003 -- Stranger

That Summer Fantasy

“Nari-ah. Nanti bagitahu tau kalau kau jadi nak buat part-time dengan aku.” Kata Jinyoung sambil melayan Mobile Legends dalam phone nya.

“Alright.” Mereka bercadang untuk menghabiskan cuti semester selama sebulan setengah dengan berkerja part-time sebagai barista. Bukan apa, keluarga Nari terlalu jauh di Amerika dan dia terasa malas nak pulang ke sana. Lagipun, keluarganya (atau lebih tepat, keluarga angkat) dah biasa. Jinyoung pula memang orang asal di sini jadi dia tidak perlu ke mana-mana. Hyungseob, sejak habis exam semalam lagi dah excited nak pulang ke kampungnya.

“Bye gais, spend your holiday well.” Pesan Hyungseob sewaktu Nari dan Jinyoung menghantarnya ke stesen bas tadi.

“Excitednya dah cuti!” Nari menumbuk bahu Jinyoung berkali-kali sampai dia annoyed. “Kau ni princess, jealous ke aku main game?”

“Takde masa. Eh Jihoon tak nak join buat part-time sekali?” Tanya Nari.

“Tak. Dia balik kampung kali ni. Katanya abang dia suruh balik. Ah! Bateri low pulak. Ada power bank tak? Power bank~” 

“Dah tahu takde power bank tak yah la main Mobile Legends.” Balas Nari. Jinyoung akhirnya menyimpan phone ke dalam poketnya. “Eh, dah sampai stesen. Bye, Nari. Nanti apa-apa roger.” Nari melambai ke arah Jinyoung sebaik sahaja dia keluar dari tren. Kadang-kadang Nari pun tak pasti kenapa Jinyoung memanggilnya dengan panggilan princess, tapi ada masanya dia hanya memanggil namanya Nari. Mungkin dia pun macam Donghan; kena check mental problem. Jk.

 


 

Nari mengusung dua tin bir dan beberapa bungkus snek yang dibeli di 7Eleven tadi, mendaki cerun ke rumahnya seperti kebiasannya. Penat berwindow shopping seorang diri tadi kian terasa tetapi sekurang-kurangnya Nari puas dapat melepaskan stress setelah bermati-matian menjawab exam. Dan malam ini, dia bercadang untuk marathon movie Despicable Me 1, 2 dan 3 tanpa gangguan sesiapa (hopefully).

Hari sudah gelap ketika Nari tiba di hadapan rumah. Jiran-jiran lain nampaknya tenang sahaja beristirehat di rumah mereka setelah seharian berkerja. Tapi tak tahu kenapa jantungnya tiba-tiba rasa berdebar-debar. Jodoh dah nak sampai ke?

Nari cepat-cepat menggeleng. Jodoh ke bodoh yang datang malam-malam ni. Dia lalu menutup pintu pagar dan menguncinya kemas. Sampai sahaja di hadapan pintu rumah, langkahnya terhenti seketika. Dia teragak-agak untuk memulas tombol pintu; seolah-olah kalau dia buka pintu itu, sesuatu akan keluar secara tiba-tiba. 

“Ah, takde apa-apa lah.” Nari meyakinkan dirinya dan terus memulas tombol pintu setelah membuka kunci. Sebaik sahaja Nari masuk ke dalam…

“Yeah, sampai pun akhirnya.”

SIAPA PULAK DIORANG NI?

Nari tersandar ke pintu yang telah tertutup. Anxiety tiba-tiba menyerang dirinya. Di hadapan Nari, atau lebih tepat yang sedang melepak di ruang tamu adalah tiga orang lelaki berpakaian kot serba hitam ala-ala pengawas sekolah. “S…sape korang ni? Apa korang buat dalam rumah aku?”

“Ops, jangan takut. Kitorang orang baik je.” Balas seseorang yang duduk paling hujung dari Nari. Eh kalau perompak pun mengaku dia orang baik gak. Nari ingin melangkah keluar tetapi kakinya seolah-olah terpaku di situ. Dia cuba mengumpul sisa-sisa tenaga yang ada. Patut ke aku guna kuasa aku sekarang so diorang tak boleh buat apa-apa? Then aku akan lari.

Stop.

“Tunggu, jangan bazirkan tenaga awak. Macam yang kawan saya kata tadi, kitorang datang sini dengan tujuan baik.” Seorang daripada mereka menghampiri Nari yang masih terkaku di pintu. “B…baik ke kalau pecah masuk rumah saya?” Balas Nari terketar-ketar.

Eh jap.

EH JAP.

APESAL MAMAT NI TAK FREEZE MACAM ORANG LAIN? Nari memeriksa dua orang mamat lagi yang nampaknya dah kaku dan jam yang sememangnya sudah berhenti. Betul la…aku dah hentikan masa. Tapi…kenapa…

Nari syak kerana dia berjalan seharian dan menghabiskan hampir kesemua tenaganya, badannya terasa lemah dan pandangannya kian gelap. Perkara terakhir yang dia dengar hanyalah suara mamat tadi memanggil, dan kemudian semuanya menjadi gelap-gelita.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD