000

Jika Engkau Pergi
Please Subscribe to read the full chapter

            Ada satu legenda yang berlegar di dalam kota itu, ‘Di kala malam gelap gelita yang hanya berteman bulan mengambang, si mati yang telah pergi, datang kembali untuk bermain. Berpakaian gah seperti bangsawan dahulu, topeng menutup muka pucat mereka. Di tengah dataran kota, mereka akan menari berpasangan, mengikuti alunan muzik bisu.’

            "Ada satu kisah cinta purba, realisasi pada yang mencari. Si gadis dipanggil Hera, umpama debu yang ditiup angin berhembus, dia hilang begitu saja pada suatu malam yang mengambang... Barangkali mengikuti golongan itu... Hanya yang bertuah saja akan dapat menemui mereka... Tiada siapa yang tahu bila, di mana, mereka akan muncul... "

            “Tak masuk akal.”

            “Aku tak pernah nampak mereka pun.”

            “Mengarut!”

             Cemuh sekumpulan remaja usai si penglipur lara tua menutup kalam. Reaksi mereka berbelah bahagi. Ada yang terus menutup minda mereka daripada mempercayai cerita itu dan ada juga yang memberi harapan untuk bertemu dengan golongan yang diceritakan.

             Tanpa adab, lima orang remaja terus bangun dan menendang bangku kayu ke tepi. Dengan angkuh, mereka mendabikkan dada bila mereka menjadi tumpuan mata. Selebihnya hanya tinggal di pondok kayu itu. Jongdae; satu-satunya dewasa di situ hanya memberi senyuman tawar bila mata memusat pada dirinya.

            “Hanya sesetengah saja yang boleh mengerti. Betul kan, Jongdae?” ungkap salah seorang daripada mereka dengan nada keluhan.

             Walaupun jelas Jongdae lebih berumur daripada mereka, namun gelaran ‘abang’ tak pernah diguna kerana wajah Jongdae tak dimamah usia seakan jasadnya terhenti di suatu masa. Hanya yang tua mengetahui umur sebenar Jongdae.

              Jongdae mengangguk. Hanya itu dia mampu jawabkan.

             “Aku rindukan ayahku…” gumam remaja yang sama.

              Tika Jongdae hendak berbicara, satu suara lantang berdentum dari belakang lantas mematikan keinginannya. 

              “Park Jihoon! Balik! Jangan kamu bercakap dengan orang gila itu lagi!”

               Diam menikus si remaja itu namun dengan patuh, dia tetap bangun menuju kepada si ibu yang menunggu dengan riak garang. 

 

               Jongdae hanya menuruti ke mana kakinya membawa di kota itu. Kadang-kala dia tersengih tanpa punca sambil mengusutkan rambut serabainya. Di tepian kaki lima Jongdae terduduk, berada di dalam alam maya ciptaannya. Semua penduduk sudah maklum dengan keadaan Jongdae hingga ia tidak lagi menjadi perhatian mereka. Jika ada kanak-kanak yang melepasi, pasti ada sengihan terbit di bibir. Bagi si anak kecil, kelakuan si pemuda tak ubah seperti monyet di hutan. Tak berakal.

               "Ma, tengok orang gila tu! Dia tak ada rumah ke? Kenapa dia tidur di situ?"

               "Shuush!" Si ibu segera mengheret si anak jauh daripada si gila yang terbaring memandang langit biru.

                Semua itu jelas kedengaran di telinga Jongdae namun kata-kata itu hanya telus menembusi jiwa kosongnya. 

 

                "Jongdae... mengapa kau jadi begini..? Tak rindukah kau pada hidup kau yang dulu? Tak rindukah kau pada kerja kau dulu?" tanya seorang pemuda yang menghampiri. Jongdae mengerling sekilas pada wajah lelaki yang Jongdae sudah lupa akan namanya.

                Keluhan kecil terluah daripada lelaki itu bila Jongdae bungkam.

               Tak lama kemudian, Jongdae bangkit berdiri, merenung si pemuda bermata bundar yang masih menanti jawapan.  "Biarlah mereka tertanya... " Kakinya kembali bergerak menuju arah tak pasti.

               "Walaupun dia telah pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit, Jongdae! Air mengalir takkan berhenti! Kau tak seharusnya terhenti pada waktu yang sama!" laungnya pada belakang Jongdae yang makin menjauh.

               "Lontarlah sebanyak mana cabaran dan amaran pada Jongdae, dia tetap takkan menyingkir setianya, Kyungsoo."

                Si p

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 1: Kalau orang lain tak boleh percaya dengan lagenda tu, well not me! You know what, kisah fanfic ala ala epik awak selalu buat saya berangan tau! Selalu terbayang yang saya berada didalam situasi tu, dizaman tu dan mengalami semua kejadian tu. Saya teribaratkan diri saya sebagai watak utama HAHAHAHAHAHA XD
Btw, this is absolutely a relly relly jinjja cheongmal wanjeon heol daebak reallllllllllll nice! <3
sunshine_blue
#2
Chapter 1: wahh indah gila karya ni!! saya terbayang drama dalam buku sastera permata negara tiba2..Daebak ah cerita ni .. ingat pula kata2 ni, Bukan gila cuma kesakitan yang tidak tertanggung..sekian
Seasony
#3
Singkat tapi menusuk gilaaaa! Banyak persoalan ni hahaha. Dahyun dah mati lah ye? Siapa orang tua tu? Terbayang Nanny Mcphee bila dia bertukar part last tu hehe Overall best gilaaaaaa XD