K E L I M A

Cinderella Dan Si Bongkok
Please Subscribe to read the full chapter

      Malam yang dinantikan oleh seluruh gadis di Kampung Yodigas menjelang tiba, bila tenggelam saja matahari di ufuk barat, maka berangkatlah mereka untuk ke Istana Gragadof yang julung kali dibuka untuk orang awam memasukinya. Tidak ketinggalan adik-beradik Giore ini, Wilkyme dan Cheliom. Masing-masing bersedia untuk ke majlis itu. Namun tidak Daryla.

“Ibu, Ibu, bagaimana kalau Si Putera itu jatuh hati terhadapku?” Ujar Wilkyme dengan bangga.Cheliom membeliakkan matanya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Wilkyme itu.

“Ibu gembira sekali jika perkara itu terjadi, sayang. Boleh lah ibu menumpang menjadi kerabat diraja.” Balas Qourisza. Cheliom berasa semakin jengkel mendengarnya.

“Ah! Perasan sungguh kau, Wilkyme. Si Putera itu pasti lebih menyukai aku. Kerana aku lebih cantik dari kau, Wilkyme.” Cheliom  bersuara akhirnya. Daryla datang membawakan topi perhiasan mereka lalu memakaikannya.

“Kau itu yang perasan, Cheliom. Apa kau sudah mencerminkan diri kau itu? Atau kau tidak tahu beza anatar cantik dan hodoh?” Wilkyme tidak mengalah. Bermulalah bibit-bibit pergaduhan antara dua beradik itu.

“Terima sajalah wajahmu yang hodoh itu, Wilkyme.” Balas Cheliom.

“Cheliom! Hati-hati bila berbicara. Jangan sakiti hati kakak-mu ini. Wilkyme semangnya cantik, wajahnya mirip ibu.” Qourisza bangga dengan kata-katanya.

“Ya, ibu. Mujur saya wajah saya tidak seperti ibu.” Kata Cheliom. Daryla ketawa kecil mendengar kata-kata Cheliom. Qouirsza yang terasa dengan kata-kata anaknya, Cheliom itu berasa marah. Bertambah marah apabila dia terdengar ketawa Daryla itu.

“Daryla! Berani sungguh kau mentertawakan aku!” Marah Qourisza. Dia menghampiri Daryla yang baru saja siap menghiaskan Cheliom itu. Dia menarik rambut Daryla dan mengheretnya pergi dari situ.

“Aduh! Sakit, makcik!” Daryla mengaduh kesakitan. Qourisza melepaskannya.

“Malam ini kau tinggal dirumah ini seorang diri. Aku dan puteri-puteriku akan ke Istana berjumpa kerabat raja itu. Jika aku mengetahui  engkau turut pergi ke majlis itu, tahulah aku mengerjakan engkau nanti! Adakah kau faham maksud kata-kataku ini?! ” Qourisza mengugut Daryla. Daryla menganggukkan kepalanya.

“Ibu, jika dia pergi sekalipun, pakaian apa yang dia akan pakai? Pakaian lusuh tidak berbasuh itukah?” Ujar Wilkyme. Mereka ketawa bersama. Mentertawakan Daryla. Qourisza senyum sinis melihat Daryla.

“Sudahlah, mari kita berangkat, puteri-puteriku.”

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
MENGALAMI WRITER BLOCK! BAGITAHU SAYA KALAU ADA YANG MASIH NAK BACA CERITA NI XD

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 7: aduyai...putera feadyn ni buat hal le pulakkk..saya masih nak baca cerita ni!!!mohon tuan hamba menyambung cerita ini...hwaiting!!
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 4: kesian Daryla....apalah nasibmu...T_T
Veckoe ada hati ngan Puteri Searyn....uuuuu...tapi takpe kandanya sudah mengizinkan..cewahhhh
good job authornim....cerita ni mmg ada aura klasik dan sya sukaaaaa sangaattttt...
//thumbs up//
kuchens
#3
Chapter 4: Duhai si pengarang, hamba ingin bertanya. Bagaimanakah tuan hamba mendapat idea untuk nama-nama watak? Kerna hamba menyukainya haha chewah xP
kuchens
#4
Chapter 3: Woah, saya suka cara dialog watak-watak ditulis haha. dapat feels klasik. Keep it up! Hwaiting ^^
Lawo lah cover tu xP
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 3: wuhuuuu....bestnya chapter ni...sakit pulak hati tgk Qourisza tu....
fighting authornim! teruskan usaha!
nanadjiyongie_01
#6
i'm looking forward for this one shot.......fighting!