Sakit

Cinta Paling Agung

Tok! Tok! Tok! Dalam kedamaian pagi yang nyaman, pintu rumah EunJi diketuk kuat seseorang.

"Buka pintu! Kami dari jabatan agama! Cepat buka!" Pintu rumah EunJi masih tertutup rapat. Orang itu pun ketuk lebih kuat.

"Jung EunJi! Buka pintu! Kami dari jabatan agama!" Pun begitu,tiada apa yang berlaku.

"Alaa... EunJi!!! Bukalah! Aku ni DaeHyun! EunJi," renggek DaeHyun di luar rumah EunJi mengharap sang dara membuka pintu.

"Aish!" DaeHyun mengrengus kekecewaan sambil meniup rambutnya. Geram apabila sudah lebih kurang lima saat dia menunggu EunJi keluar. Akhirnya, dia mendapat idea!

DaeHyun pun menggeluarkan phone-nya dan segera jari jemarinya terutama ibu jarinya menari di atas skrin phone itu untuk menaip mesej Whatsapp kepada EunJi.

EunJi yang sedang enak tidur di atas katil bujangnya, terjaga apabila terdengar ada bunyi siulan tanda mesej whatsapp baru masuk. Dengan tidak ikhlasnya, EunJi membuka dan membaca mesej tersebut.

Mesej itu berbunyi :- 'Weh! EunJi! Aku kat luar rumah kau ni! Bukalah! Weh! EunJi dah lama giler aku tunggu! Aku lapar tau! Kau tak kesian kan aku ke? Bukalah pintu ni, makcik!!!'

Mata EunJi terbeliak. Bukan sebab ayat DaeHyun yang hampeh langsung tak sweet talk tu!

"Dah apahal mamat tu datang sini?!" Keluh EunJi lemah.

Weet uweet!~ (bunyi siulan telefon EunJi) XD

EunJi membaca;- 'EunJi!!! Bukalah!!! Aku mati kebulur kang, kau juga kena tangkap polis! EunJi!!!'

Akibat desakan yang kuat, EunJi pun memaksa diri untuk berjalan perlahan-lahan membuka pintu rumahnya.

"Hah! Buka pun! Dah berjanggut aku tunggu! Kau buat apa?! EunJi, jomlah pergi keluar. Pergi makan ke, makan ke, atau makan ke." Bebel DaeHyun yang masuk ke rumah EunJi dengan lagak mem besar tanpa memandang EunJi.

"Tapi sebelum tu apa kata kau hidangkan aku snek dua tiga bungkus dan air empat lima gelas. Eh, EunJi dengar tak?" Hairan dengan EunJi yang senyap sahaja, DaeHyun menoleh pandangannya ke wajah EunJi.

"EunJi!" DaeHyun tak sengaja menjerit terkejut apabila melihat wajah EunJi pucat bak mayat. Peluh-peluh juga tidak berhenti menitis dari dahi EunJi.

"EunJi, kau kenapa ni?" DaeHyun yang risau terus meletakkan tapak tangannya di dahi EunJi untuk mengenalpasti suhu badan gadis itu sambil dia memimpin EunJi duduk di atas kerusi. "Panas..!"

"Aku demam panas. Kau buat apa datang sini?" Jawab EunJi lemah.

"Jumpa kau lah, chagi. Dah tu aku mesej, tak balas. Call, tak angkat. Aku datang la. Yang kau ni pahal? Asal sakit, tak bagitau aku?" Ucap DaeHyun yang tidak pernah lepas dari menggenggam tangan EunJi yang sejuk membeku. Moga-moga kehangatan tangannya dapat diserap tangan EunJi.

'Sayang juga DaeHyun dengan aku,' hati EunJi berbisik gembira.

"Sorrylah, DaeHyun. Aku makin pening bila tengok phone."

"Yela. Lain kali apa-apa, bagitahu aku. Sebagai kekasih yang bertanggung jawab, aku kena kongsi kesakitan yang kau alami. Dah kau pergi lah sambung tidur dulu nanti aku datang,"

ujar DaeHyun lalu memimpin EunJi ke kamar tidur.

'DaeHyun kata nak kongsi kesakitan? Apa dia nak buat?' kata hati EunJi yang curious.

Selang seminit, DaeHyun datang membawa toto dan selimut serta dua helai kain basah. EunJi mula tidak sedap hati. Selepas melatakkan satu kain basah di dahi EunJi, DaeHyun membentangkan toto di sebelah katil EunJi.

Dahi EunJi semakin berkerut.

"Hah... Kan dah fair and square," kata DaeHyun selamba selepas selesai baring di atas toto itu dan menyelimutkan dirinya serta kain basah turut diletakkan di atas dahinya.

"Grrr...!!! Kenapa aku rasa macam makin panas, DAEHYUNNNNNNN!!!!" EunJi menggengam buku lima, memang kalau ikutkan hati nak aje dilepaskan plus dengan smack down lagi. Nasib baik aku demam, kalau tak siap kau, DaeHyun!

 

Terima kasih kepada yang mendoakan DaeHyun agar tak diapa-apakan EunJi. Pfft!

Kelakar tak? :/ Credit story to:- Hikayat Budi by Kak Syu dari Ana Muslim edisu sept'16. Sorrylah asyik curi idea orang je, saya memang tak ada idea T^T tapi nak update. Huhuhu jangan jadi macam saya.

Papapun, COMMENT PLEASE^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syixinghun
#1
Fuyooo
Seasony
#2
Chapter 8: Dah complete ke ? Tak puas nak baca lagi !! Hehehe
aquariusxpisces
#3
Chapter 8: tak apa daehyun.. sini ada banyak hp xD
Zitaopabo #4
Chapter 8: muahahaha aku pula yang terkena dengan daehyun. sabar jelah daehyun oi. nanti dah debut kau belilah phone baru XD
Zitaopabo #5
Chapter 7: eh eh eunji ni XD elok je dibakor daehyun oi XD
aquariusxpisces
#6
Chapter 7: waaaaa xD hebat hebat
aquariusxpisces
#7
Chapter 6: Waaaa.... cerita ni comelnya plot diaaa xD