Teka-Teki

Cinta Paling Agung

Di hari yang cerah, burung berkicauan, angin sepoi-sepoi bahasa, seperti biasa DaeHyun dan EunJi sedang berdating di bawah sebatang pokok yang rendang ditemani beberapa biji cheese cake dan makanan-makanan lain.

"Weh, EunJi. Aku ada teka-teki. Kau jawab erh?" DaeHyun menyoal EunJi lepas je dia selesai menghabiskan tiga biji kek berjisim 1kg setiap satu.

"Teka-teki? Tak naklah! Cam budak-budak lah kau, DaeHyun! Tak matang langsung," Jawab EunJi dengan selambanya sambil buat flip hair.

"Ooo... Tak matang ye..? Aku cabar kau, kalau kau tak boleh jawab walaupun satu, kau kena belanja aku makan sebulan!" Cabar DaeHyun dengan muka yang mulai ketat.

"Pahal ni main cabar-cabar?!" EunJi menyoal dengan bengang kerana merasakan DaeHyun seolah-olah memaksanya.

"Apasal kau takut? Pfft! Takut cakap ajelah. Sembang je," balas DaeHyun menaikkan semangat kesukanan EunJi.

"Pigidahhh..!!! Sape takut?! Memang taklah! Tengok kaki lah, bro! Aku juara teka teki dalam guni berganti sambil lompat kijang tau?" kata EunJi sambil mendongak ke langit. Penuh rasa bangga tak tentu pasal.

"Hah! Mulalah tu nak merepek! Cakap kosong tak gunalah, jom start! Ada bran..?" DaeHyun masih mencabar.

"Start ajelah," EunJi menerima cabaran itu. Lepas tu DaeHyun menghabiskan sebiji lagi kek sebelum melancarkan soalan pertama.

"Ok, no.1 Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang tak boleh makan?"

"Ikan basi?" jawab EunJi penuh yakin.

"Salah!"

"Ikan mentah?" EunJi cuba kali kedua.

"Salah! Salah!"

"Dah tu?!" EunJi mula bercekak pinggang.

"Jangan risau cik, aku ada banyak lagi teka-teki untuk kau. Hehehe," DaeHyun pula mula tergelak jahat.

"Ai... Iyalah! Soalan kedua?"

"No.2, Noni sedang bersiar-siar di pantai. Tiba-tiba dia menjumpai sejumlah wang yang sangat banyak dan sejumlah ikan yang banyak jugak. Tapi Noni cuma ambil ikan je. Kenapakah? Haa... jawab!" DaeHyun melancarkan soalan kedua dengan senyuman evil yang tak pernah lepas.

"Err... Sebab kalau ambil duit, Noni takut polis tanya?"

"Tont!!! Salah lagi bersalah!" Ala-ala gaya papazola, DaeHyun menyalahkan EunJi. "0-2! Hohohoho..!!!"

"Kalau kau ada lima ekor anak kucing, kau bagi aku seekor. Berapa kucing yang aku ada?". Tanpa memperdulikan riak mak EunJi yang dah berkerut seribu, DaeHyun terus melancarkan soalan seterusnya.

"Alaaa.. kacang! Jawabnya seekor lah! Matematik je." EunJi memberi jawapan sambil buat eye smile sebab dia tersangat confident dengan jawapannya. Namun, langit tak penah cerah baginya.

"Bwueek! Confident lah sangat! Salah kot!"

Kali ini EunJi tidak dapat menahan ketidak puasan hatinya. Dia segera bangun.

"Hei! Lima tolak satu! S-A-T-U! Seekor lah!" Bentak EunJi.

"Aku cakap salah, salah lah! Dengor soalan keempat nih," DaeHyun bersuara lantang. "Bayangkan aku seorang driver bas, setiap hari aku ada lima orang pelajar sekolah menengah, 10 orang pelajar sekolah rendah, 3 orang budak tadika yang ditemani mak ayah diorang. 12 pekerja swasta, 5 orang entah sesiapa entah."

"Ok..." EunJi kelihatan amat tekun mendengar.

"Soalannya, berapa umur pemandu bas tu?" Masa ni EunJi dah terjatuh bergolek-golek kesal dengan apa yang didengari.

DaeHyun! Apa ni?! Takde kena mengena pun! Mana hint?! Kau sengaja kan?!" marah EunJi.

"Hai dah mengalah ke?" soal DaeHyun.

"Eish! Teka-teki entah apa-apa! Kau ada lagi satu kan? Cepatlah,"

"Kalau manusia jadi monyet, monyet jadi apa?"

"Monyet jadi manusia?"

"Sayang seribu kali sayang! SALAH!!! Ini bermakna kau kena belanja aku makan sebulan! Muagahahahaha!!!!" gelak tawa DaeHyun yang memang huduh.

"Eh,jap! DaeHyun! Apa jawapannya?" Minta EunJi yang buat muka comel, lemah iman DaeHyun sesaat.

"No.1, ikan yang tak boleh makan ialah... ikan goreng!"

"Hah?! Apasal pulak?!" Dahi EunJi berkerut lagi.

"Aku cakap ikan yang tak boleh makan. Ikan goreng kan dah mati, mana boleh dia makan. Dimakan boleh lah! Hahaha,"

"No.2 Noni tak ambil duit sebab... Noni ialah seekor kucing! Pfft! Kekekeke."

"What the..?!"

"No.3 jawapannya nya dua ekor! Sebab kat rumah aku kan ada seekor kucing? Apa lah, der!"

Tiba-tiba EunJi tidak sangup mendengar jawapan untuk soalan seterusnya. Mukanya ditundukkan.

"No.4, umur pemandu bas tu sama umur dengan aku! Kan aku cakap 'bayangkan aku driver bas' !"

Tangan EunJi dirapatkan ke sisi.

"Soalan penghabisan, no.5! Kalau manusia jadi monyet, monyet jadi... banyak! Huahuahua!!!"

EunJi menggengam buku lima.

"DaeHyun... Aku setuju nak belanja kau makan sebulan tapi sebelum tu boleh tak aku nak bagi kau teka-teki juga?" EunJi menyoal.

"Alahai ni mesti kes tak puas hati ni. Nak buat sence drama Nujum Pak Belalang pulak. Yelah,yelah!" balas DaeHyun dengan megahnya.

"Kau rasa kau nak kena tumbuk tangan kanan ke kiri?" Soal EunJi tersenyum sinis sambil menunjukkan dua buku lima-nya.

Aksi seterusnya tidak dapat ditunjukan kerana sangat lah dahsyat. Mari berdoa ramai-ramai moga DaeHyun panjang umur. Aamin~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syixinghun
#1
Fuyooo
Seasony
#2
Chapter 8: Dah complete ke ? Tak puas nak baca lagi !! Hehehe
aquariusxpisces
#3
Chapter 8: tak apa daehyun.. sini ada banyak hp xD
Zitaopabo #4
Chapter 8: muahahaha aku pula yang terkena dengan daehyun. sabar jelah daehyun oi. nanti dah debut kau belilah phone baru XD
Zitaopabo #5
Chapter 7: eh eh eunji ni XD elok je dibakor daehyun oi XD
aquariusxpisces
#6
Chapter 7: waaaaa xD hebat hebat
aquariusxpisces
#7
Chapter 6: Waaaa.... cerita ni comelnya plot diaaa xD