Telefon

Cinta Paling Agung

Lawak dari seorang bekas rakan sekelas yang suka buat lawak.

..... 

"DaeHyun, dah lama kita kenal tak pernah aku nampak phone kau. Kau pakai phone apa?" Tanya EunJi hairan. 

"Alaa... ada lah. Tak perlu pun tunjuk pada kau." Jawab DaeHyun spontan. 

"Tunjukkan lah! Aku nak tahu! Nak tengok!" Minta EunJi sambil buat muka comel.

"Apasal? Kau nak tengok mesej aku? Kau risau aku sembang dengan perempuan lain ye? Jangan risaulah, layan kerenah kau pun dah berasap hati aku. Cukuplah. Aku setia dengan kau je," balas DaeHyun panjang lebar lalu menghirup air jagung layer.

"Taklah." Satu perkataan meluncur dari bibir EunJi dengan muka yang mula masam. 

"Dah tu?" DaeHyun menyoal.

"Ala..!!! Saje je! Bagi tahu lah!" EunJi mula menaikkan volume suara dan menghentak kaki.

"Haish! Kanak-kanak betullah kau ni! By the way, kau pakai iPhone 7 kan?" DaeHyun bertanya.

"Ha'ah. Ni hah." EunJi menunjukkan iPhone 7 miliknya. "Kau?"

"Cuba kau teka," cadang DaeHyun.

"Samsung galaxy y?" Teka EunJi. DaeHyun hanya menggeleng kepala kerana mulutnya sibuk mengunyah makanan.

"Samsung J1?" DaeHyun menggeleng lagi.

"Samsung J1 ace?" 

"Besar lagi," Kata DaeHyun memberi klu.

"Besar? Samsung J7!" EunJi meneka lagi. DaeHyun menggeleng.

"Aduh! Or... kau pakai iPhone juga?" Tanya EunJi.

"Dekat-dekat lah. Aku punya pun ada 'phone' belakang dia," balas DaeHyun.

"Hah! Paling teruk pun kau pakai iPhone 4?" DaeHyun menafikan. "iPhone 5? iPhone 6?" 

"Kan aku cakap besar lagi," Ujar DaeHyun.

"Paling besar iPhone 7 lah. Kau pakai iPhone 7?" 

"Bukan." Kata DaeHyun menimbulkan kedutan di dahi EunJi. 

"Mana ada iPhone lagi besar," EunJi kecewa.

"Aku tak cakap pun aku pakai iPhone,"

"Dah tu? Kau pakai brand apa? Huawei? Oppo? Nokia? Lenovo?" EunJi meneka lagi.

"Brand yang aku pakai ni keluar handphone besar besar je. Tapi popular, semua orang tahu." Jelas DaeHyun.

"Besar? Popular? Apa?" Tanya EunJi kelihatan terdesak. Dia sudah mati akal memikirkannya.

"Public phone," jawab DaeHyun selamba.

"Kan besar? Popular kan? Kan? EunJi? Kenapa kau tengok aku semacam aje? EunJi! Jangan buat macam ni! EunJi! Ingat tuhan, EunJi! EunJi........!!!"

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

BONUS PART

"Huhuhu 😭😭😭 Aku tak ada handphone lah. Mana ada duit!" Terang DaeHyun. 

"Dah tu selama ni kau ws aku pakai phone siapa?" Tanya EunJi.

"Aku pinjam kawan aku. Huhuhuhu. 😢😢😢" jawab DaeHyun tidak berhenti lagi menangis.

"Haish. Dah lah. Jangan lah nangis. Buruk benor muka hang bila nangis,"

 

Author note: rasa macam sedih pula. Sad ending T.T 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syixinghun
#1
Fuyooo
Seasony
#2
Chapter 8: Dah complete ke ? Tak puas nak baca lagi !! Hehehe
aquariusxpisces
#3
Chapter 8: tak apa daehyun.. sini ada banyak hp xD
Zitaopabo #4
Chapter 8: muahahaha aku pula yang terkena dengan daehyun. sabar jelah daehyun oi. nanti dah debut kau belilah phone baru XD
Zitaopabo #5
Chapter 7: eh eh eunji ni XD elok je dibakor daehyun oi XD
aquariusxpisces
#6
Chapter 7: waaaaa xD hebat hebat
aquariusxpisces
#7
Chapter 6: Waaaa.... cerita ni comelnya plot diaaa xD