TUJUH

H O P E

Author POV

Kalau dia ni boleh buat aku macam ni,tak mustahil kau pun kena macam aku.

Amaran Jisoo tempoh hari masih terngiang-ngiang di telinga Pinky.Hatinya mulai risau.Macam mana kalau aku pulak yang kena?Haish..

Wajahnya berkerut memikirkan hal itu.Pada waktu ini,dia sedang berada di rumah Myungsoo selepas dia mabuk malam semalam.Pinky cuba menenangkan hatinya yang resah itu.Dia memandang sekeliling bilik Myungsoo yang sangat luas dan mewah itu.Kakinya dijejakkan ke lantai lalu dia menuju ke tepi tingkap.Langsir diselak dan pemandangan bumi Seoul yang sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiivti manusia menjadi tatapannya.Dia mengeluh kecil.

Kring...kring..kring..kring..

Pinky menoleh ke arah smartphone Myungsoo yang terletak di atas meja kecil.Dia menuju ke arah meja kecil itu yang terletak di sebelah katil.Skrin telefon ditatap lama.Private number?

Dia mengangkat panggilan itu dengan rasa curiga.

"Hello,baby...kenapa you tak jawab call I semalam.Penat I tunggu you tau~" Matanya terbuntang luas.Di hujung talian sekarang adalah seorang perempuan yang tidak dikenalinya sedang bercakap dengan nada yang begitu manja sekali.Naik mual tekaknya."Baby? You dengar tak ni apa I cakap??"  Ni tak boleh jadi..

"Apa baby baby? Hoi perempuan kau siapa hah?!" bentak Pinky dengan perasaan geram ya amat."Omg..you ni siapa?Mana baby I?? Apa you buat dengan dia?" nada suara perempuan itu seakan terkejut. Sudah jelas, dia pun adalah salah seorang mangsa permainan cinta Kim Myungsoo.

"For your information,Kim Myungsoo tu boyfriend aku tau! Kau ni siapa?!" Pinky betul betul geram dengan pemanggil tersebut."I ni Lizzy, girlfriend dia tau! Tak lama lagi dia cakap nak kahwin dengan I , you tau tak!"

"Tsk, aku rasa kau ni memang dah kena tipu hidup-hidup la! Sepatutnya aku yang kahwin dengan dia! Bukan kau!" Pinky terus meletakkan panggilan tersebut dan mencampakkan smartphone itu di atas katil.Mukanya sudah merona merah akibat menahan geram.Kau tipu aku! Tak guna punya Myungsoo!

 

Myungsoo segera keluar daripada bilik air ,lengkap berpakaian t-shirt putih dan seluar hitam, apabila mendengar kekecohan yang berlaku di luar.Sewaktu dia melangkah keluar, Myungsoo melihat Pinky sedang duduk di atas katil sambil memeluk kedua-dua lututnya.Myungsoo mendekati Pinky dengan perlahan.

"Hey..kenapa ni?" Myungsoo menyoal dengan penuh lemah lembut.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Tiada jawapan kedengaran dari Pinky.Myungsoo menghela nafas dan menuju ke cermin dan membetulkan rambutnya.

"Siapa Lizzy?" Pinky mula bersuara tanpa mengangkat wajahnya.Myungsoo bagaikan beku di tempatnya berdiri apabila Pinky bertanyakan soalan itu.Myungsoo berdehem sebelum menjawab."Oh..tu kawan I..kenapa?" Myungsoo menipu.

"You tipu! You tipu!" Pinky tiba-tiba berdiri dan memukul Myungsoo dengan bantal sekuat hatinya.Myungsoo cuba menghentikan perbuatan Pinky dan akhirnya dia berjaya.Bantal digenggam lalu dicampakkannya ke atas lantai.

"You ni dah kenapa?Kena sampuk ke?Mana ada I tipu you!" Myungsoo masih berbohong sedangkan Pinky sudah tahu segala-galanya.

"Janganlah you nak tipu I lagi! I dah tau segala-galanya! Memang betullah apa yang Jisoo cakap haritu.You ni dasar playboy tak guna!"

Pang!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi mulus Pinky.Terasa berdenyut pipinya sewaktu dipegang.Air matanya meluncur perlahan keluar dari kelopak matanya.Pinky memandang wajah Myungsoo.

Pang!

Satu tamparan kuat hinggap pula di pipi Myungsoo."At this very moment,you are nothing in my life! And guess what?Perempuan tu pon dah tau perangai you yang sebenar.Thanks to Jisoo sebab buat I sedar sebelum I merana!"

Pinky mengambil tas tangannya yang terletak di atas meja solek lalu berlalu pergi sebelum menghempas pintu dengan begitu kuat sehingga bergema segenap ruang bilik.Myungsoo menjerit semahunya sambil mengusutkan rambutnya yang masih basah.Dia menendang bantal yang dicampakkannya sebentar tadi jauh ke pintu.Myungsoo terduduk di birai katil.Geram.Bengang.Malu.Semua perasaan bercampur baur.Hatinya berasa geram dengan Pinky dan Lizzy.Hatinya bertambah sakit apabila wajah seseorang muncul di fikirannya.

 

"Kim Jisoo..aku takkan biarkan kau bahagia.."

 

--------------------

Jungkook bersandar pada dinding sambil bersiul di luar bilik Jisoo.Tangan kanannya dikeluarkan dari poket seluar. 17 minit sudahpun berlalu.Dia memandang suasana di sekelilingnya.Semua orang sedang sibuk bekerja.Jungkook?Apa yang dia buat kat sini?Dia takde kerja ke?Sebenarnya,dia telah ditugaskan Suga untuk membawa Jisoo pulang kerana Suga dan Somi akan menghadiri kursus di Gwangju selama seminggu.So..dia mintak cuti pada boss,Tuan Choi dan cutinya diluluskan kerana Tuan Choi telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh Suga.

Pintu wad dibuka.Jisoo melangkahkan kakinya lemah ke luar.Dia hanya menundukkan wajahnya.Jungkook membetulkan posisinya berdiri.Jungkook cuba untuk memandang wajah Jisoo.

"Jisoo, awak okey ke ni?" Jungkook risau dengan keadaan Jisoo yang seakan hilang semangat untuk hidup.Mungkin dia masih terkesan dengan kejadian itu.Fikir Jungkook.

Jisoo tidak menjawab.Dia terus berjalan, meninggalkan Jungkook di belakang.Jungkook pantas mengejarnya.

--------------------

"Kita naik motorsikal je eh?Sorry la..saya takde kereta.Harap awak tak kisah..." Jungkook memandang wajah Jisoo yang menunjukkan ekspresi kosong.Jisoo merenung motorsikal dan Jungkook silih ganti.

"Awak tak sudi ke?Kalau macam tu,kita panggil Uber je la.." Jungkook mengeluarkan smartphonenya dari dalam poket seluar.Dia membuka apps Uber yang sememangnya dia install sejak dulu.Actually,boleh je dia pinjam kereta Wonwoo hyung tapi disebabkan dia malas bawak kereta dia just naik motorsikal je la.

Melihatkan tindakan Jungkook,Jisoo menepis lembut tangan kanan Jungkook.Dia berpaling ke arah Jisoo.

"Saya tak kisah.."

Jungkook tersenyum manis.Dia mencapai helmet berwarna putih lalu menyarungkannya di kepala Jisoo.Muka Jisoo kemerahan tatkala melihat wajah kacak Jungkook dari dekat.

"Okay siap!" Jisoo tersedar dari lamunannya.Dia terpinga-pinga manakala Jungkook sudahpun menaiki motorsikalnya."Naiklah Jisoo.."

Jisoo mula membonceng motorsikal Jungkook.Beg kecilnya disandang dan Jungkook mula menghidupkan enjin.

 

Motorsikalnya lancar meluncur di jalan raya.Setibanya di suatu persimpangan,terdapat sebuah kereta sedan berwarna hitam dari arah bertentangan nyaris melanggar motorsikal Jungkook apabila Jungkook hendak membelok.Nasib baik Jungkook sempat brek, kalau tak nahas nanti.Tapi,bukan salah Jungkook kerana kereta itu sendiri yang melanggar lampu isyarat merah.Jungkook yang kini berhenti di tepi jalan menoleh ke belakang untuk mendapatkan Jisoo.

"Jisoo..awak okey ke?"

"S-saya o-okay.."

"Maaflah kalau saya buat awak terkejut.."

Jisoo hanya tersenyum tawar.Mereka meneruskan perjalanan.

 

 

 

"Okay dah sampai.." Jungkook memberhentikan motorsikalnya di hadapan pintu pagar rumah Jisoo.Jisoo turun dari motorsikal dan pantas menuju ke arah pintu pagarnya.Setelah mengunci pintu pagar,Jisoo terus ke pintu utama tanpa menoleh ke belakang.Kepalanya terasa berat semacam.

"Jisoo!" Kedengaran suara Jungkook memanggilnya.Jisoo menoleh ke belakang.

"Helmet tu nak buat harta ke cik Jisoo!" Jisoo tercengang.Dia memandang kepalanya.Cepat-cepat Jisoo tanggalkan helmet putih itu.Jungkook tersengih lalu ketawa terkekek apabila melihat Jisoo yang kelam kabut menanggalkan helmet itu.Jisoo berjalan ke arah pintu pagar dan menghulurkan helmet kepada Jungkook dengan muka yang tiada ekspresi.Jungkook tertawa kecil.

"Take care,Jisoo!"

Jungkook menghidupkan enjin motorsikalnya lalu meneruskan perjalanan pulang ke rumahnya.

--------------------

 

Jisoo menutup pintu dengan cepat lalu berlari anak ke sofa.Badannya dihempaskan ke sofa kerana terlalu letih.Jisoo tersenyum sendirian.Dia teringat moment sebentar tadi.Tambahan pula,dia secara tidak sengajanya telah memeluk Jungkook ketika Jungkook brek secara tiba-tiba.Pipinya terasa bahang akibat malu namun pada masa itu dia berjaya menyembunyikan rasa malunya.Namun,senyumannya hilang tatkala teringat kereta yang nyaris melanggar Jungkook dan dirinya.Kereta sedan hitam.Myungsoo.Haishhh,positif Jisoo.Bukan dia je yang ada sedan hitam kan..

Memikirkan hal Jungkook pula,Jisoo sudah tidak mahu memikirkan apa-apa lagi berkenaan cinta pandang pertama kerana dia rasa dia sudah serik dengan hal itu.Dia mahu fikir pasal dirinya pula.Dia tak mahu teraniaya lagi.

"Ahhhh! Stresnya hidup!" Jisoo mengusutkan rambutnya lalu membenamkan wajahnya ke kusyen.

 

Baby nal teojil geotcheoreom anajwo
Geuman saenggakhae mwoga geuri eoryeowo
geojitmalcheoreom kiseuhaejwo naega neoege
Majimak sarangin geotcheoreom~

Smartphonenya berdering menandakan ada panggilan masuk.Tangannya meraba-raba ke lantai mencari beg kecilnya yang telahpun dicampakkannya sebentar tadi.Smartphone dicapai dan punat hijau di slide ke tepi."Hello...:Jisoo menjawab dengan malas."Hey Jisoo..kau okay ke tak ni?Kau sakit lagi ke??" Rupanya Somi yang menelefon dari Gwangju.Jisoo membuntangkan biji matanya lantas duduk bersila di atas sofa."Weyhhh...Somi, kau ni pergi kursus tak cakap..hisshh" Jisoo mencebikkan bibirnya tanda merajuk."Ala..bukan tak nak bagitau.Kursus tiba-tiba je ada,so Suga-sshi terus ajak aku pergi sekali dengan dia..sorry la.." Somi cuba memujuk kawannya yang tengah merajuk tu.Jisoo menghela nafas."Hmm okay la kalau macam tu and jangan risau pasal aku kat sini.Tau la aku jaga diri.Okay?" "Kau.." Jisoo mengeluh."Ye..aku takkan buat benda bodoh lagi la..." Jisoo sudah dapat mengagak apa yang Somi cuba sampaikan."Okay la..aku kena gerak ni..pape roger ok?" "Alright.." Panggilan diletakkan.Mindanya mula menerawang,memikirkan apa sahaja yang dapat membuatkan hidupnya tenang.Matanya dipejam erat.

 

--------------------

Jungkook POV

Di suatu petang yang indah.Sedang aku layan social media di smartphoneku,tiba-tiba pintu bilikku diterjah Wonwoo hyung."Hai Jungkookie...." Dia semakin mendekati aku.Aku hanya mampu tersengih.

"Kau ni dah kenapa Jungkook?Sejak haritu pergi hospital, jemput kawan kau,tersengih-sengih macam kerang busuk.Pahal?" Wonwoo hyung terus melompat ke atas katilku setelah main terjah je pintu bilik aku.Aku menjeling Wonwoo hyung."Ish..hyung ni sengih salah,sedih salah,apa yang hyung nak Kookie buat.Jadi patung?" Wonwoo hyung memukul bahu aku lembut."Kawan kau tu ...perempuan ke?" soal Wonwoo hyung sambil mengangkat-angkat keningnya."Eh eh..kenapa nak tau..sibuk je." Aku memalingkan mukaku ala-ala diva gitu lalu ralit melihat skrin smartphone ku.TIba-tiba,Wonwoo hyung menepis tanganku supaya aku memberi perhatian kepadanya."hishh..hyung nak apa lagi.." Aku merengek seakan budak kecil kerana Wonwoo hyung masih menganggu aku.

"Lelaki ke perempuan?" Tak habis-habis hyung aku ni bertanya."Perempuan." Wonwoo hyung melopongkan mulutnya.Haipp,masuk lalat nanti."Ish..hyung ni, mula la tu fikir bukan-bukan.Tak..Kookie bukan kenal sangat pun dengan dia.Actually,Kookie selamatkan dia daripada terjatuh bangunan.Kebetulan pulak,dia ni kawan secretary Suga hyung.So..macam tu la ceritanya.Hari tu Kookie jemput dia pun sebab Suga hyung yang suruh." panjang lebar aku terangkan.Harap hyung faham.Wonwoo hyung mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Oh..kalau Suga tak suruh kau jemput,kau tak jemput la ye?" haiyaa..banyak soal pulak abang aku ni."Tengok lah keadaan..jemput agaknya.." Aku sengaja memperlahankan suaraku pada akhir ayat supaya hyung  tak dengar.

"Apa...jemput agaknya....hmmm" Wonwoo hyung tiba-tiba berdiri dan mengambil beberapa langkah menuju ke pintu."Jungkook dah jatuh cinta! Omma!" Wonwoo hyung menjerit tiba-tiba sebelum menutup bilikku. "Yah!!!!!Hyung!!!"

Tidak sempat aku menghalang Wonwoo hyung,pintu sudahpun dihempas dengan kuat."Haishh..hyung ni.." Aku mengusutkan rambutku lalu turun dari katil dan pergi ke tingkat bawah.Aku lihat Wonwoo hyung sudahpun berada di kawasan dapur bersama ommaku.Cepatnya lah abang aku ni berlari.Kalah Usain Bolt.

Apabila Wonwoo hyung terlihat kelibat aku,dia tersengih-sengih."Hah, lover boy dah turun..hehehe" Terkekek-kekek dia ketawa.Seronok betul kenakan aku ya..Omma hanya menggelengkan kepala apabila melihat kerenah kami.Omma kembali mencuci pinggan mangkuk yang kotor di dalam sinki.

"Betul ke anak bujang omma ni dah ada girlfriend?" Omma tersenyum sendiri sambil tangannya sibuk mencuci pinggan.

"Omma...jangan percaya apa yang Wonwoo hyung cakapkan tu..."Aku membuat nada manja untuk meraih simpati."Ala..mengaku je la..apa salahnya ada girlfriend kan?" Wonwoo hyung berkata dengan sisa tawanya.Aku mencubit lengan Wonwoo hyung sehingga dia menjerit kesakitan.Hahh..puas hati aku.HAHAHAHA

"Hmm ikut suka Kookie la nak buat apa.Janji.. Kookie yakin dengan keputusan Kookie.Ye la..anak omma ni kan dah besar panjang.Tau la nak buat keputusan sendiri." Aku hanya mengangguk setelah mendengar nasihat omma."Baiklah omma."

 

--------------------

Jisoo POV

Malam sudahpun menggantikan siang.Matahari berganti bulan.Bintang-bintang menghiasi langit malam yang sungguh tenang.Aku duduk di meja belajarku lalu merenung ke luar tingkap bilik.Termenung jauh memikirkan nasibku selama ini.Mindaku mula mengimbau kenangan-kenangan pahit dalam hidup.Pengalaman bercinta yang sememangnya memedihkan bermain semula di fikiranku.Sesekali aku merasakan diri aku begitu bodoh kerana tidak serik dengan percintaan.Hatiku berasa kesal dengan diri sendiri.Nasib aku begitu baik kerana setiap kali aku nak bunuh diri, ada sahaja orang yang akan selamatkan.Ini bermakna Tuhan masih menginginkan aku untuk hidup di Bumi ciptaan-Nya.So, aku sudah tidak boleh mensia-siakan hidupku.You need to change Jisoo! Kau boleh!

Aku melepaskan keluhan berat.Aku bangun dari dudukku.Rambut perangku dikusut-kusutkan lalu aku menghempaskan badan ke atas katil.Belum sempat aku melelapkan mata,

Ding!

Aku meraba-raba smartphoneku di atas katil dengan mata yang masih tertutup.Skrin smartphone dihidupkan.

 

1 new message.

Hi.

 

Nombor siapa ni? Erm,salah nombor kot.Aku mematikan semula skrin smartphoneku.

Ding!

2 new messages.

 

Skrin di swipe ke kanan dan aku segera membuka inbox.

 

Hi.

Cepatnya kau lupakan aku.

 

Ish..siapa pulak ni? Aku mengambil keputusan untuk membalas mesej-mesej tersebut.

 

Maaf ye,saya rasa awak salah nombor.

 

Lima saat kemudian..

Tak aku tak salah nombor.

Saya tak kenal awak siapa.Please jangan ganggu saya.

Cuba lah teka..

 

"Hishh! Ingat aku ada masa ke nak main teka teki ni.Ergh!" Aku semakin geram dengan penghantar mesej tersebut lalu aku membiarkan chat itu tergantung.Lantaklah dia nak spam ke apa.Kisah pulak aku.Smartphone aku letak di atas meja lampu di sebelah katilku.Aku lantas membalut diriku dengan selimut dan bersedia untuk berlayar ke alam mimpi.

 

--------------------

Jisoo POV

Sudah beberapa hari penghantar mesej itu asyik menganggu aku.Aku sengaja tak bagitau Somi tentang hal ni sebab aku tak nak dia risau pasal aku.Cukup-cukup la aku susahkan dia selama ni.Aku janji nak berubah and tak nak susahkan Somi lagi.Hari ni hari last aku duduk sorang-sorang kat rumah tu.Bosanlah Somi takde.Huhuhu.

Aku menyambung tugasku menyusun barang-barang di kaunter.Setelah selesai,aku beralih pula ke rak di belakang aku.Hari ni kedai lengang sebab takde pelanggan dari pagi tadi.

 

"Hey Jisoo.."

Aku tersentak dengan suara itu.Aku menoleh ke belakang dan mendapati..

"K-kim Myungsoo..." Aku menjadi lemah secara tiba-tiba.Aku tak tau kenapa.Dia tersenyum sinis melihat aku.

"Kenapa?Terkejut tengok aku?"

"Apa yang awak buat kat sini?" Aku cuba act tough tapi sememangnya aku rasa takut sangat.Aura Myungsoo hari ni...lain.Lain sangat.Aura dia membuatkan aku jadi seram sejuk.

"Saja..nak lawat ex-girlfriend aku.Kau dah sihat ke? Aku ingatkan kau dah mati.." Nadanya begitu sinis dan ucapannya diakhiri tawa kecil.

"Macam mana awak tau..s-saya.." Aku tak boleh nak menuturkan kata-kata aku dengan betul.Ketakutan menguasai diri aku.

"Aku tau semuanya pasal kau..." Myungsoo semakin mendekati kaunter dan aku beransur-ansur menapak ke belakang.Malangnya,dia sempat mencapai lenganku dan menarik aku ke hadapan dengan kasar.Pinggangku berasa sakit kerana terlanggar meja kaunter yang hanya separas pinggangku.

"Apa yang awak nak?!"

"Aku nak kau hidup sengsara! Aku tak nak kau hidup bahagia! Kau dah malukan aku!"

"Lepaslah!! KIm Myungsoo!!!" Aku mengerang kesakitan kerana dia semakin erat mencengkam pergelangan tanganku.Air mata aku mengalir sedikit di pipi.Aku hanya mampu berdoa kepada Tuhan supaya semua ni berakhir dengan cepat.Someone please save me...

Myungsoo menyeluk poket jaketnya dan mencapai sesuatu.Mataku membulat tatkala melihat benda itu adalah pisau lipat yang besar.

"Goodbye,Kim Jisoo!"

Pisau pantas dihunus ke arahku.Senyumannya melebar.

 

ARGHHHHHH!!!!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aku terjaga dari mimpiku.Peluh dingin mula membasahi dahi mulusku.Nafasku tercungap-cungap membuatkan dadaku turun naik mengikut ritma pernafasan.Mimpi itu seakan nyata.Aku memegang dadaku.Jantungku berdegup dengan begitu laju.Aku melihat ke arah jam dinding. 9.15 a.m. Aku mengeluh berat.Apa semua ni?

 

TO BE CONTINUED..


Kalau tak berani menempuh cabaran,berhenti bermimpi.


 

 

 

 

Heyyyyaa guys..saya dah update! Sorry lambat sikit sebab tadi nak publish chapter ni tapi internet connection limited pulakk..

okay thats all.

So macam biasa comment,subscribe dan upvote amat digalakkan (wajib senanya HAHAHA)

Kepada yang comment,subscribe dan upvote amatlah dihargai jasamu itu...

kalau ada silent readers ke apa...please comment le jugakk..comment korang amat membina tau.

bye!jalja!

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nanadjiyongie_01
[HIATUS NOTICE]
Maaf sangat sangat kat korang semua yang mungkin tunggu saya update 😭 tapi buat masa sekarang ni saya tak sempat nak update apa apa. Minta maaf sangat-sangat 💜

Comments

You must be logged in to comment
Darborjes #1
Chapter 10: Next please.........................
k-hope
#2
Chapter 9: Semuanya perfect kak. Saya dah baca sampai bab 9. Saya suka sangat citer ni. One day, saya harap sgt dapat collab dgn akak. Hehehe.
sunshine_blue
#3
yeahhh!!! Dah update!!*Dance Dance with me~~
sunshine_blue
#4
Chapter 5: omoo..boleh tahan gak penceritaan awak ni..tambah2 pula aku ni peminat black pink,BLINK lah katakan...btw,bila ada masa update tau,tak sabar nak tau apa yg jadi lepas ni..hwaiting authornim~~
bigbangtanboys
#5
Chapter 3: Kak...I'm waiting for the next chapter...hehehe...puas sye pikir tu lirik apa...dan bru sye tau yg I DONT KNOW xD...ingatkan tu lagu svt..rupanya exo..hohoho
aquariusxpisces
#6
Chapter 2: haih mungkin myungsoo akan kecewakan jisoo pulak......
Kesyieka_Qimieka
#7
Chapter 1: Biasalah tu setiap kali dengan orang baru mesti rasa dia lah satu-satunya..
Nice author.. Cepat update nye ya!