K E E M P A T

Cinderella Dan Si Bongkok
Please Subscribe to read the full chapter

       Putera Feadyn mengatur langkahnya memasuki ruangan kamar Raja Torsey dengan wajah yang seakan memarahi sesuatu. Dahinya berkerut. Anak matanya hanya memandang kehadapan tanpa mempedulikan sekeliling. Setibanya dihadapan pintu kamar Raja Torsey—

“Buka pintu ini, Patik mahu masuk menghadap baginda ayahanda Patik.” Ujar Putera Feadyn pada pengawal yang setia berdiri dan mengawal kamar Raja Torsey itu. Mereka hanya menuruti arahan Putera Feadyn. Pintu dibuka. Putera Feadyn melangkah masuk.

“Ayahanda! Apakah yang ayahanda cuba lakukan ini?” Suara tegasnya memecah keheningan ruang kamar itu. Raja Torsey yang sedang menulis sesuatu dimeja, terasa diganggu namun dia mengerti kehendak anakandanya.

“Mengapa Feadyn? Apakah maksud disebalik kata-kata mu itu?” Raja Torsey sengaja berlakon tenang. Baginda Raja melihat anaknya itu benar marah seakan api sedang membara diseluruh tubuhnya.

“Anakanda sudah mendengar sendiri berita itu. Bukankah ayahanda sudah berjanji bahawa urusan mencari calon istri anakanda dibawah tanggungjawab anakanda. Mengapa ayahanda masuk campur malah menjemput gadis-gadis ke istana keesokan malam?” Panjang leteran yang keluar dari mulut Putera kesayangannya itu. Raja Torsey sudah mengagak pasti perkara itu yang dibangkitkan.

“Ayahanda hanya ingin membantu-mu, anakanda. Ayahanda tahu,bukan mudah untuk mencari calon dari kalangan rakyat biasa tanpa mengetahui hati budi mereka. Ayahanda juga pernah laluinya, anakanda.” Ujar Raja Torsey. Putera Feadyn menjadi sedikit tenang apabila mendengar jawapan dari ayahandanya itu. Dia jadi teringat kepada mendiang bondanya.

Apa aku mampu, mencari isteri yang hatinya semurni bonda Ratu Naylara? Kemarahannya reda.

Beberapa minit kemudian, Putera Feadyn keluar dari kamar itu. Kakinya melangkah pergi menjauhi kamar Ayahandanya. Dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Raja Torsey punya sebab tersendiri. Bercelaru fikiran Putera Feadyn waktu itu.

“Apalah yang difikirkan Tuan Putera kesayangan patik itu?” Suara itu datang dari satu sudut. Suara yang amat Putera Feadyn kenali. Putera Feadyn segera menoleh kearah suara itu.

“Veckoe!” terus terpancar senyuman manis Putera Feadyn melihat sahabat baiknya sudah kembali. Putera Feadyn menghampiri Veckoe lalu memeluknya. Veckoe terkejut.

“Jangan, Tuan Putera. Pakaian patik kotor. Khawatir jika terkesan pada pakaian Tuan Putera.” Ujar Veckoe lalu mengosok-gosok baju seragam Putera Feadyn.

“Ada-ada saja kau ini, Veckoe! Aku gembira kau pulang dengan selamat.” Gembira lagi hati Veckoe melihat Putera Feadyn tersenyum manis begitu walaupun dia tahu fikiran Putera itu sedang bercelaru.

“Sepanjang ketiadaan aku ini, apa yang sudah berlaku, Feadyn? Adakah benar gadis-gadis dari Yodigas itu dijemput hadir ke Istana keesokan malam?” Tanya Veckoe sambil lengannya merangkul bahu Putera Feadyn.

“Itulah yang sedang bermain difikiran aku, Veckoe. Ayahanda ku mengatur tanpa berbincang dengan-ku.” Jawab Putera Feadyn.

“Bukankah itu lebih baik? Tidaklah kau perlu bersusah-payah mencari di luar Istana.” Niat Veckoe hanya mahu menenangkan hati Putera Feadyn yang sedang gusar itu.

“Tidak, Veckoe. Biarlah mereka datang keesokan malam. Aku tidak akan memilih sesiapapun antara mereka. Cara ini langsung tidak membantu aku, Veckoe.” Putera Feadyn masih dengan ketegasannya. Veckoe mengeluh.

“Aku turuti saja kehendakmu Tuan Putera yang degil.” Veckoe mengejeknya. Putera Feadyn tersenyum kerana dia tahu dirinya memang degil. Pasti Veckoe sudah lali dengan telatah dirinya.

“Bagaimana dengan barang yang aku kirimkan itu, Veckoe? Aku mahu melihatnya. Aku sudah tidak sabar untuk melaksanakan rancanganku” Putera Feadyn menjadi teruja tiba-tiba.

“Sudah siap. Aku letakkannya di kamarku. Mari, aku tunjukkan.” Maka beriringanlah dua jejaka ke tempat yang ingin dituju.

Matahari sudah mula terbit, hari itu tidak seperti hari yang lain bagi gadis-gadis di Yodigas termasuklah dua orang gadis ini, Wilkyme dan Cheliom. Masing-masing sibuk membuat persiapan untuk ke Majlis makan malam di istana. Namun bagi Daryla tiada bezanya. Dia semestinya tidak akan menghadiri majlis itu. Pasti. Pasti sekali selagi hidupnya dibawah tanggungjawab Qourisza.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
MENGALAMI WRITER BLOCK! BAGITAHU SAYA KALAU ADA YANG MASIH NAK BACA CERITA NI XD

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 7: aduyai...putera feadyn ni buat hal le pulakkk..saya masih nak baca cerita ni!!!mohon tuan hamba menyambung cerita ini...hwaiting!!
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 4: kesian Daryla....apalah nasibmu...T_T
Veckoe ada hati ngan Puteri Searyn....uuuuu...tapi takpe kandanya sudah mengizinkan..cewahhhh
good job authornim....cerita ni mmg ada aura klasik dan sya sukaaaaa sangaattttt...
//thumbs up//
kuchens
#3
Chapter 4: Duhai si pengarang, hamba ingin bertanya. Bagaimanakah tuan hamba mendapat idea untuk nama-nama watak? Kerna hamba menyukainya haha chewah xP
kuchens
#4
Chapter 3: Woah, saya suka cara dialog watak-watak ditulis haha. dapat feels klasik. Keep it up! Hwaiting ^^
Lawo lah cover tu xP
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 3: wuhuuuu....bestnya chapter ni...sakit pulak hati tgk Qourisza tu....
fighting authornim! teruskan usaha!
nanadjiyongie_01
#6
i'm looking forward for this one shot.......fighting!