LAPAN

H O P E

Jisoo POV

Sudah beberapa hari penghantar mesej itu asyik menganggu aku.Aku sengaja tak bagitau Somi tentang hal ni sebab aku tak nak dia risau pasal aku.Cukup-cukup lah aku susahkan dia selama ni.Aku janji nak berubah and tak nak susahkan Somi lagi.Hari ni hari last aku duduk sorang-sorang kat rumah tu.Bosanlah Somi takde.

Aku mula mengemas kaunter dan beralih ke rak di belakangku.Hari ini kedai begitu lengang kerana belum tiba waktu tengah hari.Bila waktu tengah hari, mesti ada pelajar-pelajar dari universiti berdekatan yang datang nak makan ramyeon kat sini.Ada jugak pekerja kerajaan dan swasta yang datang kat sini waktu lunch untuk membeli makanan ringan.

Sora,rakan sekerjaku baru sahaja keluar sebentar tadi untuk ke bank.Kini,aku berkeseorangan di kedai.Encik Youngbae pula ada urusan di luar.Tanganku ligat menyusun kotak gula-gula yang ada di rak itu.

 

Ding!

1 new message. Hmm..dia lagi.

Aku membuka inbox.

 

Aku datang.

 

Aku menjongketkan keningku.Apa maksud dia? Aku memasukkan smartphoneku ke dalam poket seluar semula.

 

"Hey Jisoo.."

Pergerakanku terhenti.Suara ni.Kejadian ni.Dejavu.Aku menoleh ke belakang dan mendapati..

"Kim Myungsoo." Aku memandangnya dengan pandangan yang biasa.Tidak ada rasa takut kerana auranya tidaklah seseram dalam mimpi aku.Myungsoo memandang aku pelik.

"Kenapa kau tak terkejut pun?" Aku hanya mendiamkan diri.Takkanlah aku nak cakap yang aku mimpi pasal dia.Pfft,nanti perasan lak mamat ni.Myungsoo memetik jarinya secara tiba-tiba.

"Oh..baru aku ingat.Kan aku dah inform kat kau tadi.Haish..apa la aku ni.." Kali ni, aku pula yang memandangnya pelik."Apa maksud kau?" Myungsoo hanya smirk.Aku berfikir sejenak.Baru aku dapat menangkap bait-bait perkataannya.

"K-kau yang hantar messages kat aku tu ke??" Aku menudingkan jari telunjuk kananku kepada Myungsoo."Tsk,aku ingat kau dah boleh agak siapa yang hantar messages tu,rupanya kau tak terfikir langsung? Dasar lembap." Dia tertawa kecil memperlekehkan aku.Aku mengepal penumbukku,cuba menahan geram.Badanku mula membahang.

"Baik kau blah dari sini." Aku memberinya amaran.Aku tidak mahu memburukkan lagi keadaan sebab ini tempat awam."Kalau aku taknak?Kau nak buat apa?" Langkahnya diatur mendekati aku sehinggalah badannya berada di birai kaunter.Hanya kaunter yang menjadi pemisah antara kami pada masa ni.Aku mengundur ke belakang.Setapak demi setapak.Namun tanganku segera dicapai oleh Myungsoo yang sememangnya lebih tinggi daripada aku.

"Yah! Lepaskan tangan aku!" Aku merentap tanganku,cuba meleraikan genggaman Myungsoo.Pergelangan tanganku memerah."Apa masalah kau hah? Kenapa kau still nak ganggu hidup aku? Tak cukup ke kau permainkan perasaan aku?!" Aku memberanikan diri untuk bersuara.Wajahnya yang begitu serius sedikit sebanyak menakutkan aku.

Bamm!

Myungsoo menghentakkan tangannya ke atas meja kaunter membuatkan aku terkejut."Kau tau tak? Kau cemarkan fikiran si Pinky tu sampai dia tinggalkan aku!Kau dah malukan aku!" Myungsoo bersuara separuh menjerit.Aku menjulingkan mata ke atas tanda menyampah.

"Tu semua bukan salah aku! Kau yang salah! Kau yang tak reti hormat perasaan orang lain! Kau sendiri yang tak jujur! Dasar playboy,memang patut pun dia tinggalkan kau lah!" Aku meluahkan segala perasaan yang sudah lama terpendam dalam hati aku.Terasa lapang dadaku.Myungsoo kelihatan begitu marah sekali.Tangan kanannya dinaikkan ke udara.Dia mahu menamparku kerana mungkin dia tak dapat terima segala kata-kata aku tadi.Aku memejamkan mata dengan erat,takut dengan tamparan yang sebentar lagi akan singgah di pipi mulusku.

 

 

 

 

 

Aik? Kenapa tak rasa apa-apa pun? Masa dah terhenti ke?

Dengan perlahan,aku membuka semula kedua-dua mataku.Aku lihat...

Jungkook.

 

Author POV

"Jangan ganggu dia lagi."

Jungkook meleraikan genggamannya daripada lengan Myungsoo secara kasar.Matanya bertentang dengan mata Myungsoo yang penuh dengan amarah.Myungsoo melangkah setapak ke belakang.Myungsoo menjeling kepada Jungkook lalu memandang Jisoo.

"Ni ke pengganti aku?" Myungsoo berpaling semula ke arah Jungkook. Dari atas ke bawah dipandang Myungsoo.Jengkel."Seriously,budak ni pengganti aku?" Jari telunjuknya ditujukan kepada Jungkook.Jisoo hanya mendiamkan diri.Mukanya ditundukkan ke bawah.

"Tsk,serupa budak despatch je.Macam ni taste kau?Ahaha" Myungsoo tergelak sinis sambil memandang Jungkook.Myungsoo berjalan mendekati Jungkook dengan muka yang kerek.

"Kau jangan nak berlagak hero sangatlah kat sini! Suka hati aku la nak buat apa kat dia! Kau sibuk apahal?!" Myungsoo berkata kepada Jungkook dengan suara yang lantang.

"Jisoo dah takde apa-apa hal dengan kau kan?Kenapa kau still nak kacau dia?!Dia dah cukup menderita bila bersama kau!" Muka Jungkook memerah akibat menahan marah.Jisoo mengangkat wajahnya setelah mendengar suara Jungkook.

"Kalau taktau pape...janganlah sibuk nak tunjuk hero!"

"Baik kau blah dari sini.Cepat!" Jungkook menundingkan jarinya ke arah pintu tanda meminta Myungsoo untuk beredar.Dia tidak mahu bertikam lidah dengan Myungsoo di situ.Myungsoo hanya smirk.Dia memandang Jisoo."Aku balik dulu ye sayang..jangan ingat kau selamat sekarang..." Myungsoo mencuit dagu Jisoo tetapi Jisoo memalingkan mukanya cepat-cepat.Myungsoo berjalan ke arah pintu kedai dan berkata..

"Aku akan pastikan korang menderita..."

 

Jungkook memandang kelibat Myungsoo sehingga dia hilang dari pandangan.Dia menghampiri Jisoo yang kaku di kaunter.

"Awak tak apa-apa?" Jungkook bertanya kerisauan sambil matanya melilau melihat fizikal Jisoo.

Jisoo memandang wajah Jungkook sekilas."Saya tak apa-apa..." Jungkook melangkah setapak ke belakang setelah menyedari dirinya terlalu hampir dengan Jisoo.Namun, dia terpandang pergelangan tangan Jisoo yang sedikit memerah.

"Kenapa dengan lengan awak?"

"Hah?" Dia memandang pergelangan tangannya lalu cepat-cepat menutupnya dengan lengan baju panjangnya."Klinik,jom?" Jungkook tetap tidak berpuas hati.Jisoo hanya menggeleng."Awak baliklah." kata Jisoo lalu mengatur langkah ke bahagian belakang kedai.Jungkook hanya mampu melihat Jisoo berlalu pergi.Dia mengeluh berat.Langkahnya dipanjangkan ke pintu utama kedai.Pada masa yang sama ,Sora turut masuk ke dalam kedai dan mendapati keberadaan Jungkook.Sora melihat sekeliling kedai."Jisoo! Kenapa kau biarkan kaunter kosong?!"JIsoo yang berada di bahagian belakang kedai berlari ke hadapan kedai,untuk mendapatkan Sora."Ah..mianhae.Tadi ada..."

"Kenapa?Ada apa?"

"Erm,takde pape la..sorry sangat-sangat sebab tinggalkan kaunter kosong.." Jisoo menundukkan badannya lalu cepat-cepat masuk ke bahagian kaunter.Sora menjulingkan matanya ke atas.Dia meletakkan bungkusan plastik di atas kaunter."Aku ada belikan kau nasi goreng kimchi.Ada makcik tu jual kat bank.Orang kata sedap.Cubalah."kata Sora lalu melangkah ke bahagian peti sejuk.

"Terima kasih,Sora." Jisoo membuka plastik jingga yang membungkusi bungkusan nasi goreng kimchi itu.Aromanya yang harum memikat hati Jisoo untuk menjamahnya.Namun,belum sempat dia membuka bungkusan makanannya,beberapa orang pelanggan sudahpun melangkah masuk ke dalam kedai runcit kepunyaan Encik Youngbae itu.Terbantut hasratnya untuk menjamah nasi goreng kimchi itu.Jisoo terus melayan pelanggan yang ingin membuat bayaran.

 

--------------------

Jisoo POV

Ding dong~

Siapa pulak yang datang ni?

Aku menuruni katilku dengan rasa mamai.aku menggosok-gosok mataku dengan belakang tangan kananku.

ding dong~

Loceng berbunyi sekali lagi."Sekejap!" Aku menjerit sewaktu menuruni tangga rumah.Sewaktu mendekati pintu utama,mataku terus segar.Aku kenal bau ni.

Tanganku pantas memulas tombol pintu."Jeon Somi!!!" Aku memeluk tubuh yang berada di hadapanku.Somi membalas pelukanku.Aku segera menarik tangannya untuk masuk ke dalam rumah.Somi melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk itu.Aku memandang wajahnya dengan mata yang bersinar-sinar.Kedua belah tangannku ditadah di hadapannya.Somi mengangkat keningnya sebelah."Apa ?"

Aku mengeluh sambil menjulingkan mataku ke atas."Ole-ole?" Aku memandang mukanya dengan penuh harapan.

"Hello..cik JIsoo ku sayang..aku pergi Gwangju tu sebab kursus.Bukannya bercuti,faham?" Aku mencebik.Somi yag kepenatan itu aku tenung."Ala..takkan seminggu tu kursus je.Hari minggu tak pergi mana-mana ke?Suga-sshi tak benarkan?" Aku masih mencuba nasib untuk dapatkan ole-ole daripada Somi.Hahaha kalau aku ni dengar orang pergi bercuti ke apa,mesti mintak ole-ole.#jangancontohiaku

"Hmm..." Somi menyeluk handbagnya.Dia seakan-akan mencari sesuatu.Mataku kembali bersinar-sinar."Nah..ni je yang aku mampu." Somi menyerahkan sebentuk rantai kunci kayu yang diukir dengan perkataan Gwangju.Cantiknya!

"Terima kasih Somi...sayang kau!"Aku memeluk kejap Somi yang duduk di hadapanku.Aku melihat rantai kunci itu dengan penuh minat sebelum memandang Somi kembali."Bila kau beli keychain ni?" Mata Somi yang terpejam kembali terbuka."Last day kitorang kat Gwangju,Suga-sshi ajak keluar jalan-jalan,pusing-pusing Gwangju katanya.."

Aku tersengih nakal."Kau dating ngan Suga-sshi eh...." Jari telunjukku digerak-gerakkan di hadapan wajahnya yang terkejut."Hish! Mana ada.Ramai lagi kot yang join kursus tu." Somi menepis tangan kananku.Dia segera berdiri."Aku masuk bilik dululah.Letih layan kau ni.."

Aku tersenyum.Bahagia.

 

Aku duduk di ruang tamu menonton variety show kegemaran aku.Runningman.Somi yang duduk di sebelah kiriku begitu ralit memandang skrin smartphonenya. Kadang-kadang aku tergelak menyaksikan gelagat Kwangsoo yang sememangnya begitu cemerkap.

"Weyh,Jisoo.Tengok ni." Somi menyiku lenganku."Apa..aku nak tengok tv la.."

"Hishh,tengoklah kejap.." Aku segera memandang Somi di sebelah kiriku."Ada apa?" Dia menunjukkan suatu teks daripada whatsapp groupnya.Mataku pantas membaca apa yang tertera."So?"

Aku dapat dengar keluhan Somi."Jom la pergi.."

"Haish,tak nak aku.Kau je la pergi.Kan company kau yang organize.." Mataku kembali tertumpu pada skrin tv.

"Dengar ni eh..kepada semua kakitangan SK Telecom, pada hari Jumaat minggu ini, akan diadakan sebuah parti yang bertempat di Gangnam Centre bagi meraikan ulangtahun penubuhan SK Telecom yang ke-20.Tema pada tahun ini adalah Masquerade,jadi semua yang hadir hendaklah mengenakan mask sepanjang parti dijalankan.Hadirin juga diminta untuk datang secara berpasangan.Pas masuk akan diberikan kepada setiap kakitangan.Setiap pas hanya valid untuk dua individu sahaja.Parti akan berlangsung pada jam 10 malam.Pasangan tidak semestinya kakitangan SK Telecom.Sekian terima kasih."Somi membacakan teks itu dengan teliti sekali.Aku mengeluh.

"Pergilah dengan kawan kat tempat kerja kau.." Alasan demi alasan aku berikan kepadanya.Aku tak selesa kalau pergi parti ni semua.

"Diorang semua pergi ngan boyfriend,girlfriend,husband and wife.Aku mana ada semua tu.Aku ada kau je..please..jomlah.First time tau aku pergi parti macamni." Mulutnya dimuncungkan.Nak pujuk aku la tu.Aku berfikir sejenak lalu menghela nafas lembut.

"Hmm..ye la ye la.Aku pergi..:Akhirnya aku terpaksa mengalah."Yeah! sayang kau!" Somi kembali menatap skrin smartphonenya.

"Tapi..macam mana dengan.."

"Takpe,pasal kostum tu semua kita beli nanti. Jangan risau eh! Kita pasti akan  jadi yang paling vogue!" Tangannya dijulangkan ke atas,kegembiraan.Aku hanya mampu tersenyum.Pasti malam tu best....

 

 

 

 

 

 

Kan?

 

TO BE CONTINUED

 


Mimpi ngeri tak akan berkekalan selamanya.Mimpi indah pasti muncul jua.


 

 

Tahniah BTS sebab menang awards untuk MAMA and MMA!

//im a proud ARMY//

 

HOLA HOLA!!

hai readers! harap chapter ni menarik untuk korang!

by the way..idea untuk majlis bertemakan masquerade tu saya dapat daripada satu webtoon ni..tajuknya I LOVE YOO by Quimchee

saya cadangkan korang tengok webtoon ni..genrenya romance tapi serius best,,romcom gitu!

okay terima kasih kepada readers,commenters,subscribers dan juga upvoters!

manhi sarang juseyo!

//mini heart//

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nanadjiyongie_01
[HIATUS NOTICE]
Maaf sangat sangat kat korang semua yang mungkin tunggu saya update 😭 tapi buat masa sekarang ni saya tak sempat nak update apa apa. Minta maaf sangat-sangat 💜

Comments

You must be logged in to comment
Darborjes #1
Chapter 10: Next please.........................
k-hope
#2
Chapter 9: Semuanya perfect kak. Saya dah baca sampai bab 9. Saya suka sangat citer ni. One day, saya harap sgt dapat collab dgn akak. Hehehe.
sunshine_blue
#3
yeahhh!!! Dah update!!*Dance Dance with me~~
sunshine_blue
#4
Chapter 5: omoo..boleh tahan gak penceritaan awak ni..tambah2 pula aku ni peminat black pink,BLINK lah katakan...btw,bila ada masa update tau,tak sabar nak tau apa yg jadi lepas ni..hwaiting authornim~~
bigbangtanboys
#5
Chapter 3: Kak...I'm waiting for the next chapter...hehehe...puas sye pikir tu lirik apa...dan bru sye tau yg I DONT KNOW xD...ingatkan tu lagu svt..rupanya exo..hohoho
aquariusxpisces
#6
Chapter 2: haih mungkin myungsoo akan kecewakan jisoo pulak......
Kesyieka_Qimieka
#7
Chapter 1: Biasalah tu setiap kali dengan orang baru mesti rasa dia lah satu-satunya..
Nice author.. Cepat update nye ya!