K E D U A

Cinderella Dan Si Bongkok
Please Subscribe to read the full chapter

                 Daryla perlahan-lahan menaiki tangga rumah itu dengan mendulang sebiji gelas berisi susu panas. Dia memusingkan badannya kekiri untuk ke kamar Cheliom lalu mengetuk pintu kamr Cheliom.

“Siapakah itu?” Cheliom bertanya sambil dirinya mengenakan pemerah bibir dihadapan cermin. Daryla membuka perlahan pintu kayu itu lalu melangkah masuk lalu pintu ditutup semula.

“Aku bawakan susu untuk kau, Cheliom.” Kata Daryla. Cheliom sedikit pun tidak memandang Daryla.

“Ya, letakkan saja diatas meja itu. Tahulah aku untuk meminumnya nanti.” Cheliom mengesat tepi bibirnya yang sedikit comot. Daryla meletakkan dulang bersama cawan itu diatas meja seperti yang disebut.

Mata Daryla terpandang gaun biru muda kepunyaan Cheliom.  Dengan spontan tangannya terasa ringan untuk menyentuh gaun cantik dan berkilat itu. Cantik, beruntung sungguh kau, Cheliom. Sudah malam pun masih berhias.

“Apakah ini gaun yang dibelikan ibumu siang tadi, Cheliom?” Tanya Daryla dengan bersahaja. Mendengar saja soalan itu Cheliom segera berpaling dan melihat Daryla sedang membelek-belek kain gaun biru muda sutera itu. Cheliom berasa sangat marah.

“Hei, Daryl! Berani sungguh kau menyentuh gaun baruku ini! Apa kau mahu aku panggil ibuku?” Marah Cheliom selepas menepis tangan Daryla daripada gaunnya itu.

“Maafkan aku, Cheliom. Aku hany…” Tidak habis lagi kata-kata Daryla, Cheliom menolaknya sehingga dirinya tersungkur ke lantai.

“Jauhkan tangan kotor kau itu dari segala barang kepunyaan aku. Daryl.  Jijik kau tahu?!” Cheliom meninggikan suaranya mencemuh Daryla. Akhirnya, masuklah Qourisza kedalam bilik anaknya itu.

“Ada apakah ini, Cheliom? Mengapa riuh benar?” Apa kau buat disini, Daryl?” berkerut dahi Qourisza mungkin kerana tidurnya diganggu.

“Daryl ini, ibu! Dia mengotorkan gaun yang ibu baru beli untukku. Halau saja dia, ibu!” Cheliom menghasut ibunya untuk melakukan sesuatu yang tidak baik. Qourisza menjadi berang.

“Ti…tidak, makcik. Saya hanya menyen…” Qourisza menarik rambut Daryla membuatkan gadis itu kesakitan.

“Engkau ini memang selalu menyusahkan aku,tahu? Bangun! Bangun!” semakin kuat tarikkan Qourisza menyuruh Daryla untuk berdiri.

“Sa…sakit….sakit, makcik. Maafkan saya makcik….” Daryla menrintih merayu untuk dilepaskan.

“Mari aku bawakan kau ke tempat yang sepetutnya kau berada.” Qourisza tidak peduli dengan tangisan Daryla yang sudah kedengaran dek rambutnya yang kasar ditarik tanpa belas kasihan.

Qourisza menolak Daryla keluar dari pintu dapur sehingga tersungkur dirinya diatas batu-batu kecil. Paling tidak pun, kesakitan yang diarasa tadi sudah berkurangan. Namun tangisannya masih tidak berhenti. Tanpa sedikit pun rasa kasihan, Qourisza terus menutup pintu kayu yang usang itu.

Daryla memandang sekelilingnya yang gelap namun diterangi oleh bulan malam yang setia menemani setiap malam penduduk bumi. Daryla bangun lalu duduk berhampiran dengan pintu. Angin malam yang berhembus lembut itu menyejukkan tubuh badan gadis itu. Daryla berpeluk tubuh untuk menghangatkan dirinya. Daryla mengelamun.

Ibu, ayah, apakah kematian kalian menjadikan anakmu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
MENGALAMI WRITER BLOCK! BAGITAHU SAYA KALAU ADA YANG MASIH NAK BACA CERITA NI XD

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 7: aduyai...putera feadyn ni buat hal le pulakkk..saya masih nak baca cerita ni!!!mohon tuan hamba menyambung cerita ini...hwaiting!!
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 4: kesian Daryla....apalah nasibmu...T_T
Veckoe ada hati ngan Puteri Searyn....uuuuu...tapi takpe kandanya sudah mengizinkan..cewahhhh
good job authornim....cerita ni mmg ada aura klasik dan sya sukaaaaa sangaattttt...
//thumbs up//
kuchens
#3
Chapter 4: Duhai si pengarang, hamba ingin bertanya. Bagaimanakah tuan hamba mendapat idea untuk nama-nama watak? Kerna hamba menyukainya haha chewah xP
kuchens
#4
Chapter 3: Woah, saya suka cara dialog watak-watak ditulis haha. dapat feels klasik. Keep it up! Hwaiting ^^
Lawo lah cover tu xP
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 3: wuhuuuu....bestnya chapter ni...sakit pulak hati tgk Qourisza tu....
fighting authornim! teruskan usaha!
nanadjiyongie_01
#6
i'm looking forward for this one shot.......fighting!