usianya 3 tahun setelah kedua-dua ibu bapanya terkorban dalam sebuah kemalangan. Baekhyun pula sudah berada di rumah anak yatim itu sejak bayi kerana ditinggalkan di hadapan rumah kebajikan tersebut.

 

Ke mana sahaja mereka pergi, pasti akan berdua. Di mana ada Chanyeol, pasti ada Baekhyun -  begitu juga sebaliknya. Hubungan mereka tidak lebih daripada sebuah persahabatan – meskipun Chanyeol mahu mereka lebih daripada itu. Namun, dia hanya mampu memendam segala rasa itu jauh ke dalam hati. Dia tahu benar Baekhyun hanya menganggapnya sebagai seorang sahabat baik jadi, dia tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan yang sudah terjalin berbelas tahun itu hanya kerana dia terlalu mementingkan soal perasaannya.

 

Tambahan pula, mereka masih terlalu muda untuk berbicara soal cinta.

 

“Weh, Yeol. Lambat lagi ke? Aku rasa dah lama gila aku tidur” ujar Baekhyun dengan suara yang seakan berbisik memandangkan mereka sedang berada di perpustakaan sambil menggosok-gosok matanya.

 

Chanyeol tersenyum kecil melihat Baekhyun yang kelihatan comel dengan wajah yang sedang menahan kantuk. Jantungnya kini sedang bergetar hebat melihat betapa indahnya wajah insan yang sedang duduk di hadapannya. Matanya yang tidak terlalu sepet dan tidak terlalu besar, hidungnya yang agak mancung kemudian bibir nipis lelaki itu – sempurna. Perkataan itu yang paling sesuai digunakan untuk mendefinisikan seorang Byun Baekhyun.

 

“Weh, Chanyeol. Kau boleh pulak berangan? Aku tanya ni lambat lagi ke? Kalau tak aku nak balik dulu. Aku dah lenguh ni” bisik Baekhyun lagi.

 

Chanyeol dengan pantas mengemas barang-barangnya memandangkan waktu sudah lewat petang. Kemudian, mereka berdua jalan beriringan untuk pulang ke rumah anak yatim. Mereka masih lagi tinggal di situ kerana masing-masing dikategorikan masih di bawah umur. Mereka hanya akan dibenarkan keluar daripada rumah kebajikan itu setelah tamat sekolah menengah. Sejujurnya, mereka tidak pernah berbincang mengenai jurusan apa yang mereka mahu ambil setelah berjaya tamat sekolah menengah.

 

“Yeol, kau ingat tak budak perempuan yang selalu bagi aku coklat tu?” soal Baekhyun dengan wajah yang berseri-seri.

 

Entah mengapa, dia tidak suka melihat wajah Baekhyun yang tersenyum lebar ketika menanyakan soal wanita lain. Adakah ini cemburu? Adakah dia benar-benar sedang cemburu?

 

“Yeri nama dia, kan? Kenapa?” soal Chanyeol tanpa memandang wajah lelaki yang lebih rendah itu.

 

“Dia confess kat aku semalam dan aku terima dia”

 

“Hah?!”

 

Chanyeol menghentikan langkahnya dan memandang tepat mata Baekhyun.

 

“Kau dah kenapa ni? Menjerit tiba-tiba?” soal Baekhyun sambil memandang pelik Chanyeol yang kelihatan benar-benar terkejut dengan ucapannya.

 

Chanyeol yang baru tersedar dengan tindakannya cepat-cepat mula mengawal ekspresi wajahnya. Dia cuba berlagak biasa walaupun dia dapat mendengar dengan jelas betapa remuk hatinya kini. Adakah dia sudah terlambat?

 

“Sorry, aku terkejut sebab tiba-tiba je dia confess dekat kau. Tak sangka dia berani buat macam tu. So, korang now dah officially together la?” soal Chanyeol dengan wajah yang selamba.

 

Baekhyun menganggukkan kepalanya yakin sambil tersenyum malu.

 

“Congrats, bro”

 

Perjalanan pulang ke rumah anak yatim terasa lama untuknya hari itu. Mahu sahaja dia berlari ketika itu kerana dia sudah tidak dapat menahan air mata yang bila-bila sahaja boleh gugur daripada tubir matanya. Air jernih itu mudah sahaja gugur apabila ia berkaitan dengan orang yang disayanginya, Byun Baekhyun.

 

 

 

***

 

 

 

Chanyeol menyudahkan lipatan pakaian-pakaiannya sebelum dia menutup zip bagasi. Kemudian, dia berlalu ke almari buku yang berada di sudut bilik tidur. Beberapa buku yang terasa penting dan akan digunakan dicapai kemudian diletakkan ke dalam sebuah kotak. Dia malas untuk membawa semua barang bersamanya ke sana memandangkan tidak semua kenangan harus dia bawa. Ada perkara yang harus dia tinggalkan dan kuburkan di sini dan hal itu bersamaan meninggalkan separuh jiwanya di tanah airnya. Dia sendiri tidak yakin adakah dia benar-benar kuat untuk meninggalkan segala kenangan manis – atau mungkin pahit untuknya kini – di sini.

 

Sedang asyik dia mencapai beberapa buah buku dari almari bukunya, sebuah kotak kecil terjatuh ke atas lantai mengeluarkan segala isinya dan berteraburan. Chanyeol membongkokkan badan untuk mengambil kotak dan beberapa keping gambar polaroid yang bertaburan di atas lantai. Kemudian, dia membawa gambar-gambar itu ke meja kerjanya sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi. Jelas kelihatan wajah ceria sahabat baiknya, Baekhyun dalam setiap kepingan gambar itu. Semua gambar polaroid itu pasti terisi wajah Baekhyun kerana dia sendiri yang menangkapnya.

 

Masih jelas di ingatan betapa susahnya dia memaksa rakan sekelasnya untuk meminjamkan dia kamera polaroid kerana dia mahu mengambil gambarnya dan Baekhyun sebanyak yang mungkin di hari terakhir mereka di sekolah menengah. Chanyeol sanggup melakukan apa sahaja jika hal itu berkaitan Baekhyun. Satu persatu kepingan gambar menjadi tatapannya. Senyuman Baekhyun dalam setiap gambar kelihatan begitu ikhlas dan mampu membuatkan sesiapa sahaja yang melihat turut menguntumkan senyuman.

 

Senyuman lelaki itu mampu membawa kebahagiaan dalam hatinya.

 

Dia kemudiannya, sekali lagi, terbuai dengan kenangan lama yang kembali bermain di mindanya.

 

 

 

***

 

 

 

Dua sahabat baik itu beriringan mendaki tangga menuju ke rooftop sekolah memandangkan hari ini merupakan hari terakhir mereka bergelar pelajar sekolah. Waktu benar-benar pantas berlalu kerana tinggal setapak sahaja lagi sebelum mereka memasuki alam pekerjaan. Terasa seperti baru semalam mereka menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah dan hari ini mereka bakal mengucapkan selamat tinggal. Tidak sangka mereka berdua mampu mengharungi kehidupan sebagai pelajar sekolah bersama. Terlalu banyak kenangan yang terlah terlakar antara mereka.

 

Mereka pernah juga melakukan perkara-perkara nakal seperti ponteng kelas. Masih jelas di ingatan Chanyeol ketika mereka baru bergelar pelajar sekolah menengah, perasaan ingin tahu dan berani mencuba terlalu kuat dalam diri masing masing sehingga berani memanjat pagar sekolah hanya untuk melepak di kafe siber. Waktu-waktu itu saat indah baginya kerana dapat melakukan semua perkara bersama Baekhyun. Chanyeol mengerling seketika sahabat baiknya yang berada di sisi.

 

Cantik.

 

Sungguh, lelaki itu sangat cantik dan ingin sahaja Chanyeol ucapkan itu kepada Baekhyun namun, tiada sedikit keberanian pun dalam dirinya walaupun sebesar zarah. Dia juga dapat melihat dengan jelas kekecewaan dan kesedihan dalam mata Baekhyun dan Chanyeol tahu benar hal itu kerana lelaki yang mempunyai jari yang runcing itu baru sahaja putus cinta. Bukankah ini yang ditunggunya? Bukankah seharusnya Chanyeol mengambil peluang ini untuk meluahkan rasanya kepada Baekhyun?

 

Namun, sekali lagi, Chanyeol memberi alasan kepada diri sendiri bahawa dia tidak cukup berani.

 

Chanyeol dan Baekhyun memilih untuk mendiamkan diri dan menikmati langit yang memancarkan warna merah dan oren pekat tanda senja mulai bertandang. Mereka berdua duduk bersebelahan melayan perasaan masing-masing. Perasaan Chanyeol kini bercampur-baur kerana ini mungkin kali terakhir dia mampu duduk berduaan dengan sahabat baiknya itu. Setelah ini, mereka masing-masing bakal membawa haluan sendiri memandangkan mereka sudah mampu menjejakkan kaki keluar daripada Rumah Anak Yatim Harapan.

 

“Kau memang nak sambung engineering ke lepas ni?” soal Baekhyun memecah suasana sepi yang memenuhi ruang antara mereka.

 

Soalan Baekhyun hanya dibalas dengan sebuah anggukan.

 

“Aku ingat nak sambung dalam food management. Kau tahukan impian aku dari dulu nak bukak kafe or restoran?” ucap Baekhyun sambil tersenyum nipis.

 

“Hmm. Aku selalu ingat”

 

“Agaknya lepas ni, kita susahlah nak jumpa selalu kan? Kau mesti busy study, aku pun sama” keluhan yang kecil kedengaran keluar daripada mulut Baekhyun.

 

“Don’t worry la beb. Aku takkan pernah lupakan kau” ujar Chanyeol sambil mengusap lembut bahu Baekhyun.

 

Kerana tidak pernah sesaat pun kau hilang dari dalam minda aku.

 

 

 

***

 

 

 

Dan itu merupakan kali terakhir mereka mampu duduk berduaan menikmati indahnya alam kerana setelah itu masing-masing sibuk melakukan persiapan untuk bergelar seorang pelajar universiti. Tidak tahu sama ada jodoh mereka terlalu kuat atau itu hanyalah kebetulan, mereka diterima untuk memasuki universiti yang sama di Seoul. Chanyeol lebih daripada gembira kerana setidaknya, dia tidaklah terlalu berjauhan dengan sahabat baiknya itu. Walaupun mereka berbeza fakulti, itu tidak menjadi alasan untuk mereka tidak bertemu. Mereka tetap akan berjumpa sekiranya mempunyai kelapangan waktu.

 

Namuh, semenjak di tahun ketiga, Chanyeol dapat merasakan dia semakin jauh daripada Baekhyun – atau hanya dia yang berperasaan begitu. Entahlah, dia sendiri kurang pasti. Dia sudah semakin jarang mendapat panggilan daripada lelaki yang lebih rendah daripadanya itu memandangkan sebelum ini Baekhyun sering menelefonnya walaupun hanya sekadar bertanya khabar. Baekhyun juga sudah jarang terlihat lepak di biliknya. Chanyeol masih lagi tinggal di asrama universitinya manakala Baekhyun memilih untuk tinggal di rumah sewa bersama rakan-rakannya yang lain.

 

Kebelakangan ini, sukar benar untuknya bertemu dengan sahabat baiknya itu dan jujur dia amat merindui Baekhyun. Dia terasa seperti kehilangan.

 

Di hujung minggu pula, kebiasaannya Baekhyun akan mengajaknya lepak bersama namun, sudah jarang benar kebelakangan ini – atau lebih tepat lelaki itu sudah tidak lagi mengajaknya. Sibukkah lelaki itu?

 

Setelah beberapa minggu tidak bertemu sahabat baiknya, Baekhyun tiba-tiba sahaja memunculkan diri di hadapannya ketika dia sedang dalam perjalanan pulang ke asrama. Lelaki itu tidak datang dengan tangan kosong, sebaliknya bersama sebuah berita – yang sekali lagi menghancurkan hati Chanyeol.

 

“Aku baru je confess kat Taeyeon and dia terima, beb! Cepatlah say congrats kat aku” wajah Baekhyun ketika itu kelihatan begitu bahagia dan perasaan yang dirasakan sahabat baiknya itu begitu kontra dengan perasaan yang sedang menjalar dalam dirinya tika ini.

 

Bolehkah jika Chanyeol mahu mendoakan agar hubungan itu juga tidak kekal seperti dahulu? Chanyeol mahu memukul dan memarahi diri sendiri kerana tidak pernah mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaannya kepada Baekhyun. Ya, dia akui dia takut cintanya ditolak namun, perkara yang paling ditakutinya adalah kehilangan sahabat baiknya untuk selama-lamanya. Dia tidak mahu perasaan cinta yang hadir buat lelaki itu akan membuat Baekhyun tidak selesa lalu berjalan meninggalkannya.

 

Kerana dia tahu benar Baekhyun hanya tertarik kepada wanita, bukan lelaki sepertinya.

 

“Kau tak boleh tuduh Taeyeon macam tu!”

 

“I am not for sake, Byun Baekhyun!” suara Chanyeol juga meninggi.

 

“Aku bukan sesuka hati tuduh macam tu tapi kau sendiri boleh fikirkan, kalau betul dia sayang dan cintakan kau, dia tak akan pernah buat macam tu” ujar Chanyeol lagi dengan wajah yang kelihatan benar-benar berang.

 

“Kau tahu, sebelum ini aku tak pernah peduli orang cakap buruk pasal Taeyeon kat aku sebab aku tahu yang lain tak kenal dia tu macam mana tapi aku tak sangka aku akan dengar jugak pasal benda ni dari mulut kawan baik aku sendiri. Aku kecewa, Chanyeol. Sangat-sangat kecewa” Baekhyun menepis kuat tangan Chanyeol yang erat memegang bahunya.

 

“Tapi, Baek, this isn’t the first time. Dia dah banyak kali curang belakang kau dan kau masih nak pertahankan perempuan tu?” Chanyeol sudah tidak mempunyai jalan lain untuk menyedarkan Baekhyun bahawa perempuan yang bernama Taeyeon itu tidak sesuai untuknya.

 

Bukan sekali dua dia melihat Taeyeon bergandingan tangan dengan lelaki lain dan itu cukup membuktikan bahawa wanita itu tidak mencintai sahabat baiknya dengan tulus.

 

“Apa yang kau tahu, Chanyeol? Boleh tak kau berhenti tuduh dia macam tu? Siapa kau nak tentukan yang dia cintakan aku ke tak? Kau, orang yang tak pernah kesah dan tak pernah menjalinkan hubungan dengan sesiapa! Apa yang kau tahu pasal cinta?!”

 

Chanyeol mahu sahaja membalas kata-kata Baekhyun, mahu menyangkal kenyataan yang baru sahaja keluar daripada bibir nipis itu. Cinta. Dia tahu benar apa itu cinta kerana sudah lama dia mempunyai perasaan itu.

 

Tapi, dia sudah penat, sangat penat.

 

Dia penat untuk terus berpura-pura di hadapan sahabat baiknya. Dia penat untuk mengukir senyuman lagi sedangkan hatinya mahu menangis. Dia sudah penat berpura-pura tidak mepunyai perasaan yang lebih daripada seorang kawan dan dia sudah penat mencintai dalam diam. Kerana hanya kesakitan yang dia dapat pada akhirnya.

 

Dia amat mencintai Baekhyun dan kadangkala dia berharap bahawa perasaan itu tidak pernah wujud dalam hatinya.

 

“Mencintai….” Suara Chanyeol kedengaran bergetar seperti menahan tangis. “Mencintai seseorang bermakna kau mahu membahagiakan orang yang kau cintai walaupun kau terluka, walaupun kau hancur, walaupun kau terpaksa melihat orang yang kau cintai itu mencintai orang lain dan walaupun orang yang kau cintai itu langsung tidak tahu kau mencintainya”

 

Dia sudah terlalu lama menahan dan akhirnya dia kalah. Dia sudah terlalu penat menahan perasaan itu.

 

Cinta itu buta.

 

Begitu juga insan-insan yang gagal menyedari bahawa mereka dicintai seseorang.

 

“Buatlah apa yang kau nak. Aku takkan kacau dah sebab… aku dah penat”

 

Chanyeol memusingkan badannya dan berlalu pergi.

 

 

 

***

 

 

 

Roh yang hilang dan terbang ke masa lalu seperti kembali ke jasadnya semula setelah kedengaran telefon bimbitnya bergetar minta diangkat. Namun, Chanyeol hanya memandang sepi telefon pintarnya memandangkan dia malas mahu berurusan dengan sesiapa ketika ini. Gambar-gambar polaroid yang masih setia dalam genggamannya cepat-cepat disimpan kembali ke dalam kotak sebelum disimpan rapi di tempat asal. Dia tidak mahu membawa kenangan lamanya ini bersama kerana dia sudah berazam untuk membina kehidupan yang baru setelah dia meninggalkan tanah airnya itu.

 

Tidak lama kemudian, telefon pintarnya kembali menjerit minta diangkat. Keluhan yang kasar dilepaskan sebelum melihat gerangan yang sedari tadi cuba mengganggunya sebelum diangkat.

 

“Kau nak apa ni malam-malam call aku?” soal Chanyeol sambil memutarkan biji matanya tanda bengang.

 

“Aku saja nak confirm balik dengan kau. Esok kau jadikan datang before kau fly?” soal gerangan yang berada di hujung talian.

 

“Ya, Kim Jongin. Untuk kali yang ke seratus aku bagitahu kau, aku datang esok le

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nabmyn-ssi #1
Chapter 1: BRO……. KAU BUAT AKU MENANGIS SEBELUM LUNCH BRO…. TAK BAIK TAU😭💔💔💔💔💔💔
BabyJongHyol
#2
Chapter 1: Well it morning now so yeahhhh.... Bye
mpreggoland
#3
Chapter 1: apa ni? pepagi dah buat saya nangis huhu
apa2 pun, citer ni best sgt, tp ending dia uwaaaaaaaaaaaaaa