Telefon II

Cinta Paling Agung

PERHATIAN! CERITA INI ADALAH BERDASARKAN PENGALAMAN SEBENAR.

Suatu hari di hadapan kedai telefon,

"Eh, EunJi teman aku jap pergi kedai telefon tu aku nak beli TopUp," ajak DaeHyun sebaik sahaja mereka  yang dalam perjalanan ke Burger Otai menghampiri sebuah kedai telefon.

"DaeHyun, kau makan tak hari ni? Atau... kau kebulur sangat sampai makan makanan yang mengandungi bahan radioaktif yang mempengaruhi fikiran kau?" Kejam EunJi berbicara menyampaikan kata-kata yang harus diberi kaki.

"Apa hal pula? Salah ke aku nak pergi kedai tu beli TopUp? Salahkah?! Sejak bila kerajaan menetapkan undang-undang dalam akta telekomunikasi, Jung DaeHyun harem membeli TopUp? Adakah TopUp tu hanya boleh dijual untuk orang yang bukan bernama Jung DaeHyun sahaja? Adakah ada poster wanted yang tertera gambar seorang lelaki yang handsome macam aku di kedai telefon tu? Atau adakah kau telah dilantik sebagai menteri telekomunikasi sehingga kau mempersoal aku yang innocent ni nak beli TopUp?" Bebel DaeHyun. Memang patut EunJi dengan DaeHyun. Masing-masing ting tong XD

"Woi lelaki Bussan! Kau tak payah nak melalut panjang sangat lah just straight to the point, kau kan takde handphone buat apa kau nak beli TopUp?" Soal EunJi bercekak pinggang lagak mak tiri cinderella yang dah pencen.

"Hah...! Tulah aku nak surprise kat kau! Ta-da!" DaeHyun mengeluarkan sebuah telefon pintar berjenama Samsung model Galaxy S dari poket seluarnya.

"Kau beli telefon akhirnya, DaeHyun?" Tanya EunJi teruja dan tumpang gembira sambil membelek-belek telefon milik DaeHyun.

"Taklah. SU yang jaga aku, bagi. Encik Go. Dia cakap ni anak saudara dia punya abang punya adik punya makcik punya nenek dia punya. Dah dia bagi aku terima ajelah. Orang cakap rezeki jangan diminta, maut jangan ditolak. Ah~ kau faham kan?"

Walaupun blur-blur EunJi tetap mengganguk faham.

"Tapi kan, aku tengok handphone ni cantik je macam baru punya padahal masa dia cerita punya lah lama macam dari zaman batu dulu." Ujar DaeHyun hairan.

"Alaa... Orang zaman sekarang pakai handphone sekejap je. Bila keluar model baru, tukar lah. Tapi atleast lepas ni kau takdelah nak pinjam phone kawan kau lagi nak ws aku." Balas EunJi.

"Aku sebenarnya tengah kumpul duit nak beli iPhone macam kau. Baru lah duduk sama rendah berdiri sama tinggi." Kata DaeHyun lagi.

"Kalau ada orang tiba-tiba bagi iPhone kat kau mesti kau pelik kan? Dah lah! Bersyukur ajelah. Kau cakap tadi nak beli TopUp? Cepatlah..!" Tegas EunJi.

"Erhmm... disebabkan ni first time aku. Perlu ke aku tanya dia kedai ni ada jual TopUp tak?" Soal DaeHyun memerlukan kepastian.

"Apa kau ni?! Dah kedai telefon mestilah ada jual TopUp. Dah! Pergi! Cepat! Redah je," EunJi menyepak  DaeHyun masuk ke kedai itu. Bapak gangster XD ok, tipu je. 

"Cik, bagi TopUp 5," minta DaeHyun pada cik adik manis yang menjaga kedai itu dengan gaya abang macho yang macam telah lama berkecimpung dalam kancah TopUpan ni.

"Kedai ni tak jual TopUp lah," jawab cik adik manis itu sambil terketawa kecil. Muka DaeHyun memerah malu sambil melangkah keluar. Yellah, dah lah main terjah aje macam kedai tu atuk dia punya.

"Aduh! Apa ni EunJi?! Malu aku! Kedai tu tak jual TopUp rupanya! Kau lah! Suruh aku redah aje! Malu tau tak? Mana aku nak letak muka aku? Kau tau kan ni first time aku!" Marah DaeHyun dalam tangisan penuh kemaluan. Macam ada orang menconteng arang batu pahat di muka dia. Pfft! Melampau XD

"Ala... manalah aku tahu kedai tu tak jual TopUp. Kau cuba beli kat kedai tu pula," EunJi menujukan jari telunjuknya tepat ke sebuah kedai telefon yang lain. Kaki DaeHyun terus melangkah ke arah kedai itu mengikut kata yeoja chingu nya.

"Ingat tau DaeHyun! Tanya dulu dia ada jual TopUp tak?" Pesan terakhir EunJi.

Di kedai itu,

"Ehem! Annyeong. Kedai ni ada jual TopUp tak?" Soal DaeHyun pada penjaga kedai telefon itu.

"TopUp? Hahahahaha! Apa lah! Tanya lah lagi kenapa? Dah sah-sah ini kedai telefon mestilah ada jual TopUp! Bwahahaha! Ni mesti first time ada phone! Hahaha!" Balas penjaga kedai telefon itu dengan hilai ketawa yang tak henti.

Keluar je kedai, DaeHyun lari balik Bussan pastu terjun bangunan 88 tingkat. 


Hai readers! Sorry lama tak update. Saya sedang fokus pada fic saya yang bertajuk 'Friends?' Saya tahu Chapter kali ni tak best sehingga buat readers rasa nak campak selipar Jepun bekas kaki HimChan kat saya. Pfft! Chapter kali ni saya cuma nak kongsi pengalaman saya. Serius, waktu kedai telefon tak jual TopUp tu memang rasa book tiket, fly to planet Matoki time tu juga! Time kena gelak tu memang eih... Dia ni... Bagi kaki ikat tepi kang!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syixinghun
#1
Fuyooo
Seasony
#2
Chapter 8: Dah complete ke ? Tak puas nak baca lagi !! Hehehe
aquariusxpisces
#3
Chapter 8: tak apa daehyun.. sini ada banyak hp xD
Zitaopabo #4
Chapter 8: muahahaha aku pula yang terkena dengan daehyun. sabar jelah daehyun oi. nanti dah debut kau belilah phone baru XD
Zitaopabo #5
Chapter 7: eh eh eunji ni XD elok je dibakor daehyun oi XD
aquariusxpisces
#6
Chapter 7: waaaaa xD hebat hebat
aquariusxpisces
#7
Chapter 6: Waaaa.... cerita ni comelnya plot diaaa xD