LIMA

H O P E

Author POV

Hujung minggu yang ditunggu sudahpun tiba.Kicauan burung dan sinaran matahari yang menyinar dari tirai kamarnya membuatkan Jisoo terbangun dari alam mimpi.Setelah terjaga sepenuhnya,dia segera melangkah ke bilik air setelah mencapai tualanya yang tergantung di belakang pintu.Setelah selesai membersihkan diri,Jisoo turun ke dapur sebaik sahaja mendengar jeritan nyaring Somi yang menyuruhnya untuk bersarapan.

"Kau dah kenapa? Tersengih-sengih..ada apa-apa ke yang aku tak tau ni??" tanya Somi kepada rakannya yang tidak putus-putus menguntumkan senyuman daripada tadi.

"Kau tau tak..harini genap 2 bulan aku ngan Myungsoo tau! Woah! So happy!!" Jisoo bersorak keriangan manakala Somi hanya memandang Jisoo.Risau.

"Weyh..."Somi berkata sayu lalu duduk di kerusi meja makan bertentangan dengan Jisoo."Kau yakin ke dengan hubungan kau dengan dia?" Jisoo mengeluh perlahan.

"Tak perlu risaulah.Aku tau jaga diri aku okay?" Jawapan yang diberikan Jisoo langsung tidak menyenangkan hati Somi.Dia takut Jisoo buat perkara yang bodoh sekiranya Myungsoo curang kepadanya.Ye la..Myungsoo tu playboy berjaya.Tengok muka pun dah tau.

"Okaylah kalau kau cakap macamtu..aku boleh buat apa kan? Asalkan kau bahagia.." Somi kembali menikmati sarapan dengan hati yang tidak tenteram.

 

--------------------

Jungkook POV

Hujung minggu lah perkara yang paling aku suka.Tak payah kerja.Boleh relax kat rumah.Boleh tidur sampai petang.Wuhuuu! Heaven gila! Baik sambung tidur sekarang.Nanti mesti ada gangguan seperti teriakan Wonwoo hyung dan omma di luar bilik and....

nunkkochi tteoreojyeoyo~
tto jogeumsshik meoreojyeoyo~
bogo shipda (bogo shipda)~
bogo shipda (bogo shipda)~

Tiba-tiba smartphone ku berdering dengan merdu.Tapi ianya tidak merdu bagiku kerana bunyinya dah mengganggu tidurku yang berharga.

Ahhh..lantaklah.Baik aku sambung tidur..

Baru sahaja aku hendak melelapkan mata,smartphone aku berdering lagi. Ish..sape lak ni! Kacau ah!

Aku bangun dari pembaringanku.Rambutku yang kusut dikusutkan lagi dengan tanganku.Stres! Dengan malasnya aku mencapai smartphone yang aku letak di atas laci ditepi katilku.

Suga hyung.

Itulah nama yang tertera pada skrin smartphoneku.Aku menjawab panggilannya.

"Yeoboseyo hyung..." Aku menguap dengan mulut yang luas terbuka.

"Yah! Jungkookie!!" Aku menjauhkan smartphoneku daripada telingaku.Aduh..hyung nak membebel la ni..

"Kau baru bangun ke? Cuba kau tengok jam tu..dah pukul berapa?" Aku mengerling ke arah jam dinding dengan malasnya.

"Alah..hyung..baru pukul 10.." Suga hyung mengeluh di hujung talian."Kenapa hyung call ni?"

"Jungkook...boleh tak teman hyung kat rumah? Bosanlah..tak tau nak buat apa ni..."

"Ermm...nanti Jungkook datang. Tunggu tau.." Aku dengar Suga hyung bersorak kegembiraan sebelum meletakkan panggilan.Aku melompat dari katil dan segera bersiap untuk ke rumah hyung.

--------------------

Jisoo POV

Semua barang aku dah siap beli.Tinggal nak masak dengan Myungsoo je.Tak sabarnya! Setelah sampai di Gangnam Condominium,aku terus menaiki lif dan menekan butang bernombor 9.Beg plastik berisi bahan memasak dijinjing kedua belah tanganku.Pintu lif terbuka.Aku melangkah keluar daripada lif dan mula mengorak langkah menuju ke pintu bernombor 256.Sengaja aku tidak bunyikan loceng.Aku nak suprise kan Myungsoo.Kunci dimasukkan ke tombol pintu lalu dipulas.

Sebaik sahaja pintu dibuka,aku melihat ada kasut tumit tinggi di rak kasutnya.Hati aku mula gelisah.Aku melangkah laju menuju ke ruang tamunya yang luas itu.Bersepah.

"Jisoo.." Aku berpaling.Mencari dari mana datangnya suara itu.Satu figura lelaki menyapa penglihatanku.Myungsoo.

--------------------

Author POV

Jungkook melangkah masuk ke dalam lif dan menekan butang bernombor 9.Pintu lif terbuka.Jungkook melangkah keluar dari lif dan mencari rumah Suga.

"254..254...Ha! Jumpa pun!" Jungkook menekan loceng rumah Suga. "Hyung! Oh hyung!"

Pintu dikuak perlahan."Hey Jungkookie! Sampai jugak kau!Masuklah." Jungkook membuka kasut sneakersnya dan meletakkannya di atas rak kasut dengan kemas.

Suga terus duduk di atas sofa di ruang tamu.Jungkook bermain-main dengan tali sling bag nya sambil melihat-lihat rumah Suga.Rumah Suga sememangnya luas dan cantik sekali.Serba-serbi cantik dan perfectlah.Tapi satu je kurang.Takde peneman.Jungkook duduk di atas sofa empuk milik Suga.

"So..hyung nak buat apa ni?"

"Taktau lah. Bosan duduk rumah ni."

"Pergilah keluar dengan kawan hyung." Jungkook cuba memberi cadangan.

"Malas."Suga membalas.Pendek.

Jungkook menjeling Suga.Dah tahu sangatlah perangai cousin dia ni."Hyung ada v'game tak? Xbox ke, Playstation ke? Ada?"

"Ada je.Kenapa?"

"Jom ah main!" Jungkook segera mencapai kelengkapan v'game yang berada di kabinet televisyen.Dia memasangnya dan terus memberikan konsol kepada Suga.

"Kita lawan eh?"

"No hal!"

--------------------

Jisoo POV

Myungsoo.

"Awak buat apa kat sini?" Nadanya seperti terkejut. "Saya..."

"Hey darling..siapa tu?" Kata-kataku terhenti sebaik sahaja ternampak seorang gadis muda melangkah keluar dari bilik Myungsoo dan memeluknya dari belakang.Aku kehilangan kata-kata.Ya Tuhan..apa semua ni..

"Myungsoo..siapa perempuan ni?" Aku cuba mengawal kemarahannku apabila aku melontarkan soalan.Myungsoo tersenyum sinis.

"Oh! Ni Pinky..girlfriend aku." Aku mengepal penumbukku.Baru aku ingat.Dia ni perempuan dekat cafe tu.

Aku lihat Myungsoo seolah-olah tidak rasa bersalah langsung.Tak guna punya lelaki.

"Oh.Habis tu saya ni apa?!" Air mata mula bertakung di tubir mata.

"Kau tu mainan aku je." Kata-katanya begitu tajam menusuk kalbuku.Aku memandang lantai.Cuba menahan tangisanku.Cuba untuk tidak melihat muka yang menyakitkan hati aku.

"Jadi selama ni,awak tak ikhlas dengan saya..kan?"

"Erm..macam tu lah nampaknya." Myungsoo mengangkat bahu sambil membuat muka selamba.Bertambah sakit hati aku.Aku rasa baik aku pergi dari sini sebelum aku hilang kawalan.Beg plastik yang aku jinjing segera aku letak ke bawah.Aku menanggalkan cincin pemberian Myungsoo dari jari manisku.

"Kau ambiklah balik cincin kau ni! Aku tak heran lah dengan kau! Jantan tak guna!" Aku membaling cincin itu tepat ke mukanya.Aku nampak Pinky dah ketakutan sebab aku menjerit mengalahkan singa tadi.

"Hey Pinky, kau ingat eh..kalau dia ni boleh buat aku macam ni,tak mustahil kau pun kena macam aku.Kau ingat tu." Aku segera meninggalkan mereka.Aku dah tak kisah dah apa nak jadi.Aku just nak keluar dari situ secepat mungkin.Aku berlari ke arah pintu utama.Kasut sarungku segera aku pakai.Aku rasa muka aku dah macam udang kena bakar dah! Panas.Hati pun panas sekarang ni!

Aku melangkah laju tanpa menoleh ke belakang.Aku berjalan dengan muka tertunduk.Nak sorok air mata yang dah mengalir macam Niagara Falls ni.

--------------------

Jungkook POV

"Yeah!! Kookie menang! Hyung kalah!" Aku bersorak kegembiraan setelah berjaya mengalahkan Suga hyung dalam v'game.Suga hyung menjeling aku jengkel.

"Alah..Kookie main tipu tadi! Mana aci!" Suga hyung memeluk tubuh tanda protes."Mana ada.Kookie kan memang hebat main v'game tau! Wonwoo hyung pun kalah kalau main dengan Kookie.'

"Yelah..Kookie menang." Aku tersenyum girang.Mataku sempat melihat jam tanganku.Alamak! Dah pukul 1 petang!

"Hyung..Kookie balik dulu tau!Lambat dah nak tengok Kdrama ni."aku terkocoh kacah menyarung kasutku di pintu utama.

"Elok-elok balik tu! Nanti accident pulak!" pesan Suga hyung kepadaku yang sudah lesap dari pandangannya.

--------------------

Author POV

Jungkook tergopoh gapah melangkah keluar dari rumah Suga kerana tidak mahu terlepas kdrama lakonan aktor pujaannya,Ji Chang Wook.

Sewaktu dia sibuk dengan smartphonenya..

"Aduh.." Jungkook mengaduh kesakitan setelah seseorang terlanggar bahunya.Jungkook mengusap-usap bahunya perlahan sambil melihat orang yang melanggarnya.

"Mianhae...."Suaranya begitu lemah.Pipinya basah akibat tangisan yang tidak henti-henti.Jungkook meneliti individu itu dari atas sampai bawah.Aku kenal dia ni.Dia ni cashier kat kedai runcit tu.Kenapa dia ni?

"Awak ni yang..." Belum sempat Jungkook menghabiskan ayatnya,perempuan itu segera berlari ke arah lif.Lif tiba di aras 9.Dia segera melangkah masuk dan pintu lif tertutup perlahan.

Jungkook memerhatikan nombor yang tertera di atas lif, menunjukkan ke mana lif itu bergerak.Nombor semakin meningkat.Jungkook berasa tidak sedap hati dengan keadaan ini.Nombor terhenti pada angka 21.Tingkat teratas.

Dia nak bunuh diri ke?Kenapa aku rasa tak sedap hati ni? Ish..

Jungkook menekan butang lif yang lain."Cepat..cepatlah!" Disebabkan lif terlalu lambat,Jungkook mengambil keputusan untuk menggunakan tangga kecemasan.Dia berlari sekuat hati.Harap harap aku sempat sampai.Jebal!"

--------------------

Jisoo POV

Aku menghiraukan orang yang aku langgar tu.Aku dah mintak maaf dah kira okay la tu.Aku bergegas menuju ke dalam lif sebaik sahaja pintu lif terbuka.Butang bernombor 21 segera aku tekan.Ya,butang tingkat teratas.

'Ding!'

Pintu lif terbuka.Aku mengorak langkahku menuju ke sebuah pintu.Tombol pintu aku pulas.Deruan angin menerpa mukaku yang dibasahi air mata.Terasa sejuk berada di atas ini.Aku melangkah ke hujung bangunan.Aku memanjat tebing bangunan dan memandang ke bawah.Matahari terik memancar .Aku tak mampu berfikir lagi.Aku memejamkan mata.Bersedia untuk terjun.Bunuh diri.Aku tau tindakan aku ni bodoh tapi buat apa kau hidup kalau semua harapaan aku hancur.
 

"Berhenti!!" Aku menoleh dan badanku tiba-tiba hilang kawalan.Duniaku menjadi gelap.

 

TO BE CONTINUED...

 


Dunia penuh dengan ujian.Ujian yang dijadikan untuk manusia.Manusia yang kental menghadapinya.


 

 

Hello guys! Dah lama tak update sebab malas..hahhahahhahha

enjoy the update ye...

saya tengah cuba nak rajin ni..doa-doakanlah ye..

 

as usual

SUBSCRIBE

UPVOTE

COMMENT

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nanadjiyongie_01
[HIATUS NOTICE]
Maaf sangat sangat kat korang semua yang mungkin tunggu saya update 😭 tapi buat masa sekarang ni saya tak sempat nak update apa apa. Minta maaf sangat-sangat 💜

Comments

You must be logged in to comment
Darborjes #1
Chapter 10: Next please.........................
k-hope
#2
Chapter 9: Semuanya perfect kak. Saya dah baca sampai bab 9. Saya suka sangat citer ni. One day, saya harap sgt dapat collab dgn akak. Hehehe.
sunshine_blue
#3
yeahhh!!! Dah update!!*Dance Dance with me~~
sunshine_blue
#4
Chapter 5: omoo..boleh tahan gak penceritaan awak ni..tambah2 pula aku ni peminat black pink,BLINK lah katakan...btw,bila ada masa update tau,tak sabar nak tau apa yg jadi lepas ni..hwaiting authornim~~
bigbangtanboys
#5
Chapter 3: Kak...I'm waiting for the next chapter...hehehe...puas sye pikir tu lirik apa...dan bru sye tau yg I DONT KNOW xD...ingatkan tu lagu svt..rupanya exo..hohoho
aquariusxpisces
#6
Chapter 2: haih mungkin myungsoo akan kecewakan jisoo pulak......
Kesyieka_Qimieka
#7
Chapter 1: Biasalah tu setiap kali dengan orang baru mesti rasa dia lah satu-satunya..
Nice author.. Cepat update nye ya!