I Need To Know You

Locket of Curse & Love
Please Subscribe to read the full chapter

Malam itu aku langsung tidak boleh melupakan kelibat hantu handsome petang tadi. Ibu dan ayah aku pun menganggap aku terkena angau cinta. Takkanlah aku dah suka dengan dia kut? Mustahil. Dia hantu and aku manusia. Takkanlah jodoh aku dengan si mamat hantu tu? Hanyut dibuai angan aku terus melelapkan mata dan merehatkan badanku yang letih selepas melakukan denda pada hari itu.

"Bella!! Bangun sayang! Dah nak dekat pukul 8 ni! Bangun pergi sekolah!" Argh bisingnya... Ngantuk lagi nih.. Bbang!! Bunyi pintu yang ditolak kuat membuatkan aku terkejut dan terbangun dari lena indah ku. "Yah Kim Bella! Kenapalah kau ni susah sangat nak bangun pagi? Penat tau tak ibu menjerit dari bawah. Cepat bangun!!"

Bergegar satu rumah bila raksasa dari ibuku sudah keluar. Aku pun terpaksa membangunkan badan ku yang terasa berat ini. Dengan mata yang layu aku mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air.

"Nah ibu buatkan breakfast and bekal. Jangan lupa makan tau. Kesian anak ibu kurus kering ni" Ibu mengusap kepalaku bagaikan berpesan kepada anaknya yang baru ingin masuk ke tadika. Aku pun mengangguk melayan kasih sayang ibu seperti biasa. "Dahlah ibu Bella nak pergi sekolah. Bye~ Muah". Dengan itu, aku pun berjalan kaki ke SM HIGH seperti biasa sambil menyanyi lagu  'Rasa Sayang'. Lagu kegemaranku sejak dari kecil. Biarlah orang kata aku ni kebudak-budakkan lagu tu tetap no.1 dalam hati.

"Sedapnya lagu. Tajuk apa tu?" Tetiba ada suara halus membisik di telingaku. "Omo! Awak lagi? Macam mana awak boleh ada dekat sini?" Mamat hantu tu datang jumpa aku! "Dari jauh aku boleh dengar suara kau. Hahaha melawak je . Aku ternampak kau dekat sini tadi. Nampaknya kau boleh nampak aku lagi." Mestilah boleh. Loket tu ada pada aku. Aku bergumam dalam hati dan mendiamkan diri. "Kelmarin aku adalah jalan-jalan dekat pusat beli-belah tapi diorang tak nampak aku pun. Agaknya kau sorang je yang bole nampak aku? Entah-entah hantu lain pun kau boleh nampak?!"

Merepek lagi mamat hantu ni. "Tapi kelmarin saya nampak awak je?" . "Yelah takkan hantu nak berkeliaran kacau orang kut? Diorang pun ada kerjalah dari kacau manusia macam kau nih." Aku mengangguk lagi menghadam maksud hantu ni. Tanpa aku sedari diriku sudah berada di dalam kawasan SM HIGH. "Kejap nama a...wak? Alaaa takkan dia menghilang lagi??" Aku mengeluh kecewa.

"Dik.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
galaxy_k
#2
Chapter 8: Hahaha bagus anda tepati janji ada!
Anywayy alamakk habislah Bella!
From : NNA
exoL_girl
#3
Chapter 6: Update la cpt +_+
aquariusxpisces
#4
Chapter 3: Uiyooo dia jumpa taemin ke? xD
aquariusxpisces
#5
Chapter 2: wahhh hebat xD