EXO vs 3G: Part 1

Description

EXO merupakan panggilan khusus kepada enam sahabat yang pintar dan tampan, Do Kyungsoo, Oh Sehun, Kim Jongdae, Kim Jongin, Byun Baekhyun dan Park Chanyeol. Manakala 3G adalah kependekan kepada Girls of Geniuses and Gorgeous yang merupakan gelaran kepada enam gadis yang paling intelek dan cantik di sebuah girls middle school di kota Seoul. Enam gadis tersebut ialah Kim Minji, Jung Mirae, Han Insoo, Ahn Nami, Yoo Wonhee dan Kim Junrae. EXO dan 3G ditakdirkan bertemu di Yusan High School apabila mereka mendaftar masuk ke sekolah yang dikhaskan untuk para intelek itu. Apa yang terjadi apabila mereka bertemu? 

Foreword

Part 1: First Meet

Dia melemparkan pandangannya ke luar kenderaan. Kelihatan ramai orang lalu-lalang di kaki lima. Ada yang berpakaian kemeja sambil membimbit beg kerja. Ada juga yang beruniform sekolah sambil menggalas beg di bahu. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Dia tidak mempedulikan babak-babak yang terhidang di depan matanya. Fikirannya lebih menerawang ke tempat lain.

“Ingat, sekolah itu terbaik untuk bakal pewaris WON Group yang disegani di Korea Selatan ini. Kau adalah pewaris tunggalku. Kau semestinya mendapatkan pendidikan terbaik di sekolah terbaik. Jangan cepat selesa dengan prestasimu di middle school. Kau mesti mendapatkan prestasi yang terbaik di Yusan High School. Faham?” Pesanan ayahnya ketika mereka bersarapan bersama pagi tadi tergiang-giang di gegendang telinganya.

Dia menghelakan nafas berat. Dia penat. Penat dengan arahan ayahnya yang terus-menerus menekannya untuk belajar bersungguh-sungguh. Seolah-olah dia memperoleh prestasi yang teruk atau tercorot. Walhal, semenjak dari tadika hingga ke middle school dia selalu mendapatkan tempat pertama. Tapi setiap kali dia mendapatkan tempat pertama, tiada ucapan tahniah dari ayahnya sebaliknya terus-menerus menyuruhnya belajar 24 jam tanpa henti.

“Tuan Muda, ada masalah ke?” Suara pemandu peribadinya, Pak Choi yang juga merupakan penjaganya semenjak dia kecil menghentikan lamunannnya.

“Macam biasa. Papaku. Pak Choi faham-faham je la.” Jawabnya tanpa mahu mengulas lanjut. Dia maklum kalau penjaganya itu tahu yang amat tekanan yang dialaminya disebabkan oleh sikap ayahnya yang terlalu mendesak dan mengarah itu ini. Pak Choi sekadar mengangguk. Selepas itu lelaki 50-an itu diam membisu.

Yusan High School. Itulah nama sekolah barunya. Sekolah berprestij yang berwawasan melahirkan pewaris negara yang terbilang. Hanya pelajar-pelajar yang menyerlah dengan cemerlang dalam akademik sahaja yang diterima masuk ke sekolah berprofil tinggi itu. Dia bimbang andai dia tidak dapat mengekalkan prestasi cemerlangnya di sekolah baru tersebut. Andai itu terjadi, akan murkalah ayahnya nanti. Dia mengeluh berat.

Mujur saja dia berjaya mempengaruhi lagi 5 orang rakannya untuk turut bersekolah di situ. Bukan satu yang mustahil untuk kelima-lima rakannya itu memasuki sekolah berprestij itu kerana mereka berenam merupakan top scorer di sekolah lamanya. Sekurang-kurang keberadaan lima orang rakannya itu dapat mengurangkan tekanan yang dihadapinya.

Dia menoleh lagi ke luar tingkap. Matanya tertangkap pada sebuah kereta mewah hitam yang berhenti di bahu jalan. Lebih kurang 100m dari pintu gerbang Yusan High School. Tidak berapa lama kemudian, seorang gadis beruniform sekolah keluar dari perut kereta tersebut. Gadis itu menundukkan badannya tanda hormat pada pemandu kereta mewah itu lalu berjalan menuju pintu gerbang sekolah berprestij itu. Ternyata gadis itu merupakan salah seorang pelajar sekolah tersebut. Tiba-tiba bibirnya mengukir senyuman penuh makna.

‘Menarik.’ Desis hati kecilnya.

*****

Jari-jemarinya laju menari di atas skrin telefon pintarnya sambil bibirnya mengukir senyuman yang juga diselangi ketawa kecilnya. Pemuda tampan disebelahnya mengerlingnya sekilas dengan hujung mata.

“Apa yang seronok sangatnya?” Tanya pemuda bermata cantik itu.

“Nothing.” Jawabnya pendek.

“Nak kata tengah mesej dengan pakwe, pakwe pun takde.” Omel pemuda tu lagi sambil tangannya cuba merampas telefon pintar si gadis.

“Asal senyum bila tengok handphone mesti nak dikaitkan dengan pakwe. Memang bercinta tu bahagia sangat eh? Sampai senyum tak ingat dunia?” Soal si gadis pula.

Of course!” Semangat si jejaka membalas sambil mengangkatkan keningnya. Gadis itu membalas dengan cebikan.

“Oh ya, orang tengah dilamun cinta.” Kata si gadis sambil menggerakkan anak matanya ke atas. Si jejaka membalas dengan menyekeh kepala si gadis.

Why? Jealous?”Soal si jejaka sambil ketawa keriangan.

Oh, please. Takde maknanya.” Si gadis mencebik lagi. Si jejaka tertawa lagi. Lelaki tua yang duduk di kerusi pemandu sekadar menggeleng-gelengkan kepala melihat ulah dua manusia yang berada di tempat duduk penumpang. Jika dahulu kedua-dua adik-beradik itu bersekolah di tempat berbeza tapi bermula penggal baru ini si adik telah berpindah masuk ke sekolah si abang. Makanya, setiap pagilah lelaki tua tersebut akan menyaksikan adegan ngusik-mengusik dua makhluk bersaudara itu. Lelaki tua itu tertawa kecil.

“Pak Joo, berhenti di depan ‘GS25’ boleh?” Pinta si gadis secara tiba-tiba.

“Kenapa?” Soal si abang pula.

“Aku tak nak budak-budak sekolah ni tahu Oppa abangku.”

“Lah, dah kenapa?”

“Oppa kan pelajar terkenal di sini. Top scorer, pewaris sulung Yusan Group pula tu. Semua pelajar tahu kalau sekolah tu milik Oppa.”

“Milikmu jua.”

“Aku tak nak mereka tahu identitiku. Merimaskan. Di sekolah baru ini biarlah aku mulakan lembaran baru. A fresh start. Gitu.”

A fresh start. Konon.” Si abang mengejek adiknya.

“Tolonglah Oppa! Aku rimas dengan pelajar lelaki yang mengoratku kerana latar belakangku. Tidak kurang juga pelajar perempuan yang bermuka dua. So annoying!

“Tapi temanmu yang berlima itu tahu identitimu kan?”

“Mereka lain. Mereka sudah tahu kemahuanku ini. Takde masalah punya.”

“Baiklah, cik adik manis. Abangmu ini mengerti. Tapi, takkan nanti kita tak boleh berjumpa atau bersembang?”

“Kat rumah sudah.” Jawab gadis itu sambil membuat muka.

“Ala, nanti Oppa rindu pada adik Oppa yang manis ni.” Kata si jejaka pula. Hobinya memang menyakat dan mengusik adik tunggalnya itu.

“Rindu la sangat! Mengada!” Si gadis menghadiahkan tamparan pada lengan abangnya seraya membuka pintu kereta mewah hitam itu. Si abang mengaduh sakit.

“Padan muka!” Kata gadis itu lagi sambil menjelirkan lidah lalu menutup pintu kereta mewah itu.

“Hati-hati ya Cik Muda!” Kata Pak Joo apabila menurunkan cermin tingkap. Si gadis mengangguk lalu membungkuk badan kemudian berlalu pergi.

 

*****

Dia melangkah masuk ke halaman sekolah itu dengan penuh gaya. Wajahnya yang tampan menarik perhatian ramai gadis. Wajahnya memang sangat tampan. Dia memiliki mata yang menggoda, hidung yang mancung, bibir yang nipis, serta berahang tirus. Wajahnya persis model America. Tapi hakikatnya dia hanyalah pelajar sekolah tinggi yang berdarah Korea Selatan. Langsung tiada darah kacukan dalam dirinya. Dari mana wajah tampan itu diwarisi?

“Wow, kacaknya!”

“Macam putera raja!”

“Oh, my prince charming!

“Bakal suami aku!”

“Aku punyalah!”

Suara-suara gadis yang memujinya tidak dihiraukan. Dia berjalan terus tanpa menoleh. Dia melintas sebuah taman mini yang menempatkan beberapa buah meja batu beserta kerusi batu. Taman itu dihias dengan landskap yang cantik dan memukau pandangan mata. Matanya meliar ke segenap hiasan di taman mini itu. Tiba-tiba matanya menangkap seraut wajah yang cantik dan mulus. ‘Cantik’ desis hati kecilnya. Dia terpesona dengan makhluk bernama wanita itu. Dia belum pernah melihat gadis secantik itu. Gadis itu memilik anak mata berwarna coklat hazel, kulit putih gebu, bibir munggil merah jambu dan rambut blonde ikal mayang yang dibiarkan lepas.

 

Gadis itu bangun dari duduknya lalu meninggalkan taman mini itu. Matanya mengikut langkahan gadis itu sehinggalah gadis itu hilang dari pandangannya. Tiba-tiba dia merasakan badannya dilanggar seseorang. Dia terdorong ke depan lalu menoleh. Splash! Air susu kotak tertumpah ke uniform sekolahnya. Dia kaget. Dia melihat gerangan yang terlanggarnya.

“Er, ma-maaf.” Seorang gadis berkaca mata bersuara terketar-ketar. Gadis tersebut bukan sahaja terlanggarnya malahan telah menumpahkan susu ke uniformnya. Darahnya tersirap.

“Kau jalan mata letak mana? Nak kata buta, mata dah empat!” Bentaknya.

“Maaf, saya jalan tak pandang depan.” Gadis itu mengaku silapnya.

“Kalau setakat terlanggar takpe lagi. Ni sekali dengan susu kau tumpahkan!” Dia menghamburkan kemarahannya. Gadis itu terdiam kaku. Dia melepaskan jaketnya lalu melemparkan pada gadis itu.

“Basuh!” Jerkahnya lalu berlalu pergi dengan hati yang masih panas.

*****

Dia memasuki kedai serbaneka ‘GS25’ dan meluru ke ruangan minuman. Dia mencapai dua botol susu pisang lalu menapak ke kaunter. Di keluarkan tiga keping wang berwarna biru dan dihulurkan pada juru wang. Setelah mengambil baki wangnya, dimasukkan empat keping syiling ke dalam dompet biru kegemarannya. Dia berjalan meninggalkan kedai serbaneka tersebut.

Dibukanya penutup botol susu pisang lalu disuakan ke mulutnya. Dia meneguk seteguk dua. Kemudian dia meneruskan langkahnya menuju ke sekolah barunya itu. Di telinganya tersumbat earphone. Dia sedang asyik melayan lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Kpop kegemarannya, SuJu. Dia turut menyanyi kecil. Ternyata dia sedang bermood baik pada pagi itu.

Sambil mendengar lagu dan berjalan, matanya sibuk menatap skrin telefon pintarnya. Sekali-sekala bibirnya tersengih. Dia berada dalam dunianya. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Apabila kakinya sudah memasuki perkarangan sekolah barunya, dia memandang sekeliling seketika. Setelah mengenal pasti arah tujunya, dia berjalan terus dan kembali menatap telefon pintarnya.

Dbuk! Splash!

Dia terlanggar sesorang dan air susu di tangannya tertumpah pada orang tersebut. Dia terkedu. Takut-takut dia mengangkat muka memandang empunya badan. dia dapat melihat seraut wajah yang tegang memandangnya tepat. Dia kecut memandang wajah itu. Pandangannya jatuh pula pada jaket yang sudah dikotori dengan susu pisang kegemarannya. Mukanya cuak.

“Er, ma-maaf.” Suaranya terketar-ketar ketakutan.

“Kau jalan mata letak mana? Nak kata buta, mata dah empat!” Bentak jejaka yang dilanggarnya tadi.

“Maaf, saya jalan tak pandang depan.” Katanya lagi. Berusaha meminta maaf.

“Kalau setakat terlanggar takpe lagi. Ni sekali dengan susu kau tumpahkan!” Dia terdiam kaku. Terkejut digertak begitu. Tiba-tiba sehelai jaket singgah di mukanya. Jejaka itu melemparinya dengan jaket yang telah dikotorkannya.

“Basuh!” Jerkah jejaka tersebut lalu berlalu pergi. Dia terkesima. Dari takut perasaannya berubah geram. ‘Dasar lelaki!’ Hati wanitanya marah.

Are you okay?” Satu suara lembut menyapanya dari belakang. Dia menoleh. Dia mengenali pemilik suara tersebut, teman baiknya sejak dari kecil. Ternyata temannya itu telah menyaksikan semuanya.

Of course, I’m not. He ruined my mood! Egois! Orang dah minta maaf, dijerkah pula.” Dia mendengus marah. Mood baiknya di hari pertamanya di sekolah baru dirosakkan oleh jejaka panas baran tadi.

“Biarkan je la mamat tu. Bukannya akan jumpa dia dah lepas ni.” Temannya cuba menenangkannya.

“Masalahnya dia pelajar sekolah ni! Hopefully dia bukan classmate kita. Kalau tak, baik pindah sekolah. Huh” Hatinya masih panas.

“Harapnya begitulah. Oh ya, di mana nak tahu senarai ahli kelas?”

“Diorang cakap di papan kenyataan utama di lobi Auditorium Yusan.”

“Jom, kita tengokkan nama kita. Harap sangat kita sekelas.”

“Jom.”

“Eh, jaket ni nak tinggal je ke?”

“Tinggal je. Tak kuasa aku nak basuh!”

“Tapi…..” Dia berjalan meninggalkan temannya yang sibuk mempedulikan tentang jaket milik jejaka sombong tadi.

*****

Mereka berjalan beriringan melalui deretan kedai di pekan yang terletak berdekatan dengan apartmen tempat keluarga mereka menetap. Mereka bukanlah adik-beradik. Mereka berjiran. Mereka berjiran sejak beberapa tahun yang lalu. Mereka kurang saling mengenali tetapi ibu bapa mereka sangat mengenali dan rapat. Apabila ibu bapa mereka berdua memutuskan untuk menyekolahkan mereka berdua ke Yusan High School, mereka disarankan untuk pergi dan pulang bersama. Mereka tiada kuasa membantah. Mereka hanya menurut perintah.

“Kenapa kau terhegeh-hegeh nak belajar sama sekolah dengan aku, hah?” Soal si jejaka.

“Siapa nak sekolah dengan kau?” Si gadis menyoal kembali.

“Kau la.” Si jejaka menunjuk ke si gadis dengan kepalanya.

“Tolong sikit. Tak ingin aku!” Si gadis menyangkal keras.

“Haha. Habis tu kenapa kau masuk ke Yusan juga?”

“Sebab kawan-kawan aku. Kami berkawan sejak secondary school. So, kami tak nak berpisah. Seorang pindah, yang lain ikut pindah juga.”

“Macam budak-budak!” Ejek si jejaka.

“Suka hati kau nak kata apa.” Si gadis malas nak bertekak lagi. Si jejaka tertawa mengejek. Mereka terus berjalan sehingga ke hentian bas.

Setelah lima minit menunggu bas, bas pun tiba dan mereka menaikinya. Sekitar lima belas minit kemudian, mereka tiba di hentian bas yang terdekat dengan sekolah baru mereka. Lalu mereka menuruni bas tersebut.

“Kau nak jalan dulu atau aku?” Soal si jejaka tiba-tiba.

“Terserah.” Kata gadis tinggi lampai itu lalu berjalan meninggalkan si jejaka terpinga-pinga.

“Ceh, aku pun tak nak jalan dengan kau la.” Si jejaka berkata sendirian. Si jejaka memulakan langkahnya sambil tertawa melihat si gadis yang semakin jauh meninggalkannya.

Dari jauh dia dapat melihat seorang gadis kecil comel mendekati jirannya itu. Gadis kecil itu menyapa jirannya dan mereka berdua tersenyum dan tertawa. Kemudian kedua-dua gadis itu, jirannya dan gadis kecil, berjalan beriringan menuju sekolah mereka. ‘Comel’ Hatinya bermonolog sendiri.

*****

Dia memarkir motorsikalnya di tempat parkir. Ditanggalkannya helmet dari kepalanya. Diletakkan helmet itu di atas motorsikalnya lalu berlalu meninggalkan tempat parkir. Dia berjalan menuju bangunan yang terlekat megah logo kebanggaan Yusan High School. Dari jauh dia melihat tiga sosok tubuh yang amat dikenalinya.

“Hyung!” Dia melambaikan tangannya sambil tersenyum riang. Tiga jejaka berkalih pandang ke arahnya apabila dia memanggil mereka. Kemudian mereka berempat berjalan menuju kearah masing-masing.

“Hey, bro!” Sapa seorang daripada tiga jejaka tersebut sambil menepuk bahunya. Dia tersengih.

“Dah ready untuk menempuh kehidupan baru di Yusan?” Soal seorang lagi sambil tersenyum dan menampakkan lesung piptnya yang comel.

“Haha. Entahlah. Mungkin ya. Mungkin tak.” Jawabnya berseloroh. Ketawa berderai.

“Mana budak-budak lain?” Seorang lagi yang diam dari tadi pula bertanya.

“Oh, belum jumpa diorang. Baru sampai je ni. Kitorang dah janji nak jumpa di Auditorium Yusan.”

“Selamatlah ye.” Ternyata tiga jejaka tersebut merupakan seniornya sejak middle school. Dan kini dia dan rakan-rakannya mengikut jejak langkah tiga orang senior mereka dengan memasuki Yusan High School.

“Kenapa?” Dia mengerutkan muka tak faham.

“Kau tau kan persaingan sengit antara para genius di sekolah ini?”

“Oh.” Dia terlongo.

“Melainkan kau termasuk dalam kalangan top fifteen sejak awal.”

Top fifteen?” Dia mengerutkan dahi. Tidak memahami.

“Atau kata lainnya student of upper elit class, kelas Alpha.”

Dia mengangguk mengerti. Lalu tersengih. Meskipun dia merupakan di antara pelajar pintar di sekolah terdahulunya, tapi di sekolah berprestij yang mengumpulkan para intelek, dia tidak dapat memastikan kalau dia layak menjadi dalam kalangan top fifteen itu.

*****

Kereta mewah silver yang berkilat itu meluncur laju memasuki perkarangan Yusan High School yang luas dan kondusif itu kemudian berhenti di hadapan bangunan utama sekolah itu. Pintu kereta bahagian penumpang terbuka dan seseorang lelaki keluar dari perut kereta dengan penuh gaya. Pelajar-pelajar yang berada sekitar bangunan utama itu memandangnya dengan pandangan teruja dan kagum. Pelajar lelaki tersebut memberi senyuman ramah kepada semua orang. Terutamanya pada semua pelajar perempuan yang berada di situ. Dia juga tidak lupa menghadiahkan kenyitan matanya yang menggoda pada para gadis. Dia berjalan penuh keyakinan memasuki bangunan yang gah itu. Dia suka menjadi perhatian para gadis.

Tiba-tiba seorang gadis berjalan melintasnya sambil membaca buku di tangan. Gadis itu berhenti seketika di hadapannya. Gadis itu mendongak melihat sekeliling. Kepalanya tertoleh-toleh seperti mencari sesuatu. Kemudian gadis itu terangguk lalu berjalan menuju pintu masuk bangunan di hadapannya. Dia terkesima seketika dengan perilaku gadis tersebut. Tanpa disedarinya, dia menarik lengan gadis itu. Langkah gadis tersebut terhenti. Gadis itu menoleh.

“Yes?” Soal gadis itu. Dia memandang wajah milik gadis itu. Comel. Hatinya berdesis. Gadis itu bermata bulat. Berhidung mancung dan berbibir kemerahan. Dia terkaku dengan seraut wajah itu.

“Ada apa yang boleh saya bantu?” Ulang gadis itu sambil melambaikan tangan di hadapan matanya. Dia tersedar dari lamunan.

“Oh, nothing.” Jawabnya. Dia jadi malu sendiri. Orang di sekeliling memandangnya pelik. Gadis itu mengisyaratkan agar dia melepaskan lengan gadis itu.

“Oh, sorry.” Dia tersengih sumbing. Gadis itu sekadar mengangguk dan berlalu pergi meninggalkannya yang sedang menanggung malu. Satu perasaan bertandang ke hatinya. ‘Aneh, dia langsung tidak terpukau dengan pesona aku. Gadis unik!’ Hatinya berdesis. ‘Semoga tuhan mempertemukan aku dengannya lagi.’ Hatinya bermonolog nakal lagi.

*****

Dia berjalan penuh semangat menuju papan kenyataan yang menjadi tumpuan ramai. Sesak. Suasana depan papan kenyataan tersebut sangat sesak. Dia merungut kecil. Dia meneruskan langkahnya. Dia menolak seorang gadis yang turut bersesak di hadapan papan kenyataan yang berada di tengah-tengah. Papan khas itulah yang terkandung senarai nama pelajar-pelajar kelas Alpha, kelas untuk top fifteen.

“Aduh, sakit lah!” Gadis itu mendengus lalu berkalih memandangnya. Dia memandang gadis itu sekilas.

“Kenapa?” Dia bertanya bodoh.

“Amboi, boleh tanya lagi?” Gadis cantik itu mencengkakkan pinggangnya.

“Aku cuma nak tengok senarai nama pembahagian kelas je.” Jawabnya tak acuh.

“Semua orang nak tengok. Bukan kau seorang je. Sabar boleh?”

“Kau pun apa kurangnya. Tak sabar juga.”

“Tapi aku tak tolak orang!”

Whatever. By the way, apa guna kau tengok senarai di papan khas ni? Kau yakin ada nama kau?” Dia bertanya dengan nada memperlekehkan. Gadis itu mengetap bibirnya. Geram.

And how about you? Kau yakin nama kau ada?”

“Okay, kita tengok nama siapa ada. Nama siapa takde.” Lalu dia mengarahkan semua pelajar memberi laluan kepadanya.

“Apa nama kau?”

“Aku boleh cari sendirilah.” Lalu gadis itu tercegat di hadapan papan kenyataan itu sambil matanya melilau mencari namanya. Dari atas ke bawah.

“Ini namaku.” Jari telunjuk gadis itu menunjukkan sebaris nama. Nama milik gadis jelita itu.

“Puas hati?” Kemudia gadis itu berlalu pergi tanpa dia sempat merespon. Dia terkedu seketika. ‘Wow, dia salah seorang dalam top fifteen! Dan aku?’ Matanya mula melilau mencari namanya. Seminit kemudian dia tersenyum. ‘Wah, kami sekelas. Menarik!’ Dia tersengih jahat. Sepertinya dia mempunyai niat buruk terhadap teman sekelas yang baru dikenalinya itu.

*****

Lima gadis sedang berborak sambil bergelak tawa di dalam sebuah kelas yang agak mewah dan kondusif. Di pintu kelas itu terlekat perkataan ‘Alpha-1’. Ya, kelima-lima gadis tersebut merupakan di antara top fifteen bagi pelajar-pelajar tahun satu Yusan High School.

“Mana Wonhee ni?” Salah seorang dari mereka mengomel. Di tag namanya tertulis ‘Jung Mirae’. Dia paling kecil dan pendek dalam kalangan gadis berlima itu.

“Nanti dia sampai la tu. Tersesat kot.” Gadis yang paling jelita bersuara. Dalam kalangan mereka berlima, dia paling cantik. Sejak mereka dari secondary school lagi gadis yang bernama Han Insoo itu merupakan paling cantik dalam kalangan mereka.

“Kelas paling popular ni pun boleh tersesat ke?” Soal si gadis berkaca mata berseloroh. Namanya Kim Junrae. Gadis yang sangat ceria dan peramah.

“Mungkin saja.” Seorang lagi gadis mencelah dengan nada tenang. Gadis yang sentiasa kelihatan cool and steady itu merupakan pemilik kepada sebaris nama ‘Kim Minji’.

“Wonhee kan. Tau-tau je la dia.” Tokok si tinggi lampai, Ahn Nami namanya. Dia yang paling tinggi dalam kalangan mereka. Mungkin atas faktor dia dibesarkan di kota London?

“Oi, sedap mulut mengata!” Satu suara merdu menyapa. Yoo Wonhee muncul di depan pintu kelas. Dia berjalan memasuki kelas dengan bercekak pinggang.

“Mana ada mengata. Kenyataan.” Balas Nami lagi.

“Kau tersesatkan?” Tambah Insoo.

“Mana ada!” Wonhee menyangkal lagi. Kemudian ketawa mereka berderai.

“Perempuan jenis apa ketawa berdekah macam tu?” Muncul jejaka tinggi lampai bertelinga capang dari muka pintu. Keenam-enam gadis itu terdiam lalu memandang ke arah si tinggi bertelinga capang yang mengenakan tag nama ‘Park Chanyeol’.

“Hai, girls. Eh bukan, hello classmates!” Muncul Byun Baekhyun dari sebalik pintu lalu tercegat disebelah Chanyeol. Kini enam pasang mata melirik kepada pemuda yang periang itu. Setelah itu, muncul pula empat lagi jejaka satu persatu memasuki kelas ‘Alpha-1’. Ya, mereka ialah Oh Sehun, Kim Jongin, Kim Jongdae dan yang terakhirnya Do Kyungsoo. Kesemua mata saling memandang. Dan setelah itu, Junrae, Nami, Wonhee, Insoo, Baekhyun, Sehun, Jongdae, Kyungsoo dan Chanyeol membeliakkan mata mereka.

‘Kenapa dia di sini?’

‘Dia sekelas denganku?’

‘Kenapa mesti dia?’

‘Oh tidak, selepas ni hari-hari akan berjumpa dengannya!’

‘Wah, dia teman sekelasku, menarik sekali!’

‘Oh tuhan, kenapa mesti bertemu dia?’

Hati mereka bermonolog dalam kebisuan. Kelas ‘Alpha-1’ menjadi sepi. Sunyi.

 

TBC

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet