FOOL LOVE

FOOL LOVE

chapter 10 : Holiday in Nami island (i)

****

pagi yang indah ditemani bunyi kicauan burung-burung yang berkicauan pada waktu pagi.

Aera yang sedang tidur dibuai mimpi mula membukakan matanya lalu merenggangkan badannya. Dia terdiam sementara,lalu menuruni kakinya dan turun dari katilnya.

Selepas mempersiapkan diri,dia pun mengambil bag bajunya dan membawanya turun. Dia meletakkan bagnya di atas meja ruang tamu. Jam telah menunjukkan 8:30 pagi.

" mana dorang ni? Kata jam 8:30 dah terpacak depan rumah,sesat ke ape? Setahu aku iq dorang takdelah rendah mana pun??," kata hati Aera yang melirik kearah jam tangannya dibahagian pergelangan tangan kanannya.

Hari ini,mereka akan bercuti di chalet milik keluarga Woo jin yang terletak di Pulau Nami. Chaletnya terletak berdekatan dengan pulau tersebut,jadi kawasan tersebut akan kelihatan indah dengan permandangan yang menarik.

Aera pun melabuhkan punggungnya di atas sofa sambil membelek majalah yang berada di atas meja ruang tamu.

Abangnya yang baru sahaja selesai mandi turun dari anak tangga melihat adiknya telah berada di sofa sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala.

" oi...awal siap," kata abangnya lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berada di hadapan adiknya.

"dah dorang suruh bersiap jam 8:30,katanya 8:30 dah terpacak kat depan rumah," balas adiknya sambil membelek majalah.

Beberapa minit menunggu akhirnya woo jin sampai . Dia menekan hon kereta sebanyak dua kali. Mereka membawa 3 buah kereta untuk 11 orang lelaki dan 3 orang perempuan.kereta dorang ni boleh dikatakan besarlah jugak.

Selepas abangnya memasukkan bag pakaian adiknya di bonet,Aera pun meminta izin pergi dengan memeluk abangnya.

"hati-hati naik kereta tu," balas abangnya.

"hmm....baiklah abang," balas Aera.

" Guan lin bawak kereta elok-elok," kata Abangnya lagi kepada guan lin yang menjadi pemandu.

" nee hyung,"

****

Beberapa jam perjalanan,akhirnya sampai di destinasi.

Aera dan rakan-rakannya sebilik. Mereka mula mengemaskan pakaiannya di dalam almari baju.

Malam ini mereka akan memulakan aktiviti BBQ selepas budak-budak lelaki pergi menyandat sotong di laut. Katanya,best.

Ini kali ke-5 mereka semua ke sini. Yang tinggal di sini hanya budak-budak perempuan dan juga jisung,Minhyun,Seungwoo dan Daniel,kerana mereka akan mempersiapkan BBQ di halaman Chalet sebentar lagi.

Sepulangnya budak-budak lelaki yang menyandat sotong di tengah laut,membuahkan hasil. Bukan sotong sahaja di dapati oleh mereka malah,ikan,udang dan ketam juga menjadi bonus hasil mereka turun ke laut.

Tugas Aera dan Daniel membakar bahan basah manakala jisung,hayoung,seungwoo dan Joy pula menyediakan makanan sampingan di meja makan yang di sediakan oleh mereka berenam.

Budak-budak lelaki yang telah membersihkan badan pun muncul dengan penuh semangat. Mereka pun mengambik tempat duduk masing-masing.

Sosej yang telah masak dialihkan ke pinggan oleh Daniel lalu di sajikan di atas meja makan.

" uwwaahhhhhhh...menusuk kalbu bau sosej bakar ni," kata Woo jin.

" nampak sedap je...,nyum nyum," kata Ji hoon.

Selesai itu,masing-masing pun mengambil tempat duduk.

" cheers..," ucap Jisung

" cheers..," balas mereka yg lain.

Maka bermulalah aktiviti mereka yang pertama iaitu BBQ.

-bersambung....

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hard_carryHey
Okay guyss... Siapakah Steven dan Bryan? Korang rasa-rasa siapa ex - Aera ni ye? Kalau korang tahu siapa komen dibawah.

Comments

You must be logged in to comment
madesunrene75ss #1
♥♥♥♥♥