Cemburu

Swaggy dan Abs
Please Subscribe to read the full chapter

Suga POV

Apahal mamat kuda itu ada dekat sini? Ini mesti dia saja nak kacau keamanan aku lagi. Ish, ini aku tak boleh ni. Rasa nak nangis pun ada… sabar Suga sabar, kang tak pasal-pasal hilang swag kau. Baik aku lepak tempat biasa lagi bagus.

Si Jimin tu pun satu, bukan main happy jumpa kawan kuda dia tu. Sampai aku depan dia pun dia buat dunno je. Ehhh, bengkak je hati ini. Tak apa, kali ini bior aku pula merajuk dengan dia sebulan.

Ermmm, dah lama tak lepak dekat sini. SPM punya pasal, kiteorang 4 orang dah jarang lepak dekat belakang sekolah ni. Duduk dekat sini jelah, tunggu Jimin cari aku. Tapi persoalannya, adakah Jimin byuntae tu nak cari aku? Kot-kot happy dah jumpa kawan kuda dia tu balik.

End POV

 

Aku dah agak dah dia dekat sini. Asal merajuk je dekat sini. Tak ada kelas betullah mamat ni. Kutuk Jimin dalam hati lalu dia berjalan kearah Suga.

“Kau dah kenapa tiba-tiba blah dari kelas tadi? Tebiat? Nak mampos?” ujar Jimin. Dia melaburkan punggung di atas rumput yang agak lebat itu. Suga disebelahnya dijeling sekilas, wajah lelaki itu kelihatan tegang dan tak ada tanda-tanda lelaki itu mahu bercakap dengannya.

“Sejak bila Min Yoongi jadi bisu ni? Wei, takkan sampai sekarang pun kau masih berdendam dengan Jhope kot? Dia tak sengajakan… past is pastlah wei.” ujar Jimin sambil tangannya mencabut rumput di depannya. Kesian dekat rumput yang tidak bersalah itu.

“Kau tak rasa apa yang aku rasa.” Ujar Suga mendatar namun dalam hati sudah banjir. Ini yang dia malas ni, cakap pasal kisah silam je airmata ni macam nak terkeluar.

“Alah, time tu kite baru umur 9 tahun kut. Mana tahu apa-apa lagi… Lagi pun Jhope dah minta maafkan dekat kau. Siap dia bagi collection patung kuda kesayangan dia lagi. Sudahnya kau campak semua collection patung kuda dia dekat longkang belakang rumah kau. Kesian kut dia time tu, nangis bagai nak rak aku tengok. Kau tu yang melebih, Suga.” Sudahnya Jimin pula yang emo.

Suga hanya diam seribu bahasa. Sebenarnya dia pun menyesal juga time itu sebab ikutkan hati sampai sanggup buang collection Jhope. Tapi itulah, dia malu nak mengaku sebab Min Yoongi kan penuh dengan swag.

“Nak balik kelas ke tak ni? Sekarang ini dah lah waktu Cikgu Rapmon mengajar kut..” bagitahu Jimin. Dia cuak sebenarnya nak ponteng kelas, lagi-lagi kelas Cikgu Rapmon. Kang tak pasal-pasal berbirat buntut kena rotan dengan Cikgu Rapmon.

“Harus ke?” tanya Suga. Dia memeluk lutut sambil memandang pokok-pokok kehijauan. Tiba-tiba dia jadi sentimental sekejap. Jimin pula hanya memilih berdiam diri daripada bercakap. Tahulah dia yang Suga sedang badmood.

“Jimin… apa perasan kau kalau kau tahu ada orang suka kau but orang yang suka kau tu pula orang yang dilarang suka kau. Apa perasaan kau lepas itu?” tanya Suga berbelit. Jimin pula tayang muk

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
5days_fin
Thank for the 88subber^^

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 9: dictionary channel? ada ke channel tu? nnt akk cari...
suga ngan kookie nk bertumbuk (terbayang MV Run) kekeke XD
adoi la ayat2 Hopie cxleh blah XD
tak larat gelak dh ni hahahaha XD
doodooseob
#2
Chapter 9: Hahaha. Apakah ini cinta? Fuh ayat jhope, boleh tahan lol
tyhah_nad #3
Chapter 9: Heol ~ buang tabiat dh ke jhope HAHAHAHA..
Cheesy nye pickup line XD
tyhah_nad #4
Chapter 6: Uwakkkkkkk >< apasal gedik angat ni? Hahahaha
mpreggoland
#5
Chapter 5: i'm addicted to Bts new song too and i'm listening it while reading this and udah2 la speakingnya XD
ok, ini mmg lawak XD
gila betul tetiga ekor tu kat shopping mall boleh buat riuh hahahaha and kalau gitu la caranya nk jd spy, mmg tak layak ah XD
sejak bila Jimin pandai math hahaha
harap2 misi kali berjaya la
TaeTaeKookKook
#6
Chapter 4: lmao... kookie xjeles ke dye punye alien kne kiss ngan suga brtubi tubi xD