EXO vs 3G: Part 3

EXO vs 3G: Part 1

Part 3: Like Cat and Dog

Kringg. Kringg.

Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Mr Moon Jang Gok telah pun meninggalkan kelas Alpha-1 dengan memberikan tugasan homework kepada para pelajarnya. Hebat, hari pertama persekolahan sudah diberikan homework! Well, sekolah para genius kan, belajar itu nombor satu! Semua pelajar Alpha-1 sedang bersiap-siap untuk pulang. 

"Guys, hari ni nak lepak tempat sape?" Soal Baekhyun yang sudah bangun dari tempat duduknya dengan menggalas begnya di bahu kanannya.

"Sehun?" Chanyeol bertanya sambil memandang Sehun.

"Aniyo. Aku ada hal kejap. Tempat orang lain la." Sehun membantah sambil tangannya masih sibuk memasukkan buku-bukunya ke dalam beg.

"Emmm.. Tempat kau je la. Baek." Jongin pula bersuara sambil mendekati meja Chanyeol. 

"Aniyo. Kelmarin dah lepak kat tempat aku. Nanti President Byun marahlah." Baekhyun pula membantah.

"Tempat aku je." Kyungsoo berkata pendek sambil menzip begnya.

"Okay. Set!" Chanyeol menepuk mejanya lalu berdiri bersedia untuk meninggalkan kelasnya.

"Let's go guys." Kata Jongin sambil menepuk bahu Chanyeol dan Kyungsoo. 

"Kaja!" Baekhyun pula bersuara. Kyungsoo sudah berjalan menuju ke pintu belakang kelas diikuti Jongin di belakang kemudian Chanyeol dan Baekhyun.

"Sehun, daeum-e manna. Jongdae, kaja!" Kata Baekhyun sambil memberi high-five pada Sehun dan memanggil Jongdae. 

"Guys, aku balik rumah dulu. Nanti aku gi tempat Kyung." Kata Jongdae tiba-tiba. Mendengarkan kata Jongdae, Kyungsoo dan Jongin yang berada di hadapan pintu berhenti dan menoleh kepadanya. Baekhyun dan Chanyeol juga menoleh padanya. 

"Wae?" Tanya Kyungsoo.

"Sejak bila kau reti balik rumah dulu ni?" Tanya Baekhyun pula.

"Haah. Pelik aku." Chanyeol pula mencelah.

"Sejak masuk sini. Aku kena balik rumah dulu. Lepastu baru boleh lepak ngan korang." Jelas Jongdae.

"Mwo? Wae? Lepak ngan kitorang pun bukan buang masa. Lepak kita lepak belajar kot." Jongin pula bersuara. Ya, uniknya kumpulan EXO ni ialah lepak mereka lepak bermanfaat. Lepak maqasid gitu. Selalunya mereka lepak dengan menyiapkan homework atau buat revision atau study sama-sama. Bila selesai bab-bab study baru mereka akan bermain game atau apa-apa aktiviti yang menyeronokkan bagi mereka.

"Jangan banyak tanyalah. Dah tu arahan Mr and Mrs Kim. Aku kena patuh dan taat la." Kata Jongdae lagi. Dia malas nak membahas alasan disebalik perintah kedua ibu bapanya itu.

"Ok then. Jumpa nanti. Jangan tak datang sudah." Kata Kyungsoo menghentikan sesi soal jawan yang tak berkesudahan itu. Yang lain pun turut mengangguk dan membiarkan persoalan kenapa itu berlalu tanpa jawapan.

"Oh. Ne. Daeum-e bwa!" Kata Jongdae sambil melihat keempat-empat rakannya keluar meninggalkan kelas. Setelah itu dia menoleh kepada Sehun yang masih di tempat duduknya. Jejaka tampan itu juga tadi memerhati rakan-rakannya meninggalkan kelas. 

"Kau bila nak balik?" Soal Jongdae kepada Sehun. Sehun menoleh padanya.

"Najung-e." Jawab Sehun pendek. Jongdae sekadar mengangguk. Dia memerhati sekitar kelas, kini yang tinggal dalam kelas tersebut hanyalah dirinya, Sehun, Minji, Nami dan Junrae. Entah bila Wonhee, Mirae dan Insoo pulang pun dia tidak pasti. Kemudian dia bangun dari kerusinya dan berjalan menuju ke pintu depan kelas. Ketika dia melalui meja Nami, dia meletakkan sekeping kertas yang dilipat kecil di atas meja Nami. 

Nami memandang kertas itu. Setelah Jongdae hilang di sebalik pintu kelas, dia mencapai kertas itu. Dibukanya lipatan kertas kemudian dibaca sekilas. Dia mendengus kecil sambil dilipat kembali kertas itu. Setelah itu dia bangun dari tempatnya dan bersiap untuk pulang.

"Minji, Junrae, aku pulang dulu. Naeil bwa!" Kata Nami sambil melambai pada kedua-dua rakannya itu. Minji dan Junrae mengangguk dan membalas lambaian Nami. Kemudian Nami keluar dari kelas dan hilang dari pandangannya. Tidak berapa lama kemudian, Minji pula bangun dari tempatnya dan mendekati tempat Junrae.

"Junrae aku pergi dulu eh. Aku dah terlambat ni nanti mengamuk pakcik Kim aku tu." Kata Minji sambil memegang bahu Junrae.

"Keurae. Arasseo. Balik la dulu." Kata Junrea pula. Kemudian Minji berlalu meninggalkan kelas. Junrae pulang sedikit lambat hari ini kerana abangnya ada hal dan dia memutuskan untuk menunggu abangnya di dalam kelas daripada menunggu di luar bangunan sekolah. Sambil menunggu dia boleh meluangkan masanya dengan menscroll akaun-akaun Instagram yang berkait dengan Kpop band kesukaannya.

Sehun yang dari tadi memerhatikan Junrae tersenyum puas selepas mendapati kini hanya tinggal dia berdua dengan Junrae di dalam kelas itu. Sehun mula meninggalkan kerusinya dan menapak mendekati tempat duduk Junrae. 

"Tak sangka, kita akan sekelas. Nice to meet you again, specky girl." Sapa Sehun apabila dia sudah berada di sebelah meja Junrae. Junrae terkejut dengan sapaan mengejut itu. Junrae berkalih memandang Sehun. Dia jadi kecut perut.

"Kau nak apa hah?" Junrae bersuara ketar. Dia jadi cuak memikirkan insiden pagi tadi. Ya, pagi tadi dia telah terlanggar Sehun dan bukan itu sahaja, dia bahkan telah menumpahkan susu ke jaket Sehun. Dan disebabkan oleh itu, seharian Sehun tidak memakai jaket dan hanya mengenakan kemeja uniform Yusan. Dan apabila rakan-rakan Sehun bertanya padanya kenapa dia tidak memakai jaket, alasannya dia panas dan malas memakai jaket. 

Dan sejak dari kelas English Ms Bae lagi kalau mata Junrae bertembung dengan Sehun, Junrae akan segera melarikan anak matanya. Tak sanggup dia memandang jejaka tampan itu yang memandangnya dengan tatapan maut. 

"Simple. Apologize. Dan... Besok bawa jaket aku yang siap berbasuh." Kata Sehun dingin. Selagi urusannya dengan gadis itu belum selesai, dia tidak akan tenang. Sejak dari pagi hatinya panas dan moodnya pada hari itu sudah dirosakkan oleh gadis berkaca mata itu. Junrae diam. 

"Asal kau diam? Cakap la. Takkan bisu kot. Tadi elok je aku dengar kau perkenalkan diri." Sehun bersuara lagi. Junrae tetap diam. Sebenarnya, dia tidak mengambil jaket Sehun yang dilemparkan padanya. Jadi dia tidak tahu macam mana untuk pulangkan jaket itu. Entah jaket itu masih di tempat itu atau sudah dikutip oleh tukang sapu. Junrae bertambah cuak. Tidak tahu apa yang ingin diperkatakan kepada Sehun.

"Oi, aku cakap dengan kau ni. Takkan pekak pula." Sehun mula hilang sabar.

"Okay, fine. Aku dah minta maaf kan pagi tadi? Kau yang tak dengar atau buat tak dengar. Dan jaket tu..." Junrae hilang bicara.

"Jaket tu..... Kenapa dengan jaket tu?" Tanya Sehun sambil mengangkat keningnya.

"Kau kan anak orang kaya.... Beli baru je la." Entah dari mana idea tu datang ke benak Junrae.

"Mwo? Beli baru? Hello, kau ingat duit bapak aku untuk dibazirkan gitu je? Kalau iye pun nak beli baru, kau yang kena beli sebab kau yang kotorkan!" Marah Sehun.

"Kau lagi kaya! Beli la sendiri!" Bentak Junrae pula. 

"Eh, kau punya salah taknak bertanggungjawab pula?" 

"Aku dah minta maaf kan?" 

"Jap, aku suruh basuh je. Tu pun susah ke?" 

"Haah. Susah. Susah sangat. Lagipun sapa kau untuk aku basuh jaket kau? Jaket abang aku pun aku tak basuhkan. Apatah lagi jaket kau!".

"Mwo? Aku bukannya teringin sangat nak suruh kau basuh jaket aku tu. Cuma aku nak ajar kau untuk bertanggungjawab dengan perbuatan kau!"

Junrae kehilangan kata-kata. Dia memandang Sehun dengan pandangan geram. Geram dengan lelaki itu. Menyusahkan hidup dia! 

"Aku ulang lagi sekali, esok bawa jaket aku. Titik. Kalau tak, nahas kau!" Kata Sehun lalu meninggalkan kelas itu dengan hati yang masih panas. Dia cukup pantang ada perempuan yang memandang rendah terhadapnya. Apabila Sehun sudah hilang dari pandangannya, Junrae menarik nafas lega. Tapi apabila mengingatkan bagaimana caranya untuk pulangkan jaket lelaki itu, dia jadi kebingungan. 

"Aduh, macam mana ni? Kenapa la aku kelas dengan dia. Takleh la aku nak larikan diri. Mati la aku." Junrae mengomel sendirian. 

"Hah! Apa cakap sorang-sorang tu!" Tiba-tiba satu suara datang menyergahnya dari balik pintu kelas. Junrae menjerit terkejut.

"Oppa!" Marahnya sambil mengurut dadanya akibat terkejut dengan sergahan abangnya itu. Abangnya tertawa terkekek-kekek.

"Tu la, cakap sorang-sorang lagi." Abangnya mengusiknya lagi.

"Bukan cakap sorang-sorang la. Itu namanya monolog. Tau monolog?" Kata Junrae dengan nada tinggi. Belum lagi marahnya pada Sehun reda, abangnya menambah kemarahannya dengan membuatnya terkejut. Tadi hampir saja jantungnya terkeluar dek terkejut.

Abangnya tertawa lagi. Seronok barangkali menyakat adik kesayangannya itu. Lalu si abang itu menghampiri adiknya dan mengusap kepala adiknya dengan tujuan memujuk si adik yang diamuk kemarahan. 

"Mian. Gurau pun takleh ke tuan puteri?" Si abang memohon maaf. 

"Nak gurau pun agak-agakla." Kata Junrae lalu menolak tangan abangnya yang sedang mengusap kepalanya. 

"Okay. Sorry eh." Si abang memujuk lagi dengan wajah minta dikasihankan. 

"Bawa beg ni. Baru dimaafkan." Junrae menolak begnya ke dada abangnya lalu berlalu keluar dari kelas meninggalkan abangnya. 

"Eh, banyak cantik tuan puteri." Si abang membawa beg si adik sambil berlari anak mengejar adiknya yang sudah jauh ke hadapan. 

"Well, tuan puteri memang cantik!" Kata Junrae sambil berkalih sekilas kepada abangnya kemudian menjelirkan lidahnya. 

"Ei, perasan!" Kata si abang lalu menyekeh lembut kepala si adik. Si adik mengaduh kecil kemudian menampar lengan abangnya. Kemudian si abang berlari untuk mengelak di pukul lagi. Si adik terus mengejar abangnya.

*****

"Lambat!" Jongdae mengomel kepada Nami. Nami baru sahaja tiba di perhentian bas yang berdekatan dengan sekolah mereka. Nami membuat muka menyampah.

"Aku tunggu kau kat bus stop." Nami mengajuk isi kertas kecil yang diberikan oleh Jongdae kepadanya sebelum lelaki itu meninggalkan kelas sebentar tadi. Jongdae membuat muka geram.

"Kau tak payahlah turut sangat kata mak ayah kita tu. Aku reti la balik sendiri." Kata Nami lagi. Disebabkan mereka berjiran, mereka disuruh oleh kedua ibu bapa mereka untuk pergi dan pulang bersama. Dan semestinya mereka berdua tidak menyukai hal itu memandangkan mereka bukannya saling rapat. Di sekolah tadi pun mereka berpura-pura saling tidak mengenali. Entah kenapa, mereka tidak suka jika rakan-rakan mereka tahu bahawa mereka saling mengenali dan tinggal berjiran. 

"Aku malas dengar mak aku berleter dan ayah aku berceramah. Ikut je la." Jongdae buat muka malas.

"Alahai, bagusnya anak lelaki Mr and Mrs Kim ni." Perli Nami. Jongdae menjeling.

"Memang aku anak yang bagus pun!" Balas Jongdae.

"Sangat confident!" Komen Nami pula. Jongdae buat muka malas layan. Kemudian mereka berdua diam tanpa perbualan di antara mereka. Tidak lama kemudian, bas yang ditunggu tiba. Mereka berdua menaiki bas itu. Ternyata hanya ada dua sahaja tempat duduk yang saling bersebelahan yang kosong. Nami segera duduk di salah satunya. Jongdae memilih untuk berdiri sahaja.

"Duduk je la." Arah Nami. Setelah berfikir seketika, Jongdae memutuskan untuk duduk di sebelah Nami. Mereka diam lagi. Memang mereka kurang mengenali. Hanya kedua ibu bapa mereka yang saling mengenali dan rapat. Mereka jarang berjumpa dek kerana Nami yang bersekolah di middle school yang berasrama. Manakala Jongdae pula sering menghabiskan masa bersama geng EXOnya.

"Tanya sikit boleh?" Jongdae bersuara setelah agak lama berdiam diri.

"Apa?" Nami memandang Jongdae sekilas. 

"Diorang lima orang tu ke kawan-kawan kau dari middle school yang kau rapat sangat tu?" Tanya Jongdae.

"Yup. Wae?" Giliran Nami pula tanya.

"Sapa ketua korang?" Soalan Nami dibalas dengan soalan.

"Ketua? Kau ingat kitorang ni geng gangster ke ada ketua bagai." Nami mempersoalkan.

"Kau ingat gangster je ada ketua? Kalau dah geng. Ada la ketuanya." Bidas Jongdae.

"Kitorang ni kira geng ke?" Nami bertanya pula.

"Geng la tu. Kalau korang asyik berkepit berenam je." Jongdae menjawab sambil buat muka.

"Gitu eh? Korang berenam pun satu geng la?" Nami pula bertanya.

"Ofkos. Nama geng kitorang EXO!" Kata Jongdae bangga. Bangga dengan EXOnya.

"Why EXO?" 

"EXtraOrdinary." 

"Mwo? Extraordinary? Aku tengok korang biasa je." Nami mengkritik pedas. Memang tak sayang mulut la si Nami ni.

"Kau ni memang kan. Kau ingat kitorang sendiri ke yang letak nama tu? Cikgu-cikgu kitorang masa middle school yang selalu gelar kitorang gitu." Panjang lebar pula Jongdae menerangkan.

"Sebab?" Banyak tanya pula Nami ni.

"Sebab kitorang berenam selalu skor tertinggi dalam setiap peperiksaan dan setiap subjek." Jongdae masih berbangga.

"Ouh. No wonder dapat masuk kelas Alpha." Nami memuji.

"So, sapa ketua korang?" Tanya Nami lagi.

"Entah. Tapi rasanya Kyungsoo la. Sebab apa je yang dia cakap kitorang mesti tak akan bantah. Dan, dia always the first. Takde sorang pun boleh rampas takhta dia tu." Entah kenapa ringan je mulut si Jongdae bercerita tentang EXO kepada Nami seolah-olah mereka berdua memang berkawan rapat. 

"Ouh. Patut korang lantik dia jadi presiden kelas. Tapi kenapa tak si Sehun ke Baekhyun ke? Diorang berdua kan bakal pewaris syarikat besar?" Semakin banyak pula persoalan si Nami ni. 

"Ouh, sebab Kyungsoo dia.... Eh jap, aku yang nak tanya pasal korang tapi asal sekarang kau yang tanya aku macam-macam pasal kitorang?" Jongdae tersedar. Kemudiam Nami tersengih. Dia pun tidak sedar bahawa dia asyik bertanya tentang EXO.

"Ops. Sorry." Nami tersengih lagi.

"So, sapa ketua korang?" Jongdae mengulang soalannya.

"Ofkoslah Minji! Minji tu the most brilliant among us. Macam Kyungsoo, takde sapa pernah dapat nombor satu kecuali Minji. Dia tu macam the next Albert Einstein!" Nami berkata bangga.

"So, sebab tu dia jadi vice president?" Tebak Jongdae pula. 

"Well, yes. Lagipun sebab memang di je yang layak among us. Sebab dia tu adalah...." Kata-kata Nami terhenti. Dia teringat sesuatu. Kemudian dia menutup mulutnya.

"Dia adalah?" Jongdae bertanya hairan.

"Dia adalah the next Albert Einstein." Nami berkata kalut. Jongdae memandangnya pelik. Terasa seperti Nami sedang berdolak dalih. 

"Oh ye, kalau korang digelar EXO, kitorang digelar 3G." Nami segera mengalihkan topik perbualan.

"3G?" 

"Girls of Geniuses and Gorgeous." Nami berkata sambil tersenyum bangga.

"What? Gorgeous?" Tanya Jongdae sambil menahan ketawanya.

"Yak! Kau gelakkan kitorang?" Nami bengang.

"Gorgeous konon." Jongdae mengkritik.

"Orang yang gelar. Bukan kitorang perasan bagus!" Nami menjenggilkan matanya. 

"Yela, dulu gorgeous la kot. Sekarang tak gorgeous dah rasanya." Kata Jongdae sambil ketawa geli hati.

"Oit, sedap mengata. Kau kata aku tak cantik takpe. Aku tau aku memang tak cantik. Tapi jangan suka hati kata kawan-kawan aku tak cantik. Diorang cantik okay. Kau tak tau berapa ramai yang tergila-gilakan diorang tu. Especially nya si Insoo, Wonhee dan Minji! Mirae dan Junrae pun tak terkira ramainya peminat diorang!" Panjang lebar Nami berceloteh. Jongdae terdiam seketika.

"Eleh, kau ingat kawan-kawan aku tu tak ramai peminat ke? Kitorang pun ramai peminat okay. Setiap hari asyik duk dapat surat confession, kitorang je malas layan. Itu maknanya kitorang ni pun bukan takat pandai dan kaya, kacak sekali. Berpakej lengkap kegilaan ramai gadis." Jongdae pula mendabik dada. Nami naik menyampah.

"Ohho. Puji diri betulkan kau ni. Huh!" Nami berkata geram.

"Korang takat cantik ngan bijak, apa la sangat. Korang takde yang kaya-raya ke? Pewaris mana-mana chaebol ke? Takde ke?" Semakin berlagak pula si Jongdae ni.

"Sape kata takde? Ada ok. Kalau kau nak tau, Minji tu adalah pewaris...." Nami tidak jadi menghabiskan kata-katanya.

"Pewaris apa? Pewaris Albert Einstein?" Jongdae galak mentertawakan Nami.

"Ala, lagipun yang kaya tu kawan-kawan kau bukan kau!" Nami seolah-olah memberi tamparan pada wajah Jongdae. Jongdae terdiam.

"Kau kata Minji tu the next Albert Einstein kan? Kita tengok nanti antara Kyungsoo dengan Minji sapa lagi genius!" Jongdae mengubah topik demi menyelamatkan maruahnya dan menutup rasa malunya. Nami tergelak seketika melihat reaksi Jongdae.

"Okay, we wil see."

"Lagi satu, korang kenal ke Minseok hyung?" Jongdae bertanya lagi. Dia tetiba jadi teringat perbualan gengnya dengan senior mereka itu.

"Minseok hyung? Nugu?" Nami bertanya sambil cuba memikirkan siapakah gerangannya.

"Kau tak kenal ke? Tapi kenapa dia macam kenal korang eh?" Kata Jongdae lagi. Nami masih berfikir.

"Minseok.. Minseok.. Kim Minseok?" Tanya Nami pula.

"Haah. Kim Minseok hyung!" Kata Jongdae sambil matanya memandang tepat pada Nami.

"Ouh. Kim Minseok opp.... Kenapa kau tanya?" Nami pula bertanya.

"Sebab dia macam kenal korang berenam. Kalau ye dia kenal, macam mana dia kenal korang? Dia dulu sekolah kat boys school sama ngan kitorang. Macam mana dia kenal korang......? Wait, kau kenal eh Minseok hyung? Macam mana kau kenal?" Jongdae memandang wajah Nami lagi.

"Eh dah sampai! Ok, aku masuk dulu!" Tanpa mereka sedari, mereka sudah sampai di depan pintu pagar kediaman mereka. Terlalu asyik bertengkar dan menunjukkan kehebatan masing-masing sehinggakan mereka pun tak sedar bila mereka turun dari bas dan berjalan ke rumah mereka. Dahsyat betul Jongdae dan Nami ni. Kemudian kedua-duanya berlalu masuk ke rumah masing-masing. 

*****

Keesokannya...

Minji melangkah masuk ke kelas Alpha-1. Ternyata beberapa orang pelajar sudah berada di dalam kelas iaitu Kyungsoo, Jongin, Jongdae, Nami, Insoo dan Mirae. Minji menyapa ketiga-tiga rakannya. Dia tidak pula menyapa lagi tiga orang jejaka yang sedang bersembang di meja Kyungsoo. Entah kenapa sejak dari awal Minji melangkah masuk ke kelas, Kyungsoo dan Jongdae tak henti-henti memerhatikannya. Jongin menjadi pelik dengan ulah dua rakannya itu. Dia berdehem kecil kemudian Kyungsoo dan Jongdae serentak memandangnya. Jongin tersenyum sambil bertanya dengan isyarat mata. 'Korang dua kenapa tengok perempuan tu macam tu.' Tapi malangnya kedua-duanya tidak memahami isyarat Jongin. Jongin membuat muka. 

"Morning everybody!" Serentak dua suara muncul di muka pintu kelas. Mereka bertujuh memandang dua jejaka itu, Baekhyun dan Chanyeol. Setelah itu para gadis meneruskan kerja mereka. Insoo sibuk melukis desain baju anganannya. Itulah hobi Insoo diwaktu lapang. Nami pula sibuk membaca buku teks sebagai persediaan sebelum kelas bermula. Manakala Minji dan Mirae sedang berbincang sesuatu. Baekhyun dan Chanyeol buat muka apabila sapaan mereka tidak diendahkan oleh para gadis. Jongdae dan Jongin mentertawakan kedua-duanya. Kyungsoo sekadar menggelengkan kepalanya. 

"Jaemieobsseo!" Bentak Baekhyun sambil meletakkan begnya di atas meja. 

"Well, yeoja..." Chanyeol menambah. Jongin dan Jongdae terkekek-kekek lagi. Tapi Kyungsoo membuat isyarat diam. Baekhyun dan Chanyeol terus diam. 

"Tapi Kyung, takkan 24 jam nak diam. Takde life betul!" Keluh Jongin. Kyungsoo hanya memandangnya sekilas lalu menjungkitkan bahunya. Jongdae tersengih.

"Kyung, cuba kau deal dengan si Minji tu. Bosan aku kalau kelas sunyi sepi gini." Kata Chanyeol pula. Baekhyun mengangguk setuju. Kyungsoo memandang Chanyeol seketika kemudian memandang Minji yang duduk di hadapannya sekilas.

Tiba-tiba pintu kelas di ketuk. Kelibat Wonhee kelihatan di depan pintu. Wonhee berjalan masuk ke kelas menuju ke tempatnya sambil menyapa rakan-rakannya. 

"Takpe, aku tak bosan dah." Kata Baekhyun tiba-tiba sebaik sahaja melihat kelibat Wonhee. Matanya tidak lepas memandang Wonhee. Keempat-empat rakan Baekhyun memandangnya pelik. Jongin berdehem kecil. Tapi Baekhyun masih ralit memerhatikan Wonhee. Chanyeol tergelak melihat telatah Baekhyun. Kyungsoo memetik jarinya di hadapan wajah Baekhyun agar rakannya itu tersedar dari lamunan. 

"Cantil sangat ke yang kau pandang macam tu Baek oi?" Kata Jongdae sambil membaling segumpal kertas ke arah Baekhyun. Barulah Baekhyun tersedar.

"Mwo? Wae?" Soal Baekhyun pula.

"Kenapa dengan korang hari ni? Kena sampuk ke apa?" Soal Jongin pula. Kalau tadi Kyungsoo dan Jongdae yang asyik memerhatikan Minji, kini Baekhyun pula tak lepas-lepas memandang Wonhee. 

"Wae? Aku buat apa?" Chanyeol pula yang bertanya. Tuju orang lain, orang lain terasa. Pulak dah.

"Bukan kau Yeol. Ni mamat tiga orang ni. Dah kenapa tah dengan diorang ni." Bebel Jongin. 

Baekhyun masih tersenyum-senyum. Kyungsoo buat-buat tak dengar. Jongdae pula beralih ke tempatnya. Chanyeol terpinga-pinga tak mengerti. 

Tidak lama kemudian, Sehun datang ke kelas. Dia masuk dari pintu belakang. Dia segera menuju ke tempatnya. Dia menghenyakkan punggungnya ke kerusi tempat duduknya. Dia memandang tempat duduk Junrae. Kosong. 'Belum datang? Budak ni nak lari ke apa?' 

"Hello juniors!" Suara seseorang menyapa di pintu kelas. 

"Junmyeon hyung!" Serentak keenam-enam jejaka itu melaung apabila melihat kelibat senior mereka, Kim Junmyeon. Junmyeon tersengih dengan reaksi junior-juniornya itu. Kelima-lima gadia itu hanya memandang Junmyeon tanpa bersuara. Kemudian Junmyeon melangkah masuk ke kelas itu dan berjalan menuju ke meja Kyungsoo. 

"Sorry guys, kelmarin tak sempat jumpa korang. Minseok dan Yixing bagitau diorang ada jumpa korang kan masa rehat?" Junmyeon beramah mesra dengan juniornya.

"Haah. Tapi diorang kata hyung tengah ada date masa tu." Jongdae pula bersuara. Kini mereka berlima termasuk Junmyeon sedang mengelilingi meja Kyungsoo. 

"Date dengan sapa hyung?" Baekhyun pula bertanya nakal. Junmyeon tergelak kecil.

"Yeochin?" Tebak si Chanyeol pula. Junmyeon tertawa lagi.

"Hyung, yeochin isseo?" Giliran Sehun pula bertanya. Dalam kalangan mereka berenam dia yang paling rapat dengan Junmyeon hyung.

"Aniya. Keunyang, someone special." Kata Junmyeon sambil mengenyitkan matanya.

"Mwo?" Jongin perlu bersuara tak puas hati. Kata bukan yeojachingu tapi someone special. Huh!

"Haha. Kweanchanha. Hari ni someone special tu tak datang. So, nanti waktu rehat kita date bersama pula eh." Kata Junmyeon lagi.

"Date apa ramai-ramai, hyung oi." Sehun mencebik.

"Pergila date berdua." Kata Kyungsoo tiba-tiba sambil menolak muka Sehun yang sedang menongkat di bahunya. Kemudian mereka tertawa.

"Okay, lagi lima minit kelas nak start. Hyung balik kelas dulu. Jumpa masa rehat nanti. Okay?" Kata Junmyeon.

"Okay je. Janji hyung belanja." Jongdae mengusik.

"Why me? Bakal pewaris chaebol la kena belanja!" Junmyeon menolak mentah.

"Aniya. Sebagai denda sebab tak bagitau siapa someone special tu." Tokok Baekhyun lagi. Ketawa mereka berderai lagi.

"Kemanhae. Layan korang memang tak habis. Hyung pergi dulu." Kata Junmyeon lalu memusingkan badannya dan melangkah menuju pintu kelas.  Tiba-tiba langkahnya berhenti di sebelah meja Minji.

"Kim Minji. For you." Junmyeon memanggil nama Minji lalu menghulurkan sebuah beg plastik hitam bercorak silver yang dipegangnya dari tadi kepada Minji. Minji memandang Junmyeon. Terkejut namanya dipanggil. Kemudian barulah dia mengambil beg plastik pemberian Junmyeon.

"Mwo hae? Oppa?" Tanya Minji. 

"Tengok sendiri." Kata Junmyeon sambil tersenyum. Lalu berjalan keluar dari kelas tu. Sebelum pergi, Junmyeon berkalih sekilas kepada para gadis.

"Bye girls." Kata Junmyeon sambil melambaikan tangan pada kelima-lima gadis itu. Kemudian dia mengalihkan pandangannya kepada jejaka berenam itu.

"Jumpa rehat nanti boys." Kata Junmyeon pula pada keenam-enam jejaka yang masih tercengang-cengang dengan tingkah laku senior mereka itu. Apabila kelibat senior mereka hilang dari pandangan, mereka melihat Minji kemudian memandang sesama mereka. 

'Macam mana ketiga-tiga senior mereka boleh kenal Minji?'

*****TBC*****

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet