015 -- Betrayal?

That Summer Fantasy

“Donghan!” Donghan menoleh ke arah suara yang memanggil dengan cemas itu. Yongguk yang sedang sibuk membersihkan rumah kucingnya tadi terus berlari keluar setelah mendapat mesej kecemasan yang dihantar melalui DCAM itu.

“Aku tahu. Betul ke apa yang Taedong hyung cakap tu?”

“Tak pasti, better kita pergi bilik mesyuarat sekarang.” Yongguk dan Donghan terus berlari-lari anak menuju ke blok pentadbiran seperti yang diarahkan. Sesampai sahaja di hadapan bilik mesyuarat itu mereka terserempak dengan Kenta dan Nari.

“Hyung, noona, apa dah jadi?!” Bukan main terkejut Yongguk melihat kesan lebam dan luka kecil pada mereka berdua. “Masuk dulu, nanti aku explain.” Balas Kenta.

“Hyung, kau okay?” Donghan sempat bertanya kepada Nari yang kelihatan pucat itu. Nari sekadar mengangguk. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku di kedai aksesori tadi sebenarnya.

“Kapten.” Mereka berempat tunduk hormat sebaik sahaja menyedari kehadiran Kapten Doojoon yang merupakan Ketua Pengarah Keselamatan di akademi tersebut. Sanggyun dan Taedong yang telah pun berada dalam bilik itu duduk di tempat masing – masing. Mereka berempat kemudiannya duduk sebelum Kapten Doojoon memulakan bicara.

“Apa yang dah jadi sebenarnya, Taedong?” Tanya Doojoon.

Taedong menarik nafasnya dalam-dalam sebelum memulakan ceritanya. “Tadi… saya buat kerja kat tempat biasa. Dalam pukul 12 macam tu, Taehyun hyung call. Saya angkat, tapi takde sape yang cakap. Saya rasa tak sedap hati jadi saya terus pergi bilik dia.”

“Lepas tu?”

“Lepas tu… bila sampai kat bilik dia, saya terus masuk bila saya tengok pintu dia tak kunci. Saya nampak… Taehyun hyung terbaring kat sebelah katil dia, berlumuran darah. Saya…” Taedong menahan nafasnya yang turun naik. Badannya menggigil mengenangkan peristiwa yang di alami tadi. “…saya terus lari minta bantuan.”

Nari menekupkan mulutnya, begitu juga mereka yang lain yang betul –betul terkejut mendengar cerita itu. “Siapa…siapa yang serang Taehyun hyung? Jap, Hyunbin mana?” Tanya Sanggyun. Keenam – enam mereka baru perasan Hyunbin tiada dalam bilik itu.

“Thanks Taedong atas penerangan kamu. Kamu semua jangan risau, Taehyun sekarang dah ada kat rehab. Tapi doktor baru sahkan keadaan dia kritikal buat masa ni. Apa yang penting sekarang, saya nak awak semua perhatikan video ni betul-betul.” Kapten Doojoon memainkan satu rakaman CCTV melalui laptopnya yang disambungkan pada projector. Mereka terus memberikan perhatian kepada video tersebut.

“Dalam pukul 11.30, Taehyun masuk dalam bilik dia. Lepas tu…” Doojoon menekan butang fast-forward untuk melajukan video tersebut. “…pukul 11.54, Hyunbin datang dan masuk dalam bilik tu. Dia keluar 5 minit kemudian. Awak cakap awak dapat panggilan dari Taehyun dalam pukul 12 kan?” Doojoon memandang ke arah Taedong.

“Y..ya…” Taedong memeriksa telefonnya. Call log menunjukkan yang dia menerima panggilan itu tepat jam 12.

“Jap. Tuan cuba nak bagitahu kami yang…Hyunbin serang Taehyun hyung?” Kenta memandang tepat ke arah Doojoon. Darah mereka tiba-tiba berderau. Tak mungkin…

“Ini cuma teori. Tapi kami dah periksa semua pintu masuk dan CCTV. Takde tanda-tanda pencerobohan dari pihak luar. Lagipun, awak tahu kan betapa tingginya tahap keselamatan akademi ni? Jadi suspek utama sekarang adalah Hyunbin.”

“APA! No! Tak mungkin Hyunbin sanggup buat macam tu!”

“Sabar Sanggyun. Sekarang ni pun kami tak dapat kesan Hyunbin ada kat mana. Kami dah cari satu akademi ni, tapi… Hyunbin mungkin dah teleport ke tempat lain.” Kenta menumbuk pemegang kerusinya. Lepas satu, satu bala yang datang. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar menandakan ada mesej yang masuk.

“Saya nak pergi cari Hyunbin.” Sanggyun bangun dari kerusinya. “No, jangan Sanggyun. Kita kena stay dalam akademi. Luar sana tu bahaya. Kita tak tahu apa plan Gin sekarang ni.” Kenta cuba menghalang Sanggyun.

“Apa maksud kau, Gin ada rancangan apa?”

“Tadi, kitorang kena serang kat bandar. Mungkin ni salah satu perangkap untuk suruh kita keluar dari akademi ni. Aku yakin yang orang-orang Gin dah tunggu untuk serang kita kat luar sana.” Balas Kenta.

“Betul tu Sanggyun. Biar kami yang cari dia.” Sokong Doojoon.

“Saya tak peduli, Tuan. Saya yakin Hyunbin bukan suspek. Saya nak jugak cari dia.” Sanggyun tak senang duduk mengenangkan apa yang telah terjadi terhadap kawan baiknya itu. “Kenta… aku kecewa dengan kau. Kau co-leader kan, sepatutnya kau lagi pentingkan anak buah kau dari diri kau sekarang—“

“Sanggyun hyung.” Yongguk menegur kekasaran Sanggyun. Tetapi tiada siapa yang sempat menghalang Sanggyun yang tiba-tiba menghilang, entah mana la dia berteleportasi. Nafas Kenta turun naik menahan marah setelah mendengar kata-kata Sanggyun tadi.

“Ada siapa-siapa lagi yang nak pergi…?” Suara Kenta perlahan, tapi jelas dia sedang menahan marah. “Aku tak kisah kalau korang nak pergi. Kalau boleh, aku pun nak jadi orang pertama yang jumpa Hyunbin. Masalahnya sekarang…”

“Saya yang keluarkan arahan untuk kamu semua stay kat sini.” Satu suara mencelah dari muka pintu. Mereka berlima menoleh ke arah Hwang Minhyun, Pengarah Dreamcatcher Academy yang tiba-tiba muncul di situ.

“Tuan Hwang.” Doojoon terus bangun dan berjabat tangan dengan Minhyun. “It’s okay Kapten Yoon. Thank you sebab handle meeting ni. Saya harap pasukan awak boleh pastikan yang Sanggyun dan Hyunbin akan selamat.”

“Serahkan pada saya, tuan. Saya keluar dulu.” Minhyun mengangguk dan Doojoon pun melangkah keluar dari bilik tersebut.

“Maaf tuan, saya tak dapat halang Sanggyun.”

“Takpe Takada. Saya lega awak dengan cik Jung selamat. Pihak akademi dah uruskan dengan pihak polis. Tapi, buat pengetahuan awak salah seorang daripada diorang dah meninggal. Rasanya nama dia Junhoe.” Nari terkedu di tempat duduknya. Mati dah~?

“Kami tak sengaja tuan. Dia cuba serang dengan pisau tadi.”

“Ya, saya dah tengok rakaman CCTV. Jangan risau, saya tahu.” Nari merasakan pandangan Minhyun tepat ke arahnya tetapi Nari sekadar menunduk. “Jadi, mulai sekarang saya tak benarkan mana-mana pelatih keluar tanpa kebenaran saya. Faham?”

“Faham, tuan.” Balas mereka hampir serentak. Sebaik sahaja Minhyun keluar dari bilik tersebut, mereka berpandangan sesama sendiri.

“Aku nak tengok Taehyun hyung.” Kenta terus berlalu tanpa sempat mereka yang lain berkata apa-apa. Taedong mengeluh panjang. Donghan cuba menenangkan Taedong yang masih terkejut itu.

“Noona, noona okay tak? Tak nak pergi rehab?” Yongguk memandang ke arah kakaknya yang duduk bertentangan. Hujung bibir Nari kelihatan biru, kesan ditumbuk oleh Jinhwan tadi. Nari menggeleng. “Noona okay.”

“Hyung, gi la rehat. Tenangkan diri.” Donghan sendiri terkejut bila Minhyun memberitahu yang salah seorang konco Gin terkorban sewaktu mereka berlawan tadi. Dahsyat sangat ke diorang berlawan sampai meninggal?

“Okay.” Nari merasakan mental dan fizikalnya sangat letih sekarang. Mungkin betul cakap Donghan. Dia perlu berehat. Nari terus bangun dari kerusinya.

“Yongguk teman eh?”

Nari mengangguk sebelum mereka berdua berjalan menuju ke pintu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD