023 - Battle Night III

That Summer Fantasy

Nari tersandar pada dinding, memegang perutnya yang senak setelah ditendang tadi. Dadanya berombak kencang. Lawannya, Yunhyeong mempunyai kuasa kekuatan. Silap langkah sikit dia boleh jadi mendiang.

“JUNG NARI! KELUAR!” Suara itu bergema dari penghujung koridor tingkat 1 itu. Nari menahan nafasnya. Entah macam mana dia dan Yunhyeong berlawan, tiba-tiba mereka dah berada di tingkat itu. Nari mengumpul tenaganya sebanyak mungkin sebelum keluar dari tempat persembunyiannya.

“BERANI KAU BUNUH ADIK AKU! AKU AKAN TUNTUT BELA ATAS KEMATIAN DIA!” Suara Yunhyeong semakin menghampirinya. Nari berfikir seketika. Adik? Siapa? Ah, Junhoe ke?

Nari mencapai rantai besi yang kebetulan tersangkut di grill tingkap di sebelah kirinya. Bunyi rantai yang ditarik perlahan itu sampai ke pendengaran Yunhyeong. Dia tersenyum sinis sebaik sahaja dia mengetahui kedudukan Nari.

“Argh!” Dalam kegelapan dengan cahaya samar-samar dari lampu di tingkat bawah, kaki Yunhyeong tiba-tiba dilibas sesuatu. Nari terus bangun dan menghayun rantai besi ke kepala Yunhyeong pula. Dahinya berdarah.

Yunhyeong menahan rantai besi itu daripada dilibas ke badannya buat kali ketiga dan menendang Nari buat kali ke berapa pun dia tak ingat. Nari terjatuh ke lantai tetapi dia sempat memberhentikan masa sebelum rantai besi itu dilibas ke badannya pula. Dia merampas rantai besi itu dari tangan Yunhyeong sebelum dia melilit leher mamat itu dan menariknya dari belakang. Yunhyeong meronta-ronta untuk melepaskan diri.

“Tak...guna kau.” Yunhyeong menggunakan seluruh kekuatan untuk melepaskan diri. Sudah tentu kekuatan Nari tidak setanding dengannya. Dia menghantukkan belakang kepalanya ke muka Nari, membuatkan Nari rasa hidungnya hampir patah. Yunhyeong menarik rantai besi yang melilit lehernya sebelum menoleh. Dia mencekik Nari menggunakan sebelah tangannya.

“Dasar bi*ch. Mampus kau!” Kaki Nari tergantung beberapa inci dari lantai. Nafasnya semakin sesak. Dia meronta untuk melepaskan diri tetapi pegangan Yunhyeong terrlalu kuat dan Nari tak mampu untuk berbuat apa-apa, termasuklah menghentikan masa. Tenaganya sudah di tahap paling rendah.

Someone help…Nari berdoa dalam hati.

CCAK!

Yunhyeong merasakan tangannya tiba-tiba kebas. Sesuatu telah disuntik ke bahunya. Dia melepaskan pegangan membuatkan Nari terjatuh ke lantai. Tak sampai beberapa saat, pipinya ditumbuk dan dia ditendang oleh seseorang. Dia jatuh betul-betul di hadapan Nari.

Nari tercungap-cungap untuk mencari oksigen semula. Pandangannya kabur tetapi dia seperti kenal susuk tubuh yang sedang berlawan dengan Yunhyeong itu.

Kenta.

 


 

Taedong menekan butang ‘Enter’ di papan kekunci beberapa kali. Dia cuba untuk menghapuskan semua data-data sulit yang telah dicuri oleh Gin dari DCA. Dia sebenarnya terkejut melihat data sebanyak itu telah jatuh ke tangan Gin. Patutlah Gin banyak tahu tentang setiap info berkaitan dengan ahli akademi. Takkanlah… ada orang dalam selama ni?

“Serahkan semua data yang kau ambil tu pada aku sekarang.”

Taedong tersentak. Terasa ada muncung pistol terletak di kepalanya. Tetapi bukan itu yang mengejutkan Taedong, sebaliknya suara manusia yang meminta data itu daripadanya. Taedong mengangkat kedua-dua tangannya ke udara. “Takde. Data tu dah takde.”

“Jangan nak menipu.” Pistol yang dihayun ke kepala Taedong itu cepat-cepat ditepis (kenalah dengan kuasa dia: kelajuan). Taedong menyepak kerusi ke arah manusia tersebut membuatkan dia hilang kestabilan. Taedong mencapai pistol yang tercampak ke lantai itu dan mengacu ke arah manusia di hadapannya.

“Tuan?”

Minhyun merenung ke arah Taedong sebelum dia tiba-tiba ketawa. “Taedong… awak rupanya. Saya ingatkan orang Gin tadi.”

“Tuan jangan nak berpura-pura lagi. Siapa tuan ni sebenarnya?” Taedong mengemaskan pegangannya, bersedia untuk menembak pada bila-bila masa. Tetapi Minhyun masih tenang berdiri di hadapannya.

“Hah. Awak ni bergurau la Taedong. Awak ingat saya ni pengkhianat ke?”

“90% daripada data DCA ada dalam tangan Gin. Saya tak rasa benda ni boleh jadi kalau takde orang dalam. Lagipun... kalau takde kerjasama dari orang dalam, tak mungkin Taehyun hyung boleh kena serang. Kenta hyung pun takkan ditangkap!” Kemarahan Taedong tiba-tiba memuncak, nak-nak bila Minhyun tersenyum sinis.

Minhyun menggelengkan kepalanya. “Taedong… no wonder lah, awak memang ahli DCA yang paling genius. Tapi sayangnya, saya terpaksa bunuh awak macam yang saya buat kat family awak yang lain!” Minhyun mengeluarkan satu lagi pistol dari poketnya dan menembak ke arah Taedong. Taedong segera menunduk tetapi salah satu daripada peluru itu mencalarkan bahunya. Dia menyumpah dalam hati.

“TAK GUNAAAAA!”

PANG!

Minhyun memegang dadanya yang ditembusi peluru. Dia rebah tidak jauh daripada abang tirinya, Gin.

“Kenapa tuan…?” Air mata Taedong mengalir. Dia melutut di lantai. “…kenapa tuan yang bunuh keluarga saya? KENAPAA?!” Selama ini, dia sangat mengagumi Minhyun kerana ketegasannya. Dia tidak menyangka Minhyun selama ini menikam belakang mereka.

“Maafkan saya…Taedong.” Minhyun tak sangka, rahsianya akhir terbongkar di hadapan pelajar kegemarannya. Tapi dia tiada pilihan, melainkan mengikuti arahan abang tirinya itu. Minhyun sempat menyesali perbuatannya sebelum dia akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD