P E R T A M A

Cinderella Dan Si Bongkok
Please Subscribe to read the full chapter

      Tersebutlah kisah disebuah perkampungan, Yodigas, sebuah kampung dimana lokasinya tidak jauh dari Istana yang didiami Raja Torsey. Terdapat sebuah rumah yang dimiliki seorang wanita bersama-sama dua orang anak gadinya Wilkyme dan Cheliom. Beserta mereka, Daryla Amsgon, anak saudara Qourizsa yang dipeliharanya sejak kematian kedua ibubapanya.

“Anak-anakku, mari kesini!” Teriak Qourisza. Maka berlarilah  tiga orang gadis dari pelbagai sudut. Daryla yang dari dapur tadi bersegera mendapati ibu saudaranya.

“Mengapa kau disini Daryla?” Qourisza tegas bersuara kepada Daryla.

“Bukannya makcik memanggil saya tadi?” Daryla yang naïf itu seperti tidak mengerti.

“Apa kau sudah tidak punya telinga, Daryl? Aku menyebut ‘anak-anakku’! kau bukan anakku!” Bagai panahan petir suara Qourisza itu. Kecil hati Daryla dibuatnya.

“Kau sangat tidak tahu malu Daryl, pergilah kedapur sana, si busuk!” Wilkyme  pula mencemuh Daryla.

Daryla dengan hati yang luluh kembali semula kedapur.

Begitulah Daryla diperlakukan setelah kematian kedua ibubapanya beberapa tahun yang lalu. Namun, dia masih bersyukur kerana Ibu saudaranya itu mahu membesarkannya. Kerana itu dia hanya menuruti saja permintaan ibu saudarannya.

Pemandangan langit senja dari kamar baginda Raja Torsey sangat menenangkan membuatkan anak mata itu tidak mahu lari dari melihat ciptaan Tuhan. Namun disebaliknya, Raja Torsey sedang menanti seseorang. Raja Torsey mengeluh.

“Putera Makhkota, Putera Feadyn masuk menghadap, Tuanku.” Kata seorang hulubalang dari luar kamar Raja Torsey. Baginda memalingkan tubuhnya kearah pintu yang sedang dibuka itu. Lalu munculah susuk tubuh yang sangat dikenali.

“ayahanda.” Putera Feadyn menyapa ayahandanya. Raja Torsey mengalihkan pandangannya pada seluruh tubuh Putera Feadyn yang berbaju besi itu. Kotor. Comot.

“Biar ayahanda meneka, anakanda keluar dari istana, bukan?” Raja Torsey menguji kejujuran anakandanya. Putera Feadyn tiada pilihan selain bertindak jujur. Dia mengangguk perlahan.

“Anakanda ke Yodigas, ayahanda. Veckoe katakana kalau hutan di Yodigas itu sesuai untuk berlatih ‘berperang’.” Putera Feadyn jawab dengan sangat yakin sekali. Tidak semena-mena nama Veckoe dipetik.

“Untuk apa, anakanda? Bukannya anakanda yang ayahanda hantar jika ada berlaku peperangan. Tidak perlulah anakanda bersusah payah begini.” Raja Torsey masih dengan pendapatnya.

“Ampunkan anakanda, Ayahanda. Kerana membuatkan ayahanda khawatir begini.” Putera Feadyn hanya mengalah sambil menundukkan wajahnya.

“Anakanda, Putera Feadyn.”

“Ya, ayahanda.” Putera Feadyn kembali mengangkat wajahnya memandang ayahanda kesayangannya itu.

“Usia anakanda ini sudah…”

“ayahanda.” Putera Feadyn mencelah. Dia menarik nafas pa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
MENGALAMI WRITER BLOCK! BAGITAHU SAYA KALAU ADA YANG MASIH NAK BACA CERITA NI XD

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 7: aduyai...putera feadyn ni buat hal le pulakkk..saya masih nak baca cerita ni!!!mohon tuan hamba menyambung cerita ini...hwaiting!!
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 4: kesian Daryla....apalah nasibmu...T_T
Veckoe ada hati ngan Puteri Searyn....uuuuu...tapi takpe kandanya sudah mengizinkan..cewahhhh
good job authornim....cerita ni mmg ada aura klasik dan sya sukaaaaa sangaattttt...
//thumbs up//
kuchens
#3
Chapter 4: Duhai si pengarang, hamba ingin bertanya. Bagaimanakah tuan hamba mendapat idea untuk nama-nama watak? Kerna hamba menyukainya haha chewah xP
kuchens
#4
Chapter 3: Woah, saya suka cara dialog watak-watak ditulis haha. dapat feels klasik. Keep it up! Hwaiting ^^
Lawo lah cover tu xP
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 3: wuhuuuu....bestnya chapter ni...sakit pulak hati tgk Qourisza tu....
fighting authornim! teruskan usaha!
nanadjiyongie_01
#6
i'm looking forward for this one shot.......fighting!