EXO vs 3G: Part 2

EXO vs 3G: Part 1

Part 2: Students of Class Alpha-1

Kelas Alpha-1

"Morning. yeorobun." Satu suara menyapa dari pintu kelas. Seorang wanita berpakaian kemeja kelabu dan berskirt hitam paras lutut melangkah masuk ke kelas yang terkenal dengan jolokan kelas top fifteen. 

"Apa yang kalian buat berdiri tercegat macam ni? Ambil tempat duduk masing-masing." Kata wanita itu apabila melihat para pelajarnya yang masih berdiri di depan kelas dan kerusi-kerusi masih belum berpenghuni. Seraya itu keenam-enam jejaka itu menapak ke tempat duduk pilihan masing-masing. Mereka lebih memilih dua barisan di bahagian belakang. Manakala lagi enam gadis pula bergerak memenuhi dua barisan di bahagian hadapan. Di barisan paling hadapan, dari kanan kelas, Yoo Wonhee, Jung Mirae dan Kim Junrae. Barisan kedua, dari kanan, Han Insoo, Kim Minji dan Ahn Nami. Di barisan kedua dari belakang, dari kanan, Byun Baekhyun, Do Kyungsoo dan Kim Jongdae. Barisan paling belakang, dari kanan, Oh Sehun, Park Chanyeol dan Kim Jongin.

"Keureom... let's start our class. My name is Ms. Bae Jihye. I'll be your homeroom teacher and I'll teach English subject." Ms Bae Jihye atau Bae Seonsaengnim memperkenalkan dirinya. 

"Congratulations to all of you! And I bet all of you are the most geniuses among first year student since all of you were placed in this class. Alpha class. Okay, let's do some introductions. I know you not know each other yet, right? When I call your name, please come in front of the class and introduce yourself. And please, not a simple introduction but an interesting one. Understand?" Arahan Bae Seonsaengnim disambut dengan anggukan dan ungkapan "Ne."

"Kim Minji." Lalu pemilik nama itu bangun dari tempat duduknya dan melangkah ke bahagian hadapan kelas.

"Hello and Good Morning everyone. My name is Kim Minji. I just an ordinary girl that wish to be someone that can make my family proud of me. I love travelling and I wish to tavel around the world by myself and share my experiences with others. Last but not least, if you want to be friend with rich and y girl, I'm sorry, I'm not. Thanks." Kata Minji kemudian membongkokkan badannya tanda hormat kemudian tepukan gemuruh kedengaran memenuhi ruangan kelas.

"Good introduction. Any questions anyone?" Ms Bae bertanya pada ahli kelas yang lain.

"Namchin isseoyo?" Soal Baekhyun dengan senyuman nakal. Soalannya disambut dengan usikan nakal dari teman-temannya yang lain.

"Nope untill I graduate from here." Minji menjawab malas. Malas melayan persoalan percintaan dan seangkatan dengannya. Menjadi prinsipnya untuk tidak melibatkan diri dengan soal hati dan perasaan sehinggalah dia tamat zaman persekolahannya. Jawapan Minji yang sedikit tegas itu disambut dengan pelbagai reaksi. Rakan-rakan Minji yang berlima sekadar tertawa. Manakala Baekhyun membuat reaksi terkejut. Begitu juga dengan beberapa jejaka yang lain.

"Okay, next person, Do Kyungsoo." Belum sempat Baekhyun bersuara lagi, Ms Bae sudah bersuara. Ms Bae tidak mahu sesi usikan itu diteruskan. Kemudian Kyungsoo bangun dan menapak ke hadapan dengan penuh keyakinan. Lima orang rakannya yang lain bersorak kepadanya.

"Kyungsoo-yaaaa" Laung Chanyeol dari belakang kelas.

"Uri Kyungsoo-yaaaa" Tambah Jongdae yang turut disertai oleh Baekhyun. Suasana bertambah  riuh dengan tepukan dan sahutan dari Sehun dan Jongin. Gadis berenam hanya menggelengkan kepala. Sebaik sahaja berdiri di hadapan kelas, Kyungsoo memberi pandangan maut kepada kelima-lima rakannya agar diam dan menghentikan laungan dan sahutan yang tiada faedahnya. Demi melihat pandangan tajam Kyungsoo, mereka berlima terus senyap. Apabila para jejaka terdiam dengan isyarat itu, para gadis tergelak kecil. 

"Hello and Good Morning. My name is Do Kyungsoo. I'm an only child. I only have my five precious friends as my sibling. I love to cook as my therapy when I'm stress or depressed. I'm not a good cook but I love to see people eating what I cook. If you want to eat anything, do tell me, I can cook for you.Thanks." Kyungsoo mengakhiri kata-katanya dengan seulas senyuman yang manis yang disambut dengan tepukan gemuruh dari para pelajar lain.

"Wah, what a good man. I wish to eat your cook, Kyungsoo." Komentar Ms Bae. Kyungsoo mengangguk sopan sambil senyuman manis masih menghiasi bibirnya.

"What is your ideal type Mr Do?" Kini giliran Chanyeol pula mengajukan soalan berbaur usikan kepada teman sepermainannya itu. Kyungsoo menjawab dengan death glare. Reaksi Kyungsoo disambut gelak tawa teman-temannya. 

"Enough boys. Okay, next person, Han Insoo."Insoo segera bangun dan melangkah ke depan. Sepasang mata tidak henti-henti memerhatikannya. Pemilik sepasang mata itu sudah jatuh cinta pandang pertama padanya. 'Han Insoo... nama yang cantik secantik tuannya.' Hati empunya sepasang mata itu berkata. 

"Good Morning everyone. My name is Han Insoo. You can call me Insoo. I love fashion and I wish to be fashion designer and have my own fashion brand. But it doesn't mean I'm trendy person because I have my own preference about fashion and I don't like to follow trend merely. That's all about me. Thanks." Insoo memperkenalkan dirinya secara ringkas. Kemudian tepukan gemuruh bergema lagi.

"Nice. Make sure tell me when you successfully become a fashion designer in future. Okay, Ms Han?" Ms Bae mengulas ringkas. Insoo mengangguk sedikit. 

"Okay next, Ahn Nami." Kemudian gadis tinggi lampai itu bangun dan menuju ke hadapan kelas.Ms Bae sengaja tidak memberi ruang untuk sesi soal jawab kerana dia pasti akan ada pelajar lelaki yang akan bertanya soalan dengan tujuan untuk menyakat.

"Morning everyone. My name is Ahn Nami. I was born in London and grew up there. I just returned to Korea when I was 13 years old. But don't worry, I still can speak Korean fluently. I love Mathematics and I'm aiming to be a great Mathematicians. That's all. Thank you for the attention." 

"Great job, Ms Ahn. Let's see if you can still score the highest in Mathematics after this." Kata-kata Ms Bae disambut gelak tawa oleh para pelajar.

"I'll try my best." Nami berkata yakin.

"Okay next, Kim Junrae." Ms Bae memanggil nama KIm Junrae sambil ketawanya yang masih bersisa. 

"Good morning everyone. My name is Kim Junrae. I'm the second and also the youngest in my family. My dad is a surgeon and my mom is a lecturer. I love Science and I wish to be a surgeon or a lecturer just like my parents. Therefore, I'm aiming to enter medical school after graduate. Do pray for me. Thanks." Junrae menghabiskan ayatnya dengan senyuman. Tanpa sengaja, matanya terpandang seraut wajah yang membuatkan senyuman dibibirnya mengendur. 'Kenapala aku kelas dengan dia? Aish.' Rungut hatinya pula. Tidak semena-mena pemilik wajah itu memandangnya lalu menghadiahkan senyuman sinis dan pandangan tajam kepadanya. Segera Junrae mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain.

"Good job doctor to be. Okay, next person, Oh Sehun." Si jejaka tampan persis model itu seraya meninggalkan kerusinya dan berjalan ke hadapan kelas. 

"Morning everyone. My name is Oh Sehun. My father is President Oh Sejung of OHana Hotel. You guys know him right? And of course, I'm the next successor of that the most luxurious hotel. That's all. Thank you."

"Wow, what a handsome successor." Kata Ms Bae sambil menepuk tangannya. Sehun sekadar melerekkan senyuman bangga.

"Next, Yoo Wonhee." Kini giliran Wonhee pula memperkenalkan diri.

"Hello and Good Morning guys. My name is Yoo Wonhee. Nothing special about me. I'm only a girl that blessed with five girls as my besties. They're not only besties but they also just like siblings to me. They're my precious Minji, Mirae, Junrae, Insoo and Nami. That's all. Thanks."

"Ouh, you girls already know each other?" Tanya Ms Bae sebaik sahaja Wonhee selesai memperkenalkan diri.

"Yes, Ms Bae." Kata Mirae dan diikuti dengan anggukan dari gadis-gadis yang lain.

"Wah, great to be in same class, right?" Kata Ms Bae tertawa. Para pelajar perempuan mengangguk lagi. Mengiakan.

"Okay, next, Kim Jongin." Kemudian jejaka yang berada di barisan paling belakang dan paling kiri bangun.

"Hello guys. My name is Kim Jongin. But you can call me Kai. Why Kai? I also don't know. My specialty is dancing and of course I love dance. And girls, if you wish to dance with me, tell me, I'll grant your wish." Kata Jongin sambil menghadiahkan senyuman menggodanya. Tapi malangnya para pelajar perempuan memberikan respon tidak berminat. Kesian Kai. Dia fikir gadis berenam itu akan tertarik dengan senyumannya itu? Ternyata, dia silap.

"I wish I can dance with you, Mr Kim or Kai." Seloroh Ms Bae pula. Kemudian kelas itu dihiasi gelak tawa para pelajar. Setelah itu, nama Kim Jongdae dipanggil dan pemilik nama itu menapak ke depan kelas.

"Hello everyone. My name is Kim Jongdae. I'm not a prince or a successor but I'm a great singer. I always win in any singing competition. I wish to be a great singer and released my own album. That's all, thank you."

"Can you sing a short phrase Mr Kim?" Ms Bae membuat permintaan. Jongdae mengangguk lalu menyanyikan sebaris dari lagu kegemarannya. Semua yang berada dalam kelas itu seolah-olah terpukau seketika dengan pesona suaranya yang unik itu. Sebaik dia menyudahkan nyanyiannya, semua yang berada dalam kelas itu bertepuk tangan. Sememangnya kemampuan vokalnya tidak dapat disangkal lagi. He is a great singer!

"Uwaaa... Your voice is really great. You can be a great singer one day. Believe me!" Puji Ms Bae penuh keterujaan. Sebaik sahaja Jongdae kembali ke tempat duduknya, nama Byun Baekhyun dipanggil. Jejaka kacak itu segera melangkah ke hadapan kelas.

"Hello everyone! My name is Byun Baekhyun. Baek-Hyun. Some people call me Bacon. I'm the third generation of Geum Group. The third powerful chaebol after Yusan Group and WON Group. And Chairman Byun Bong Hoon is my beloved grandfather. Also, before I forgot, we have WON Group's successor as our classmate. Who is he? Let's find it by yourself. Haha. And one more thing, I'm single." Kemudian Baekhyun mengenyitkan matanya setelah selesai berkata-kata.

"Wah, how many successors in this class? Jackpot! You know in class Alpha-3 also have a successor. Yusan Group successor! All successors are geniuses!" Ms Bae mengomel penuh keterujaan. Siapakah pewaris WON Group yang dimaksudkan oleh Baekhyun?

"Next, Jung Mirae. Are you also a successor?" Ms Bae berjenaka lagi dan disambut dengan tawa dari para pelajar. Mirae sekadar menggeleng dalam tawanya masih bersisa. Mirae kelihatan sangat comel dengan ulahnya itu. Keletahnya diperhatikan oleh seseorang jejaka. Jejaka itu tersenyum riang.

"Hai everyone. My name is Jung Mirae. I'm not a successor. But my father is a Korean soldier and my mother is a Japanese. I'm mixed. I can speak both Korean and Japanese. If you want to learn Japanese, I'm glad to teach you. That's all."

"Wah. Ohaiyo Mirae-chan. Watashiwa Bae Jihye desu." Kata Ms Bae.

"Ohaiyo Bae-sensei. Watashiwa Jung Mirae desu." Jawab Mirae sambil tersengih. Comel.

"Haha. Hai, arigatou Mirae-chan." Kata Ms Bae sambil tertawa.

"Hai, arigatougozaimasu." Balas Mirae pula. Ms Bae tertawa lagi.

"Ok, last person, Park Chanyeol." Kemudian jejaka bertelinga capang itu bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke hadapan kelas.

"Hello guys! Since I'm the last, let me speak more...." Belum sempat Chanyeol menghabiskan kata-katanya, Jongdae menyampuk.

"No. You will talk nonstop." Kata Jongdae. Dan dipersetujui oleh yang lainnya. 

"Haha. Make it simple but interesting, okay?" Ms Bae pula bersuara.

"Okay, I will..." Chanyeol mengalah sambil membuat muka.

"My name is Park Chanyeol. You can call me Channie or Yeollie. I love animal so I have pets. I have two puppies and their name is Kyungie and Baekkie. Kyungie is very cute just like Kyungsoo because it have a round eye. Baekki also very cute just like Baekhyun. Thats why I put their name as Kyungie and Baekki." Chanyeol menghabiskan celotehnya dengan senyuman lebar penuh kebanggaan.

"Yak! Chanyeol! Kau guna nama aku untuk anjing kau? Mwo?" Tiba-tiba Baekhyun bersuara marah. Kyungsoo juga turut memberikan lirikan mata maut pada si telinga capang itu.

"Haha. They just look like both of you. So cute. Neomu kwiyeowo. Kyungi and Baekki. Isn't the names are cute too?" Chanyeol ketawa suka hati. Pelajar-pelajar lain dan Ms Bae turut tertawa dengan telatah Chanyeol.

"Yes. They're cute names. Okay, you can go back to your seat Mr Park." Komentar Ms Bae sambil menyuruh Chanyeol kembali ke tempatnya. Ketika Chanyeol melalui di antara tempat duduk Baekhyun dan Kyungsoo, Baekhyun menumbuk lengannya manakala Kyungsoo menahan kaki Chanyeol dengan kakinya. Hampir-hampir saja Chanyeol jatuh tersungkur. Baekhyun ketawa geli hati melihat Chanyeol yang hampir jatuh manakala Kyungsoo membuat muka tidak bersalah. 

"Okay, everybody already done with the introduction. As you know, usually Alpha class will have fifteen students. But for your batch, just twelve of you had made it. So, it will be only twelve students in this class." Jelas Ms Bae.

"And of course, each class must have class president and the vice president. I want a boy to be the president and a girl for the vice president. Any suggestions?" Tambah Ms Bae lagi. Kelas menjadi sepi seketika. Mereka saling memandang.

"Of course the best candidate for the class president is our Kyungsoo." Tiba-tiba Jongin bersuara. Mata Kyungsoo yang sememangnya bulat bertambah bulat mendengar usulan Jongin.

"Okay. Agreed." Belum sempat Kyungsoo membantah, Baekhyun pula mencelah.

"Me too." Chanyeol dan Jongdae berkata serentak. Sehun pula memberi persetujuan dengan anggukan.

"I'm not." Kyungsoo membantah. 

"Okay. Do Kyungsoo you'll be the class president since everyone agree with it. No objection." Ms Bae memutuskan dan Kyungsoo terpaksa akur dengan keputusan itu.

"Suggestion for the vice president.?" Soal Ms Bae sambil memandang keeenam-enam pelajar perempuan. 

"I think Kim Minji is the most suitable one." Nami memberi cadangan sambil memandang kearah Minji. Minji tidak menunjukkan apa-apa reaksi. 

"We agreed." Tokok Insoo dan diikuti dengan anggukan Mirae, Junrae dan Wonhee.

"Are you okay with that, Ms Kim?" Ms Bae bertanya untuk mendapatkan persetujuan dari Minji.

"I wish I can say no, Ms Bae. But, of course I can't, right?" Minji menjawab sambil memandang wajah Ms Bae dengan maksud tersirat. 

"Okay then. I understand. So, you'll be the vice president." Kata Ms Bae pula dengan riak muka seolah-olah dia mesti mematuhi kata-kata Minji. Tapi kenapa? Sedangkan dia adalah guru dan Minji adalah muridnya.

******

Waktu rehat

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula. Mr Song Shinwoo, guru matapelajaran Biologi baru sahaja meninggalkan kelas Alpha-1. Untuk hari pertama persekolahan itu, semua kelas hanyalah diisi dengan sesi perkenalan diri dan pengenalan kepada silibus yang akan dipelajari. Mereka pun sudah boleh menghafal nama setiap orang rakan sekelas mereka. Kini hanya enam gadis itu sahaja yang berada di dalam kelas itu. Lagi enam jejaka terus sahaja meninggalkan kelas sebaik sahaja Mr Song keluar dari kelas sebentar tadi.

Tit. Tit. Telefon pintar Junrae berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Dia mencapai telefon pintarnya yang nipis itu. Lalu dibaca mesej yang diterima.

 

Sender: My Oppa

'Annyeong uri dongsaeng! Bogosipeo.... Can we meet? Jigeum.'

 

Junrae membaca mesej itu sekilas kemudian mendengus kecil. Lalu dia membalas mesej itu.

 

To: My Oppa

'Wae? For what? Eodi-e?'

 

Tak lama kemudian, handphonenya berbunyi lagi. Tit. Tit.

 

To: My Oppa

'Ada la... Di kelas Oppa. Araci?'

 

Kemudian Junrae membalas lagi.

 

To: My Oppa

'Ne. Coming.'

 

"Girls, jom lunch. Baegopa..." Suara Wonhee merengek kelaparan sambil menuju ke meja Minji.

"Kaja!" Sahut Mirae sambil memusingkan badannya menghadap Minji yang duduk di belakangnya.

"Mwo meog-eo?" Insoo pula bersuara sambil memandang kawan-kawannya yang lain.

"Jjajangmyeon. Eotte?" Cadang si Nami yang kini sudah meninggalkan tempat duduknya dan berdiri di sebelah tempat duduk Mirae. 

"Girls, mian... an meog-eo." Junrae pula bersuara. Nampaknya dia terpaksa meluangkan masa rehatnya bersama abangnya yang seorang itu. 

"Wae?" Soal Minji pula.

"Jun Oppa nak jumpa kau eh?" Tebak si Wonhee.

"Ne. Entah dia nak apa. Sibuk je mamat sorang tu. Haih." Junrae membebel sendiri. Bebelannya disambut dengan ketawa oleh rakan-rakannya.

"I think he wants to eat lunch with you. What a romantic brother."Komentar Nami dengan Englishnya yang berslang British.

"Romantic sangat." Junrae mengajuk sambil buat muka.

"Sokay, just go my dear Junrae." Insoo pula bersuara. 

"Kirim salam kat Jun Oppa eh?" Sengih Wonhee.

"Gatal!" Junrae menjegilkan matanya. 

"Well, bukan ke Jun Oppa suka kat aku?" Semakin galak Wonhee menyakat Junrae. Wonhee sangat maklum kalau Junrae cukup pantang kalau ada yang ingin mengorat abang kesayangannya tu. 

"Jangan nak perasan! And lagi satu, jangan panggil Jun Oppa boleh tak? Geli aku. Dahla nama aku pun ada 'Jun' jugak. Macam kau panggil aku Jun Oppa pula. Eei, geli lah!" Semua rakannya tertawa mendengar omelan Junrae terutamanya Wonhee. Seronok barangkali mengusik si Junrae.

"Dahlah, jom gi kafeteria sekarang. Nanti masa rehat tamat. Tak merasa Jjajangmyeon pulak kang." Minji bersuara sambil bangun untuk meninggalkan kelas. Kesemua rakannya mengekorinya meninggalkan kelas itu. Junrae turut meninggalkan kelas tapi arah tujuannya bukanlah kafeteria.

"Tak dapat Jjajangmyeon, dapat Junmyeon pun takpe." Insoo pula bersuara dan disambut dengan ketawa teman-temannya. Mendengarkan hal itu, Junrae segera mencubit lengan Insoo. Ketawa mereka berderai lagi.

*****

Kafeteria Yusan

Kafeteria yang luas dan memiliki desain yang mewah dan kontemporari tu dipenuhi dengan para pelajar yang sedang menikmati makan tengah hari. Kelihatan enam susuk tubuh sedang menghampiri sebuah meja makan sambil menatang dulang makanan masing-masing. 

"Guys, apa pendapat korang pasal budak perempuan berenam tu?" Tanya Jongin sambil meletakkan dulang makanannya di atas meja makan lalu duduk di kerusi.

"Budak perempuan berenam?" Soal Baekhyun sambil melabuhkan punggung di sebelah Jongin dan kepalanya menoleh sekilas pada rakannya itu. Keliru.

"Classmates kita tu la Bacon oi." Jawab Jongdae. Dia mengambil tempat duduk di hadapan Baekhyun.

"Takkan dah nyanyuk kot." Chanyeol pula menyampuk selepas dia meletakkan makanan di sebelah Baekhyun. Baekhyun mencebik geram.

"Oh, diorang tu ke? Diorang bukan budaklah. Dah umur 17 tahun dah pun." Kata Baekhyun pula sambil menjuihkan bibirnya.

"Tak kisahlah umur berapa pun. Yang pasti aku maksudkan diorang lah. What you guys think?" Jongin mengulang soalannya.

"Mmm. Bijak?" Chanyeol menjawab.

"Bijak tapi kurang ajar buat apa." Sehun pula bersuara dengan suara mendatar.

"Kurang ajar? Siapa? Kenapa?" Jongdae pula bertanya penuh persoalan.

"Malas aku nak ingat." Jawab Sehun sambil menyuap nasi ke mulutnya.

"Cis. Takyah sebut kalau taknak cerita." Kata Baekhyun geram.

"Tapi... Kau kenal ke diorang tu Sehun?" Chanyeol pula bertanya.

"Tak. Dan tak ingin pun nak kenal." Balas Sehun dengan muka tak berperasaan.

"Dah tu? Macam mana kau tahu diorang kurang ajar?"Jongdae bertanya lagi.

"Ish. Jangan banyak tanya boleh? Nak makan pun tak senang la." Sehun menjawab dengan geram. Kyungsoo disebelahnya hanya memandangnya sekilas lalu tergelak kecil.

"Ok, arasseo." Kata Jongdae.

"Keundae..." Belum sempat Baekhyun menghabiskan kata-katanya, Kyungsoo sudah menahannya dengan isyarat mata. Lalu Baekhyun membatalkan niatnya untuk bertanya lanjut.

"Kyungsoo-ya. Apa kau fikir pasal diorang tu?" Jongin segera mengubah topik dengan bertanya kepada Kyungsoo pula.

"Interesting." Jawab Kyungsoo pendek. Dan jawapannya itu mendapat respons kaget dari teman-temannya. Mereka amat maklum kalau Kyungsoo bukanlah jenis namja yang mudah tertarik dengan yeoja. Tapi dia juga bukanlah gay. Di middle schoolnya walaupun dia bersekolah di boys school, tapi dia mempunyai ramai peminat perempuan dari girls school yang terletak bertentangan dengan sekolahnya. Dia sering mendapat surat cinta tapi satu pun tidak diendahkannya. Bahkan dia langsung tidak membacanya! Alasannya cuma satu, dia tahu semua gadis-gadis itu hanya mahukan kekayaanya. Ya, dia memang berasal dari keluarga kaya. Dan kerana rimas menjadi perhatian dek kekayaan keluarganya, dia memilih untuk tidak mengatakan tentang hal itu semasa sesi perkenalan diri pagi tadi. Dia lebih mahukan perhubungan yang berlandaskan keikhlasan. Dan hal itu sukar untuk dia perolehi dengan status dirinya itu.

"Mwo? Interesting? Aku salah dengar ke Kyung?" Soal Baekhyun kehairanan.

"Jangan kata kau dah jatuh hati kat salah seorang dari diorang tu." Jongdae pula bersuara.

"Aku kata interesting je. Tak kata jatuh hati pun." Bidas Kyungsoo pula.

"Yela, maksud tersiratnya jatuh hati la kan?" Chanyeol pula meneka.

"Whatever." Kyungsoo menjawab malas.

"Tapi kenapa kau kata interesting?" Sehun pula bertanya. 

"Entah. Tapi aku rasa diorang tu interesting untuk dibuat kawan. Maybe?" Kata Kyungsoo sambil menjungkitkan bahunya.

"Kawan?" Serentak Sehun dan Chanyeol bertanya.

"Kau nak jadikan diorang member EXO ke?" Tanya Baekhyun pula. Mereka memberi nama EXO kepada geng mereka. EXO adalah kependekan kepada EXtraOrdinary yang bermaksud luar biasa. Mereka digelar extraordinary oleh guru-guru mereka di middle school dek kerana kepintaran mereka yang luar biasa itu.

"Jadi kawan tak semestinya jadi member EXO la." Jawab Jongin bagi pihak Kyungsoo. 

"Eh Kyung, tu kawan-kawan kau." Tiba-tiba Jongdae mencelah sambil menunjuk ke arah lima orang gadis yang sedang duduk di sebuah meja di salah satu sudut di kafeteria itu. Lalu keenam-enam jejaka itu menghalakan pandangan mereka ke arah yang dimaksudkan. 

"Ehem. Korang tengok apa tu?" Tiba-tiba satu suara menyapa mereka. Serentak mereka berenam berkalih kepada pemilik suara. Dua orang jejaka sedang berdiri di samping meja makan mereka. 

"Oh, hyungs!" Jongdae bersuara riang. Lima lagi orang rakannya turut tersenyum pada dua jejaka itu. Dua jejaka itu ialah senior mereka sejak dari middle school iaitu Kim Minseok dan Zhang Yixing. Kedua-dua senior mereka merupakan pelajar kelas Alpha-3 bersama lagi seorang senior mereka, Kim Junmyeon. 

"Amboi, khusyuk pandang apa tu sampai kami berdiri kat sini pun tak perasan." Zhang Yixing bertanya.

"Eh, mana Junmyeon Hyung?" Soal Sehun pula apabila tidak nampak kelibat lagi seorang senior mereka. 

"Jangan nak tukar topik la Sehun." Kata Minseok pula. Kemudian mereka tertawa. 

"Aniya. Bukan nak tukar topik la. Tapi baru perasan Junmyeon hyung takde dengan korang." Sangkal Sehun. Mereka tertawa lagi.

"Konon." Minseok menyakat lagi.

"Jinjja. Jeongmal." Sehun berkata sambil menahan ketawanya.

"Junmyeon ada date." Yixing menjawab.

"Date? Wah, Junmyeon hyung dah ada yeochin eh?" Soal Baekhyun teruja.

"Haha. Igeo... Bimil." Minseok menjawab.

"Tanya tuan badan sendiri la." Yixing menambah.

"Rahsia pulak..." Chanyeol mencebikkan bibirnya.

"Ha, yang tadi korang duk ushar sapa?" Minseok mengembalikan soalannya tadi yang belum berjawab.

"Mana ada ushar sapa-sapa." Baekhyun menafikan.

"Maj-a. Maj-a." Jongdae mengesahkan.

"Tipu. Bukan ke korang duk tengok budak perempuan berlima kat sana tu?" Kata Yixing sambil menunding jari ke arah yeoja berlima itu.

"Aniyo." Sehun berbohong.

"Yela tu. By the way, tu classmates korang kan? Mesti budak bijak." Minseok memberi komentar sambil matanya tepat memandang yeoja berlima itu.

"Eotteohke arayo, hyung?" Soal Jongin ingin tahu.

"Aku tengok list nama pembahagian kelas lah." Jawab Minseok.

"Keundae... Hyung tau mana nama diorang?" Soal Kyungsoo pula. Kyungsoo yang jarang bersuara itu pun tertanya-tanya bagaimana seniornya mengetahui nama-nama classmates barunya. 

"Well, Kim Minseok. Apa yang dia tak tahu?" Yixing pula bersuara. Minseok sekadar tertawa. Mereka berenam sekadar terangguk-angguk.

"Diorang bukan je bijak. Cantik pula tu." Minseok memuji classmates mereka lagi. Mereka bertambah hairan.

"Biasanya gadis pintar ni tak minat bercinta bagai ni. Hyung cabar korang tackle diorang. Diorang enam orang. Korang pun enam. Boleh ambil sorang satu. Haha. Kalau korang berjaya, korang memang EXO!" Kata Minseok lagi dengan senyuman nakalnya. Mereka berenam ternganga mendengar kata-kata senior mereka itu. 

"Terutamanya.... Si Minji tu." Minseok tersenyum nakal lagi sambil matanya tepat memandang pada gadis itu. Dan tiba-tiba Minseok melambaikan tangannya arah gadis itu berserta kenyitan mata. Keenam-enam jejaka itu terus mengalihkan pandangan mereka ke arah Minji dan mereka dapat melihat gadis itu membalas lambaian dan kenyitan Minseok dengan jelingan mata yang tajam dan cebikan di bibirnya. Mereka berenam jadi kaget.

"Wah, hyung yang hensem, bijak dan kaya ni pun direjectnya gitu. Apatah lagi kitorang ni." Jongin memberi komentar. Minseok dan Yixing tergelak besar.

"Hyung... Do you really know her?" Baekhyun pula bertanya dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak. 

"Sangat." Jawab Yixing bagi pihak Minseok.

"Jeongmal?" Hampir serentak Jongdae dan Chanyeol berkata. Senior mereka itu tergelak lagi.

Tiba-tiba loceng berbunyi tanda masa rehat tamat. 

"Okay, masa rehat tamat. Kitorang pergi dulu." Kata Minseok tanpa menjawab persoalan juniornya.

"Daeum-e manna!" Kata Yixing pula. Kemudian kedua-duanya berlalu pergi meninggalkan junior mereka yang masih terpinga-pinga. 

 

*****TBC*****

 

 

 

 

 

 

 

"

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet