SATU

H O P E

JiSoo POV

"Kau tak kerja ke hari ni?" So Mi bertanya kepada aku sambil menarik kerusi di meja makan.Aku memandang wajahnya.So Mi sedang menyapu mentega kacang pada rotinya.

"Shift petang..." aku menyuapkan roti berinti jem ke dalam mulutku.Wah! sedapnya...

 

So Mi hanya menganggukkan kepalanya tanda mengerti .Dia terus menghabiskan rotinya lalu mengambil kunci keretanya yang berada di atas meja kopi.Dia bergerak ke pintu hadapan dan mengeluarkan kasut tumit tingginya. Aku segera menuju ke arahnya. Ia sudah menjadi rutin harian aku untuk mengucapkan selamat tinggal kepada So Mi setiap kali dia hendak ke tempat kerja.

"Aku pergi dulu tau. Jaga diri tu..jaga rumah baik baik.If ada orang yang tak dikenali datang, jangan bukak pintu tau!" pesan So Mi sambil memakai kasut tumit tingginya itu. "Ye la nenekku sayang....membebel je kerja " aku mencubit pipi So Mi yang gebu tu...ish geramnyaaa...

So Mi mengaduh kesakitan lalu kami ketawa bersama. So Mi menghidupkan enjin keretanya.

"Bye, Jisoo! Jangan lupa kunci pintu!"

"Ok! Bye!"

--------------------

Aku masuk ke dalam rumah setelah deruman enjin kereta So Mi kian menghilang.Aku mengunci pintu utama.

"Okay...sekarang aku nak buat apa? Hurmm.." Aku berpaling memandang jam di dinding. 8:15 pagi.Aku pergi ke ruang makan untuk mengemas meja makan.Lalu aku ke dapur untuk membuang sampah.Aku menuju ke pintu belakang.Selipar pink yang setia menunggu di situ aku sarungkan ke kakiku.

Aishh..beratnya sampah ni..busuk lak tu!

Aku segera membuang sampah tersebut ke dalam tong sampah besar. "Tu la..makan tak ingat dunia...mentang-mentang gaji baru masuk..melantak je kerja.." Aku tertawa kecil mengingatkan peristiwa semalam di mana aku dan So Mi memesan pelbagai makanan sempena meraikan gaji pertama masing-masing.

 

Aku duduk di ruang tamu. Alat kawalan jauh aku capai untuk menonton televisyen. Channel demi channel aku tukar, tiada langsung yang menarik minatku. Aku baring di atas sofa. Jam tepat menunjukkan pukul 2 petang.Lagi tiga jam aku nak masuk kerja.So Mi akan pulang pada pukul 5 petang,aku pergi ke tempat kerja pada pukul 5 petang.Kadang-kadang So Mi pulang lewat ke rumah kerana terlalu banyak kerja di office.So Mi bekerja sebagai secretary kepada CEO di Syarikat SK Telecom. Sebab itulah dia selalu bekerja lebih masa.Kena ikut pergi meeting,event dan sebagainya.Tetapi dia tidak pernah mengeluh kerana dia baru sahaja mendapat kerja ini.

Sama juga seperti aku, tetapi aku tidak bekerja di office sebaliknya hanya di kedai runcit berdekatan rumah kami. Jalan kaki pun boleh sampai ke kedai tu.Tapi aku pilih nak naik basikal je pergi kerja.Kalau nak jalan kaki, bahaya. So Mi pun larang aku buat macam tu.Aku baru dapat kerja kat situ.Sebelum ni aku bekerja sebagai pelayan di kafe.Gajinya lumayan jugaklah.Tapi aku decide nak berhenti sebab aku pernah kena kacau dengan pakcik-pakcik yang gatal kat situ.Hishh! Manalah aku boleh tahan.Nasib baik aku dapat kerja baru ni.

Memandangkan aku dah mandi, buat kerja rumah semua dan tinggal nak bersiap je aku decide tak nak buat apa-apa.Disebabkan sofa yang menjadi tempat pembaringan aku tu terlalu empuk, aku pun terlelap.

--------------------

"ARGHHHHHH!!!!!!" Aku dah lambat ni!!" Jam menunjukkan pukul 4.50 petang. Aku kelam kabut berlari menuju ke billikku di tingkat dua.Aku hanya mengenakan solekan ringkas sahaja.Rambutku yang berwarna keperang-perangan aku sikat dengan rapi.

"Aduhaiii....macam manalah aku boleh terlajak tidur ni..." Aku tak habis habis mengerling ke arah jam di dinding. 4.52 petang.

Aku berlari menuju ke pintu utama lalu menyarungkan sneakers dengan laju. Pintu utama dan gril rumah teres kami sudah ku kunci.Basikal yang bersandar di dinding  aku capai lalu memulakan kayuhanku.Aku mengayuh dengan laju, membelah jalan raya yang sibuk itu.

Aku mengerling ke arah jam tangan yang terlilit kemas di tangan kananku.4.57 petang.

3 minit lagi. Imej kedai runcit sudahpun kelihatan.Aku mengayuh dengan lebih laju. Sampai sahaja di depan kedai, aku terus mengunci basikal ku. Aku masuk ke dalam kedai runcit dan memandang jam di dinding.5.00 petang.

Sempat jugak aku sampai....huish..lega. #pekerjaterbaikbulanini

Aku yang masih tercungap-cungap di hadapan kaunter tidak perasan kehadiran penyelia kedai.

"Anyeonghaseyo, Jisoo-shi."

"Oh! Anyeonghaseyo, Taeyang sunbaenim.." aku bow 90'.

Sunbaenim hanya tersenyum melihat gelagat aku yang huru hara ni...HAHAHAHA

"Dah, pergi buat kerja." Taeyang sunbaenim berlalu pergi, menuju ke stor di belakang kedai.

"Baik!"

Aku masuk ke ruang kaunter dan menjalankan kerja seperti biasa.

--------------------

Aku menggeliat disebabkan kepenatan melayan pelanggan yang tak putus putus datang ke kedai. Pada waktu malam, bilangan pelanggan semakin berkurangan.

Dah pukul 10.55. Shift aku habis 5 minit lagi.Yess! Katil, i'm coming!!

"Hello?" Lamunan aku terhenti apabila ada seorang namja sedang berdiri di hadapan kaunter.

"Oh, maaf. Ini saja ke?" Lelaki itu mengangguk sambil tertawa kecil.Wah...hensemnya namja ni....

"3 ringgit, encik." Aku tersenyum tatkala memandang wajahnya yang hensem tu. Dia mengambil beg plastik yang berisi tin minuman itu.

"Saya, Myungsoo..Kim Myungsoo" aih melting aku..dia senyum pulak..

" Saya Kim Jisoo" Pipi aku dah blushing dari tadi.. Tiba-tiba dia berbisik kepada aku.

"You are so beautiful, Jisoo" Dia beredar dari situ. Aku terpaku mendengar kata-katanya sebentar tadi.Aku rasa aku suka dia. Wah! Indahnya dunia!

--------------------

Aku pulang ke rumah dengan hati yang gembira dan senyuman yang lebar. Sewaktu aku memasuki rumah, aku mendapati So Mi berada di ruang tamu sedang menonton english movie.

"Kau kenapa Jisoo? Tersengih-sengih..." Matanya tetap pada skrin televisyen.

"AKU RASA BAHAGIA HARI NI!" Aku berpusing -pusing di ruang tamu dengan gaya ballerina.

"Jangan jerit boleh tak , Jisoo..taulah high note kau mantap." Aku berhenti berpusing dan duduk di sebelah So Mi.

"Cer cite.."

"Aku rasa aku jatuh cinta!"

"LAGI?!" Aku memandang wajah So Mi yang kelihatan terkejut + serius tu."Weyh, kau tak serik lagi ke? Baru je hari tu kau kena dump dengan Taehyun. Serious ah weyh?"

Aku tergamam seketika.

" Tapi..aku rasa..he is the one.." So Mi menngeluh. "Dulu kau kata Taehyun is the one, Jaejoong is the one, Mark is the one...berapa banyak kali one kau ada ni?"

"Tapi..."

"Listen..aku tak nak kau sakit lagi..aku tak nak tengok kau menderita lagi..cukuplah hari tu kau toreh tangan kau sebab Taehyun tinggalkan kau.Masa Jaejoong break dengan kau sebab ikut perempuan lain, kau sanggup tak makan 3 hari tau, sampai pengsan. Nasib baik aku sempat bawak kau pergi hospital, kalau tak dah arwah dah kau.Kalau kes Mark pulak , kau terjun tasik ..mengharapkan kau mati lemas. Nasib ada orang selamatkan kau."

Aku terdiam.Semua itu memang betul.Tapi, biarlah aku mencuba dahulu.Mana tau hubungan ini akan berjaya?

"Weyh..aku bukan nak membebel tapi aku nak yang terbaik untuk kau. Kita sama sama anak yatim, so aku patut jaga kau dan kau jaga aku,faham?" Aku mengangguk sahaja.

"Tapi..aku janji aku takkan buat semua kerja bodoh tu lagi..please. Aku yakin kali ni aku akan berjaya dalam cinta aku. I promise."

"Promise me?" So Mi menunjukkan jari kelingkingnya kepada aku. Aku mengaitkan jari kelingkingku pada jarinya."Promise..'"

 

 

 

TO BE CONTINUED...

 


Apakah nasib Jisoo sekiranya dia bercinta dengan Myungsoo? Adakah cintanya bertepuk sebelah tangan?


 

 

 

HAI READERS SEMUA! AMACAM CHAPTER NI? IDEA NI SEMUA TIDAK DIRANGKA DENGAN RAPI // HAHAHHA // SAYA DAH BUAT YANG TERBAIK..COMMENT JUSEYO!!! // SEMANGAT GUNA CAPS LOCK //

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nanadjiyongie_01
[HIATUS NOTICE]
Maaf sangat sangat kat korang semua yang mungkin tunggu saya update 😭 tapi buat masa sekarang ni saya tak sempat nak update apa apa. Minta maaf sangat-sangat 💜

Comments

You must be logged in to comment
Darborjes #1
Chapter 10: Next please.........................
k-hope
#2
Chapter 9: Semuanya perfect kak. Saya dah baca sampai bab 9. Saya suka sangat citer ni. One day, saya harap sgt dapat collab dgn akak. Hehehe.
sunshine_blue
#3
yeahhh!!! Dah update!!*Dance Dance with me~~
sunshine_blue
#4
Chapter 5: omoo..boleh tahan gak penceritaan awak ni..tambah2 pula aku ni peminat black pink,BLINK lah katakan...btw,bila ada masa update tau,tak sabar nak tau apa yg jadi lepas ni..hwaiting authornim~~
bigbangtanboys
#5
Chapter 3: Kak...I'm waiting for the next chapter...hehehe...puas sye pikir tu lirik apa...dan bru sye tau yg I DONT KNOW xD...ingatkan tu lagu svt..rupanya exo..hohoho
aquariusxpisces
#6
Chapter 2: haih mungkin myungsoo akan kecewakan jisoo pulak......
Kesyieka_Qimieka
#7
Chapter 1: Biasalah tu setiap kali dengan orang baru mesti rasa dia lah satu-satunya..
Nice author.. Cepat update nye ya!