002 -- The Clock that Stop Ticking

That Summer Fantasy

“Donghan~ Dah dah la nyanyi dalam bilik air tu. Keluar cepat, nak makan ni. Nari pun dah sampai ni haa.” Nenek membebel sementara Nari membantunya menghidang makanan. Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi air berhenti dan kemudiannya Donghan keluar dengan hanya bertuala. “Cepat gila kau sampai. Mandi kerbau eh?”

“Eh, tak malu ke keluar macam tu? Pergi pakai baju cepat!” Nenek membebel lagi sebelum Nari sempat menjawab. “Eleh, setakat dengan hyung ni nak malu buat apa.” Donghan berlalu ke dalam biliknya.

“Nenek rasa cucu nenek yang sorang ni kena buat pemeriksaan mata lah. Tak pun pemeriksaan otak. Tak habis-habis kata kamu ni lelaki.” Nari tergelak dengan statement nenek tu. “Kan nek. Risau gak saya dengan dia tu.” Kata Nari sambil menggelengkan kepala.

“Eh, nek bau apa ni?” Tiba-tiba bau benda hangus menyapa hidungnya.

“Aigoo~~~ nenek lupa ikan bakar nenek!” Belum sempat nenek berjalan ke dapur…

Berhenti.

Nenek kaku di tempat duduknya. Nari menjeling ke arah jam di dinding. 7:30 dan jarum saatnya terhenti di nombor 9. Dia lalu berdiri dan berjalan ke arah dapur. Memang benar, ikan dalam kuali agak hangus terbakar. Nari memeriksa ke dalam peti ais, masih ada dua ekor ikan yang telah siap disiang. Nari mengambil ikan tersebut dan menggantikan ikan yang telah hangus terbakar tadi. Hmm ni kalau bagi anjing makan pun boleh terkeluar otak ni. Buang je la.

Sepuluh minit kemudian (mengikut pengiraannya), Nari mengangkat ikan yang siap dibakar tadi dan menghidangnya. Dia kemudiannya duduk kembali di tempat asal tadi dan memerhatikan jam di dinding.

Go.

Jarum saat tadi bergerak semula dan nenek kelihatan keliru di tempatnya.

“Kenapa nek?” Tanya Nari.

“Nenek rasa nak buat sesuatu tadi. Tapi apa ya?” Nenek cuba mengingat sesuatu. “Takde apa-apa kot. Ni semua makanan Nari dah hidang. Tunggu Donghan je.” Nari tersenyum kecil.

“Ohh, haa cedok la nasi tu Nari. Ni Donghan ni mana pula dia? Bersiap macam anak dara.”

Nari mencedok nasi ke dalam mangkuk dengan berhati-hati. Control, Nari. Tangannya sedikit menggeletar dan dia tahu itu adalah kesan sampingan sebab dia menggunakan kuasanya lebih dari sepuluh minit tadi.

Ya, kuasa.

Atau orang putih panggil, SUPERPOWER.

Secara logiknya Nari sendiri tak dapat jelaskan macam mana dia boleh mengawal masa seperti itu. Nari mula menyedari tentang hal itu pada suatu hari apabila dia secara tak sengaja menghentikan masa untuk menyelamatkan seekor anak anjing daripada dilanggar basikal yang ditunggang oleh budak-budak nakal. Waktu itu Nari masih di sekolah menengah rendah dan masih menetap dengan keluarganya. Semestinya Nari terlalu takut untuk menceritakan kepada sesiapa termasuklah ahli keluarganya kerana dia takut mereka akan menganggapnya gila.

Gila la. Mana ada manusia yang boleh menghentikan masa. Ye dok?

Tapi setakat ini Nari hanya menggunakan kuasa itu untuk perkara-perkara tertentu dan kebiasannya perkara yang remeh-temeh seperti untuk ke tandas ketika Hyungseob dan Jinyoung tidak mahu menunggunya. Jadi Nari akan menghentikan masa, pergi ke tandas, dan kemudian berjalan saing dengan mereka seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kalau bukan untuk kes kecemasan seperti itu (kecemasan ke tu?), Nari takkan mensia-siakan tenaganya untuk menggunakan kuasa itu.

Dan kerana penggunaan kuasa itu terlalu memakan tenaga jugalah Nari tidak pernah menggunakannya sewaktu exam walaupun dia boleh je hentikan masa dan usha jawapan member sebelah. Dan malam ni Nari berjaya mengelakkan nenek daripada bersusah payah memasak semula ikan memandangkan dari mukanya dia tahu nenek keletihan.

“Wah. Banyaknya nenek masak. Kenapa special sangat ni? Untuk Donghan eh?” Tanya Donghan yang baru keluar dari biliknya dan menyertai Nari dan neneknya di meja makan. Bukan main kuat lagi bau losyen bayi yang dia pakai. Menjaga kulit betul.

“Takdelah. Nari kan nak exam minggu depan. Kenalah makan banyak-banyak, yang sihat-sihat. Tu tengok muka pun pucat je.” Balas nenek. “Okay fine, untuk hyung je la selalu special. Merajuk la camni.” Donghan memuncungkan bibirnya. Eh eh budak ni.

“Alaa, tak yah nak merajuk sangat. Kan nenek masak lauk favourite kamu tu. Makan cepat.” Nenek dengan hebatnya mengambil hati Donghan kembali dengan sup rumpai laut buatannya yang sememangnya sedap. “Yeay~ sayang nenek.” Nari sekadar tergelak melihat sandiwara dua beranak tu.

“Hmm… kenapa ikan bakar ni macam kurang perisa ya? Nenek lupa letak garam ke tadi?”

Gulp.

Siot, lupa letak garam tadi!

“Yeke? Takpelah, kita bagi hyung je makan ikan tawar ni. Dia kan nak exam kenalah makan makanan sihat. HAHAHAHA.” Donghan meletakkan seekor ikan ke dalam mangkuk nasi Nari. Bertuah…punya…Kim Donghan…

“Takpe, Nari pergi ambil kicap eh. Maaflah, dah tua-tua ni kadang-kadang terlupa walaupun benda simple je.” Nari tersenyum tawar mendengar kata-kata nenek.

Nenek-ah…mianhae… :’)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD